Sunday, January 15, 2017

Kisah Seram: Asrama

Mukadimah
Cerita-cerita mistik/misteri melibatkan asrama dianggap genre klasik dalam dunia penceritaan paranormal di Malaysia. Dalam 9 tahun aku mengumpul rakaman cerita-cerita mistik, boleh dikatakan 1/4 daripadanya mengambil tempat di asrama, asrama sekolah to be precise. 

The problem with hostel horror stories is they are too cliche. Jalan ceritanya terlalu predictable dan 'hantu-hantu'nya sama sampai aku berniat untuk tidak memasukkan kisah asrama dalam thread sebab it is too redundant, ramai yang dah cerita kat MPS.

Tapi tak lengkap rasanya kalau aku tak masukkan sekurang-kurangnya satu entry pasal asrama. Setelah melayan berjam-jam rakaman cerita hantu asrama, aku memilih kisah yang disampaikan Abang Sham.

Aku mengenali Abang Sham sewaktu menumpang di rumahnya selama 3 bulan. Seorang yang nostalgik, tak sah kalau melepak di anjung rumah kalau tak dengar kisah-kisah imbauan sewaktu zaman belajar. 

Seperti biasa aku mesti akan bertanya tentang pengalaman-pengalaman mistiknya tapi masalahnya Abang Sham juga seorang skeptik. Sehinggalah seminggu sebelum aku pulang ke KL, beliau akhirnya mengalah.

Entry ke-9 adalah dramatization dari rakaman pengalaman mistik Abang Sham sewaktu beliau di Tingkatan 4.


Bahagian I
Ia bermula dengan seorang pelajar perempuan tiba-tiba meracau waktu minum malam di Dewan Makan.  Apa yang jadi seterusnya ialah histeria beramai-ramai pelajar perempuan sehingga warden terpaksa menelefon ambulan. 

Malam itu aspura happening walaupun sudah hampir tengah malam kerana semua busybody pasal kes histeria sehingga warden-warden bertempik suruh semua pulang ke dorm masing-masing, tutup lampu dan tidur.

Abang Sham dan teman-teman rapat melepak di ruang katilnya sambil berbincang kejadian sebentar tadi. Macam-macam teori yang keluar. Ada yang kata nampak kelibat nenek tua tak dikenali di Dewan Makan, ada yang tuduh pelajar-pelajar terkena histeria main spirit of the coin dan ada juga yang cakap angkara hantu tentera Jepun kerana urban lejen sekolah yang kononnya dijadikan pejabat pemerintahan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.


Tengah syok bercerita, kedengaran bunyi kaca pecah dari jauh. Bunyinya berterusan seperti di pecahkan satu-persatu. Jeritan kuat dari aspuri kembali menggemparkan sekolah. Penghuni aspura bersidai di balkoni koridor tingkat 3 untuk pandangan lebih jelas situasi di aspuri. Warden-warden terpaksa membiarkan aspura yang kembali meriah kerana semua dikerah ke aspuri yang semakin tak terkawal.

Keadaan mula reda sekitar waktu Subuh dan warga asrama yang rata-rata tak tidur semalaman bersiap untuk ke kelas. Satu perhimpunan diadakan sebelum kelas bermula untuk penerangan kepada para pelajar mengenai kejadian malam tadi tapi semuanya masuk telinga kiri Abang Sham dan keluar telinga kanan kerana mengantuk teramat sangat.

Ketika kelas Matematik Tambahan, seorang pelajar perempuan di kelas Abang Sham memuntahkan isi perutnya ke atas meja. Kemudian berguling-guling atas lantai sambil meraung. Ketika cuba ditenangkan, dia menunjuk jarinya ke arah pintu belakang kelas lalu menjerit...

"FARAH! FARAH!"

Tapi tiada siapa pun di pintu belakang kelas.Tiba-tiba pintu terhempas kuat dan semua berlari keluar. Kelas Abang Sham dipindahkan sementara ke Pusat Sumber dan pelajar perempuan tadi di hantar ke klinik. 

