Sunday, February 26, 2017

Kisah Seram: Dari fail fail pejabat.

nota kaki.- kesemua cerita ini adalah kisah3 dari mulut rakan sekerja.orang perseorangan. senang cite kakitangan kerajaan. saya ada buat secret meting hari tu.hahaha. x sangka ada yang datang.byk jugak input.dan dorang nak saya ceritakan.jangan di tanya kementerian mana
department mana.hahaha.pikir3 sendiri
selamat membaca.!

Kisah Seram 1

aku seorang pengawai penting di MOF. ( MOF beso.korang pikirla belah mana.hahaha)

lazimnya aku dan team aku sibuk semasa pemberian BRIM
kisah ni berlaku semasa memula pelaksanaan BRIM. ya.
memang sampai bersengkang mata cek data dan key in data.bayangkan berapa banyak data yang perlu kami hadap.

aku prihatin dengan anak3 buah aku.sebagai tanda prihatin
nk bagi dorang semangat.aku gagahkan diri ke Cheras. beli MCD. jam pun dah pukul 12am lebih.

beli.

lebih kurang 130 baru smpai. aku bila malam. mmg suke bawak slow. sambil hisap rokok.
tiba di bangunan. aku park kereta d bahagian hadapan je. xnak aku paking belakang.
pak guard situ pun dah aku beritahu.
memang aku park.aku nakk divider.

naik lift.s udah jadi habit. opis di tingkat 7.
tertekan 7. padahal dorang semua di tingkat 2!
alang2 dah sampai.aku jengah la bilik aku sekejap.
cadang nak amik kopi 3in1 yang memang menjadi kgemaran aku. lagipun.kerja tak sudah lagi.kopi ni banyak

perjalanan ke bilik aku memang ditemani dengan lampu2 emergency yang EXIT tu je. selalunya memang tak rasa apa. tapi...
selesai amik kopi.dalam.perjalanan ke lift.
dangg!!

bunyi macam kabinet file di hentak. terus aku pandang ke kanan.arah bunyi itu.

dapat aku perhati. beberapa set alat tulis perkerja lain
beralih dan jatuh ke bawah!! seperti ada yang menolak!!!
satu persatu di 'tolak' jatuh!!
dari set alat tulis ke keyboard pc!
terus aku langkah seribu!

kelamm kabut ke lift. syukur
sampai juga tingkat 2

dorang seronok dapt MCD.
tibe tibe

"ala encik Mat ni. beli McD takda air. heheh"

cepat3 aku potong
"lupa. nak amik kat kaunter"

padahal ada. sah tertinggal kat atas!

esok paginya. sengaja aku dtg awal.jenguk2 kawasan semalam. memang selerak tempat tu.
dan air yang aku rasa tertinggal tu
tumpah berselerak dalam laci tmpat aku letak kopi 3in1.

ada pegawai maintenance tu suruh tgk cctv.
tapi. tak nampak apa.
yang pelik
kelibat aku pun xnampak.!!!!!
jadi.floor mana aku pegi??!


===================================================

Kisah Seram 2

citer pasal pejabat ni..
adik ipar aku pernah stayback...sama gak tempat Putrajaya(Department rahsia..)

Sampai jam sepuluh malam dia kerja , sorang-sorang..
pastu..tengah syok duk hadap pc..dia dengar bunyi fail jatuh..
dia menoleh
pucat muka..
laci kabinet fail tu terbuka tertutup sendiri
time terbuka..fail tu macam diangkat dan dihempas ke lantai
satu demi satu..

tak tahan..adik ipar aku blah..

