Friday, January 6, 2017

Kisah Seram: Rishi Si Pengawal Keselamatan

hari tu akak terbaca kisah seram dari cari forum tau
punya la best author ni karang cerita2 dia
n semua cerita2 dia rare n lain dari lain

so akak decide nak letak dlm blog nih
senang nak baca nanti2 kannnn
dannn kalau uols nak tau penulis nya

boleh la cari dia kat forum cari tu
nama dia dammerung
meh layannnn kisah2 seram dia..

========================================================


Kisah 1:  Rishi Si Pengawal Keselamatan

Salah satu hobi aku ialah mengumpul cerita seram. Aku suka semua literatur yang berkaitan dengan dunia paranormal dan minat aku hanya setakat itu sahaje. Aku bukan pencari hantu macam Uncle Seeker. Aku ni jenis bila ko cakap "aku ada cerita hantu" je handphone aku dah siap di tangan untuk merakam.

Aktiviti pengumpulan aku bermula pada tahun 2005 apabila aku mula pakai handphone Sony Ericsson. Thanks to the audio recording function, aku mula merakam cerita-cerita seram yang disampaikan secara lisan. Sumber aku ialah orang-orang dalam hidup aku sehari-hari...kawan, kawan kepada kawan, keluarga, kenalan kepada keluarga dan sebagainya lah. Pendek kata, aku ni boleh tahan tak tau malu jugak lah suka hati je tanya orang randomly ada cerita hantu ke tak.

Boleh dikatakan aku dah mengumpul dekat 100 rakaman cerita hantu sejak dari 2005 sampai 2013. Lepas handphone aku kena rembat kat depan LRT Bandaraya 2 tahun lepas, aku malas nak buat collection dah sebab dalam handphone tu ada 5-6 rakaman yang aku tak transfer lagi.

Baru-baru ni aku transfer collection audio cerita seram ke cloud storage sambil layan semula recording-recording lama. Koleksi aku takdelah best mana pun sebab banyak cerita ulang-ulang terutamanya urban legends yang semua orang dah tau. Tapi salah satu yang menarik perhatian aku ialah kisah dari seorang security guard berbangsa Nepal.

Orang Nepal ni housemate aku sewaktu aku menyewa bilik di Balakong.  Mamat Nepal ni kerja security guard dekat universiti aku dan nama dia Rishi. Disebabkan dia jaga shift malam, so jarang la aku jumpa kat rumah. Ada lah satu hari tu aku melepak dengan dia kat hall rumah, Borak-borak lama sikit tau lah serba sikit pasal Rishi ni. Rishi time tu dah 2 tahun kat Malaysia dan boleh speaking English, melayu tak berapa fasih. 

Aku tanya dia banyak ke gaji security guard ni, dan Rishi cakap kalau tak banyak takdela jauh-jauh datang dari Nepal ke Malaysia cari duit. Aku tanya lagi, berapa gaji ko Rishi? 

Rishi cakap, kerja kat universiti tu ok lah gajinya, tapi sebelum dia jadi security guard kat universiti aku, dia ada jadi jaga kat rumah orang. Gaji kat sana lagi tinggi. Dalam RM10 ribu.

Of course aku tak percaya, tapi aku layankan je. Aku tanya Rishi kenapa berhenti kalau gaji besar macam tu?

The moment Rishi cakap "rumah ada hantu", aku tak tanya banyak...terus keluar handphone, buka audio recording dan tekan record.

Salah seorang rakan sekerja bagitau Rishi ada security job kat Bukit Tunku untuk graveyard shift 5 hari seminggu. Masa tu Rishi jadi guard kat kondo area Melawati dan dia tak suka kerja disitu, so memang mencari kerja tempat lain. Apa yang buat job tu menarik, gaji dibayar harian dan cash on the spot untuk setiap shift yang dia buat.

Kawan Rishi cakap kalau berminat, dia suruh contact orang ni. Long story short, Rishi berjumpa dengan client yang offer job tu kat mamak area Kota Damansara. 

Client tu ialah seorang apek tua dan Rishi macam tak percaya dengan offer kerjanya. Jadi security guard rumah kosong dengan gaji RM400+ sehari dimana akan dibayar selepas shift tamat, on top of that Sabtu dan Ahad adalah off days. Now, Rishi bukan sebulan dua jadi security guard, dan dia tahu this kind of offer mesti ada something yang orang tua tu tak bagitahu. Bak kata pepatah inggeris, if it sounds to good to be true, then it is.

