Thursday, September 29, 2011

kes prima facie..

apa itu kes prima facie? tetiba aku kena biasa kan diri dengan term2 guaman nih kan.. takpe, pengalaman mendewasakan kita. ada kes prima facie, yang mana OKT dilepas dan dibebaskan. sementara ada juga kes prima facie yang mana OKT disabit kan kesalahan.

nota : OKT = orang kena tuduh.

aku copy n paste dari wikipedia bahasa melayu :



Prima facie
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengertian prima facie dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.

Prima facie merupakan satu ungkapan Latin bermaksud "atas kemunculan pertama(on its first appearance)", atau "oleh contoh pertama(by first instance)". Ianya digunakan oleh undang-undang moden Inggeris yang menunjukkan bahawa pada pemeriksaan yang pertama, satu bahan nampak menandakan buktinya sendiri daripada fakta-fakta. Di dalam bidang kuasa common law, prima facie menandakan bukti (melainkan dipatahkan) adalah cukup untuk membuktikan satu saranan atau fakta tertentu .

Kebanyakan prosiding atau tindakan undang-undang memerlukan satu kes prima facie untuk wujud, yang mana saranan berikutnya akan mula untuk menguji bukti berkenaan, dan mencipta satu keputusan.

Prima facie dan beban pembuktian

Di dalam kebanyakan tindakan undang-undang, salah satu pihak mempunyai beban pembuktian, yang memerlukan pihak tersebut mempersembahkan bahan bukti prima facie keseluruhan fakta-fakta yang penting pada kes tersebut. Sekiranya pihak berkenaan gagal untuk mempersembahkan bahan bukti prima facie kepada apa-apa unsur yang diperlukan di dalam kes tersebut, dakwaan berkenaan mungkin boleh disisihkan tanpa apa-apa jawapan daripada pihak yang menentang.

Satu kes prima facie mungkin tidak cukup untuk membolehkan sesuatu pihak untuk mengatasi pihak penentang jika pihak yang menentang memperkenalkan bahan bukti yang bercanggah atau menegaskan pembelaan menyakinkan. Kadangkala pengenalan kepada bahan bukti prima facie secara tidak rasmi dipanggil membuat satu kes atau membina satu kes building e.

3 comments:

  1. salam shida - kenapa kena belajar ni? selamat exam utk anis ekkk...jawap exam elok2 semoga berjaya

    ReplyDelete
  2. saje je belajar term2 guaman ni :D anis adam exam 17 october nanti, kan peksa ujung tahun :D tima kasih kak ina !!

    ReplyDelete
  3. Inkues isu Arwah Adib , secara prima facie 👍

    ReplyDelete