Baru2 ini saya ada terbaca mengenai pengakuan seorang penyelam dasar laut ( nama dirahsiakan) di U.S yg telah menulis di Reddit mengenai pengalaman anehnya sepanjang 20 thn bekerja sebagai seorang penyelam dasar laut commercial (Deep sea diver).
Mungkin benar atau tidak, tapi saya tetap percaya bahawa laut merupakan kawasan makhluk2 yg tidak pernah kita lihat dari segi fizikal mahupun ghaib. Ini semua termasuk dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah semata2.
"Saya seorang penyelam laut dalam yg bekerja dgn sebuah syarikat yg membuat kerja2 penyelaman dalam laut khas untuk tujuan komersial dan juga ketenteraan. Khidmat2 seperti "salvage n rescue" (pemulihan dan pertolongan), "deep sea demolition" ( letupan di lautan dalam) "rig n vessel repair" ( pembaikian kapal dan rig ) dan pelbagai lagi kerja penyelaman yg tidak dibuat oleh org biasa.
Sudah beratus ekspidisi selam telah dilakukan dan kebiasaannya memang normal. Tetapi ada2 kejadian yg tidak masuk akal dan menakutkan yg telah buat saya berfikir masak2 utk bersara dan membuat kerja lain.
Peristiwa 1 : Duit cengkerang kerajaan lautan dalam
Satu hari kami diberi tugasan khas utk membuat satu penyelaman utk pembaikian kapal di lautan dalam. Jarak laut dgn daratan mungkin dalam 300 batu nautika. Ketika melakukan tugasan, salah satu propeller kapal menghadapi kesukaran akibat tersangkut dgn tali2 tebal jala pukat kapal tunda. Saya mengenakan sut selam dan terus kebawah kapal utk memotong tali2 pukat. Saya membawa sebuah beg kedap udara berisi peralatan yg diperlukan dan setelah terjun ke dalam, saya mula membuat kerja2 memotong dan membuang tali yg tersangkut dari propeller. Selesai kerja, saya masukkan semula peralatan ke dalam beg tersebut dan naik semula ke atas kapal.
Tapi satu perkara pelik berlaku. Ketika membuat pemeriksaan ke atas gear dan beg peralatan, dalam beg peralatan tersebut penuh dgn cengkerang siput yg beraneka jenis. Yg menariknya, setiap cangkerang tersebut seolah2 ada tulisan dan simbol yg tidak menyerupai bahasa manusia dan ia seolah2 seperti satu matawang kerana setiap cangkerang mempunyai tulisan hieroglif yg menggambarkan ia mempunyai nilai setiap satu. Saya terus bertanya dengan penyelam senior yg lain dan mereka pun mengatakan kadang kala ia berlaku kepada mereka tetapi mereka buat dunno dan bawa balik ke rumah simpan.
=============================================
Kisah 2 : Operasi mencari jet pejuang tentera
Satu hari kami diberi tugasan dari tentera udara U.S yg bertaraf Level 4 iaitu "Sangat Rahsia dan Sulit". Ia melibatkan operasi mencari satu jet pejuang tentera yg terhempas di lautan Atlantik. Kami diberi briefing oleh Pegawai Operasi bahawa tugas kami adalah utk mengenalpasti lokasi kapalterbang terhempas dan melakukan penyelaman utk memastikan keadaan bangkai pesawat di dasar laut. Difahamkan dua org juruterbang terhempas bersama dan jika boleh, kenal pasti mayat dan keadaan mayat tersebut.
2 org juruselam termasuk saya ditugaskan utk turun ke bawah. Kami dibawa oleh kapal tentera ke lokasi jet yg disyaki terhempas. Kami dipakaikan peralatan selaman laut dalam dan diturunkan menggunakan kabel jauh ke dalam laut. Perlu difahamkan yg peralatan kami guna dan pakai bukan seperti scuba gear, sebaliknya kami memakai pakaian besi berupa seperti astronaut kerana tekanan bawah laut sedalam lebih 300 meter adalah tersangat kuat.
Dari kejauhan kami dapat lihat bangkai tersebut terletak di dalam dasar laut. Anehnya, bangkai jet tersebut terletak di satu tempat seperti padang pasir yg tidak ada ada sesuatu pun disekelilingnya. Kebiasaannya, pasti ada terumbu mati atau benda2 lain disekeliling kapal yg terhempas ke dasar laut.