Rishi bertanya ke apek tua, what's the catch? dan apek tua tu balas, itu je yang kau patut tau dan mahu atau tak?

Apa yang apek tua tu bagitau Rishi;

- Shift dari pukul 6 petang sampai 8 pagi keesokan harinya.
- Coverage area hanya sekitar luar rumah. Rishi di larang masuk ke dalam rumah.
- Pengangkutan pergi dan pulang disediakan sepanjang 5 hari bekerja.
- Upah hanya akan dibayar selepas shift tamat.

Rishi tiada masalah dengan semua tu tapi ada satu arahan yang Rishi rasa agak pelik, setiap hari dia kena switch off fuse box rumah tu pada pukul 2 pagi. Termasuklah Sabtu dan Ahad dimana Rishi kena singgah kejap semata-mata nak switch off fuse box.

Berulang-ulang apek tu cakap kena make sure switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila Rishi cakap, kalau camtu dia tutup aja lah suis awal-awal, tapi berkeras client dia cakap kena tutup juga pukul 2 pagi, biarlah sebelum tu Rishi dah tutup berpuluh kali. Yang penting fuse box rumah kena di turn off pukul 2 pagi.

Gaji besar dan off days 2 hari, mana nak dapat kerja security macam tu. Walaupun macam ada yang tak kena tapi offer tu terlalu menarik untuk Rishi tolak, maka tanpa berfikir panjang, Rishi pun bersetuju.

Hari pertama dia bekerja, Rishi dijemput oleh van putih dan dia ingat lagi yang van tu masuk ke Jalan Parlimen, lepas tu masuk ke Tugu Negara kemudian terus ke dalam lagi, ada pusing round about kecil dan sampai ke tempat kerja.

Tiada apa yang menyeramkan tentang rumah itu sewaktu Rishi pertama kali sampai. Kalau nak banding dengan rumah lain kat area situ, nampak lah design outdatednya. Lamannya luas dan dikelilingi oleh hutan belukar tapi takdela tersorok sangat kerana dari post guard, Rishi boleh dengar trafik dari Mahameru. Rumputnya terjaga rapi dan ada kereta kancil kat parking bay. Maknanya rumah tu tak terbiar, cuma tak berpenghuni. Sebaik sahaje van meninggalkan perkarangan rumah, Rishi saja round sekeliling. Fuse box terletak di luar dinding belakang rumah dan agak tinggi kedudukannya, so Rishi kena pakai cota kalau nak tutup suis.

Rishi memulakan tugas seperti biasa dan tiada kejadian aneh berlaku sepanjang dia kerja disitu, melainkan suis yang dia wajib tutup akan berada di kedudukan ON setiap kali dia menutupnya pada jam 2 pagi, tak kira lah sebelum tu dia dah switch off berulang kali. Rishi juga tak pernah berjumpa dengan guard shift siang. Dia ada tanya drebar van, siapa jaga shift siang tapi drebar tak tahu. So Rishi anggaplah guard shift siang habis pukul 3 ke, 4 ke so memang takde peluang nak berjumpa masa tukar shift.

Semuanya normal sehinggalah masuk bulan ketiga.

Hari kejadian ialah hari Sabtu. Van tak disediakan pada weekend dan biasanya Rishi pinjam motor kawan. It just that, sebelum tu Rishi ada berselisih faham dengan member yang ada motor tu, so hari tu takde transport. Mau tak mau, Rishi datang awal dalam jam 10 malam naik teksi dan planned untuk tidur di post guard aja. Malam itu hujan turun dengan lebat. Best dengan sejuk agaknye, Rishi tertidur dengan lena. Sekitar jam 3 Rishi terbangun dan bergegas keluar dari post guard untuk menutup suis fuse box. Sebaik sahaje dia berada di depan rumah, Rishi dapati rumah terang-benderang. Lampu-lampu semua menyala. 

Cermin tingkap pakai stained glass menyebabkan dia tak dapat tengok siapa kat dalam rumah. Rishi mengetuk pintu depan tanya siapa kat dalam tapi takde sape membalas. Dia tengoklah kat lubang kunci pintu yang kecik tu.

