Tuesday, February 28, 2012

walking2

kih2 nak jogging akak tak mampu lagik, so walking2 je laaaaa..

sehingga semalam aku udah jalan sejauh 136km, wahhh aku sendiri tak sangka aku bulih jalan sejauh tu. n semalam paling jauh aku penah jalan is melebihi 6km. seronok tak terhingga. aku start awal bulan januari lepas dengan hanya 1.5km je.



tapi hari nih aku kena rehat kan kaki. sakit sangat pulak ankle belah kanan aku tu. so aku decide untuk tidak berjalan hari nih. hadehhhh memang rasa tak best laaaa, sebab berjalan nih buat aku rasa sangat2 happy !!

doktor pun pesan do not over do it :D so harap2 esok dah lega untuk aku start jalan2 semula..

Monday, February 20, 2012

topik lain??

hmmm blog akak cam dah takde topik lain ek??

selain dari bawah nih, apo lagik nak hupdate nya..
1. study anak2 akak
2. projek jalan2 akak
3. ayam2 n angsa2 akak
tu je lah topik2 biasa yang akak biasa nya post
selain dari itu, takde apo lagik nak cite
hadehhhh payah jugak nih
idup akak nih idak la interesting sgt

Wednesday, February 15, 2012

study tahun 2012..

tahun nih tahun UPSR bagi anis. kemain banyak lagi homework dia. lansung tak sempat nak buat menda lain..


balik dari sekolah je, kalau dia tak ngantuk, terus la dia melekat kat 'meja study' dia nih. kih3 sian takde meja study yang sempurna. dah dia nak melekat depan laptop tu. kalau ngantuk, dia akan tidur sekejap n sblom aku balik keje tu, dia dah melekat kat meja dia nih.


errrrr nih study ke layan youtube nih?? hadehhhh minah nih. sesambil dia study tu, dia melayan lagu2 korean. sempat belajar bahasa korea lagik.. pastu berangannnn nak sambung study kat korea. hadehhhhh semua gara2 kpop lah nihhh.. siap beli majalah artis2 korea lagik.. akak fengsannnnnn..


sementara adam kena study dengan ayah dia. kalau idak, ngelatttt je keje nya. hadeh anak lelaki sorang nih, payah benau !! dia eksen je tu, nampak cam study je tu, tapi pala dia kelainnnn jek.

selain study dengan aku, depa nih gi tuisyen gak setiap malam isnin n rabu dari kul 8 sampai 10 malam. malam2 tu la aku boleh bukak tv, kalau idak, kami mmg tak bukak tv lansung.

ehhh hari nih beday mak aku :D nanti la sabtu ahad baru gi gombak untuk celebrate :D

Sunday, February 12, 2012

Selamat Perantin Baru

aku baru balik dari johor - bandar baru uda. atas undangan perkahwinan anak kepada kawan baik pak aku.

comel betul perantin nya. dua2 nya comel, kulit sangat2 flawless :D lama btol tak jumpa farah. last skali masa kami kecik2 lagi. abah aku n abah dia kawan baik :D


comei kan perantin nya? fara n nafi, selamat perantin baru !!


nih abah dengan kawan baik dia, aku panggil cikya. dia pun rajin datang rumah kami kalau mak abah buat kenduri.


kami ke sana sabtu lepas bebudak nih skolah. sampai sana jalan2 ke danga bay, punya la besau taman permainan kat sini. sronok !!


amik2 gamba jek, dah malam sangat masa nih, memasing udah penat n nantuk.


pastu sblom ke rumah perantin, pusing2 lagi sekitar danga bay. tengok waktu siang plak, berbeza dengan waktu malam nya.


memang sangat2 sronok kat sini..

Thursday, February 9, 2012

sudah sebulan..

dah sebulan dah anak2 ayam aku tu. yang ada 11 ekor tu..


besar dah, kejap je besar nya ek. aku bagi makan dedak je sepanjang sebulan nih. sehingga 2,3 bulan la kot bagi makan dedak je. bagi dia besar sket baru bagi makan nasi ke atau menda2 lain.


ayam besar aku ada 2 ekor je tinggal nya. sekor tu jantan, cantik sangat, kuat berkokok plak tu. dengan adam pun dia bulih nak berlawan. ekkekekekekkk :D


ini dia 2 ekor ayam yg dah besar2, yang ni dah 7 bulan. masa umur 6 bulan lagi dah boleh wat gulai dah.. sangat2 sodap wooooo..


kadang2 kalau free petang2 tu aku lepas kan la anak2 ayam nih bagi dia main2 kat luar. nih dia tgh makan nih, aku letak dedak dlm longkang tu, senang nak basuh nanti..


ohhh ye kiki koko pun dah besar2. skrg kiki tengah sibuk mengerammmm.. duduk je dia atas telo dia tu. afzan cakap ada 5 bijik telo je. harap2 menjadik la kan, bulih rasa gulai angsa pulak. kih3 :D


nih baru lepas ujan nih, kiki koko nih pantang ujan, siap la dia berenang2.