Tiba di bangkai jet, kami tidak nampak sebarang kerosakan atau apa2 kecacatan pun pada badan, sayap atau cockpit jet. Ini mustahil kerana kapalterbang yg terhempas dan kelajuan tinggi menjunam ke laut ibarat terhempas ke atas simen konkrit. Ia pasti akan berkecai dan sisa2nya bertaburan.
Apa yg lebih pelik, ketika kami mengintai di dalam cockpit, tidak ada mayat juruterbang ada didalamnya. Kami hanys melihat gambar keluarga juruterbang terselit di tempat duduk. Yg lainnya tidak ada tanda2 menunjukkan ada juruterbang didalam kapal tersebut sedangkan Pegawai Operasi mengesahkan sepatutnya ada 2 juruterbang yg memandu jet pejuang itu .
Kami terus melaporkan kepada penyelia operasi dan selesai kerja kami, tentera mengambil alih operasi dan tidak ada lagi berita mengenai operasi tersebut.
=============================================
Peristiwa 3 : Buih udara siapa?
Satu lagi peristiwa misteri dan menakutkan berlaku di satu lokasi di laut dalam bagi tujuan pencarian sisa2 kapal.
Kebiasaannya bergantung kepada kerumitan dan besarnya sesuatu projek, minima akan ada 2 penyelam manakala 2 lagi akan berada di atas kapal bagi tujuan menyelia serta menjaga peralatan penyelam di dalam laut.
Satu cara utk mengenalpasti kedudukan penyelam di dalam laut adalah berdasarkan buih2 yg timbul di permukaan air. Bila seorang penyelam bernafas ke luar, udara akan dilepaskan dari peralatan dan akan naik ke atas. Dgn cara ini, mereka di atas boleh tahu samada penyelam berada di mana dan dlm situasi bahaya atau tidak.
Saya berada di atas kapal dan ditugaskan menjaga peralatan penyelam yg berada di bawah lautan. So far so good dan tidak ada apa2 yg membimbangkan berlaku. Namun selepas tempoh lebih kurang 40 minit operasi selam, kelihatan dalam lebih kurang 10 meter satu jujukan buih udara yg timbul ke permukaan laut. Memandangkan kami berada ratusan km dari darat dan tiada kapal lain yg menjalankan operasi selain kapal kami, maka mustahil ada penyelam lain terlibat sekali.
Saya terus inform penyelia projek dan beliau kata mungkin arus yg membawa buih tersebut. Tetapi kemudian kami di atas bot terdengar bunyi seperti jeritan haiwan yg amat nyaring yg datang dari laut kemudian sunyi sepi. Kami terus memberi isyarat kepada penyelam2 dan bertanya jika ada apa2 yg aneh berlaku. Semua normal di dalam laut kata mereka.
Tetapi penyelia projek dan kru di atas kapal berasa tidak sedap hati dan memberi isyarat kepada penyelam2 utk naik ke atas. Firasat penyelia itu tepat sekali kerana dari kira2 20 meter, mereka dapat lihat seperti satu kumpulan buih yg amat banyak sedang bergerak ke lokasi penyelam mereka.
Kami terus diarahkan utk menarik penyelam ke atas secepat mungkin dan walaupun ini amat membahayakan nyawa penyelam kerana mereka tidak dpt melalui proses decompress dgn cara yg betul, tetapi ia lebih baik dari dikejar gelombang buih dalam lautan yg mereka pun tidak tahu apa sebenarnya...
=============================================
Assalamualaikum semua,
Saya ada seorang kenalan Indon yg asalnya dtg dari Makassar. Dia ni sekrg dah kawin org kita dan jadi PR pun. Kenal sbb pernah buat projek sama2 dekat company lama.
Mamat ni sy panggil Dwen je. Orgnya peramah tapi dari raut muka dan mata, saya tahu dia ni berisi di dalam orgnya. Kekadang tu bila xde org, saya pernah tanya dia pasal kampung dia dan sebagainya. Makassar tu tempat sebelah laut dan dia memang keluarga dari org2 yg tinggal di pantai.