Dari lubang kunci, Rishi ternampak seseorang berada dalam keadaan merangkak. Bukan merangkak macam baby tu tapi dengan tapak tangan dan tapak kaki semua kat lantai dan badannya melengkung ke atas, macam kucing. Rishi cakap orang tu bogel dan rambut panjang. Dia tak cam samada lelaki ke perempuan. Sambil tengok benda alah tu, Rishi ketuk lagi pintu cuba communicate dengan orang dalam rumah.

Semua dia panggil,...sir, ma'am, kakak, adik, abang, hey, hoi...semua lah...tapi orang tu tak menyahut. Nak pecah masuk, teringat Rishi ke amaran clientnya yang melarang masuk ke dalam rumah.

Tanpa membuang masa, Rishi called apek tua pakai handphone. Takde hello bagai, apek tua tu sebaik sahaje angkat phone terus marah-marah tanya "why you don't switch off the fuse box!!!"

Macam tau-tau je apek tua ni. Rishi cuba la menipu cakap dia dah tutup tapi apek tu agaknya dah tau sangat, dia bentak Rishi cakap "don't lie to me! I know you didn't switch off the fuse box!"

Tak sempat Rishi nak tanya pasal orang dalam rumah, apek tua terus cakap "You leave the house now! don't wait anymore! No need to switch off!! leave! leave!"

Rishi iya-iyakan aja dan hang up. Kerana rasa bersalah agaknya, Rishi pergi ke belakang untuk tutup suis fuse box. Sepanjang dia menuju ke belakang rumah, ada bayang-bayang di cermin tingkap mengekori dia dari tingkap ke tingkap.


Aku tanya Rishi, ko rasa apa benda dalam rumah tu? dia cakap mula-mula dia ingat orang, sebab dari cara apek tu marah-marah seolah macam acknowledge someone is in the house. 

Bila Rishi dah ada kat belakang dan switch off fuse box dia tengok kat tingkap dapur. Tingkap dapur menurut Rishi cuma tengah-tengah je ada stain glass, dan bordernya transparent. Dari area transparent tu, ada separuh muka orang tengah tengok dia. Mata orang tu macam mata orang biasa dan kulit putih pucat sampai nampak urat-urat hijau berselirat kat wajah. Rambut hitam mengerbang.

Rishi angguk kecil sambil tersenyum tapi tiba-tiba wajah di tingkap bergerak sekeliling sampai ke bahagian atas. Logically speaking, mustahil kalau orang boleh buat macam tu.

Siapa-siapa ada kenal dengan security guard Gurkha Nepal, tau lah macam mana hati keringnya diaorang ni. Rishi cakap dia tengok makhluk tu dalam seminit dua, baru dia buat kesimpulan "that thing is not human".

Rumah tu kembali gelap bila suis fuse box ditutup dan makhluk tu hilang dari tingkap. Rishi berjalan ke post guard. Hujan renyai-renyai dan dia planned nak call public taxi pukul 7 pagi nanti. 

Baru nak sambung tido balik, Rishi dengar bunyi pintu rumah di hentak kuat macam ditumbuk berkali-kali. Bunyi hentakan berselang-seli dengan suara perempuan melolong. Tak jadi dia nak tido. End up dia melepak sampai ke pagi layan radio tamil. Bunyi tu hilang lebih kurang time subuh.

Sementara tunggu teksi datang, Rishi pergi ke rumah tu kejap buat check-up. Dia tengok dalam lubang kunci tapi tak nampak apa sebab gelap. Tombol pintu pun dia check, depan belakang pintu semua berkunci. 

Sebelum meninggalkan rumah salah satu pintu dalam rumah di buka dan di hempas kuat 3-4 kali dan Rishi cakap sumpah dia terdengar ada suara halus dari dalam panggil...

"Abaaaanngg...abaaaanng"

Rishi tak ambil port dan terus ke post guard. By then baru dia faham kenapa apek tua offer gaji RM10 ribu.

By the time dia dalam teksi, baru dia perasan kat pagar ada mail box tertulis "Rumah Berhala xxx xxx"


****************************************************************************************************
recording cerita si Rishi ni adala dekat 2 jam, berselang-seli dia borak kat handphone dengan member Nepal dia kejap, lepas tu dia pi kencing, aku pi kencing so nak extract tu take times juga.

Untuk menjawab persoalan-persoalan korang.

1. Rumah berhala ni tak semestinya kuil/tempat sembahyang. Rishi pun cakap rumah tu jarang ada orang datang kecuali si apek tua dan beberapa orang lagi. Dari cerita Rishi, aku rasa rumah tu store tempat simpan patung-patung berhala. Mungkin nama rumah berhala digunakan untuk tujuan surat menyurat, bil letrik contoh paling obvious lah sebab electricity masih ada.

