tak tau nak letak tajuk apo entry kali nih.. gini, pagi tadik dlm kul 4:30pagi, aku dpt call dari opis, ada service down. dgn pantas la kena bangun n checking2 pastu kasik up balik itu service kan.. tros takleh tido dah aku lepas tu, adoi laaaa.. dah tua2 nih payah nak melelap kan mata ek??
aku pun usha2 FB, buat itu ini, sampai la anak2 bangun utk gi skolah. dapat la aku tolong2 incik afzan siap kan anak2 nak pi skolah. biasa dia wat sorang2. lepas depa gi skolah, kami pi sarapan n afzan hantar aku gi keje. awal aku ari nih kul 8 dah on the road.
ini yang aku sakit ati nih.. kuar pagi2 junction depan rumah tu amat laaaaa jem nya. dari perjalanan ke opis 15 minit, terus menjadik setengah jam. seb baik la aku gi dgn afzan, dpt bercinta2 dalam kete. kalau aku yang drive sorang2, mau bad mood seharian tu.
kalau aku kuar lewat sket dlm kul 9 lebih camtu, memang clear jalan nih. tapi kang sampai opis lewat plak, boss aku plak jenis bebel. mau tebal telinga aku dengar dia bebel seharian.. pelik woooo org yantan suka membebel nih.. seb baik la aku suka keje n suasana opis aku tu. walaupun aku nih support macam 24 by 7, aku memang suka keje nya :D cuma orang tua itu la tak reti2, tak paham aku ada orang cam nih.
nih dah kira sessi melepas kan perasaan geram ek?? tapi aku suka laaaa, release rasa beban aku ari nih. terima kasih kawan2 n adik2 aku yg tak jemu2 baca catatan ngarut aku nih :D
Wednesday, July 28, 2010
Tuesday, July 27, 2010
buku cerita :D
ini la buku cerita yang aku belikan utk anis adam tu.. dua2 cerita seremmmmm jek. aku wisau jugak kalau2 peksa nanti kuar tajuk karangan melawat ke zoo negara, harus segala macam hantu keluar kat zoo nanti. adoi laaaaaa.. dah citer genre lain depa tak minat nak baca, nak wat cemana kan??
disebab kan ari nih depa peksa, jadik malam tadik aku takde la soh depa studi. aku soh depa baca buku citer masing2 jek. konon2 nak get ready utk kertas BM pagi nih. tengok la cemana kan.. tapi baru la skrg nak baca buku nya, takkan udah cemerlang BM depa kan.. anis memang minat la baca, tak gerak2 dia :D
adam lagik dahsat.. memula nak baca tu dia ckp dia dah page 5. dalam 10 minit tu aku tanya balik, dia kata dia dah at page 29. apa lagik aku bebellll la kan, aku tau dia misti skip sini sana.. aku soh baca dari page 5 balik.. kekekekekekek :D
memacam hal si adam nih.. tabah je aku nengok kan mamat sorang tu :D
Monday, July 26, 2010
lepak2 kedai buku..
disebab kan anis n adam punya markah BM sangattttt teruk, aku kena tanam kan sikap suka membaca kat depa berdua nih. jadik malam tadi kami lepak2 kedai buku popular kat JJ ekuin tu. aku dah wat tiap2 malam isnin gitu.. dalam dua jam jugak lepak situ. takleh buat selalu, kang depa halau plak.. kekekekekekek :D
anis n adam aku soh duduk je atas lantai n baca buku2 kat situ. ye la buku depa tu nipis2 belaka n harga RM5 setiap satu. tak bebaloi la nak beli, depa pun baca sekali jek, takde makna nak ulang2 baca. nak tau buku apo depa baca?? buku cerita hantuuuuuu jek, sabau jek aku neh. anis memang sronok la lepak situ, dia memang bersila depan rak buku tu. adam?? adoi laaa dia nih main2 je lebih nya, aku rasa satu je buku dia baca. anis dapat baca 4 bijik buku gak semlm tu.
tapi idak la aku snap2 gambar kan, dah la curi2 baca, nak snap2 gambar lagik. ekekekekkeekkkk :D tapi aku beli la jugak buku2 dari situ. aku beli 2 buku tebal2 untuk anis adam, buku citer seremmmm jugak. gasakkan, asal depa nak membaca..
pastu aku belikan al-quran baru untuk depa.. anis nih dah khatam dah quran, tapi sambung baca lagi. skrg dah juzuk 10 dah dia. di sebab kan quran dia udah koyak2, aku beli la yang baru. si adam pulak at the last page of his iqra' book. malam nih mesti kena baca al-quran. tu pasai aku belikan quran untuk adam..
itu la aktiviti kami tiap2 malam isnin :D

makan durian..