Dia pernah cerita kan masa kecik2 dulu, pernah satu kumpulan nelayan yg bawa balik seekor binatang air yg pelik. Nak cakap dugong bukan dugong. TApi dia dapat lagi ingat time tu binatang tu bawahnya bersisik mcm ikan semua tapi paras atasnya binatang tu ada mcm ketumbuhan daging siap ada mcm jari kecil2 kat hujung tu. Sirip pulak xde dan muka binatang tu mcm ikan tapi mata dia buntang dan anehnya mata dia boleh berkelip2.
Nelayan tu pun ceritakan yg masa makhluk tu terlekat di jala, bunyi mcm org menjerit nyaring boleh dengar di dlm air. Diorg dah takut terus naikkan jala dan balik ke pantai.
Mlm tu jugak, bunyi mcm ada kepala ribut kuat kedengaran berlaku dan mereka semua dah ready tutup pintu tingkap semua nak prepare hujan lebat. Anehnya, bunyi angin tiup selama 15 minit dan kemudian terus reda. Bila diorg jenguk kat luar, tak nampak pun apa2 tanda yg ribut melanda, sedangkan bunyinya memang confirm seperti dah terbalik kat luar tu.
Kemudian kecoh pulak nelayan yg tangkap ikan misteri tu pulak x dijumpai kat rumahnya. Keluarga dia kata dia asyik cakap ada org panggil dia kat luar masa ribut berlaku. Puas org cari tapi x jumpa. Last2 diorg jumpa mayat lelaki tu kat gigi pantai dengan separuh badannya putus mcm digigit binatang yg gigi tajam dan bergerigi. Ikan yg ditangkap hari tu pulak dah xde kat dalam tempat takungan dia.
=============================================
Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang.
Sebahagian dari tugas saya sebagai penyelam laut dalam dalam syarikat ini memerlukan kami menjalankan aktiviti sosial korporat (CSR) untuk masyarakat setempat bergantung kepada kepakaran kami. Salah satunya adalah menolong pihak berkuasa tempatan dalam operasi penyelamat jika berlaku sebarang bencana alam atau kemalangan.
Saya masih lagi ingat satu tragedi di mana sebuah jambatan gantung telah roboh dan mengakibatkan berpuluh kederaan jatuh ke dalam sungai di bawahnya. Kami dipanggil oleh pihak berkuasa utk membantu operasi menyelamat dan mengenalpasti jika ada mangsa yg hidup atau mati di dalam sungai.
Kami sebagai juruselam profesional dgn bertahun pengalaman sudah lali melihat bangkai kenderaan terhempas atau karam di dasar lautan. Kebiasaannya ia adalah kenderaan tentera atau komersial dan mangsa atau mayat yg ditemui merupakan org dewasa. Tetapi dalam kes ini ia sangat tragis kerana dlm kes ini kebanyakannya adalah kenderaan awam dan mayat2 yg dikenalpasti adalahkeluarga dan kanak2 yg dalam perjalanan bercuti sekolah.
Hari pertama kami membantu bomba dan medik utk menyelam ke kawasan sungai yg deras dan dalam airnya. Keadaan air yg keruh dan kelam juga tidak menolong kami utk mencari mayat. Kami dapat lihat kelibat pelbagai kenderaan berada dalam lubuk dan bertimpa antara satu sama lain. Saya dan seorang lagi penyelam ditugaskan mencari seberapa banyak mayat dan dibawa naik ke atas. Hari pertama kami berjaya mengeluarkan 6 mayat terdiri dari dewasa dan juga kanak2. Masih banyak lagi mayat yg dipercayai belum dijumpai berdasarkan anggaran kematian dan kehilangan orang oleh ketua operasi menyelamat.
Esoknya saya menyelam berseorangan kerana rakan seorang lagi terpaksa membuat tugas lain. Saya mula menyelam dan mencari mangsa di dalam sebuah bas persiaran. Kelihatan bas sudah remuk kerana terhempas ke dasar sungai dan harapan utk mencari badan mangsa dalam keadaan baik mungkin tipis. Saya masuk ke dalam mengikut tingkap bas dan pelik melihatkan keadaan dalam bas seolah2 tidak ada penumpang. Bas tersebut hampir kosong. Saya mula risau jika ada pemangsa besar seperti ikan atau buaya yg mendiami sungai tersebut dan memakan mayat2 penumpang.