2. Aku ada tanya Rishi pasal tutup suis pukul 2 pagi tu, tapi Rishi pun tak pernah tanya kat apek tu. So it's a mystery on that part.

Itu salah satu ceritanya lah, ada lagi cerita pasal rumah tu. Rishi ni bukan berhenti kerja kat rumah tu sebab berhantu, tapi di berhentikan/dipecat disebabkan satu insiden yang berkaitan ke'angker'an rumah tu jugak la.

Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!!

Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7.

Suatu weekend, apek tua called minta dia datang pagi sebab ada orang nak mesin rumput. Rishi datang pagi tu buka gate, ada Bangla dua orang dah tunggu dengan mesin rumput. 

Masa ni Rishi dah tak pinjam motor member, dia sewa kereta je setiap minggu. So lepas buka gate Rishi cakap dalam pukul 3 dia datang balik, kalau dah settle, boleh pulang terus tak payah tunggu.

Pukul 3, Rishi sampai tengok rumput-rumput kering bertebar kat laman tak berkaut dan mesin rumput dua biji kat parking bay rumah. Bangla-bangla nya hilang. Disebabkan takde contact number, terpaksalah Rishi menunggu. Lebih kurang dekat pukul 4, baru nampak batang hidung.

Rishi marah lah sebab kena tunggu lama, dia tanya apasal tak settle lagi.

And then, Bangla-bangla tu tanya..

Tuan rumah ni sakit ke? 

Rishi cakap lah, sakit apanya? mana ada orang dalam rumah ni.

Then Bangla tu cerita diaorang terdengar orang menangis dalam rumah. Mula-mula menangis biasa je, tak lama lepas tu dah start meraung. Rasa serba salah pulak Bangla dua orang ni sebab macam ganggu privasi tuan rumah. Sebab lama sangat meraungnya, Bangla ni suspek ada something wrong, mana tau cry for help ke apa kan, so dua orang ni pergila ketuk pintu. Bila ketuk pintu, lagi kuat meraungnya.

Bangla-bangla terasa menganggu agaknya dengan bunyi mesin rumput dan decided untuk break kejap dengan niat mungkin orang tu akan cool down kejap lagi.

Tapi bila suara yang menangis tadi tiba-tiba tergelak, dua Bangla ni ambil keputusan lebih baik blah dulu dan tunggu sampai pukul 3 time Rishi datang semula. Rishi cerita yang Bangla tu cakap masa menangis suara perempuan, tapi masa tergelak tu kejap suara lelaki, kejap suara perempuan. Bukan macam ada dua orang tergelak tapi suara yang sama bertukar-tukar jantina.

Rishi pergi ketuk pintu tanya siapa ada kat dalam dan seperti dijangka tiada jawapan. Lepas marah-marah dan berlagak boss lebih kurang, Bangla-bangla tu kasi settle kerja diaorang dan balik.

Pagi tu Rishi singgah rumah macam biasa untuk tutup suis fuse box. Sebelum nak blah tu, dia rasa curious dengan cerita Bangla tadi, so dia cari batu dan baling ke atas bumbung beberapa kali. Lepas dah macam confirmed tiada apa-apa, dia masuk dalam kereta nak balik. Baru nak tutup pintu, pintu dalam rumah dihempas kuat. 

Rishi keliling rumah buat checking. Check fuse box, ok dah tutup. Check pintu depan, berkunci, check pintu belakang pulak, ok  berkunci. Kemudiannya dia tinjau kat tingkap dapur. Sambil tinjau, Rishi suluh ke dalam dengan lampu suluh. Di sinki ada beberapa pinggan dan cawan plastik.

Di panjang lagi suluhan dari dapur terus ke ruang tamu. 

Menurut Rishi, dia nampak ada lembaga hitam berbentuk manusia sedang bercangkung. Sekali lihat pada mulanya Rishi ingatkan perabot. Tiba-tiba "perabot" tu mula berayun (rocking).

Masa tu Rishi yakin ada orang dalam rumah sebab bagi dia, kalau rupanya macam orang, bentuk badannya macam orang..so oranglah! Lagipun benda alah tu ada kaki dan hantu mana ada kaki!

Rishi ketuk-ketuk tingkap pakai cota. Makhluk tu tak menjawab dan terus buai-buai badannya. Tanpa buang masa Rishi capai handphone dan call apek tua.

Mula-mula tak di angkat, Rishi call lagi, masih tak angkat. Kemudian Rishi di call oleh apek tua dan seperti biasa marah-marah ingat Rishi terlupa lagi. Tak endahkan bebelan apek tu, Rishi bagitahu kat dalam rumah ada orang dan dia sedang melihatnya sekarang.

Rishi masih ingat apek tu hanya mengeluh "haiyaa..." dan tak bersuara lama sampai Rishi cakap hello beberapa kali.

"Rishi, you switched off the board already ya?"

"Yes boss"

"You go home then"

Ketenangan suara apek tu buat Rishi lagi nak tau pasal benda dalam rumah. Dia cuba bakar sikit...

"Boss..I call the police okey?"

Apa melompat apek tu dan warning Rishi supaya tak mengada-ngada nak call polis bagai.

Rishi "paksa" apek tu cerita juga apa kes rumah ni sebenarnya. Dia justified dengan argument yang ikut agreement Rishi guarding rumah takde orang.

Sampai la apek tua tu give up dan cuma bagitahu, itu "security guard" untuk dalam rumah.

Walaupun masih tak puas hati dengan jawapan yang diterima, Rishi dah malas nak panjangkan isu ni. Lagipun dia nak balik tido.

Di suluh lagi ke makhluk tadi sebaik hang up handphone dan hanya lantai simen yang kelihatan. Rishi cuba suluh seluruh ruang dalam rumah mencari makhluk mencangkung tadi.

Bunyi tapak kaki berlari di lantai kedengaran di bahagian bilik. Rishi dekatkan telinganya ke tingkap dan dia dapat dengar dengan jelas bunyi pintu di buka, bunyi orang berjalan dan bunyi seakan seseorang menghempaskan badan ke tilam spring. 

Kemudian ada ketukan di tingkap dapur dan Rishi dengan pantas menuju ke sana, only to be greet dengan wajah yang sama di bahagian transparent tingkap dapur tersebut.

Anak mata makhluk tu terpaku ke arah Rishi dan mengekor aja pergerakannya.

Rishi ni boleh pulak cabar-cabar benda alah tu. Dia panggil-panggil pakai wei, hoi, wei...dan ajak keluar pakai tangan macam nak bergadoh.

Tiba-tiba makhluk tu tekap mulutnya ke tingkap sambil menganga. Rishi cakap lembaga tu takde gigi, gusi aja melekap sambil lidahnya menjilat-jilat cermin.

Buat pertama kali, Rishi merasa takut. Takutnya itu sampai kakinya terkunci dan terjatuh ke belakang. Rishi cakap yang paling seram bila tombol pintu dapur berputar-putar macam orang cuba buka dari dalam.

Masa ni Rishi dah terjerit-jerit minta tolong, tak kisah la takde orang dengar pun, sebab dah takut teramat sangat. Dipaksa kakinya bergerak sampai tergali tanah kerana dikuis kakinya.

Bila dah boleh bergerak, Rishi berlari ke kereta dan cepat-cepat meninggalkan rumah. Pintu gate tak dikunci dan Rishi tak peduli dah.

Semenjak dari hari itu, Rishi dah tak berani nak dekat dengan rumah berhala itu dan cuma lepak kat post guard. Setiap kali time kena tutup suis, dia layan wiski murah yang beli kat KK mart tu sampai mabok then baru pergi tutup suis.

Rentetan bagaimana Rishi di pecat bermula sekitar 6 bulan sebelum hari terakhir dia bekerja di rumah puaka itu. Masa ni Rishi cakap dia dah mula slacking off, masuk kerja lambat, pukul 3-4 pagi dah cabut balik tapi walau macam mana malas pun, dia tak pernah lupa tutup suis fuse box. Apek tua dah beberapa kali bagi amaran terakhir gara-gara ketidak profesionalan Rishi ni, tapi setakat gertak macam tu je lah. Apa yang membuatkan Rishi rasa takkan kena fired adalah disebabkan boss dia terdesak memerlukan perkhidmatan pengawal keselamatan dan jika dia di berhentikan, tiada siapa akan menggantikan tempatnya, siapa sanggup anyway? gaji RM 20 ribu pun belum tentu ada orang nak.