Di Pusat Sumber, pelajar-pelajar perempuan dikerumuni. Semua nak tahu pasal histeria, terutamanya kes malam tadi lah. Rupanya separuh dari penghuni salah satu dorm aspuri Tingkatan Lima histeria sampai mengamuk. Sekarang ada ustaz sedang melakukan aktiviti 'membersih' dan 'pagar' kawasan aspuri. Abang Sham tak join dengar cerita kerana letih dan mengantuk. 

Tak sampai setengah jam, terdapat kekecohan diluar. Pelajar-pelajar Tingkatan Lima bertempiaran lari. Abang Sham mendapat tahu ada mendakwa terlihat lembaga di sudut belakang kelas dan ramai mengesahkan penampakan tersebut.

Semua yang berlari tadi di tengking Guru Displin kerana mengada-adakan cerita dan di paksa masuk kelas semula. Sebagai seorang yang skeptikal, Abang Sham anggap the whole thing is just series of actions by attention seekers that got overblown. Apa-apa pun hati kecilnya berterima kasih kepada mereka-mereka yang bersusah payah berlakon histeria, nampak hantu dalam kelas dan sebagainya. Dapatlah satu hari ‘buat kerja sendiri’.

Prep petang sehingga waktu riadah di habiskan dengan tidur; tidur ganti kata Abang Sham. Sesi prep malam, Abang Sham & geng menyambung perbincangan terbantut malam kelmarin.

Rakannya menceritakan apa yang di dengar dari pelajar perempuan siang tadi…

Di blok aspuri menempatkan pelajar Tingkatan Lima, ada satu partition toilet yang memang dah bertahun-tahun berkunci atas alasan rosak. Tandas dikatakan tersumbat disebabkan sikap beberapa penghuni aspuri low IQ pergi buang sanitary pad dalam lubang jamban. 

Suatu hari dua, tiga tahun lalu, seorang penghuni aspuri ternampak ‘perempuan’ berambut panjang pakai uniform pinafore lusuh sedang menghantuk-hantuk dahi di pintu tandas berkunci. Bila ditegur, ‘perempuan’ itu menoleh dan tertayanglah wajahnya sehingga pengsan penghuni aspuri dek kejelitaan ‘perempuan’ yang di beri gelaran ‘Farah’.

Folklore aspuri menerangkan asal-usul nama Farah datangnya dari seorang super senior mendakwa mimpi didatangi seorang pelajar perempuan cantik berambut panjang dan memakai uniform pinafore. Katanya pelajar perempuan dalam mimpi memperkenalkan dirinya sebagai Farah, bekas pelajar disitu dan bunuh diri dalam toilet berkunci kerana putus cinta.

Bak kata Abang Sham “I don’t know why and how, the whole Farah legend being handed-down from one generation to another and every girl there believe that shit”. Dah jadi tradisi senior-senior aspuri akan indoctrinated new intake dengan lagenda ‘Farah’ sampai tak pasal-pasal semua benda dikaitkan dengan Farah. Pagi-pagi nampak tong sampah jatuh berselerak depan dorm, kerja Farah, dengar kucing mengiau malam-malam buta, Farah tengah buat round. Sampai kalau tiba-tiba terputus bekalan elektrik, pun kerja Farah juga.

Sudah tentulah, Farah ‘bertanggungjawab’ di atas histeria berjemaah. Farah mengamuk kerana ramai pengotor, basically perkara-perkara yang berkaitan dengan sanitary pad. Salah seorang yang terkena histeria nampak Farah sedang mencangkung sebelah bakul sampah dalam dorm sambil jilat-jilat darah kotor pad.