===================================================


nota kaki.-ini cerita dari seorang pekerja di pejabat berdekatan dengan Alamanda
pandai2 korang teka.heh


Kisah Seram 3

malam ini actually aku kerja lewat malam. sebabnya. esok big boss nak g outstation dgn Yb Menteri.so semua report kena handle pada dia esok pagi
dan sempena dgn itu.aku (Sham) dan rakan sekerja aku; Ali dah plan nak tengok wayang midnite dekat Alamanda
cerita Transformer. Age of Extiction.

kerja kita org habis jam 9pm. Aku dah print segala dan siap hand over pada driver Big Boss yang dtg singgah nak amik

kitorang apa lagi. layan movie.
kira2 jam 11 cmtu. dpt kol dari PA boss.suh tengok kan satu doc dalam bilik dia dan scan dan emel

"Ali.teman naik.bla bla bla"bilang aku
Ali angguk dan folow

usai setel kerja3 scan dan emel.kami turun.
masa turun
kedengaran suara org bercakap

"Mokhtar datang ke? rajin gila."ujar Ali pada aku
Mokhtar PA big boss kami.

"No. if not takde la aku beriya nak scan tadi!" ujar aku seakan membentak.padahal dah takut

perlahan2 kami jalan.tiba tiba.


ARGHHHHHHHH!
ADA suara orang bertempik!!!
kuat gila.betul3 di belakang kami
kaget
masing2 berterabur lari
si Ali bijak sket.naik lif
aku? ter amik tangga
jenuh aku turun dari tgkat 8 ke bawah.

smpai di bawah.langkah aku terhenti
sebab
ada badan manusia separuh....
pinggang ke bawah sahaja! duduk tercegat dan bergerak3 perlahan.

aku terdiam

dammmm! dari atas.ada benda jatuh
sah.
badan 'benda' yang belah atas!!siap berkepala
sempat aku perasan. lelaki!!!
mengesot3.

terus aku bukak langkah seribu. dan aku terjumpa ali di luar siap duduk dalam kereta.
malam tu apa wayang pn xda. semua benda tinggal.hp.walet dan tak pasal2 aku tido umah ali.kunci umah aku tertinggal..


===================================================

Kisah Seram 4

Rasanya dah pernah bukak thread pasal ni.. Takpe i citer balik. I pernah kerja kt satu bangunan yang mana pernah ada kejadian seorang perempuan pernah mati dlm lift (arwah dari company lain yang pernah bekerja dalam bngunan itu) .

Punca kematian ialah wanita tu pernah terjatuh dilanggar motor pada hari kejadian tapi mungkin dia ingat takde apa2 dan nasib malangnya mati dlm lift. Agaknya ada kecederaan dlm kepala. Wallaulam.

Cerita pasal mangsa ni memang famous dalam bangunan tu tapi office i memang paling lambat orang pulang. Kadang around 9-11 pm gitu. Kadang time stay back, office boy pernah cakap dia dengar suara perempuan menjerit tapi i tak pernah dgr.

One day...

Waktu tu lunch hour. Kami ramai2 pergi makan dan ada yang sembang2 cerita kisah seram dan kami gelak aja..

Balik sahaja dari lunch.. Memang takde orang pun dalam office. Sebab most of them pergi makan dan solat lagi. Dalam office tu u cant receive call direct unless receptionist yang jawab dan transfer pada u. Ladies dlm office itu cuma tiga orang.  I, ada sorang lagi dan sorang lagi pegi makan. Dekat receiptionist takde orang.  Sorang lady lagi tengah sembang depan i dgn another guy.

Tetiba i receive a call dr phone atas meja-/ direct line. Terkejut gak sebab takde sape pegang phone. Then angkat. Ade suara perempuan. Begetar2. Die ckp dengan i.."jangan ketawakan aku!" Nada marah. I jawab.. Okay.. Lepas tu i letak. Mungkin i rasa die marah2 sebab tadi gelakkan dia kot. Mungkin die ade ikut skali waktu kitaorg pegi makan cafe level bawah.. Lepas tu takut jugak. Rasa ngeri nak jawab phone kat meja.

===================================================

Kisah Seram 5


nak tumpang citer boleh tak? Tapi ofis bukanla kat putrajaya. Jauh dari situ. Kat Bangsar.

Dalam 2 tahun lepas kot stay back sorang2 kat ofis. Ofis tingkat 45. Tak la lama mana pun dlm kul 8 lebih masa tu. Ofis jenis cubicle pendek kalau berdiri pun cubicle paras pinggang. So mmg blh nmpk floor office tu and sapa yang ada n sapa yang tak ada (kecuali bos je la yang berbilik).