Masa ni juga Rishi dah beli motorsikal. Ikutkan dia nak saving je gaji dia yang banyak tu tapi bergaduh dengan drebar van punya pasal (mamat drebar ni kaki report ke boss), terpaksalah beli motor dan sejak ada motor, Rishi ambil duit gaji from this young Chinese lady kat rumah area Dutamas. Kalau dulu drebar van tolong pass duit kat dia setiap pagi, tapi sebab ambil sendiri so gaji dah jadi bulanan. 

Rishi lepas kejadian penampakan, dia dah takde mood nak kerja situ. Sampai bangun tidur pun rasa nak lempang orang mengenangkan beberapa jam lagi masuk kerja. Itu alasan Rishi lah, kalau ikut pemahaman aku si Rishi ni yang dah naik tocang, ye lah takda siapa nak monitor.

Dah setahun lebih bekerja ni juga Rishi baru tahu yang dia lah satu-satunya security guard kat rumah tu. Dia pernah borak dengan fellow security guard yang bekerja di rumah berdekatan, orang tu cakap rumah tu setahu dia memang tak pernah berjaga. Rishi adalah cucuk sikit kot-kot ada urban legend ke pasal rumah berhala tu, tapi takde pula orang tu cakap "office" Rishi ni berhantu, just memang tak berpenghuni aja lah.

Pada satu malam, boss si Rishi (apek tua) datang ke rumah naik Mercedes S-Class ditemani beberapa orang lagi. Kereta kancil yang selama ni tak pernah bergerak, di pandu keluar dari rumah. Rishi cakap ada dua orang middle-aged Chinese women bawa dulang yang kelihatan seperti makanan dan kedengaran seperti upacara "menurun" berlangsung di depan pintu rumah. Bau colok menyengit sampai ke post-guard dan asap menyelubungi kawasan rumah. Rumah berhala terang malam tu dan sekitar hampir tengah malam baru lampu ditutup semula. Sebelum beredar, Boss minta Rishi datang tengahari besok dia nak datang angkat barang.

Keesokan harinya, Rishi datang ke rumah waktu tengahari seperti di arahkan. Boss sampai dengan lori 1 tan dan beberapa pemuda Cina. Borak-borak lebih kurang, Boss pun meninggalkan kawasan rumah dengan Mercedesnya, sebelum itu dia sempat cakap pada Rishi supaya monitor aktiviti orang-orang tu dan pertama kalinya, Rishi di beri kebenaran untuk masuk ke dalam rumah.

Rishi masuk kedalam rumah dan benda pertama dia nampak adalah dulang-dulang berisi sisa-sisa makanan, kulit-kulit limau mandarin dan botol-botol beer kosong di lantai. Agaknya Boss dan kawan-kawan dia berpiknik dalam rumah malam tadi. Benda kedua yang dia nampak adalah isi dalam rumah penuh dengan patung-patung berhala. Dari yang sebesar lengan sampai lah sebesar sampai ke bumbung. Untuk pengetahuan semua, Rishi cakap rumah single-storey tu takda siling. Dia masuk juga ke bilik-bilik dan seperti apa yang dilihat waktu di living hall, penuh dengan patung-patung berhala.

Patung-patung berhala yang besar ada diperbuat dari tembaga dan marmar tapi yang kecil-kecil bersepah atas lantai kebanyakkannya diperbuat dari solid gold. So untuk menjawab pertanyaan beberapa pembaca kenapa Rishi di upah jadi security guard, menurut pendapat aku mungkin untuk menjaga patung-patung Dewi Kuan Yin emas ni la kot (aku rasa la patung Dewi Kuan Yin, Rishi tak cakap pun patung apa).

Paling misteri, bilik di mana Rishi terdengar bunyi tapak kaki dan orang baring atas katil tu, takda katil, yang ada cuma tembikar-tembikar hitam bertepek kertas merah. Dalam tembikar ada pasir pantai yang dicucuk beberapa batang colok separuh terbakar.

Pemuda-pemuda Cina ni mengangkat beberapa patung tembaga naik atas lori dan disebabkan saizn, ada beberapa patung yang kena di baraikan sebelum naik atas lori. Style diaorang ni macam gangster dengan rambut oren bertatoo, bertindik dengan kuku jari kelingking panjang bagai, so aku refer mereka ni sebagai Ah Beng ajalah. 

