Saturday, March 18, 2017

Kisah Seram: AKU SANGKAKAN.. RUPANYA..



Kisah ini terjadi kepada sepupu aku, Zul.

Begini ceritanya..

Zul adalah pekerja technician di sebuah bangunan yang begitu gah di Kuala Lumpur. Oleh kerana syarikat di bangunan itu beroperasi 24jam, maka Zul dan technician lain perlu bekerja shift.

Suatu malam, Zul diarahkan oleh ketua bahagian untuk membaiki lampu di bangunan sebelah timur.

Pada mulanya Zul mengelak kerana ada kerja lain yang perlu disiapkannya, tapi disebabkan tiada pekerja lain yang ingin mengambil tugas itu, Zul terpaksa akur.

Dengan berat langkah, Zul menuju ke bahagian timur bangunan. Tangga yang dimaksudkan adalah di tingkat 22. Setelah selesai membaiki lampu kalimatang di tangga itu, Zul mengambil keputusan untuk menuruni tangga sahaja.

"La.. Kenapa kau tak guna lif je Zul?" tanya aku menyampuk cerita Zul.

"Kau ni kacau jelah Pit", gumam Zul. Bukan aku taknak naik lif, tapi entah kenapa hati aku rasa tak kena masa tu", sambungnya lagi.

"Ok, sambung cerita kau.".

Sewaktu menuruni tangga, Zul terdengar bunyi tapak kaki berada di belakangnya. Dia berhenti.

Bunyi tapak kaki turut berhenti.

Dia meneruskan langkah, bunyi tapak kaki itu muncul semula.

"Ada yang ikut aku ke?" Getus hati Zul.


Zul mempercepatkan langkah. Kali ini bunyi tapak kaki itu mengikut rentak Zul.

Zul sempat menoleh sambil kakinya menuruni tangga. Tiada apa di belakangnya.

Apabila dia memandang ke hadapan semula..

"Pit, aku ingatkan ada yang ikut aku. Bila aku pandang depan balik, rupanya hantu tu dari depan. Laju dan besar langkah dia. Muka hantu tu berlobang sampai boleh nampak apa dekat belakang tu. Pakai baju technician jugak tapi koyak rabak.Bila dia sampai depan aku, muka dia yang berlobang tu tepat dekat muka aku ni. Sedar-sedar aku ada dekat opis aku". Kawan aku kata nampak aku terbaring dalam lif".

"Macam mana kau ada dalam lif?". Soal aku kehairanan.

"Entahlah..". Jawab Zul menamatkan ceritanya..

=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

No comments:

Post a Comment