Tengah2 syok buat kerja tetiba dengar bunyi macam orang jalan pakai selipar basah. Kecepesh kecepesh kecepesh dok lalu lalang kat lorong antara cubicle. Bila angkat muka memang confirm tak ada orang tapi bunyi orang jalan ada. So memula tu macam confuse jap. Tapi tak lama sebab terus rasa meremang.

Lama2 bunyi kecepesh kecepesh tu makin lama makin dekat. Apa lagi terus tutup laptop. Sib baik laptop bekerjasama pulak malam tu. Kalau hari lain berzaman nak tunggu shut down. Siap cakap sorang2 "ok ok aku balik. Nak balik ni. Tunggu laptop tutup jap. Jap. Jap."

Bila cakap cam tu bunyi kecepesh tu senyap jap. Tapi kejap je la. Lepas tu mula balik. Aku pun apa lagi angkat beg, terus bukak pintu depan. Tapi before keluar nk switch off semua lampu. Kalau tak nanti kena sound dgn big bos esok sebab membazir letrik. Time nak tutup lampu punya la horor sbb takut ternampak apa2 yang tak patut nampak dalam gelap. Sib baik tak ada apa2. Aku pun cabut tuggu kat lift. Badan pun siap membelakangkan dinding mengadap hallway lift ke arah pintu office. Tapi kalau nampak apa2 yang tak patut pun bukan boleh lari sebab lift tu kat dead end. Sib baik lif pun bekerjasama cepat je sampai. fuhh... memang skeri seh.

Member office yang rajin balik lambat kadang2 nampak macam ada sesuatu berbaju putih berdiri dekat dinding cermin la, pintu main bukak tutup la. Suis lampu main on off la. Kalau kat toilet dengar macam orang dalam la, air terbukak la. Tapi member ofis yang kena tu siap boleh sound balik "aku nak kerja la, urgent ni." Depa tak kacau. Tapi berani la dia still dok buat kerja. Kalau aku dah tak boleh concentrate dah. Kitorang conclude shift mlm nak masuk kerja sbb tu depa halau yang shift siang ni balik.


===================================================

Kisah Seram 6

Kisah saya berlaku di bangunan baru yang di dirikan dari tapak bangunan pejabat yang lama. sebelum ni mmg ada org lama cerita kisah2 angker pejabat lama. kisah angker yang lama tu saya x beberapa ingat.

Saya nak cerita pe yang berlaku  pada saya dan rakan-rakan pejabat yang lain. saya dan rakan sepejabat (seramai 6 org, kami 5 orang je bujang dan seorg lagi org lama dan duduk serumah) setiap petang selepas waktu pejabat akan bermain ping pong di ruangan kosong tingkat 2. Kebiasaannya kitaorg bermain dari pukul 5 sehingga pukul 7, kemudian sambung semula pada waktu malam. Ada satu kejadian yang menyebabkan kitaorg berhenti main ping pong pada waktu malam.

Pada suatu hari, kitaorg bermain ping pong pada waktu malam, kitaorg main la mcm biasa, gelak ketawa,gurau senda memecahkan suasana hening pejabat pada malam itu. kemudian dalam pukul 8.30 mlm mcm tu, pintu di bilik pegawai tertutup dengan sendiri, bila mcm tu..kitaorg buat biasa je la. selepas itu kejadian tersebut berulang-ulang sehingga pintu yang ditutup tu dengan terlalu kuat(kejadian buka tutup lampu selalu terjadi pada staf yang selalu balik lambat, dan panggilan entah dari siapa padahal dah x de org).

kemudian kitaorg pegi la periksa, mana tau ada tingkap yang terbuka ke, selepas periksa semua tertutup. kemudian entah dari mana dtgnya angin yang kuat melanda tingkat 2(bahagian luar), atas nasihat org lama, kitaorg kemas la segala peralatan ping pong dan pulang ke rumah.(sebenarntya byk lgi kejadian yang angker berlaku di pejabat saya berkerja nie, pengawal keselamatan pernah jumpa rakan sekerja yang meninggal dalam surau,depan sofa,benda bertenggek atas tiang bendera.)

