Friday, February 3, 2017

Kisah Seram: Adik



Hafiz membesar di sebuah pekan kecil pada tahun 80an. Kerja ayahnya sebagai kakitangan klinik daerah membolehkan mereka tinggal dalam kawasan kuarters. Kata Hafiz disebabkan tak tahu main bola sepak, dia dianggap outcast oleh kanak-kanak sebaya dalam kompoun kuarters tersebut much to his father chagrin.

Sebagai anak sulung lelaki, ayahnya mengharapkan Hafiz seperti budak lelaki lain yang main bola petang-petang dan aktif bersukan. Basically doing what boys do. Dibesarkan dengan tiga kakak, Hafiz lebih gemar bermain dengan teman-teman kakak-kakaknya. Main masak-masak, kahwin-kahwin, Hafiz enjoyed those play times. Setiap kali dia main permainan budak-budak perempuan, setiap kali itu juga lah ayahnya mengamok.

Sampai satu tahap, ayah belikan bola dan bawa Hafiz ke padang berdekatan. Ia cuma bertahan untuk beberapa hari. Hafiz biarkan aja bola sama budak-budak kat padang dan buat hal sendiri. Teruk juga Hafiz di belasah oleh ayah gara-gara kehilangan bola. 

Truthfully, Hafiz tak kisah pun takda kawan. Dia merasakan budak-budak sebaya dengannya membosankan dan lebih senang main sendirian. Di era dimana internet dan smartphone tak wujud dan video game is a unheard of, Hafiz bergantung dengan daya imaginasi untuk mengisi kehidupan zaman kanak-kanaknya. Nasib baik dia agak kuat berfantasi, pokok boleh jadi spaceship, batang kayu boleh jadi pedang atau pistol atau kapak tergantung dengan bentuknya dan tempat paling disukainya, klinik daerah - tempat kerja ayah yang hanya 10 meter dari rumah.

Menurut Hafiz, klinik itu walaupun kecil tapi boleh dikatakan lengkap juga. Ada makmal, klinik gigi dan unit rawatan pediatrik. The best part pasal klinik tu ada dua mini garden. Seperti kebanyakkan klinik-klinik kecil pada zaman 80an, peruntukan yang cukup-cukup untuk operational dan bayar gaji, benda-benda macam landskap bukanlah satu keutamaan. Dibiarkan tidak terurus menyebabkan kedua mini garden tersebut jadi hutan rimba. Budak-budak lain mungkin tak akan bermain-main disitu, tempat jin bertendang dengan entah ada ular, lipan bagai tapi that two places were like sanctuary for him.

Hafiz bina 'kubu' di kedua-dua mini garden dan bermain-mainlah dia disitu setiap kali ada masa terluang. Klinik beroperasi pukul 7:30 pagi sehingga 4:30 petang dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu half day sampai pukul 1 dan selepas waktu operasi, Ahad atau cuti umum, Hospital Assistant atau HA seperti ayahnya akan oncall ikut giliran.

Disebabkan itu walaupun klinik dah tutup, Hafiz sentiasa on alert setiap kali bermain just in case kalau ada kes-kes on-call. Kalau ada, biasanya dia akan bersembunyi dalam salah satu kubu, depends on which mini garden he's at at that point of time. 

Hari itu hari Sabtu, tengahari dan hujan baru berhenti selepas ribut petir dari subuh. Hafiz risaukan kubu-kubunya kerana dia baru buat enhancement petang hari sebelumnya. Dia tak sabar nak main-main dengan new feature kubu di mana ada satu lagi ruangan di tambah. Jangan tanya camana, aku sendiri pun masa dengar penerangan Hafiz ni tak faham apa dia maksudkan.

Anyway, Hafiz bergegas ke klinik selepas hujan reda. Seperti yang dijangkakan, salah satu kubunya ranap. Bukan disebabkan ribut tapi di bongkar mungkin oleh pekerja klinik. Hafiz pergi ke kubu lagi satu, dan lega melihat ia masih utuh berdiri. Mungkin juga kerana lebih tersorok, pekerja-pekerja klinik tak perasan ada orang main khemah-khemah kat situ.

Well, it's better than nothing jadi Hafiz bermain seperti biasa di kubu. Hari semakin terang dan panas. Sepatutnya time macam ni kalau dia takda di rumah pasti mak ayahnya bising. Cadangannya dia tunjuk muka kejap then curi-curi keluar ikut pintu belakang rumah. Baru nak balik tiba-tiba terdengar bunyi dari dalam klinik.

Perlahan-lahan dia berundur ke belakang memasuki kubu semula dan mendiamkan diri. Dah faham sangat dengan rutin on-call, biasanya tak lebih dari 15 minit pun kerana kalau memerlukan pemeriksaan lanjut, pesakit harus ke hospital. Klinik setakat cuci luka macam tu je lah.

"Hei!, Hei!"

Suara kanak-kanak mengejutkan Hafiz. Siapa pula yang discover tempat persembunyiannya. 