hmmmmm jumaat lepas, adik aku belanja makan durian. sebenar nya dia belanja anis. aku n anis memang hantu durian ekekekekekkkk :D jadik lepas anis adam balik sekolah, terus la cabut pi gombak..
antara durian yg ado.. ini semua untuk anis sorang jekk.. aku punya belah lain, takleh share nanti berebut, harus aku kalah dgn minah nih kan??
anis tengah makan durian, org lain takleh kacau dia waktu2 gini.. masa aku dah cukup bulan ngandung kan anis dulu, aku teringinnnnn sangat nak makan durian. aku rasa ada la 2 bijik durian aku belasah masa tu. dan esok nya aku tros admitted untuk melahirkan cik nurul anis nazihah nih.. aku rasa itu pasai la dia sgt minat durian :D
adam tak heran lansung dengan durian. dia dok main tepuk2 batang eskremmmmm jek skrg nih. afzan pun sama, tak suka sgt durian. pelik depa berdua nih.. ish ishhh

Sunday, July 25, 2010
potluck picnic kat putrajaya
semalam petang kami dalam 20 families gi putrajaya n picnic2 kat sana. aku sampai dalam kul 4, jadik kami main badminton dulu sementara tunggu kawan2 lain tu..
anis adam, peluh2 merah2 muka memasing..
sekali ada bola masuk dlm tasik, dua incik nih la yang berenang menyelamat kan bola itu.. kekekekekekkkkk adoi laaaa dalam juga tau tasik situ.
mohzan, fido n harman, antara kawan2 batch NCC 20 yang hadir :D
seb baik la faizah datang, kalau idak takde gang aku nak borak2 n gossip2 dengan kawan2 dari NCC20..
kawan2 dari NCC 21 and NCC 22, kami borak2 bawah pokok2 jek. seb baik idak ujan petang semlm :D
BBQ pun ado tau.. hmmm terima kasih daun keladi untuk encik azizan johari. member sekelas dulu2 nih.
bergambar beramai2 dengan semua yang hadir. memang seronok btol, lama dah idak jumpa nya. lepas kolej tu takde dah kami jumpa. tapi lepas puan noliza (lecturer BCP kami) kuat mengajak reunion ramai2, apa lagi kan??
semoga dikesempatan lain kami dapat berjumpa semula. gang2 NCC22 amat sporting, depa la yang meriuhkan kawasan tasik itu semalam. ekkekekekekkkk :D
Wednesday, July 21, 2010
minggu ulangkaji..
hmmm minggu depan anis adam ada ujian bulanan. so minggu nih adalah minggu ulangkaji depa. biasa nya minggu nih aku akan soh depa buat segala buku latihan. wat latihannnnnn jek sepanjang minggu nih, takde baca buku dah :D
cenggini la gaya depa kalau wat latihan.. memacam gaya ada kekadang tu, terutama si adam yang takleh dok diam lansung tu. adoi laaaaaa incik adam aku nih..
asal aku nak amik gamba depa mesti nak posing, takmo kelihatan buruk dalam blog ibu katanya.. kekekekekekkekkkk lawak depa nih. kicik2 udah pandai nak control macho :D

Monday, July 12, 2010
balik jerantut..
hmmmm.. dah lama dah kami tak balik jerantut kampung incik afzan. last balik bulan may lepas rasanya. jadik minggu lepas balik la jugak. lagi pun isnin sampai rabu nih aku AL, ada la masa nak rehat2 kat rumah. jadik lepas skolah adam jumaat tu, makan2 dulu. dalam kul 8:30malam baru bertolak. 3 jam je perjalanan dari rumah aku, idak la jauh sgt sebenar nya.
kat sini depa nih sronok pasai ramai sepupu besau2. kalau kat gombak, sepupu2 depa kicik2 belaka. depa nih bila dah jumpa sepupu memasing, main sampai tak hengat donea la kan.. borak2 sampai malam2, mainnnn jek keje nya. bising btol rumah atuk depa yang selalu nya senyappppp sgt.
nih sambil tengok2 tv, sambil borak2. apa lah yang dicerita kan inaz sampai semua org ternganga dibuat nya :D
sronok nya bila jumpa skali skala nih.
mainnn jek keje depa nih. yang pompuan main masak2. yang lelaki main geganas, bola, badminton, memacam depa nih main. tak reti penat lansung. kalau marah pun, kejap je senyap nya. lepas tu riuh la balik..
ayah plak bersilattttt je keje nya. melayan bebudak nih.. adoi laaaa. tapi memang sronok. malam ahad tu dalam pukul 8:30mlm kami balik ke KL semula, esok anis n adam skolah..

terima kasih cikgu !!
terima kasih cikgu norizan
terima kasih atas sokongan dan dorongan cikgu pada anis
hari tu ayah anis pergi ambil keputusan dia kat SKTU. aku tak dpt gi pasai keje. awai bulan plak tu, memang kritikal keje aku time2 nih. memang la dia dpt nombor corot, tapi dalam kelas bebudak pandai nih, dia kena laaa berusaha lebih sikit.. itu la nasihat cikgu pada anis.
seronok je dia hari tu, kata nya nak fight lagi untuk perbaiki keputusan final nih. dia nih kena lebih concentrate kat subjek BM dan English. science n maths dia kira ok dah.
adam pun samo jek dgn si anis. nombor corot gak tp pasai depa dok kelas bebudak pandai, aku tabah kan je ati :D adam tak amik gamba plak dgn cikgu dia.
Monday, July 5, 2010
kawal pergerakan, elak disc tergelincir
hmmmmm afzan search2 pasai slipped disc nih and found some good article from utusan. kawan2 yg keja samo cam aku nih, duduk lamaaaaaa, baca la jugak ek?? untuk pengetahuan semua..
ini la yang aku alami.. adoiiii sakit wehhhh sampai ke ari nih dah masuk minggu ke 4 dah, sakit tak ilang2 gak. terutama kalau aku duduk lamaaaa.. kawan2 lain, please jaga posture masa duduk tu.. penting nih :D
thanks to encik afzan, tak jemu2 jaga aku nih :D
==========================================================
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami sakit belakang terutama di bahagian pinggang.
Biasanya ia disebabkan duduk terlalu lama, posisi tidur tidak betul, mengangkat beban atau melakukan aktiviti lasak.
Sakit dengan rasa tidak selesa untuk beberapa hari, mungkin tidak terlalu serius. Namun andai berlarutan hingga melebihi enam minggu diikuti rasa sengal dan kebas di seluruh bahagian kaki, anda harus segera berjumpa doktor.
Anda mungkin mengalami disc tergelincir di bahagian tulang belakang.
Perunding Pembedahan Ortopedik Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Lim Heng Hing berkata, masalah sakit belakang terutama melibatkan disc tergelincir berlaku pada 60 hingga 80 peratus penduduk dunia sekali dalam seumur hidup.
“Sakit belakang terbahagi kepada dua jenis iaitu jika melibatkan belakang sahaja dipanggil spondylosis.
“Namun jika berasa sakit hingga ke paha dan betis seperti rasa kebas serta sengal, ia petanda anda mengalami disc tergelincir,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagaimana disc tergelincir berlaku?
Menurut Dr. Lim, disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc) yang juga dikenali sebagai disc intervertebral. Dalam istilah perubatan ia disebut spinal disc herniated/ prolapsed.
“Disc intervertebral boleh diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut (nucleus polposus),” ujar beliau.
Jelasnya, kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada disc intervertebral.
Bengkak yang berlaku akan menekan urat saraf di belakangnya. Keadaan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus (mengandungi bahan inflammatori) keluar dan menekan urat saraf.
Ini menyebabkan sakit belakang yang teramat sangat yang akan merebak turun ke kaki. Pesakit juga akan berasa kebas dan lemah kaki.
Kerana itu kaedah rawatan biasa yang diberi kebanyakan doktor dengan cara pengambilan ubat antiinflammatori bagi melawan bahan yang terkandung dalam nucleus pulposus.
“Cuba bayangkan disc ini seperti tayar kereta yang membantu menyerap hentakan menjadikan kita tidak berasa sakit ketika lompat atau terhentak,” katanya.
Secara umum katanya, tulang mempunyai 26 disc dari tengkuk hingga ke pinggang, iaitu 12 pada bahagian torak atau dada, tujuh pada tengkuk dan lima di tulang lumbar atau tulang belakang pada bahagian pinggang.
Disc tergelincir boleh juga berlaku di bahagian lain seperti leher namun yang paling biasa adalah pinggang.
“Penyakit ini tergolong dalam kumpulan degenaratif iaitu melibatkan faktor usia. Semakin meningkat usia, satu demi satu lapisan akan bergerak dan bercerai lalu berlakulah masalah disc tergelincir andai tidak dijaga dengan betul,” katanya.
Bergantung pada bila ia berlaku, misalnya ketika berusia 20 tahun ke bawah, maka proses penyembuhannya cepat kerana ia diganti dengan yang baru.
Menghuraikan lebih lanjut, Dr. Lim berkata, badan manusia mempunyai proses penyembuhan semula jadi tanpa bantuan sebarang rawatan.
Cukup dengan berehat dan tidak melakukan aktiviti lasak, badan dengan sendirinya akan sembuh perlahan-lahan.
Bagaimanapun, semakin meningkat usia seseorang, semakin rendah proses penyembuhan semula jadi berlaku.
Di kalangan mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun, disc tergelincir dianggap gangguan yang biasa berlaku.
Selepas usia 40, disc menjadi lebih keras kerana kehilangan air dan kurang kenyal (senang pecah). Namun, pokok pangkalnya jelas Dr. Lim, ia bergantung kepada bagaimana kita menjaga pergerakan fizikal dengan mengikut posisi sewajarnya bagi mengelak disc tergelincir.
“Perlu diingat disc tergelincir mengambil masa yang panjang untuk terjadi. Pergerakan yang tidak dikawal terutama ketika duduk, baring, bersandar, mengambil dan mengangkat barang menyumbang kepada masalah ini untuk jangka masa yang panjang,” katanya.
Rawatan terkini
Bergantung kepada tahap kecederaan jelas Dr. Lim, jenis rawatan untuk pesakit berbeza.
Ia bermula dengan rehat secukupnya bagi melegakan tekanan untuk kecederaan ringan dan membolehkan disc melalui proses penyembuhan semula jadi. Biasanya mengambil masa lebih kurang enam minggu.
Pesakit juga boleh mengambil tiga jenis ubat bagi melegakan kesakitan ringan, antibiotik dan ubat penenang.
Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, lebih 70 peratus pesakit pulih selepas 12 minggu tanpa menjalani pembedahan, ujar beliau.
Menjalani rawatan fisioterapi adalah satu cara yang berkesan. Namun seandainya rawatan di atas tidak berjaya, pesakit perlu menjalani pembedahan yang sesuai bagi merawat masalah mereka.
Mungkin ada yang bertanya, mengapa terdapat pesakit masih mengalami kesakitan walaupun selepas dibedah?
Kata Dr. Lim. “Ini disebabkan rawatan yang tidak betul diberikan kepada mereka. Paling utama adalah merawat bahagian disc yang koyak supaya bahan jeli yang menyebabkan saraf berasa sakit tidak mengalir keluar dan menekan saraf.”
Antara rawatan pembedahan yang biasa digunakan:
1. Pembedahan invasif minimal Intra Discal Electro Thermal (IDET) dengan cara mengecilkan kawasan benjolan pada disc menggunakan tenaga haba.
2. Nucleoplasty untuk kecederaan tidak begitu serius. Menggunakan sejenis bahan seperti jarum panjang dimasukkan ke bahagian tulang belakang (tempat masalah), doktor akan membuang lebihan tisu pada disc menggunakan tenaga radiofrekuensi. Kaedah ini hanya mengambil masa kira-kira 60 minit atau kurang. Namun nucleoplasty tidak boleh dilakukan andai disc terlalu sempit atau tulang belakang tidak stabil dan berada pada kedudukan sewajarnya.
Rawatan terkini PercuDyn.
Secara klinikal, bahan ini berkebolehan merawat disc tergelincir dengan mengurangkan pergerakan tambahan dan tekanan antara disc di kawasan yang dirawat tanpa menyebabkan kesan degeneratif jangka panjang. Ia seakan satu skru berputar yang boleh dipasang pada semua paras tulang lumbar termasuk L5-S1.
Nasihat Dr. Lim:
1. Masalah disc tergelincir kebanyakan berpunca daripada kecuaian sendiri yang tidak mengambil berat tentang postur badan dan cara pergerakan.
2. Masalah yang berpunca daripada kemalangan juga boleh diatasi secara perlahan-lahan dengan tidak membebankan lagi pergerakan di bahagian tersebut.
3. Ahli sukan seperti pemain golf dan tenis lebih cenderung mendapat disc tergelincir andai tidak menggunakan pergerakan yang betul. Misalnya ketika melakukan hayunan, bahagian yang perlu berputar adalah pinggul bukannya pinggang.
4. Senaman regangan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Jika dilakukan dengan kasar, sedikit demi sedikit bahagian disc akan tercedera.
5. Senaman dan bersukan mengikut cara yang betul membantu menguatkan tulang.
6. Beri peluang badan untuk sembuh secara semula jadi.
7. Tilam berjenama mahal yang dikatakan mampu melegakan sakit belakang belum tentu berkesan. Secara asasnya, tilam tersebut memadai berkeadaan baik dan tidak menyebabkan badan kita tenggelam ketika baring di atasnya.
8. Pengambilan kalsium melalui suplemen dan makanan tidak menjamin mencegah disc tergelincir. Ia membantu mencegah osteoporosis (ketumpatan tulang merosot).
9. Rawatan alternatif seperti akupuntur hanya membantu mengurangkan rasa sakit kerana ia menghalang aktiviti saraf. Namun, pesakit boleh mencuba terutama jika melibatkan kecederaan gred ringan.

Subscribe to:
Posts (Atom)