Selepas pulang ke rumah dan masa untuk tidur,(kitaorg tidur di ruang tamu,kira penuh la ruang tamu tersebut). semasa nak tidur (saya tidur plg hampir dengan pintu depan rumah) terdengar ketukan bertalu-talu pintu rumah.(mcm nak gugur pintu tu kena ketuk) saya buat x tau la.(dalam hati ckp, aku nak tido ko jgn kacau aku.)selepas dari tu senyap, saya tidur dengan lena.

pada keesokan harinya, terdapat bekas cakaran pada tubuh saya dan rakan saya. dari leher hingga ke tangan belah kanan. pagi tu saya bertanya kepada rakan-rakan serumah berkenaan kejadian ketukan pintu semalam, hanya saya dan rakan yang tidur bersebelahan dengan saya je yang dengar,(yang lain tidor mati la kot)(rumah bujang kami pernah dipagar sblm nie kerana gurauan yang melampau oleh makhluk yang ada di rumah).


#maaf kalo cerita tak seram..hehehe..cuba nak cerita tp penulisan hancussss

===================================================

Kisah Seram 7

Ni pengalaman diri sendiri di opis lama. Kami sewa satu bangunan. Dia cerita tahun 2003. 12 tahun lepas. ingat lagi hari tu hari jumaat. dah tu hujan panas. dalam jam 11 pagi tiba-tiba blackout. abang sebelah ajak turun tingkat 1 sebab nak tengok apa kerosakan. aku tukang pegang lampu suluh sambil tu mata melilau.

dan tiba-tiba disebalik pintu cermin aku terlihat seseorang sedang memerhatikan kami. baju putih dan mukanya pun putih tapi kosong tanpa ada mata, mulut dan hidung.aku bagi tahu abang tu. dia punya terkejut dan berlari tinggalkan aku.

tiba-tiba lembaga tu pun hilang. aku pun dengan lemah longlai naik tangga ke tingkat 3. seminggu gak aku demam. tapi abang tu memanglah.ditinggalnya aku sorang-sorang .pompuan pulak tu.


===================================================


Kisah Seram 8

Ini cerita my friend, opisnya di Cyberjaya.

Dia baru la start kerja di situ, masa awal2 kerja ramai senior kat situ bgtau jangan stay back lama sangat.

Satunya sbb opis dia masih menggunakan kunci fizikal untuk lock/unlock pintu masuk, jadi kalau kena stay back lama sgt kesian dekat orang yang ditanggungjawabkan jaga kunci tu. Dah la pagi-pagi datang awal, petang pulak kena balik lambat.

So pihak pentadbiran pun dah bagitau, paling lambat bole balik pukul 7 malam.
Kawan i ni mmg jenis suka balik lambat sbb dia suka siapkan kerja, maksudnya kerja hari tu akan kena disiapkan hari yang sama. Lagipun dia dah terbiasa balik lambat, so perangai ni terbawak2 ke opis baru.

Lama2 org yang jaga kunci tu bising la sbb dia kena balik lambat. Tapi org yang jaga kunci tu pulak tak berani nak confront dengan kawan i ni sebab kawan i pangkat lagi tinggi, tambah pulak my friend ni mulut dia suka nak menjawab.

Suatu hari, waktu senja, kawan i tengah siapkan kerja tiba2 dia nampak kelibat orang pakai telekung lalu, dari toilet ke bilik store. Emangnya bilik store tu tempat diaorang jadikan bilik solat. So my friend ni tegur la, "Eh, tak balik lagi?" Padahal dia tak tau siapa pun orang yang bertelekung tu, cuma assume kawan sepejabatlah. Org tu pulak tak menjawab tapi berdegus "Uahhh"

So my friend sambung buat keja, tapi tiba2 dia rasa tak sedap hati. So dia call org yang jaga kunci tu, sebab kawan i tempat dia di bawah (Ground Floor) yang jaga kunci tu kat tingkat atas. Bila call tidak dijawab so my friend masuk toilet, dia check takde percikan air pun, kiranya toilet tu kering sikit mcm takde tanda org ambik wudhuk. So dia terus naik atas, tengok sunyi je tingkat atas tu, takde orang.

