Wednesday, March 1, 2017

Kisah Seram: KAU IKUT AKU

KAU IKUT AKU

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku.. Sedang aku sendiri ada pengalaman sendiri, tapi biar aku dahulukan pengalaman kawan aku.


Aku kenalkan nama kawan aku sebagai Eda

"Epit (nama aku), aku nak cerita ni, tapi kau jangan takut".
"Kenapa wei?"
"Macam ni, kan minggu lepas aku balik kampung tu kan."


Ceita Eda..




Selepas habis kerja dipejabat, Eda berkejar masa untuk pulang cepat ke rumah, memandangkan dia belum mengemas pakaian untuk pulang ke kampung pada malam itu.

Tak sabar untuk menumpang inai sepupunya yang berkahwin keesokkan harinya.


Kebiasaannya, sebelum bertolak, Eda gemar membuka cermin tingkap kereta. (Jangan tanya aku apa tujuan dia eh sebab dia sendiri tanya aku masa cerita "kau tau kan aku kalau nak keluar, aku suka bukak cermin kereta?")


Eda lebih gemar memandu keseorangan diwaktu malam, kerana Eda memang sukakan ketenangan dan sebolehnya ingin jauh daripada kesibukan kota. Sama macam ayah aku.

Untuk ke kampung dia, perlu melalui jalan lama. Tiba di tol masuk jalan lama ke kampungnya, sempat pekerja tol tanya "amboi.. relax betul member belakang tu eh?"
Eda termangku-mangku, dibenak fikirannya tentulah merasa pelik, kerana cuma dia seorang dari mula perjalanan tadi.


Eda berlalu pergi, tidak hiraukan pertanyaan pekerja tol tersebut. Mungkin pekerja tol tersebut bergura dan mahu menakutkannya.


Masuk sahaja ke lorong kecil di kiri jalan, tiba-tiba Eda terdengar suara perempuan berkata "berhentikan saya dekat sini ye?"
Berderau darah Eda! Masakan ada suara lain dalam keretanya.
Cepat cepat Eda lihat dicermin depan, tiada orang!


Terdengar lagi suara "kan saya bagitau hentikan saya!". Kali ini suara tersebut begitu nyaring meninggi nadanya.


Eda segera menoleh kebelakang. Terlihat kelibat perempuan yang duduk di bahagian kiri tempat duduk penumpang. Tetapi kepala perempuan itu memandang ke arah luar. Agak sukar untuk Eda melihat wajahnya. Eda segera memberhentikan keretanya. Eda kuatkan semangat.


"Aku dah berhenti ni, keluarlah!".


Perempuan tu mulai menyeringai. dan mengalihkan pandangannya ke arah Eda! Sumpah buruk!


Kemudian perempuan itu berkata..


"AKU IKUT KAU LAGI YE?"
lalu terbang keluar dari kereta Eda.

*Nak percaya ke tak tu korang punya pasal. Aku pun antara nak percaya dengan tak je.


=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

No comments:

Post a Comment