Tuesday, January 17, 2017

Kisah Seram: Taiwan, 1990

Richard merupakan pengerusi persatuan pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan dimana dia mewakili para pelajar Malaysia di universiti tersebut untuk segala urusan berkaitan dengan administration. 

Pada suatu hari, bilik kediaman Richard didatangi pihak pengurusan mengenai permintaan sebuah kolej (bukan universiti Richard) untuk menguruskan dokumentasi mayat dua orang pelajar mereka berasal dari Malaysia. Disebabkan kolej tu jenis cikai, mereka tak punya kepakaran atau cukup tenaga kerja (agaknya lah) untuk menguruskan mayat dua orang itu.

Keesokan harinya Richard memandu ke arah utara Taipei menuju ke daerah Ruifang. Walaupun dia tak nak sebenarnya tapi kesian punya pasal di gagahkan juga lah. Mengikut cerita wakil kolej, dua orang pelajar Malaysia ni pasangan kekasih yang pergi berdating ke Jiufen. Ketika turun dari kawasan  berbukit itu, motor/skuter yang dinaiki pasangan ini menjunam masuk gaung. Mayat pasangan tersebut hanya ditemui beberapa hari selepas itu.

Kerja Richard ialah sebagai wakil next of kin kepada penjaga kedua-dua mangsa yang dah siap dibakar dan abu simpan dalam bekas. Dia harus menguruskan dokumentasi dan kemudian urusan penghantaran pulang abu mayat ke Malaysia. 

Sampai di Ruifang, Richard mengambil kesempatan menikmati keindahan Jiufen selepas menguruskan kematian dua orang pelajar itu. Bekas abu mayat ditinggalkan dalam kereta sementara dia bersiar-siar. Lebih kurang pukul 4 petang Richard kembali ke kereta untuk memulakan perjalanan pulang ke Taipei. Di kereta, beliau mendapati seorang Ah soh berdiri berdekatan kereta sambil merenungnya dengan marah.

"Kenapa tinggalkan dua orang tu dalam kereta? Tak kesian ke tengok diaorang menangis macam tu!!" Bentak Ah soh kepada Richard dalam dialek Mandarin pekat.

Termangu-mangu Richard apabila dia tiba-tiba dimarahi out of nowhere. Ah soh itu dah bikin scene sampai ramai mula mengerumuni kereta Uncle Richard. Tidak mahu memburukkan lagi keadaan Richard minta maaf berulang-kali dan cepat-cepat memasuki kereta dan beredar dari situ.

Keadaan dah semakin gelap sewaktu Richard menyusur jalan menuruni bukit yang bersimpang-siur. Satu bahagian di jalan lereng bukit tersebut takde lampu jalan. Richard terpaksa memperlahankan keretanya kerana corner-corner kat situ tajam-tajam. Kalau boleh dia mahu cepat sampai di bawah kerana seram kat area situ tapi tak nak ambil risiko. Beberapa kali juga Richard membuat emergency break sebab tak perasan corner tajam dalam kegelapan malam walaupun dah pasang high beam. Patutlah menjunam motor dua orang tu kata Richard dalam hati.

Dalam perjalanan menuruni Jiufen, cuma kereta Richard aja yang ada. Cuma kadang-kadang je berselisih dengan kereta atau lori di lane sebelah. 

Sedang Richard melayan lagu-lagu mandopop di stereo kereta, beliau perasan macam ada bunyi hengusan nafas. Bila dimatikan radio, takda pula bunyi nafas tadi. Tapi bila dihidupkan radio, kedengaran bunyi nafas berselang-seli dengan lagu-lagu di radio.

Mula-mula Richard ingatkan bunyi nafas orang yang menyanyi tu tarik nafas ke ape tapi tak sync. Apabila dia mengamati betul-betul bunyi nafas tersebut, seakan ada orang lain dalam kereta.

Richard menguatkan volume radio dan buat bodoh je sambil cuba ikut karaoke lagu-lagu cina. Dia menyanyi sekuat-kuat hati untuk distract perhatiannya kerana ada masa Richard terdengar sayup-sayup dari seat belakang...

"Niii haooooo..."

"Niii haoooo..."

Mula-mula suara lelaki then suara perempuan.

Bulu roma dah berdiri satu badan dan peluh dah merecik-recik. Cahaya lampu kuning kereta di depan melegakan sikit perasaan Richard, at least dia tak sensorang kat jalan tersebut.

Semakin dekat kenderaan, semakin terang ruang dalam kereta disuluh oleh kenderaan yang berselisih dengannya.

Masa itulah Richard nampak dari rearview mirror ada lelaki dan perempuan berlumuran darah dengan kepala pecah, berlubang bagai tengah senyum melihat dia.

Apa lagi, lagi kuat lah Richard menyanyi. Kalau tadi nak selisih satu kereta pun susah ini tiba-tiba banyak pula kereta.

Setiap kali kereta Richard berselisih dengan kereta lain, setiap kali itulah dia nampak pasangan kekasih tu. Yang tak bestnya semakin banyak dia berselisih dengan kenderaan lain, semakin hampir pasangan kekasih mendekatinya.

Dah tak tahan sangat, Uncle Richard pergi sound tetamu tak diundang itu dalam Mandarin;

"Kalau korang kacau aku, seriously aku campak abu mayat korang keluar dari kereta ni!"

Sebaik saja Uncle Richard cakap camtu, bunyi nafas kuat dengar betul-betul sebelah kedua-dua cuping telinganya.

Boleh pula time tu ada lori selisih dan nampak clear kat rearview mirror dan side mirror yang pakwe kat bahu kiri dan awek kat bahu kanan. Kata Uncle Richard, mata dua orang tu pandang tepat ke arah dia dengan jari-jemari perlahan-lahan mendekati leher macam nak cekik dia.

On the spot Richard buat emergency break kemudian parking kat tepi jalan sambil pasang hazard light. Cepat-cepat dia keluar kereta dan melepak kat divider tepi jalan. Tak kisahlah kat luar tu gelap gelita tapi dia tak sanggup nak duduk dalam kereta tu dah.

Dipendekkan cerita, ada lah van atau lori berhenti tanya apa masalah dan Richard cakap je kereta rosak, tak boleh start, whatever lah. Ding dong ding dong, beberapa jam kemudian Richard di seat depan lori tarik menuju ke Taipei. On the way ke Taipei, matahari baru naik. Time tu baru lah Richard berani sikit nak tengok-tengokkan keretanya dari cermin belakang. Dia yakin hantu dua ekor tu masih ada kat dalam kereta kerana kalau dia toleh kejap ke belakang takde ape, tapi kalau dia pandang lama sikit kat belakang, dia perasan ada dua kelibat hitam bersembunyi di sebalik seat driver dan seat penumpang depan main ba ba cak dengannya.

The rest of the day di habiskan dengan menguruskan abu-abu bekas mayat  pulang ke Malaysia. Richard mengaku yang dia tak kesian langsung sebab tensen kena kacau dengan hantu dua ekor tu. Setelah bid pegi mampus kepada dua bekas abu mayat itu, Richard telefon pihak universiti memberitahu kereta ada di workshop dan dia pulang ke kampus menaiki bas sahaje.

4 tahun kemudian pada tahun 1994 dia kembali Jiufen bersama tunang dan rakan-rakan lain makan angin di sana. Ketika dalam perjalanan pulang he swore to God yang dia nampak dalam sekelip mata pasangan lelaki dan perempuan berdiri di salah satu selekoh melambai ke arahnya.


================================
from author dammerung dari cari forum


No comments:

Post a Comment