"Hei!, Kite tau lah ada orang kat dalam tuuu..." Kata suara itu lagi.

Hafiz keluar dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan mungkin sebaya dengannya di salah satu gerigi tingkap. Kedua tangannya memegang gerigi sambil melihat ke arah Hafiz.

"Kau siapa?" Tanya Hafiz.

Budak perempuan tak menjawab. Cuma memerhati aja. Hafiz periksa persekitaran dalam klinik. Ini pasti anak orang yang datang ke klinik masa oncall. Dia tahu ayahnya on-call minggu itu tapi tak dengar pula suara ayah. 

"Mana mak ayah kau" Tanya Hafiz lagi.

"Mak ayah kite takdelah, kite je sorang" Jawab budak perempuan itu dengan selamba.

"Macam mana kau masuk dalam klinik?"

Budak perempuan tidak menjawab. Oh well, lantak kau lah dan Hafiz bersiap untuk pulang ke rumah.

"Kite adik" 

"Adik?" Tanya Hafiz.

"Mak panggil kite adik" Kata budak perempuan itu lagi.

"Kau buat ape kat dalam tu?" 

"Kite tunggu adik keluar dari dalam tu" Adik tunjuk ke arah pintu tertera Bilik Rawatan Kanak-Kanak.

Pelik. Takkan la orang kunci budak-budak dalam klinik lepas tutup. 

"Jom main nak?" Kata Adik dengan girang.

"Kite kene balik lah. Nanti ayah kite marah" Jawab Hafiz. Dah lama main bersendirian, Hafiz sangat looking forward untuk mempunyai teman sepermainan. Dan, takpe kot kalau luangkan sikit masa lagi.

Kedua mereka doing what kids do best. Bermain. Walaupun dipisahkan oleh dinding, dia seronok bermain dengan Adik. Dia pulang bila hari dah senja. Bebelan mak dan rotanan ayah diterima seadanya. 

Besoknya pagi-pagi Hafiz dah ke klinik. Dia dah janji nak main dengan Adik lepas sarapan pagi. Memandangkan hari Ahad, Hafiz dan Adik ada full day nak main bersama, mungkin intermittently kena stop kejap kalau ada kes on-call. Sampai di kubu, Adik dah menunggu di salah satu gerigi tingkap. Hafiz tak mempersoalkan kenapa Adik masih di klinik pagi-pagi buta kerana ada kawan pun dah cukup bagus. Mereka main macam-macam permainan. Bila ada on-call cases, Hafiz menyorok dalam kubu manakala Adik, tak tahu lah dia menyorok kat mana.

"Kan best kalau kita boleh main khemah-khemah kat kubu" Kata Hafiz.

"Kita tak boleh keluar, adik tak keluar lagi" Kata Adik sambil melirik ke arah pintu Bilik Rawatan Kanak-Kanak. 

"Hafiz boleh masuk tak?" Tanya Adik.

Hafiz terdiam. Dalam otaknya terbayang gugusan kunci klinik yang ayah selalu gantung sebelah pintu rumah. Dia tahu salah satu adalah kunci kepada Bilik Rawatan Kanak-Kanak. 

If only....

"Masuklah sini Hafiz" Pujuk Adik.

"Nanti ayah kita rotan..."

"Alaaaa...nanti kita tak boleh keluar main khemah-khemah"

"Ok. Nanti lepas makan nasik kite buka klinik"

Hafiz masih ingat senyuman lebar Adik.

Tengahari itu dia makan dengan lahapnya. Bukan sebab lapar tapi nak habiskan cepat supaya boleh curi kunci klinik. Dipendekkan cerita, Hafiz dah berdiri depan klinik dengan segugus kunci di tangan.

"Adikkk" Panggil Hafiz dalam suara berbisik.

"Hafiz..." Suara Adik kedengaran dari belakang pintu.

Tanpa membuang masa segera dia memasukkan satu-satu anak kunci ke lubang kunci.

"WOI!" 

Sergahan yang hampir gugur jantung Hafiz dibuatnya. Pakcik Leman, driver ambulan dah mencekak leher Hafiz. Air matanya berjurai semasa diheret Pakcik Leman ke rumah.

Ayah punyalah mengamok, Hafiz di belasah kat depan rumah, depan jiran-jiran yang sesi menonton cerita Hindustan mereka diganggu oleh kekecohan di luar rumah. Kata Hafiz, kalau ayahnya tak ditenangkan jiran-jiran mungkin dah mati dia dibelasah.

Apa yang membuatkan ayah benar-benar marah adalah kerana kes kecurian di klinik yang sering berlaku kebelakangan itu. Sekarang, dia adalah suspek utama gara-gara ditangkap ketika cuba masuk ke klinik sebentar tadi. Bermati-matian Hafiz cakap dia bukan nak mencuri tapi tak diendahkan. Memang siapa nak percaya, there is no reason for him to get into the clinic anyway.

