Tuesday, November 30, 2010

anis berambut pendek..

puas dah dia berambut panjang gak nya.. weekend lepas aku pujuk la dia potong rambut. skali dia stuju !! ekekekkekekekekkk dgn pantas la afzan potong kan.


comei je pada aku.. tak gitu?? bebudak bukan pandai jaga rambut panjang lagik. pastu malas nak ikat rambut. aku tgk pun tensennnnnn..


yes, sebegitu pendek rambut dia afzan potong. seb baik anis ok jek. lega dia cakap, takyah nak bawak getah rambut kemana2 lagi.. :D

busy + lazy..

wahhhhh lama aku tak hupdate blog aku.. hmmmmm mood aku skrg nih busy + lazy, tu pasai idak la berhupdate2..


minggu lepas, aku dok busy betraining.. baguihhh wo training nya. aku belajar redhat linux gitu. tapi tensen pasai seminggu dok harung jem ke KL. kena bangun pepagi buta.


pastu selasa lepas, annual dinner kat PICC. hmmmm idak la syiok sgt annual dinner nya. biasa2 jek, ye la semua nak cut cost gitu.. aku gi sorang2 je, pasai anak2 takdak sapo tengok2 kan..

aku enjoy la jugak.. makan free, sapo nak bagi ek??

Tuesday, November 23, 2010

cameron oh cameronn..

lepas bukit merah, jemahat tu kami ke cameron pulak. kalau gi cameron mesti tak lepas peluang gi big red strawberry farm.. sronok makan2 n bergambar kat sini.


bergambar depan cafe depa nih. makanan kat sini mahai2 lahhhhh. tapi fresh n sedap.


makan strawberry cheeze cake. sangat sedap wooo.. berebut2 anis adam makan nya :D


bunga kat sini segar2 belaka kan?? maybe sebab tak panas terik kot..


sayur pun segar2. sayur je yang murah kat sini. tapi pasai anak2 aku idak suka sangat sayur2an nih. jadi idak la membeli sangat..

aku pun pelik naper la kami suka ke sini. anak2 aku pun suka. sini bukan ada swimming pool ke, makan mahai plak tu. tapi minum teh tarik kat sini sangat sodap woooo, walau pun segelas harga nya RM3. nanti aku hupload gambar2 kat ladang teh pulak..

Thursday, November 18, 2010

bukit merah..

jadi kami mulakan cuti2 kami kali nih ke bukit merah waterpark.. bebudak janji ada swimming pool, depa pun happy lahhh.


penat dah dok dalam kete, kalau dengan afzan dia memang tak suka berhenti2. seb baik anak2 aku jenis tido dalam kete. kalau idak, mau kematu montot depa :D kami cuma benti skali jek, untuk sarapan di sungai perak.


dalam sejam lepas tu, sampai la kami di suria apartment, bukit merahhh.. anis adam checking2 katil dulu.


depa ada sediakan sofa bed jugak. anis adam tido sini jek malam tu..


dan lepas check in, kami off to the waterpark.. mahai woooo aku amik family package (2 adults n 2 kids) RM88. tapi idak la best sangat water park nih. taman desa waterpark wayyyyyyyy more better lahhhh :P not recomended at all !! mungkin sebab anak aku udah besar2 and kat situ takde kolam dalam lansung pun. aku n afzan lagik lahhhhh boring nya !!


pastu cam takde tempat nak berteduh sangat. harus sun burn kami berempat.. kami mandi kat sini dari 2 ptg sampai 6 ptg jek. anis adam pun kebosanan :D


ini pool kekanak kat suria apartment..

hmmmm swimming pool kat apartment tu pun lagik syiok. keh3 kaw2 aku kutuk, harus ada yang marah. tapi aku kena bitau kawan2 supaya idak la membazir duit gi jejauh tapi kat KL punya waterpark lagik syiok. betoi tak??


jadi esok nya kami mandi kat pool apartment jek. kolam nih sangat dalammmmmm. adam tak sampai kaki nya.


kat sini pun bulih sewa pelampung itu, RM8, kalau pulangkan takde pemulangan wang semula. hmmmmm ok ok je la gitu ek??

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Qurban..

yes, hari raya qurban tahun nih kami dok kat gombak je. sebab parent in law aku wat korban kat kelantan, jauh la nak ikut. walaupun aku mmg teringin nak ke sana, tapi pasai jauh sangat tu, afzan cakap lenkali ajer.


adam ikut mak pak aku gi masjid tempat qurban di jalan kan..


afzan n adik dapat tugas memotong bahagian kepala, ramai yang memerhati kan depa berdua.


yang baju putih tu adik aku yg bongsu..


acik pulak dapat tugas melapah..


mak abah n adam la peneman mereka sampai sudah. aku, anis dan adik yg perempuan tinggai rumah jek :D kami balik rumah dalam kul 8 malam camtu, pasai esok nak bertolak pepagi buta ke bukit merah lake town.. saper nak ikut??

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya..


salam 'Iduladha untuk semua sahabat. semoga pengorbanan kita yang dipayungi keikhlasan terus subur dan diterima sebagai Ibadah serta diredhai Allah dengan penuh keRahmatan-Nya. kepada yang menunaikan haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah. Maaf Zahir Batin


aku sudah apply leave untuk khamis n jumaat nih skali. plan nya nak bawak anak2 ke bukit merah lake town waterpark pada khamis tu. pastu turun ipoh singgah rumah member aku kat ipoh.


then terus kan perjalanan ke Cameron Highlands pada jumaat nya. aku udah book hotel itu :D mesti sejuk amat kat atas sana musim2 ujan nih. pastu tentu ramaiiiiii manusia pasai cuti skolah n cuti perayaan nih. hmmmm nak wat cemana??

time2 perayaan camnih jek aku senang nak dapat pelepasan dari boss aku. kalau idak mati2 dia takkan approve leave aku. tabah je la kan. lagipun bebudak dah start cuti skolah dah.. anak2 dah skolah, jadik kena la berjalan time2 depa cuti skolah.

so u ols pi mana cuti skolah nih??

selamat hari raya and selamat bercuti kawan..


errr minggu depan tu, the whole week aku ada training la pulak. training kat KL pulak tu, seb baik udah cuti skolah ek. idak la jem sangat kot??

Sunday, November 14, 2010

amanda n keisha..

ini la dua anak buah aku. amanda sudah 5 bulan dan keisha pula 2 bulan..


cahaya amanda karmila n keisha adelia :D perghhhh nama depa amat manis skali..


bersama kakak anis depa.


manda dengan ibu dia.

manda ni dah kenal orang dah. dia nangis bila aku pegang dia, adoiiii sedih nya maklong...

Saturday, November 13, 2010

birthday celebration..

cam biasa aku akan wat sekali celebration birthday anis adam.. untung depa lahir satu bulan yang sama cuma hari je berbeza sket. anis lahir pada 6th Nov n adam pulak 12th Nov. jadi celebrate on 13th Nov jek kat rumah mak aku :D buat kecil2lan jek, untuk famili aku jek. famili aku pun udah besar.


happy bithday sayang. lilin nya ada 18 pasai anis is 10 and adam is 8 :D


happy bithday dear anis adam, semoga menjadi anak2 soleh, bahagia selalu..


aku beli pizza skali. eh pizza cheezy tu, amat lah sodap.. pizza tu yang laku dulu.


bersama hadiah dari makteh n pakteh depa :D


ini la hadiah dari makteh n pakteh. anis dapat kotak mekap dengan cermin, sangat la dia suka. bebudak pompuan mmg suka menda2 gini ek?? adam pulak dapat scrabble. lepas bukak hadiah kami pun tak lepas kan peluang la main scrabble.


ini hadiah dari pakcik n makcik dia pulak.


anis dapat rat dari pakcik makcik..


adam pulak dapat kereta control :D

terima kasih untuk adik2 aku. pakcik makcik n pakteh makteh anis adam. juga terima kasih untuk busu, uwan n atuk :D err makngah n pakngah tak dapat join lahhh, depa sangat jauhhhh di utara sana :D

Friday, November 12, 2010

CI channel

hmmmm aku melayan CI channel kat astro sampai ke pukui 1am semalam. lepas satu, satu cerita aku tengok. aku memang suka tengok cerita ala2 CSI.

tapi aku bukan berani duduk bawah tu sorang2. ini semua pasai adam dok ralit tengok youtube. dia melayan upin n ipin dan ultraman dia kat situ. tu pasai aku pun join tu.


eh hari nih beday dia lahhh.. beday adam yang ke 8 tahun. dan anis baru je lepas pada 6th Nov lepas, yang ke 10 tahun. happy birthday to both my CINTA !! tengah sibuk mencarik hadiah depa berdua..

Thursday, November 11, 2010

riadah..

hmmmm pasai semlm aku AL, jadik petang tu kami riadah la. kali nih ke taman tasik cyberjaya jek.. :D


wokehhh anak2 aku udah get ready untuk bermain badminton nampak nya. sampai mengah2, merah2 muka depa.


anis dia biasa main badminton kat skolah, so adam dah tak larat, ayah plak ganti kan..


anis meneruskan perjalanan melawan ayah pulak :D sampai dia tak larat, aku plak lawan afzan. udah tentu aku menang la kan?? pasai afzan sudah fenattttttt !!


then depa semua main beskal.. kami balik dalam 7:30 jugak. gelap dah masa tu. tapi bebudak tu tak reti2 nak balik. depa main kat taman permainan kanak2 kat cybejaya tu. amat besar taman nya, tu pasai depa sangat teruja dok situ sampai gelap.

cuti skolah nih nampak nya beriadah di sini jek kami. senang n dekat dengan opis aku. dengan aku2 skali bulih excersize ek?? hmmmmm lojik tu, akan aku usaha kan :D

Wednesday, November 10, 2010

Tahniah ANIS !!


aku amik AL hari nih, anis naik pentas untuk terima Anugerah Peningkatan Terbaik untuk kelas 4UKM, pada Hari Anugerah Cemerlang SKTU.


ini nama dia, rasa cam syiok je bila cikgu announce nama dia sebagai penerima anugerah itu :D

sementara tunggu amik hadiah tu depa beratur. ramai nya lahai bebudak pandai skolah minah nih. tahun 2009 seramai 37 persons dapat 5As dalam UPSR depa. dasat ek?? nih beberapa gambar anis beratur dengan kawan2 dia yang lain.






seb baik sempat dapat amik gambar nya. memang ada jurukamera kat situ tapi aku tak pernah plak dpt gambar yang depa amik tu. pelik ek?? anis tak penah cakap pun ada gambar. hmmmm udah la kamera aku biasa2 jek kan :( blurrrr jahhh..


bergambar dengan adam pula :D


TAHNIAH SAYANG !!
hmmmmm aku sudah janji nak gi belikan hadiah untuk dia. sempena birthday dia yang baru lepas (6th Nov) and kecemerlangan dia ni.

HAC SKTU

yep, pepagi dah kena bangun nak attend Hari Anugerah Cemerlang sekolah anis adam nih. jadik sarapan kat skolah jek kami :D

adam n ayah makan mihun goreng.. padan la anis adam biasa mintak bawak bekal dari ayah dia pasai makanan kat kantin depa amat lah tak sodapppp.. ngeh3



ayah pun sudah lapar..




sementara tunggu anis naik pentas, kami duduk kat luar dulu, dalam dewan ramai sangat orang nya :D