Pada pukul 9:45 malam, Abang Sham dan teman-temannya menuju ke Dewan Makan dengan melalui koridor yang menghubungkan kelas dan asrama. Sewaktu melewati gazebo, Abang Sham nampak macam ada orang pakai baju hujan overall berdiri betul-betul di atas bucu tengah bumbung gazebo. Tak terlintas di minda kemistikan benda yang dilihatnya, Abang Sham pun menegur…

“Apa kejadah Rosman buat atas bumbung tu?”

Dia ingatkan Rosman security guard sekolah. Selalunya Rosman memang buat round waktu-waktu begini.

Bila rakan-rakan lain melihat ‘Rosman’ atas bumbung, tanpa berkata apa semua terus berlari selaju-lajunya. Dah tengok teman-temannya mencicit lari, Abang Sham pun membuka langkah sejuta. Sampai di Dewan Makan, dia dimarahi temannya…

“Apasal ko pergi tegur!”

“Kenapa pulak? Bukan Rosman ke tu?”

“Kalau betul la si Rosman,buat apa dia panjat benda alah tu? Nak buat apa kat atas bumbung tu?”

“Entah. Mana la aku tau”

Seorang rakan Abang Sham yang over excited membuat keputusan untuk memberitahu ketua aspura. Dipendekkan cerita, Abang Sham & geng dan majlis tertinggi aspura pergilah ke gazebo berserta Rosman yang bermati-matian kata bukan dia di bumbung gazebo sebentar tadi.

Rosman menyuluh bumbung gazebo dan tiada apa disitu. Sedangkan Abang Sham sendiri mula meragui samada apa yang dia nampak tadi adalah kes matanya salah adjust dalam gelap. Ramai pula senior-senior tiba-tiba mengakui kawasan gazebo itu memang keras kerana ada di antara mereka mempunyai ‘pengalaman mistik’ yang lebih kurang sama. Ada yang kata terasa diperhatikan lah, ternampak kelibat di tiang gazebo lah,apa-apa lah.

Gara-gara benda alah di atas bumbung gazebo, Abang Sham terlepas hidangan minum malam; teh tarik dan bubur kacang. Tapi tak mengapalah, dia dah kenyang tidur seharian lagipun.

Agaknya lama sangat tidur siang, susah Abang Sham nak melelapkan mata. Sedang dia memaksa dirinya untuk tidur,dia dikejutkan oleh laungan azan.Laungan datang dari katil paling hujung. Jika tadi seorang sahaja azan, ini dah berdua pula. Satu-satu lampu dorm terbuka diikuti dengan tetamu-tetamu dari dorm lain. Empunya katil double decker mengatakan katilnya bergegar dan orang katil bawah ternampak ada tangan dari luar tingkap menggoncang batang besi tiang katil mereka.

Beberapa minit kemudian,warden sampai di dorm dan minta semua pulang ke dorm masing-masing. Seorang senior kemudiannya membuat pernyataan yang mencetus kepada ‘gangguan-mania’ aspura untuk hari-hari mendatang…

“Rasanya makhluk di gazebo tadi dah ikut korang balik”

Dah rasa bersalah Abang Sham sebab dia yang pergi tegur tadi. Mula lah yang lain mengada-ngada tak nak tidur dalam dorm sebab takut. Akhirnya Abang Sham dan lain-lain diberi kebenaran untuk tidur atas lantai dorm dengan menyusun tilam secara memanjang.

Termasuk malam itu, dah dua malam Abang Sham tak dapat tidur.

Tiga hari berlalu dan aspuri pun dah pulih dari gangguan. Kes histeria jadi topik basi dan kehidupan berjalan seperti biasa. Selepas prep petang, Abang Sham tak singgah Dewan Makan untuk minum petang kerana mahu segera turun main bola di padang.

Hujan bukan masalah bagi Abang Sham dan rakannya malahan bertambah leka pula mengejar bola sambil bergelumang dalam lumpur. Lebih kurang 5 meter belakang tiang gol ada taman permainan. Semua perasan ada seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri atas buaian sambil berayun selaju-lajunya. Pada mulanya mereka membiarkan sahaja tetapi bila hujan semakin lebat, rakan Abang Sham, Man berteriak.

“Adik, balik rumah laa…hujan ni..kang demam!”

Man direnung tajam tatkala ayunan buai semakin perlahan. Semua tertawa apabila kanak-kanak itu melayangkan jari tengah kepada Man.

Gelak tawa terhenti apabila kanak-kanak perempuan tersebut secara perlahan melarikan hujung ibu jari ke lehernya. Kata Abang Sham melihat budak kecil memberi isyarat “potong leher”, perasaan seram terasa satu badan, dan mungkin juga dirasai teman-teman lain kerana  tanpa sebarang kata-kata, mereka meninggalkan budak perempuan aneh itu dan pulang ke dorm.

Ketika makan malam, Man berkongsi kejadian semasa mandi di bilik air tingkat dua. Pintu bilik air tingkat dua aspura yang tak pernah bertutup tiba-tiba terhempas kuat. Dia sedang membasuh berdekatan pintu yakin memang tiada angin atau orang ketika pintu tertutup. Bukan dia seorang dalam bilik air makanya tak takut sangatlah. Bilik air tingkat dua sentiasa lengang kerana warga aspura lebih memilih samada open bath area (kolah air besar) di bawah atau shower bilik air tingkat tiga kerana water pressure laju. Hampir 20 minit juga mereka mengetuk pintu minta di buka dari luar.

Selepas prep malam, Abang Sham dan rakan-rakan melalui koridor sebelah gazebo. Sempat jugalah bergurau kata ada lembaga atas gazebo sambil ketawa. Lampu salah satu kelas Tingkatan Satu masih menyala. Seorang rakan Abang Sham, Kucai yang terkenal dengan poyonya pergi lah ke kelas dan berteriak lagak senior.

“Apasal tak balek lagi hah! Tau tak dah pukul berapa ni!" Katanya sambil bercekak pinggang.

Melihat rakannya tercegat macam orang bodoh depan pintu, tergelaklah semua sambil memerli.

“Steady senior Kucai, taun depan confirm jadi ketua aspura”

“Dah wei, jom jom” kata Kucai tergesa-gesa.

Sepanjang perjalanan ke Dewan Makan, tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulut Kucai, Abang Sham bertanya pada temannya ini.

“Apasal Cai bukannya ko paling bising ke, diam je?”

Lama juga Kucai termenung sebelum menjawab…

“Aku rasa aku nampak hantu lah…”

Di kelas Tingkatan Satu, Kucai lihat sekumpulan pelajar berdiri membelakanginya. Masa Kucai sound, mereka hanya menjeling. Kata Kucai tak tahu kenapa, bulu romanya meremang dan naluri kuat mengatakan ini bukan orang. Sebab itu dia cepat-cepat berambus tadi.

Rakan Abang Sham yang over excited pasal gazebo kelmarin, Firdaus dah semangat nak beritahu high committee aspura. Dipendekkan cerita beramai-ramai lah ke blok kelas Tingkatan Satu kecuali Abang Sham. Dalam dorm, Firdaus cerita pelajar-pelajar Tingkatan Satu kelas tersebut mengesahkan keluar kelas pada waktu ditetapkan dan tutup lampu. Belum sempat cerita habis;

Laungan ‘Polong!’ ‘Polong!’ memecah ketenangan malam. Sebiji bola api terapung di antara dua blok aspura kembali memeriahkan suasana. 

‘Polong’ terbang melintasi bumbung aspura dan hilang dari pandangan. Suara Ustaz Ali mengarahkan warga aspura berkumpul di surau bergema dari speaker. Setelah menunaikan solat sunat dan bacaan-bacaan doa, ketua geng surau mengatakan serangan benda halus ini terjadi kerana ramai penghuni aspura melakukan perkara-perkara haram. 

Besoknya, sekitar pukul 4 petang, Abang Sham pulang dari outing dan mendapati Bilik TV sesak sampai ramai terjengket-jengket cuba melihat ke dalam. Abang Sham terserempak dengan Firdaus.

“Apasal ni Fir?”

“Budak form three kena kacau dengan pocong kat toilet tingkat dua”.

Menurut Firdaus, mangsa menceritakan semasa mandi tengahari, pintu berdentum tertutup dan tak boleh dibuka dari dalam. Ketika dalam usaha buka pintu, mereka perasan pancuran air kubikel shower paling hujung tak henti-henti dari tadi. Salah seorang pergi ke kubikel tersebut dengan niat beritahu kawan syok mandi lama sangat itu bahawa pintu dah terkunci.

Kedatangannya disambut sekujur tubuh berbalut plastik sampah hitam. Leher, badan dan kaki berlilit tali raffia merah menampakkan lagi bentuk seseorang seperti bersolat di bawah pancuran shower. Apa membuatkan dia jatuh terjelepuk ialah plastik kembang kuncup di mulut seperti orang kelemasan diserkup plastik.

Lagi tiga orang menoleh ke belakang dan terkejut melihat lembaga hitam terpacul dari dinding kubikel. Mungkin ramai dah pergi prep, tak sedar pintu bilik air tingkat dua di hentak bagai nak roboh. Pelajar menegur tadi dah tak sedarkan diri dan yang lain meluru masuk ke tandas berhampiran lalu mengunci dari dalam.

Semasa warden buat spot-check untuk pastikan tiada ponteng prep, dia menemui seorang terkulai di lantai dan lagi tiga berkurung dalam tandas sambil mengigil ketakutan. Warden terpaksa pecah pintu kerana bila disuruh keluar, mereka hanya laungkan azan berulang kali.

Khamis malam Jumaat. Para penghuni aspura sibuk packing untuk pulang ke kampong halaman sempena cuti panjang hujung minggu. Seperti biasa aspura happening kerana holiday mood. Abang Sham berpakat dengan rakan-rakannya untuk fly ke pekan malam itu. Fly, atau keluar asrama tanpa kebenaran adalah tradisi aktiviti malam Abang Sham dan rakan-rakan sebelum cuti balik kampong. 

Dipendekkan cerita, mereka pulang dari pekan hampir pukul 1 pagi. Sebuah tangki air besar terletak di salah satu sudut sekolah menjadi entry point untuk kaki flyers. Terdapat satu opening pada pagar dawai untuk menyelinap keluar dan masuk. Dari situ mereka harus merentasi blok-blok kelas sebelum masuk ke blok aspura melalui pembetung sebelah Dewan Makan. 

Lebih kurang 5 minit untuk sampai ke aspura, semua terdengar bunyi-bunyian datang dari salah satu kelas. Perasaan ingin tahu membuak-buak membuatkan keputusan diambil untuk memeriksa. 

Berselindung di sebalik pokok pagar, Man mengesahkan  kelas sama yang Kucai sound 'budak-budak' tempoh hari. Dengan berhati-hati mereka menghampiri untuk pandangan lebih jelas.

Lampu koridor melimpah masuk dalam kelas dan  ternampak kelibat terbongkok-bongkok di meja guru. Hampir terkucil Abang Sham apabila kelibat itu menjenguk dari permukaan meja dan memandang mereka dengan mata bersilau persis mata kucing. Kata Abang Sham dia punya berdebar-debar macam nak terkeluar jantung. Pergaduhan kecil tercetus apabila ada mahu lari dan ada nak merangkak sampai aspura.

Tiba-tiba beberapa kelibat seperti manusia melompat ke atas meja. Dengan sekelip mata, Abang Sham dan lain-lain dah berlari menuju ke pembetung. Belum sempat nak cool down, didapati aspura terang-benderang.

Apa yang terjadi adalah rentetan dari kejadian mistik semasa Abang Sham fly, ringkasannya geng surau ditegur 'budak perempuan' di tingkap surau. Kira nasib baik juga lah ramai berkeliaran di bawah dan Abang Sham blended in right away.

Penampakan entiti di surau adalah klimaks kepada kes-kes hantu di asrama. Arahan berkumpul di Dewan Makan berkumandang dari speaker. Tanpa pembuka kata, Ustaz Ali  mengisytiharkan gitar kapok, walkman, kaset lagu, majalah humor/hiburan dan segala bentuk benda lagha sebagai contraband. Raid besar-besaran akan dilakukan malam itu juga. Penghuni setiap dorm akan dipanggil semasa dorm mereka digeledah dan yang lain berada di Dewan Makan sementara menunggu giliran.

"AKU BUNUH KORANG!! JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AKU!"

Dengan ugutan keras sebegitu, tak perlu tunggu lama untuk semua di Dewan Makan berkejaran ke blok aspura. Seperti menonton teater, seluruh aspura menyaksikan Kucai yang tak berbaju berkonfrontasi dengan kumpulan geng surau dan high committee sambil memegang batang besi.

Sejak dari Tingkatan Satu, tak pernah dia melihat Kucai naik hantu begini. Dada turun naik dan mata merah, ibarat dirasuk jin. Tiada siapa berani mendekati kerana semua tahu dari perilaku Kucai ketika itu, dia tidak teragak-agak membalun sesiapa sahaja yang cuba jadi hero.

Ustaz Ali dan warden cuba menenangkan dengan memberitahu Kucai bahawa mereka tidak akan merampas gitar kapoknya. Sekumpulan lelaki menghampiri dari belakang  dan terus menerjah. Tanpa disangka, Kucai terlalu kuat untuk dijatuhkan. Dengan mudah dia menolak orang-orang yang cuba memegangnya.

Kali ini Kucai benar-benar mengamuk. Bertaburan penghuni aspura melarikan diri apabila menghayun batang besi secara rawak dan mengejar sesiapa sahaja depan matanya.

Kata Abang Sham seronok juga main lari-lari, macam main nyorok-nyorok. Si Kucai pula naik sheikh terpekik terlolong sambil merosakkan harta sekolah; tingkap kaca, speaker, set TV di bilik TV dan telefon awam menjadi mangsa keganasan Kucai.

Tak lama kemudian polis tiba di aspura. Apa yang peliknya bila nampak polis, Kucai tiba-tba pengsan. Amukan Kucai tamat sekitar pukul 4 pagi.  Seminggu berlalu dan penggal kedua persekolahan bermula. Tiada lagi kejadian-kejadian aneh. Cuma agak terkejut dengan berita Kucai dah pindah sekolah. 

Itu lah cerita 'mistik' Abang Sham sewaktu beliau di Tingkatan 4...20 tahun dulu (sesi rakaman ialah tahun 2008)

Abang Sham melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada tahun 1990 dan kemudian berhijrah ke  Canada dimana dia menetap sehingga sekarang. Beliau dengan baik hati menjadi host aku selama 3 bulan semasa summer 2008.

================================

Interesting enough, berdasarkan apa yang aku baca...

Semasa penjajahan Jepun, mereka membina sendiri bunker untuk penginapan. Tempat paling popular ialah terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai "Terowong Jepun/Lubang Jepun". Selain dari bunker buatan sendiri, Tentera Jepun juga memilih markas-markas tentera sedia ada seperti lapangan terbang Butterworth, Sungai Petani dan Alor Setar.

Bertentangan dengan urban lejen hantu Jepun di sekolah-sekolah, teramat sedikit maklumat sekolah direkodkan menjadi markas oleh Tentera Jepun. Sekolah-sekolah berstruktur penuh (full-scale building/complex) yang beroperasi sebelum Perang Dunia Kedua adalah samada sekolah aliran mubaligh Kristian atau sekolah vernakular Cina. Ada mengatakan Tentera Jepun amat kuat pegangan agama Shinto dan tidak menjadikan struktur-struktur religi seperti sekolah mubaligh kristian sebagai markas kerana dikhuatiri menganggu spiritualiti mereka. Struktur bangunan binaan British biasanya hanya menjadi pusat pemerintahan tertinggi. Seperti ura-ura mengatakan sekolah St. Michael Ipoh menjadi pejabat Jeneral Yamashita. 


Kebanyakkan sekolah hanya menjadi pusat indoktrinasi Jepun atau Japanisation ke atas penduduk tempatan melalui silabus-silabus pembelajaran.

Tiada kes harakiri direkodkan terjadi di Malaya dan jika ada, mungkin terjadi di bunker-bunker binaan sendiri dan tidak direkodkan.

Kematian Tentera Imperial Jepun samada harakiri, kamikaze atau terbunuh semasa pertempuran tidak ditanam. Folklore mengatakan, Tentera Jepun yang terbunuh akan dibakar atau dimakan oleh rakan seperjuangan. Tinggalan mayat kemudiannya diuli bersama tanah liat dan dijadikan sebagai salah satu bahan struktur binaan.


Batu-bata tanah liat berisi tinggalan mayat dan tulang-tulang Tentera Jepun di pakai untuk membina struktur milik Tentera Jepun seperti bunker dan sebagainya.  Dikatakan struktur dibina atas tapak-tapak tinggalan binaan Tentera Jepun ini lah sering mendapat gangguan. Yet again, kecuali Sekolah Menengah Tinggi Kajang, tiada sekolah lain secara rasminya diketahui dibina/terbina on claimed Japanese Imperial Army abandoned site.


Penampakan so-called "Hantu Jepun" boleh jadi mak nenek jin dan jembalang menyamar sebagai "Hantu Jepun". I mean, kalau ramai yang obsessed dengan "Hantu Jepun" tak mustahil makhluk-makhluk halus menyerupainya kerana ramai mempercayai kewujudan dan membicarakannya, kerana itu dah sama seperti pemujaan. Kalau dah dipuja, memang suka lah benda-benda hantu ini.

Possibility kedua ialah prank. Aku ada seorang kawan yang berpakat satu dorm menyamar jadi Hantu Jepun dan menyakat junior. Legend says, projek Hantu Jepun kawan aku dah jadi urban legend sampai sekarang kat sekolah tu.

Dan terakhir sekali, well...orang buat cerita tipu. Banyak rakaman aku reject kerana elemen-elemen kartun ketara sangat.

================================

Well, disebabkan kau dah cakap macam itu, aku dedahkan satu bahagian lain yang tak dimasukkan dalam entry Asrama.
Penutup sesi rakaman bersama Abang Sham, aku ada tanya satu soalan. Since dia ini seorang skeptik, pengalaman mistik asrama beliau quite awesome. Jadi apa pendapat dia tentang kejadian-kejadian tersebut?

Jawapan Abang Sham macam ini;

"Kau kena ingat benda ni jadi tahun 88. Zaman takde internet, takde iPhone, takde laptop, tablet semua. Bebudak hostel approach towards life zaman ni basic je...go with the crowd, apa yang orang percaya, itu lah dia"

Kes semua nampak polong/bola api. At the back of everyone minds, semua tahu itu skylantern diperbuat dari surat khabar tapi logik tak menarik dalam kehidupan remaja tahun 88. So polong it is.

Kes pocong dalam toilet. Ramai tak menyoal kenapa budak-budak Form Three tersebut dibawa ke Bilik TV dan bukannya tempat lagi appropriate, surau contohnya. Ini kerana warden terbau asap rokok dari grill atas toilet. Kesalahan ditangkap merokok boleh menyebabkan pelajar dibuang sekolah, so aku rasa budak-budak tu sanggup buat apa sahaja untuk tak kantoi, even had to pretend they saw a ghost. Ramai terlupa bebudak tu dibawa ke Bilik TV untuk disoal siasat bukan untuk ditenangkan.

Kes lembaga dalam kelas. Kata Abang Sham, sekolah tu dikelilingi kawasan kampong. Memang banyak kes pecah masuk oleh mat pit-mat pit kampong curi peralatan sekolah. Mungkin apa yang dia nampak malam itu ialah pencuri dari kampong berhampiran.

Kes budak perempuan di buaian pula, taman permainan tu sebenarnya sebahagian dari kompoun kuarters guru. So boleh jadi anak cikgu mana-mana main-main kat situ. Kuarter guru juga sebahagian dari kompoun sekolah, so residen kuarters boleh keluar masuk kawasan asrama tanpa masalah.

Kes Kucai dirasuk. Kucai ni kaki stone. Dia sorok 3-4 bal ganja dalam lubang gitar kapok dia. Kalau kantoi rokok pun boleh kena buang sekolah, kantoi simpan dadah apa lagi lah.

Cuma ada dua benda dia tak dapat nak explained. Satu lembaga baju hujan berdiri atas bumbung gazebo dan kedua 'benda' yang Kucai nampak di kelas Tingkatan Satu.

20 tahun dia meninggalkan zaman persekolahan, he swears yang dia memang nampak lembaga atas gazebo. Dia yakin matanya tak silap. Seumur hidup Abang Sham dia tak pernah ada masalah rabun. So benda alah itu dia tak dapat nak justifikasi secara logikal dan dia ambil jalan mudah untuk menerangkan apa dia nampak malam tu. Hantu.

Dia juga 100% pasti lampu kelas Tingkatan Satu menyala. Walaupun Kucai kaki stone tapi dia tak pernah layan semasa prep. Kucai memang sober malam itu tanpa sebarang pengaruh marijuana. Nak kata Kucai buat cerita, knowing him, Abang Sham tahu Kucai bukan jenis buat cerita.

Bagi Abang Sham, seminggu itu memang highlight high school years dia. Samada benar atau tak, dia anggap it is part of the romanticsm of his high school days.
At least kalau orang gebang sekolah dia best, Abang Sham boleh counter cerita dia lagi kickass.


================================
from author dammerung dari cari forum

2 comments:

  1. Segera daftarkan diri anda bersama Aladincash, hanya dengan 1 ID, Anda sudah bisa memainkan semua

    permainan , diantaranya :

    - SPORTBOOK - LIVE CASINO - SLOTS - LOTERE - POKER - SABUNG AYAM - TOGEL

    Hanya dengan minimal deposit RP. 20.000,- dan minimal withdraw Rp. 50.000, ANDA sudah memiliki

    kesempatan dan peluang yang besar menjadi seorang pemenang. Serta menangkan Undian Lucky Draw berupa

    Gadget.

    Dan jangan lupa Bonus yang diberikan juga cukup menarik, diantaranya :
    - BONUS SETIAP DEPOSIT SEBESAR 5%
    - BONUS HARI ULANG TAHUN KEPADA MEMBER
    - BONUS KOMISI SLOT SEBESAR 1%
    - BONUS KOMISI SPORTBOOK SEBESAR 0,75%
    - BONUS KOMISI CASINO SEBESAR 0,8%
    - BONUS KOMISI POKER SEBESAR 0,3%
    - BONUS KOMISI KENO SEBESAR 1%

    Proses Deposit 1menit dan Withdraw 2menit, karena MOTO AladinCash adalah kepuasan memberlah menjadi

    prioritas utama kami. JADI JANGAN RAGU DAN JANGAN TUNGGU LAGI, Segera Daftarkan diri Anda bersama Aladincash.

    Link Alternatif Aladincash :
    - www.aladin11.com
    - www.aladin111.com

    Contact Us :
    Pin bb : DD34DDE0
    Line : ALADINCASH8
    WA : +855 99359110

    ReplyDelete