Kemudian saya beralih arah ke satu kenderaan minivan. Seperti tadi, tiada mayat yg dijumpai dan saya cuba utk bersangka baik bahawa ada penyelam lain yg telah tolong membawa mayat ke daratan. Tiba2 dari jauh saya dapat lihat satu kelibat manusia berpakaian penyelam yg masuk ke dalam satu bangkai kereta tak jauh dari kedudukan saya. Hati saya mula lega kerana ada penyelamat lain menolong. Saya berenang utk menghampiri penyelam tersebut utk membantunya.
Tetapi ada sesuatu yg tidak kena pada penyelam tersebut. Pakaian selam dan peralatan skubanya kelihatan agak lusuh sementara tangki skubanya sudah ada kesan karat dan berlumut. Sebagai seorang penyelam, ini adalah satu perkara yg paling tidak selamat dan profesional. Saya hanya memerhati sahaja dari jarak kira2 4m utk memantau penyelam tersebut. Tiba2 saya tersedar suatu perkara. Tiada buih udara yg keluar dari peralatan skubanya dan sepatutnya tidak ada penyelam lain yg ditugaskan utk operasi penyelamatan selain syarikat saya. Saya menghampiri perlahan2 ke arah penyelam misteri tersebut dan saya cuba menarik perhatiannya. Dia masih sibuk mengeluarkan mangsa di dalam kereta tersebut. Tidak puas hati, saya berenang ke sebelahnya dan mencuit bahunya.
Apa yg berlaku kemudian membuatkan saya tergamam sekejap. Bila dia menoleh, saya dapat lihat ke dalam topeng skuba dan mukanya seperti daging reput yg telah lama di dalam air dan tiada mata dalam bebola melainkan 2 biji cahaya merah. Lumut hijau menyelebungi badannya dan tangannya terasa seperti tulang. Saya mula panik dan terus berenang secepat mungkin naik ke atas permukaan air . Dari belakang saya dpt dengar suara dari makhluk penyelam itu berkata: "Come back here. We need to help them!"
Esoknya saya terus demam dan dikecualikan dari mengikut operasi tersebut.
=============================================
Peristiwa 5 : Makhluk apakah itu?
Sebagai seorang penyelam laut dalam, sudah banyak jenis binatang laut dan ikan yg saya jumpai. Ada yg biasa, ada yg jarang ditemui dan ada juga yg tidak dikenalpasti spesis apa binatang tersebut.
Salah satu peristiwa yg menakutkan berlaku ketika kami membuat operasi mencari serpihan kapal di sebuat tempat di perairan Caribbean. Ia salah satu tempat yg lain dari biasa kerana airnya sgt jernih dan tidak sesejuk lautan atlantik.
Utk tugasan ini, saya dan seorang lagi rakan penyelam diturunkan menggunakan platform besi dgn dinding kawat besi disekelilingnya. Walau bagaimanapun platform tersebut terbuka di atasnya, utk memudahkan kami keluar dan naik ke atas permukaan.
Pemandangan yg jelas didalam air yg jernih membolehkan kami menikmati suasana di dalam laut ketika diturunkan. Pelbagai hidupan air di terumbu karang dapat di lihat dan kawanan ikan berenang ke sana sini.
Ketika kami di kedalaman kira2 50m, suasana sudah berubah dan air kelihatan biru dan kelam. Tidak ada bunyi atau kelihatan ikan2 melainkan mereka sahaja. Susana hening itu tiba2 berubah menjadi cemas kerana tiba kami terasa seperti ada sesuatu benda yg besar melanggar platform kami dari bawah. Kami yg terkejut terus melihat ke bawah platform. Apa yg dpt lihat sgt menakutkan kami.
Kami dapat lihat satu bayangan makhluk berupa ikan gergasi berukuran kira2 15 m panjang dan 6 m lebar sedang berenang di bawah platform kami. Ia berlegar2 mengelilingi kami seolah2 mengawasi penurunan platform tersebut. Saya cuba mengecam jenis ikan tetapi sukar kerana penglihatan kelam dan ikan tersebut berada kira2 200 kaki dari kami. Kami segera memberi isyarat ke atas kapal menandakan ada kecemasan.