So dia pelik lah, sebab kalau nak kata yang jaga kunci tu orang yang pakai telekung tak logik sebab orangnya lelaki. So dia nak keluar dari pejabat lah, sekali dia cuba buka pintu dan dikunci. Lagi lah dia heran, takkan yang jaga kunci tu dah balik?

Bila dia keluar dari pejabat dia intai disekeliling kawasan tu, dekat parking ada kereta dia dan motor org yang jaga kunci. So dia rasa lega sikit, sebab maknanya orang yang jaga kunci tu belum balik. Dia nak call hp orang jaga kunci tu tapi terlupa yang hp dia kat tempat.

So dia masuk balik, masa dia masuk tu, tiba2 dia terdengar pintu dikunci dari luar, tiba2 telefon dekat reception berbunyi. Mula lah dia gelabah, terpikir siapa nak call padahal orang lain dah takde kecuali org yang pakai telekung tu. Dia terus cuba unlock pintu, and buka pintu tu seluas-luasnya baru pergi angkat tepon. Tapi bila dia angkat takde orang jawab pun.

Kawan i pun dah plan nak balik la, sebelum benda2 yang dia agak akan terjadi. Masa dia ke tempat dia tu, ada bunyi bising dari bilik store. Bunyi mcm org sepah2 kan barang, tapi sebab masa tu dah agak gelap dia heran la kenapa kalau ada orang solat dlm store tu, org tu tak switch on lampu?

So dia assume ada tikus kot dlm store sebab nak sedapkan hati. Tapi masa dia off kat pc, kemas barang semua dia perasan bunyi dari store tu makin kuat, bukan macam tikus bermain-main, tapi more to orang selerakkan barang sebab dia kata dalam store tu yang banyak adalah komputer, printer yang rosak. Masa dia ambik hp dia pulak dia perasan ada missed call dari tempat reception dia, 7 kali missed calls.

Entah kenapa, dia beranikan diri masuk ke store sebab tak puas hati kot, dia kata macam ada satu semangat yang memajukan dia ke store. bila dia masuk store, takde orang. so dia pun keluar, sekali dia rasa macam ada cahaya, bila dia toleh ke store, ada monitor nyala. Terkejut la dia sebab semua peralatan yang dalam store tu semua yang rosak, macam mana bole monitor tu menyala? Masa tu jugak sekali lagi hp dia berbunyi, tertera no reception yang call. Dia keluar dari store and jawab, rupanya orang yang jaga kunci tu tepon tanya bila nak balik. Terus my friend keluar ke tempat reception tu sambil berpelukan dgn org yang jaga kunci. Dia ckp, "Jom balik, jom balik"

Sampaikan dia tertinggal kunci kereta di tempat. Nak patah balik dia dah takut, so terpaksa lah org jaga kunci tu hantar my friend blk umah. Masa dah sampai rumah baru org jaga kunci tu bukak cerita yang tempat tu keras sikit. sbb tu diaorg balik awal. paling lambat diaorang balik pun pukul 6. tak pernah ada orang balik lambat selain my friend. even yang jaga kunci tu bagitahu dia tak pernah sampai awal sangat dari pukul 730, sbb tak berani duduk kat opis tu.

Rupanya masa kejadian tu, org yang jaga kunci tu memang takde kat opis. dia tolong kawan dia motor pancit, dia kata memang dia tahu yang my friend tu ada kat opis tu dia call, tapi tak dapat.

My friend tanya, "Kau pergi tolong dengan apa?" sbb dia dah heran masa dia keluar tengok motor ada lagi.

Org jaga kunci tu kata dia pergi dengan motor dia lah.
Terus terdiam my friend sbb dia memang nampak motor dia tu ada kat luar.


===================================================


ehhh kalau nak baca cite yang lain2 nengok kat forum cari lah eh
kik3 jenuh pulak nak copy n paste nya

kalau ada yang best2 akak letak lagi kat sini eh..

3 comments: