Kisah ni adalah pengalaman aku sendiri.
Begini ceritanya..
Bilik aku tidaklah sebesar mana. Tapi muat untuk katil single, almari pakaian dan almari solek. Almari solek ni aku letakkan pomade, minyak rambut zam-zam, sikat, bedak dan celak. Sengaja aku beritahu apa yang ada di almari solek ni, taknak pembaca fikir yang bukan bukan.
Tapi aku cukup selesa dengan keadaan bilik aku.
Pada waktu itu aku keseorangan di rumah, kerana keluargaku pulang ke kampung. Dan, dalam jam 2pagi, tiba-tiba aku terjaga daripada tidur. Aku pelik kerana badan aku langsung tidak boleh bergerak. "Sudah lumpuh ke aku ni?" fikir aku kerisauan.
Dalam usaha untuk menggerakkan badan yang terkaku, mata aku tertumpu ke arah hujung katil aku yang dihadapannya adalah almari solek.
Sah! Inilah penyebab aku tak mampu bergerak.
'Seorang' perempuan yang berpakaian serba putih duduk di hujung katil aku dan badanya menghadap ke arah cermin meja solek.
Aku mula berpeluh, hatiku berdoa agar Tuhan menolong aku.
Perempuan itu tiba-tiba berdiri. Aku yang tidak mampu berbuat apa, cuma melihat.
"Nak tengok saya ke?" Tanya perempuan itu. Aku ingin menjawab taknak, tapi mulut aku terkunci.
Aku sangkakan perempuan itu akan berpusing menghadap aku.
Apa yang aku saksikan, badan perempuan itu membongkok ke belakang. Macam tulang patah ia membongkok. Seolah-olah terlipat dua!.
Bebola matanya yang putih, hidungnya yang rompong dan siungnya yang panjang. Walaupun mukanya tak berulat dan ber lobang, tapi cukup menyeramkan.
Dengan kepalanya yang terbalik, ia senyum dan berkata sambil mengilai. "Inilah aku... Hahahahahahahaha".
Pandangan aku menjadi gelap. Pengsan.
=============================================
entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..
Saya pasti ramai di antara kita masih tidak menyedari perkembangan terkini kad ATM Kosong. Kad ATM yang boleh mengubah status kewangan anda dalam beberapa hari. Dengan kad ATM Kosong ini, anda boleh mengeluarkan wang antara €2,000-€4,000 setiap hari dari mana-mana mesin ATM di dunia. Tiada risiko ditangkap oleh sebarang bentuk keselamatan jika anda mengikuti arahan dengan betul. Kad ATM Kosong juga canggih kerana kad ini mempunyai keselamatannya sendiri yang menjadikan transaksi anda sangat selamat dan tidak dapat dikesan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Puan Aileen Beacker dan juga tentang cara anda akan mendapatkan pesanan anda. Pesan pesanan anda hari ini melalui: aileenbeacker@gmail.com
ReplyDelete