Zaman tu takda CCTV jadi first-hand account biasanya diterima sebagai valid reason. Rumah Hafiz diselongkar jiran-jiran untuk mencari barang curian. Jangan tanya kenapa tak pergi ke balai polis sebab Hafiz sendiri tak ingat kenapa. Mungki mereka cuba selesaikan kes ini tanpa penglibatan polis, who knows?

Hafiz diasak dengan soalan demi soalan bertalu-talu. Pada mulanya dia tak nak cakap pasal Adik sebab tak nak Adik menerima nasib sama sepertinya, tapi akhirnya dia cerita juga.

"Haaa kan ade geng dia dah masuk dalam klinik" Kata Pakcik Leman.

Bergegas penduduk kompleks kuarters ke klinik. Hafiz dibawa sama untuk menunjukkan bagaimana rakan sekomplotnya pecah masuk klinik. Ayah paksa Hafiz tunjuk kat mana Adik. 

Sebaik sahaja mereka memasuki ruangan dimana Adik berada...

"ASTAGFIRULLAH! AZAN! AZAN! ALLAHUAKBAR.."

Berterabur semua orang kat situ melaungkan azan sambil beristighfar.

Hafiz masih ingat perkara pertama yang terlintas di fikirannya sebaik nampak Adik ialah rupa-rupanya Adik cacat. Tubuhnya cuma sampai di pinggang, di bawah pinggang takda apa. Patutlah Adik tergantung je kat gerigi selama ni, dia tak boleh jalan rupanya. 

Kata Hafiz, Adik lompat ke lantai dan seperti cicak terputus ekor, pantas memanjat dinding dan memasuki lubang di siling. Orang ramai tadi bertempiaran lari keluar klinik. Tak lama selepas itu, klinik daerah happening dengan orang ramai. Bukan setakat polis, bomba pun ada.

Pada mulanya Hafiz tak faham, tapi bila dia dengar orang ramai cakap "Klinik ada hantu!", dia rasa sangat keliru.

Hantu? Siapa hantu?

Minda Hafiz yang baru berumur 7 tahun ketika itu masih tak mengerti tentang konsep hantu. Pemahaman hantu padanya ketika itu adalah makhluk menakutkan macam Freddie Krueger. 

Bukan macam Adik. Adik bukan hantu. Dia cuma cacat je.

Semenjak dari hari itu, Hafiz tak bertemu Adik lagi. It was a busy year for him anyway. Setiap 2-3 malam pasti ada ustaz atau pak imam datang ke rumah atau dia ke rumah orang tersebut untuk dibaca ayat-ayat Al-Quran dan dibagi minum yang dijampi. Dia tak faham kenapa tapi diturutkan saja as long ayahnya tak marah lagi pasal curi masuk klinik tu. In fact, ayah dan mak dah tak marah langsung malahan diberi hadiah pula. Macam-macam mainan dia dapat. Lupa dah Hafiz pada Adik.

Tahun berikutnya ayah dipindahkan ke Kuala Lumpur dan mereka meninggalkan pekan kecil itu. Paling happy bukan kepalang ialah Hafiz kerana dia sangat look forward nak tinggal di KL, jadi city boy.

Fast forward beberapa tahun kemudian, ketika Hafiz dah berumur 15 tahun macam tu, ayah pulang dari kerja membawa berita mengejutkan. 

"Ingat tak Leman drebar ambulan tu?" Kata ayah pada mak.

Menurut Hafiz, Pak Leman di tangkap pihak berkuasa kerana songlap stok ubat hospital. Lepas tu bila di soal siasat rupa-rupanya dia pun terlibat dalam sindiket jual organ. 

Pak Leman dan sekutu-sekutunya berkomplot curi organ masa buat post-mortem dan jual di black market dengan menggunakan trip ambulannya sebagai delivery mode. Apa yang lagi mengejutkan, favorite organ ialah parts from children. Ayah cerita lagi yang masa kes Hafiz ditangkap cuba masuk klinik tu, few days earlier ada kes mengerikan dimana kakak dan adik digilis lori ketika cuba melintas jalan. Badan kakak terputus dua manakala si adik cuma kepalanya hancur dilenyek tayar lori. Oleh kerana tubuh si adik masih fully intact, Pak Leman and gang looted habis organnya. Organ-organ terrsebut di simpan dalam cold storage box yang terletak dalam Bilik Rawatan Kanak-Kanak yang mempunyai peti simpan ubat sensitif.

Memori bersama Adik rushing to his head sehingga terduduk Hafiz dibuatnya. She's a ghost? Tanya Hafiz dalam hati. Bila dia teringat pasal Adik takda kaki dan semua orang bertighfar dan berazan masa mereka nampak Adik bergayut di gerigi tingkap, now he's understand.

Dia faham yang semasa umurnya 7 tahun, dia habiskan satu setengah hari pada satu hujung minggu bermain dengan hantu...


================================
from author dammerung dari cari forum

No comments:

Post a Comment