Salah seorang dari Ah Beng tiba-tiba memaki-hamun terjerit-jerit. Ingatkan pergaduhan sesama Ah Beng, tapi Rishi tengok Ah Beng ni marah-marah kat salah satu patung dan yang peliknya, Ah Beng lain semua relax je macam takda apa dan teruskan kerja-kerja mereka.  Bila Ah Beng panas baran ni dah cool down, Rishi tanya...

"Bos, apa pasat?"

"Lu talak nampak ka?"

"Nampak apa?"

"Itu cheebai main-main belakang itu patung"

(perbualan adalah rekaan aku berdasarkan cerita si Rishi )

Rishi tengok lah kat patung tu dan apa yang dia nampak adalah makhluk "bergurau" kat dapur tempoh hari, tengah main hide and seek kat belakang patung. First time juga Rishi nampak muka benda alah tu. Rishi cakap kalau kat luar mesti dia ingat pengemis sebab macam muka orang betul. Makhluk tu macam orang tua tak terurus dengan rambut hitam panjang. 

Bila Rishi dan makhluk tu bertentang mata, di panggil-panggilnya Rishi...

"woi, woi, woi, woi"

Ada seorang Ah Beng lain pergi simbah air pakai baldi, sepantas kilat benda alah tu panjat dinding, masuk kat celah-celah frame bumbung dan hilang dari pandangan.

Rishi tak banyak borak dengan geng Ah Beng sebab diaorang pun buat hal diaorang je. Dah senja baru selesai dan salah sorang bagi kunci rumah kat Rishi bagitahu nanti Boss datang ambil.

Aku ada tanya Rishi, ko tak takut ke tengok hantu tu? Rishi cakap time tu siang dan ramai-ramai, lagi pulak bila dah tengok rupa yang tak menyeramkan langsung, nak takut apanya? Chewah, eksyen Rishi ni.

Anyway, dari sehari bertukar seminggu, seminggu bertukar sebulan dan kunci masih kat laci pondok pengawal. Rishi pula semakin ramai partner security guard tak bertauliah dok teman dia setiap hari, berkat dari gebang kat kawan-kawan tempat kerja dia berhantu.

Mula-mula semua bertenggek kat post guard je, lama-lama dah ada yang suggest pergi minta nombor kat hantu tu. Rishi of course tak bagi lah sebab tak pasal-pasal hilang kerja nanti. Ada la dua, tiga orang pergi round rumah tu pepagi buta. Ada yang cakap nampak vampire(??), ada cakap takda apa pun. 

Sampai lah satu hari ni.

Malam tu dia sakit perut dan jamban kat toilet post guard tu dah rosak. Taik bertakung dah berhari-hari tak flush sampai Rishi cakap dia kencing kat longkang depan rumah je. Dengan terpaksanya dia minta member-member dia jaga kejap sementara dia balik berak kat rumah (gas station semua kunci toilet lepas business hours).

Bila dia balik je kat rumah berhala tu, post guard kosong dan pintu rumah terbuka. Sorang pun takde. Dia tengok kunci rumah tergantung kat lubang kunci. Apa lagi panik la Rishi. Dia tak tengok pun keadaan dalam rumah dan cepat-cepat kunci sebelum telepon kawan-kawan.

Lagi haram jadah, seekor pun tak angkat call. Dah la tu, suis fuse box tak switch off, padahal dah berulang kali ingatkan supaya jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi.

So Rishi pun settle kerja lebih kurang dan macam biasa tuang kerja, pukul 4 pagi dah berambus. 

Pagi tu jugak Rishi pergi cari kawan-kawan melepak dia. Jumpa salah seorang dan dia cerita apa terjadi malam tu...

Lepas si Rishi balik rumah, member sorang yang berlagak hero cadangkan masuk rumah beramai-ramai untuk minta nombor. Sebelum tu, salah seorang jadi runner kejap pergi beli roti, cikidis dan beer kat 7-11 konon-konon jadi "serahan" untuk penunggu rumah. Si hero ni lah yang pergi curi kunci dari laci, buka pintu dan susun makanan dan beer kat lantai. 

Semua dok menunggu kat hall rumah, bila lah hantu nak keluar ni. Dah macam 10-15 minit takda apa, si hero pergi ke salah satu bilik sorang-sorang. 

Tiba-tiba si hero menjerit dan lari lintang-pukang keluar rumah. Bila si hero pun dah macam tu semua pun ikut sama la, start motor dan cabut.

Rishi tanya korang ada ambil apa-apa tak? memikirkan kalau lah hilang hatta satu pun patung dewi kuan yin dalam rumah tu, memang mati la dia kena lauk. 