Monday, February 6, 2012

we are 12 :D


yes, we are 12 today and counting.. :D semoga kita bersama selama nya.. terima kasih atas segala nya selama ni.


ready?? jom kita jalan2..

special tahun nih, semua org dapat sport shoes baru. tahun kesukanan katanya.. bebudak nih memang suka ikut aku jalan petang2 tu.. depa tak penat pun.


jalan2 kat cyberjaya lagi hari ni :D

lepas jalan2 kami gi dinner kat malee dengkil. banyak betul adam makan, kelaparan + kepenatan gak nya :D

untuk encik afzan, terima kasih atas segala nya. i sayang u lahhhh !!

Sunday, February 5, 2012

jalan jalan lagiii..

wahhh cuti lama minggu nih, isnin selasa pun cuti. aku nak cuba jalan2 jugak walau waktu cuti skali pun. semalam kami start. jalan dengan semua skali :D sronok lah, tak rasa penat sgt. errr sebenar nya aku nak kena tunjuk macho depan anak2 aku. kih3 malu gak kalau aku udah pancit awai2 kannnn..


kami ke cyberjaya untuk jalan2, sebab kat sini jalan dia tak banyak kereta n ada tempat pejalan kaki yang sangat bersih.. kami start dari sini - fujitsu, parking kereta kat sini n start jalan2.


adam bawak basikal sementara kami bertiga jalan2 je..


wahhhhh jauh ketinggalan bang..


sementara anak2 aku steady jek. bebudak ek? depan sgt2 bersemangat. walaupun sblom nih tak pernah jalan2 sejauh nih..


sampai ke sini kami berjalan2 semalam.. dekat 5km wooooo.. ada bebudak nih lagi rasa bersemangat nak jalan. depa cool jek.

nak balik ke parking plak satu hal, hari dah malam n gelap, nyamuk banyak la plak. pastu kasut anis tercabut plak tapak nya. ada alasan baik utk tahan teksi. kih3.. lansung balik ke tempat parking tadik tu dengan teksi jek. lega akak !!

petang nih nak jalan2 lagi, kena pi beli kasut sports utk anis n ayah dulu nampak nya.

Friday, February 3, 2012

berjalan kaki..

hmmmmm dah dekat sebulan aku amalkan berjalan kaki lepas waktu office. hari pertama aku start dgn 1.5km je, itu pun rasa nak pengsannnn.. dan sehingga semalam aku dapat berjalan sehingga 3.48km. wahhhh tak sangka aku tau.. aku dah lama tak jalan2 camtu.

apa yang aku rasa..

1. dulu nak jalan sikit pun mengah2 dah. skrg nih cool je lagi walau dah 3km aku berjalan. rasa cam tak cukup pun ada.

2. aku selalu sakit lutut tau, skrg dah sangat2 berkurangan sakit lutut aku nih.

3. tapi sekarang aku sakit bahagian tapak kaki, mungkin kasut yang aku gunakan kena tukar nih.. hmmmm tunggu bonus la ek??

4. paling best berat badan aku kurang 4 kg. kih3 baru sebulan aku jalan, itu pun setiap hari bekerja je. kalau hari cuti aku pun cuti..

5. aku rasa happy sekarang nih, pelik ek? tapi bila aku buat research (wahhhh.. siap research nih) aku dapati berjalan memang akan menambah kan hormon happy dalam badan kita. tapi memang betul, aku rasa happy.

6. bila dah rasa happy, semua cam best je kan? aku senang nak bangun pagi. senang nak pi keje, tak rasa boring dah pi keje. pastu asik nak berjalannnn jek petang2 lepas office tu.

lepas nih aku nak berjalan time cuti2 pulak. hmmm kena ajak bebudak skali la berjalan nampak nya..

uols takmo cuba? percaya lah ia nya sangat2 berkesan :D

Thursday, February 2, 2012

lampu study..

haaaa skrg nih anis dah tahun 6, nak UPSR la tahun nih. sangat banyakkkkk keje skolah dia. buat dari petang pun tak siap2 jugak. hari2 adaaaaa je kerja rumah.

kesian jugak kat dia, jadi pukul 10 malam belum tentu dapat siap kan kerja rumah dia. tapi aku udah mengantuk sgt. apa solution??


aku pasang kan lampu dinding kat dinding katil dia n dia kena sambung buat kerja rumah atas katil. sampai siap atau tertido. apa nak wat, aku memang akan memastikan dia siap kerja rumah nya tiap2 hari. tak boleh tangguh ke hari esok , sebab esok pun ada sebakul lagi kerja rumah !!


alamakkkkkk terang sgt la pulak !! dengan aku2 skali tak dapat nak tidur nih !! last2 nya kena jugak teman dia siap kan kerja rumah :D


anis, mata dah ngantuk, tapi kerja kena siap kan jugak2. oh ye, bukan kerja rumah dari cikgu sekolah je tau. dengan kerja dari cikgu2 di pusat tuisyen dan kerja dari aku !! aku belikan buku latihan n tiap hari kena buat 2 pages at least setiap buku. hadehhhh memang pengsan, tapi nak wat cemana.. nak peksa kan??