Tiba2 kami merasakan suasana menjadi kelam dan ada bayangan bergerak diatas kami. Ikan gergasi itu kini sedang berenang di atas platform dan kali ini saya dapat lihat dgn lebih jelas makhluk tersebut. Ia lebih menyerupai sebuah jerung tetapi kulitnya berwarna coklat kehitaman dan bersisik2 seperti cengkerang. Giginya pula seperti taring kecil tetapi berlapis2 sgt tajam seperti pengisar. Kami tidak pernah melihat ikan tersebut sepanjang kami menyelam atau dimana2 dalam buku atau gambar. Ia berenang2 di atas kami seolah sedang menunggu masa utk kami keluar dari platform.
Kali ini rakan penyelam saya sudah mula panik dan memberi isyarat utk naik ke atas. TIba2 saya terasa satu hentakan di tepi dinding platform sehingga kami terhumban ke tepi. Dinding keluli tersebut remuk dan ternampak satu bentuk hentakan sehingga jelas kelihatan seperti muncung ikan. Saya terus menggunakan flare kecemasan dan membakar dan membalingnya keluar platform.
Kami dapat lihat ikan gergasi tersebut menjauhi platform dan kami terus beri isyarat kepada kapal kami utk menarik kami ke atas. Kami tidak sanggup utk meneruskan operasi lagi. Ini bunuh diri namanya.
Sebaik sahaja kami naik ke atas, kami dapat lihat dengan jelas betapa remuknya dinding tersebut dan satu kali lagi hentakan sudah pasti akan meruntuhkan dinding dan kami akan terdedah pada laut....
=============================================
Salam semua.. Minta maaf sebab lambat update. Ni haa ada satu lagi.
Peristiwa 6: Keepers of The Deep ( Penghuni Laut Dalam )
Sepanjang penglibatan saya sebagai seorang penyelam laut dalam, kami telah belajar dan didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti sains marin, pembacaan peta, kaji cuaca dan lain2 ilmu saintifik yg wajib dipelajari agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan.
Tetapi ada juga benda lain yg walaupun tidak termasuk di dalam silibus, tetapi setiap penyelam laut dalam perlu tahu dan ini diturunkan dari penyelam senior kepada penyelam2 yg lain. Salah satunya adalah mengenai kewujudan "Keepers of The Deep" (penghuni laut dalam).
Walaupun kebanyakan kami berfikiran moden dan tidak peduli dgn mitos dan legenda tersebut, tetapi bila ia melibatkan keselamatan dan nyawa, nak tak nak kami terpaksa mengakui dan mempercayai benda2 ni. Apatah lagi sudah terjadi kes kematian rakan2 penyelam lain di dalam laut dalam yg sehingga kini masih menjadi misteri.
Satu kejadian yg meragut nyawa penyelam laut dalam pernah berlaku pada tahun 2012. Kami telah dipanggil utk melakukan operasi penyelamatan oleh pihak kerajaan bagi menaikkan mayat penyelam yg tersesat di dalam ekspidisi gua bawah laut. Ini memerlukan kepakaran penyelaman dan pengetahuan laut yg tinggi kerana bukan calang2 penyelam mampu menyusuri laluan gua laut dalam yg gelap gelita dan banyak laluan mengelirukan.
2 org penyelam ditugaskan utk ekspidisi menarik mayat ini. Seorang mempunya 13 thn pengalaman menyelam dan seorang lagi walaupun kurang pengalaman kira2 5 thn, tetapi sgt arif dgn arus dan laluan gua laut di situ. Mereka menyelam menggunakan peralatan skuba khas dan laut di situ terkenal dgn suhu airnya antara 3-5 darjah Celsius. Setelah diberi taklimat, mereka berdua pun turun ke dalam dan masuk ke dalam gua laut yg terkenal sebagai salah satu gua laut yg terdalam dan terpanjang di lautan.
Mereka diberi koordinat dan anggaran lokasi mayat penyelam berdasarkan maklumat dari pihak kerajaan. Penyelam senior ( kita panggil W) bergerak di hadapan manakala penyelam kedua (Z) di belakang. Menggunakan lampu spotlight dan tali sebagai marker, mereka menyusuri laluan di dalam gua tersebut dgn penuh cemas dan berhati2. Kira2 30 minit kemudian, akhirnya mereka sampai ke lokasi mayat penyelam lemas itu dan mula menjalankan operasi menarik mayat bersama mereka. Tali dipasang kemas pada mayat penyelam agar dapat dibawa naik.
Tiba2 mereka dapat lihat di depan mereka ada cahaya samar2 seperti spotlight dan kelibat seorang penyelam lain tak jauh dari mereka. Walaupun air laut itu gelap, mereka nampak dgn jelas ada kelibat manusia lain di dalam bersama mereka. Sayup2 mereka terdengar suara org minta tolong dari kelibat tersebut dan semakin jauh ke depan.
Sebagai seorang penyelam, naluri pertama mereka adalah utk menyelamatkan penyelam tersebut kerana itu memang dah jadi tugas mereka. Z yg lebih muda mahu pergi membantu tetapi segera ditahan oleh W. W yg menjadi ketua penyelamat memberi isyarat supaya abaikan dan fokus kepada tugas mereka. Z yg junior pun hairan kerana berdasarkan bacaan tangki oksigen, dia confirm boleh sampai ke penyelam tu dan menarik dia sekali.
Tetapi Z yg hairan dgn keadaan itu pun teringat kembali taklimat diatas kapal bahwa tidak ada sebarang ekspidisi dijalankan lagi di bawah dan tiada yg turun utk menolong operasi mereka. Tambahan pula, tidak masuk akal penyelam tersebut boleh berenang lebih laju dari mereka kerana mereka sudah pasti tidak ada org di depan mereka.
Tiba2 suara sayup meminta tolong berubah menjadi suara ketawa seperti seorang kanak2 yg mengejek. Z terus berubah dari mahu tolong terus nak naik ke atas secepatmungkin. Dia pun fokuskan kepada operasi menyelamat bersama W. Setelah segala2nya siap, mereka terus menyusuri balik jalan keluar dari gua tersebut dgn mayat penyelam lemas yg telah diikat sekali. Sepanjang perjalanan, Z dapat dengar di belakang mereka bunyi hingar bingar seperti pergerakan orang dan bercakap di dalam bahasa aneh dan tak difahami. Dia yg dari awalnya pelik kini berubah menjadi ketakutan dan hanya mahu naik secepat mingkin.
Sebaik sahaja mereka menaikkan mayat penyelam ke kapal dan keluar dari sut selam mereka, baru lah W mengingatkan Z apa yg mereka nampak bukanlah manusia, sebaliknya digelar di kalangan komuniti penyelam laut dalam sebagai Keepers of The Deep. Mereka inilah yg kerjanya bermain ilusi dan menarik penyelam ke dasar laut sehingga hilang orientasi dan akhirnya lemas kerana kehabisan oksigen. Mayat penyelam yg di bawa naik ke atas tersebut disyaki salah seorang mangsa terbaru makhluk ini.
=============================================
Peristiwa 7 : Siapa yg cakar?
Salah satu dari tugasan komersil yg bnyk kami buat di dalam laut adalah bersama pelantar gerudi minyak ( oil rig). Kebiasaannya kami diberi kontrak utk menjaga struktur dan mengawasi keadaan bawah laut dan bayaran yg ditawarkan oleh syarikat minyak amatlah lumayan.
Skop kerja kami kebiasaannya ialah masuk menyelam pada sesi pagi dan petang, bergantung kepada arus dan cuaca. Kami akan menyelam ke dalam laut utk melihat overall structure dan memastikan tiada apa2 halangan atau benda yg boleh menyebabkan risiko kepada pelantar minyak.
Suatu hari kami mendapat aduan dari satu syarikat minyak bahawa salah satu pelantar minyak mereka di lautan seringkali terasa gegaran di bawah laut dan menyebabkan kebimbangan kru2 pelantar. Kami diminta utk menyiasat jika ada apa2 masalah dgn struktur pelantar di bawah laut atau sabotaj dilakukan oleh syarikat minyak lain dsbnya.
Kebiasannya kerja pengawasan ini dilakukan 2 org penyelam dan mereka tentunya perlu menyelam hingga lebih 100 m utk melihat ke bawah pelantar. Disebabkan ini adalah perkara yg amat serius, nak tak nak mereka terpaksa turun walaupun har i makin senja. Setelah dipakai sut khas dan dah sedia, kru penyelam pun masuk ke dalam dan turun menyusur di tepi bingkai besi rig yg amat besar tu.
Sedikit demi sedikit mereka memerhatikan keadaan visual besi utk melihat jika ada kesan retakan atau gangguan padanya. Pada kedalaman 10 - 40 meter, tidak ada apa sebarang keganjilan ataupun kerosakan pada batang2 rig. Tetapi bila mereka turun ke 50 m ke bawah, kru penyelam dapat melihat seperti 3 garisan yg jelas dibuat di batang rig. Jarak antara garisan itu juga agak lebar, dan ia selari antara setiap garisan. Makin mereka menyelam ke dalam sehingga ke 100m, mereka lihat garisan itu makin tebal dan terbenam ke dalam besi pelantar. Ia seperti dibuat dgn sengaja menggunakan alat pencakar yg besar .
Tetapi yg menjadi tanda tanya kepada penyelam itu ialah binatang apa yg boleh buat cakaran yg dalam keatas besi itu pada kedalaman lebih 100m? Jika nak katakan itu adalah kerana kelemahan struktur mengakibatkan retak, ia akan berupa seperti retakan besi yg biasa dan tidak akan kelihatan seperti 3 garisan yg jaraknya selari dan konsisten dari atas sehingga ke bawah laut?? Ia x ubah seperti 3 kuku gergasi yg sgt kuat sehingga mampu mencakar batang besi pelantar.
Kru penyelam pun tidak mahu pergi jauh ke dalam lagi dan segera naik ke atas dan melaporkan apa yg mereka lihat kepada syarikat minyak. Beberapa minggu selepas itu, mereka mendapat tahu bahawa semua kru di pelantar tersebut telah dipindahkan dan pelantar minyak dibiarkan di tengah laut sehingga syarikat minyak membuat keputusan samada dibiarkan sahaja atau ditarik ke yard utk dibaiki.
=============================================
Peristiwa 8 : Siapa yang bantu?
Pekerjaan sebagai seorang penyelam laut bukanlah suatu pekerjaan yg biasa . Sudah pasti risikonya lebih besar dari kerja normal tetapi pulangan dan gajinya juga amatlah lumayan. Bagi pencinta laut seperti saya, ia tidak membosankan utk turun ke laut dan menikmati keindahan alam bawah ini.
Tetapi ada satu peristiwa yg membuatkan saya percaya adanya kehidupan yg kita tak pernah fikirkan di alam ini. Ia melibatkan saya ketika awal2 memulakan profesion ini.
Tugasan yg diberikan hari itu melibatkan operasi mencari satu kapal dagang yg tenggelam akibat dilanda ombak dan terhempas ke karang. Di dalam kapal itu terdapat sebuah beg berisi dokumen penting yg perlu dinaikkan segera. Kami diberi tugasan tersebut dan diterbangkan dgn helikopter ke tgh lautan. Sampai di sana kelihatan satu kapal sudah ada bagi membantu operasi kami. Saya yg baru sahaja join pekerjaan ini kira2 dua bulan agak teruja utk memulakan operasi.
Setelah diberi taklimat dan dipakaikan sut khas , kami pun turun ke bawah mengikut operasi. Sampai sahaja lebih kurang 70 meter di dalam laut, kami dapat lihat bangkai kapal tersebut tersadai di celah karang yg besar di dasar laut. Kami pun bersedia utk masuk ke dalam kapal....
bersambung..
=============================================
banyak kali dah akak kata kisah2 seram dalam blog akak bukan tulisan akak sendiri
nih mesti tak baca dari memula nihhh
terus nak hantammmm ajo
ngeklahhhhh
ini semua akak copy paste dari forum cari
untuk anak2 akak baca dengan senang nya
ada faham?? aiyohhhhhh bape kali mau cakap cuols??
akak tak letak credit ke?
tengok btol2 ehhhh, semua ado kredit tu
tak tau baca ke?
entry kali ni pulak dari koleksi penulis evilcooler
kalau nak baca kat forum cari tu, sila la ke sana
takyah la dok lepak blog hakakkkk
susah nau nak paham nya ke?