Mamat tu cakap tak ambil apa pun tapi Rishi tak puas hati juga. Dia cari si hero dan selepas tampar kepala mamat tu beberapa kali, dia tanya ko ada curi apa-apa tak? si hero cakap masa dia masuk bilik, tak sempat nak buat apa, dia dah ternampak ada lembaga hitam bertenggek kat patung berhala sambil jelir lidah. Apa yang dia ingat lepas tu ialah tercicit-cicit lari sampai terkincit dalam seluar.

Rishi tensen. Dia tahu dalam rumah mesti bersepah sekarang dan paling dia stress ialah pintu rumah terbuka pagi tu tanpa suis fuse box ditutup. Nak tak nak, dia kena juga masuk dalam untuk bersihkan rumah, thanks to kawan-kawan tak guna dia.

Rishi singgah rumah sekitar jam 11 pagi. Masa tu matahari tengah tegak atas kepala dan Rishi harap siang-siang buta ni takde la gangguan. Perlahan-lahan dia buka pintu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sekering-kering hati Rishi ni, dia still tak berani nak masuk rumah tu sorang-sorang. Tin-tin beer dan plastik-plastik cikidis bergelimpangan atas lantai.

Ditarik nafas dalam-dalam dan Rishi masuk ke ruang tamu. Di kala tengah pungut semua tu, dia perasan patung-patung semua tergolek atas lantai. Ini mesti kerja si hero main langgar time lari hari tu.

Satu-satu dia tegakkan balik. Rishi cakap tiada sebarang gangguan pun sepanjang dia bersihkan rumah.

Dan malam itu, bermula lah siri-siri gangguan yang extreme.

Dalam pukul 8-9 malam macam tu, time Rishi tengah melepak kat post guard layan radio tamil, ada suara betul-betul di luar tingkap...

"woi, woi, woi, woi"

Terkejut Rishi dan sebaik dia tengok kat tingkap, ada separuh wajah yang amat dikenalinya. 

Dicapainya cota dan berlari ke luar pondok dengan niat nak pukul makhluk tu, tapi tiada siapa. Sejak dari itu Rishi feeling ada benda tengah tenung dia dari luar tingkap.

Setiap kali dia ke belakang rumah untuk tutup suis fuse box, dari jauh dia nampak ada lembaga hitam terbongkok-bongkok berdekatan pagar dawai yang mengelilingi kawasan rumah.

I think most of you might have guessed it, hantu woi woi itu mungkin dah "keluar kandang".

Rishi boleh tahan lagi setakat gangguan time kerja, ini kalau dah sampai ikut balik rumah...

Kat bilik time nak tidur je, ternampak kelibat woi woi kat sudut bilik. Time nak mandi ada panggilan woi, woi di luar tingkap bilik air.

Paling parah, time nak berak pun woi woi dok skodeng kat gerigi atas pintu jamban.

Dah tak tahan sangat, Rishi ambil keputusan untuk come clean dengan majikannya. Hari Ahad terakhir, dia berterus-terang dengan amoi yang tukang pass duit gaji, nak bagitahu Boss, dia takut kena ganyang pula so mungkin amoi ni hati dia lembut sikit. Lepas cerita dari A-Z, sangkaan amoi ni berhati lembut jauh meleset, dekat sejam dia kena maki hamun tengah panas kat depan gate rumah. Lepas amoi tu telepon Boss, dia suruh Rishi pergi tunggu kat post guard, Boss nak datang.

Tunggu lah si Rishi dengan berdebarnya. Sampai saja Mercedes warna silver parking depan pagar, meluru Boss keluar dan terus tampar Rishi berkali-kali sambil maki-hamun. Di belakang ada beberapa orang elder Chinese men tengok je si Rishi ni macam budak sekolah kena rotan. Boss suruh bagi kunci ke dia dan tunggu kat post guard sementara dia dan yang lain masuk ke rumah.

Lebih kurang sejam, apek tu keluar dan datang ke pondok pengawal.

Rishi di perintahkan untuk berambus sekarang juga. Tanpa banyak cakap, Rishi start motor dan pulang ke rumah. Sejak dari itu tiada lagi gangguan dari woi woi dan minggu tu juga Rishi beli tiket flight balik Nepal. Lepas 3 tahun baru datang Malaysia balik dan bekerja di universiti aku tu.

Begitu lah alkisahnya.

1 comment: