Friday, September 30, 2011

aktiviti harian..

gini la aktiviti harian aku.. balik dari opis, terus kejar memasak2, itu kalau time rajin la kannn.. kalau malas, pi pasar malam ke, beli lauk je ke pastu masak nasik.


malam tadik kes rajin jadik nya dapat la masak. ini ayam masak merah style kenduri, amik dari geng2 FB :D


dan kacang bonces goreng sama telo. siap dinner kami, kul 7:30 makan, kul 8 siap dinner dahhhh..


pastu pencuci mulut nya kek lapis dari pasar malam semalam. adam memang cukup suka kek lapis nih, dah separuh dia makan sorang2. ini antara alasan dia nak study lambat.. kek lapis kali nih ada 3 perisa, strawberry + horlicks + coklat, memang sodap !!


sementara anis belajar dulu dengan aku.. dia memang sangat2 rajin n takde banyak alasan. pantas je amik buku n tercongok sebelah aku. aku soh studi dok sengehhhhh2 lagik.


adam dok sebelah jugak, takleh dok jauh2 depa nih, nanti depa berangan. hmmmmm malam tadik aku takde la jadik tarzan sgt. pandai plak depa jawap soalan elok2. lega sket, kalau idak mau sakit tekak asik nak jerit + bebel kan depa berdua nih..


sementara ayah kena basuh kain, angkat kain n lipat kain. kihkihkihhhhhh..

Thursday, September 29, 2011

kes prima facie..

apa itu kes prima facie? tetiba aku kena biasa kan diri dengan term2 guaman nih kan.. takpe, pengalaman mendewasakan kita. ada kes prima facie, yang mana OKT dilepas dan dibebaskan. sementara ada juga kes prima facie yang mana OKT disabit kan kesalahan.

nota : OKT = orang kena tuduh.

aku copy n paste dari wikipedia bahasa melayu :



Prima facie
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengertian prima facie dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.

Prima facie merupakan satu ungkapan Latin bermaksud "atas kemunculan pertama(on its first appearance)", atau "oleh contoh pertama(by first instance)". Ianya digunakan oleh undang-undang moden Inggeris yang menunjukkan bahawa pada pemeriksaan yang pertama, satu bahan nampak menandakan buktinya sendiri daripada fakta-fakta. Di dalam bidang kuasa common law, prima facie menandakan bukti (melainkan dipatahkan) adalah cukup untuk membuktikan satu saranan atau fakta tertentu .

Kebanyakan prosiding atau tindakan undang-undang memerlukan satu kes prima facie untuk wujud, yang mana saranan berikutnya akan mula untuk menguji bukti berkenaan, dan mencipta satu keputusan.

Prima facie dan beban pembuktian

Di dalam kebanyakan tindakan undang-undang, salah satu pihak mempunyai beban pembuktian, yang memerlukan pihak tersebut mempersembahkan bahan bukti prima facie keseluruhan fakta-fakta yang penting pada kes tersebut. Sekiranya pihak berkenaan gagal untuk mempersembahkan bahan bukti prima facie kepada apa-apa unsur yang diperlukan di dalam kes tersebut, dakwaan berkenaan mungkin boleh disisihkan tanpa apa-apa jawapan daripada pihak yang menentang.

Satu kes prima facie mungkin tidak cukup untuk membolehkan sesuatu pihak untuk mengatasi pihak penentang jika pihak yang menentang memperkenalkan bahan bukti yang bercanggah atau menegaskan pembelaan menyakinkan. Kadangkala pengenalan kepada bahan bukti prima facie secara tidak rasmi dipanggil membuat satu kes atau membina satu kes building e.

Wednesday, September 28, 2011

study.. study..

haaaaa dah kena start study seriuosly dah nihhhhh.. oct nanti nak final exam dah bebudak nihhhh..


adam kena dokkkk je sebelah aku. kalau idak lain yang ditulih, lain yang dikira lain jawapan nya. hadehhhh pusing kepala ku !!

anis ok lagik laaaaa, tapi kena gak pantau. kena gak duduk sebelah aku masa nak checking. depa nih kalau aku tak tengok, siap laaaaa berangannnnnn je keje nya. latihan nya tak jalan lansung.


di sebab kan dah nak dekat peksa, jadi kami akan menjawap segala soalan2 je. buku2 latihan nih aku beli. biasa nya aku more concentrate kat maths laaa, pasai aku minat maths :D selang2 hari latihan. malam nih maths, esok science plak. BM n BI aku soh depa wat masa siang. malam aku tanda n bebelllllll kalau ada banyak salah :D


skali tengah syiok study, adam kuar kan kad biru 'earobikton'.. hadehhhhh pitam akak kejap nengok nyaaaa.. alaaaaa kad yang nak mintak derma2 tu laaaa. siap tulih ada hadiah utk penyumbang terbanyak. harus bebudak nih nak kejar sebagai penyumbang terbanyak kannnn..

tak kosa aku, aku nak boh je dua tiga nama, pastu bagi je duit sendirik. gasak kan..

Tuesday, September 27, 2011

weekend aktiviti ..

weekend ari tu kami tak kemana2, sebab aku n adam batuk2. adam siap sempot skali, jadik malas nak kluar2. jadi mari kita masak2 n kemas rumah..


anis punya tugas sekarang nih kena tumbuk cili laaaa.. seb baik la dia rajin menolong :D tak boleh tahan bila nak tumbuk cili, kena pakai itu cermin mata. kekekekekekek bagi mata tak pedih katanya. gasak laaaa janji keje jalan kan??


weekend ari tu punya menu, ayam goreng berempah dengan gulai telo campo terung. bebudak nih mesti ada gulai lemak cili api, kalau idak depa tak makan sgt. seb baik gulai tu paling senang nak wat ye dak??


gini la ropa ayam berempah nya, sedap dimakan masa panas2 tu.. bila dah sejuk cam tak best sgt la plak.


dan gulai nya, siap untuk di hidang.


pencuci mulut kali nih is bubur jagung. dah banyak hari anis soh ayah dia wat bubur jagung nih, baru hari nih ayah buat kan.. dia memang suka sangat2 semua jenis bubur2 nih, siap bawak bekal pi skolah lagik minah tu.

Wednesday, September 21, 2011

masih di opis..

hadehhhhh.. hari ni n esok ada training seharian, pehtu ada RTP (release to production) plak. pengsan akak hari nih..

its a knowledge sharing session with DBA je sebenar nya.

hari nih punya KS session :



esok pulak :



dah la kalau masuk EU time, semua server yg base kat sana jadik slow. ye la depa pun tengah keje skrg nih, akak pun sibuk2 kaco2 server tu semua.

hadoiiii kul brapa la akak dpt balik nih?? helpppp helppppp!!

Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Raya..


blom terlambat lagi untuk akak ucapkan selamat hari raya untuk kawan2.. maaf zahir dan batin.


punya la malas nya hupdate blog nih lately, awat nya entah laaaa..

hmm cuti hari malaysia lepas uols pi mana? akak jalan2 beraya sampai ke beseri, padang besar n alor star. sakan kami berjalan. kali nih jalan2 dengan adik aku yang nama nizam tu. naik toyota fortuner dia jek, jimat belanja woooo :D


kalau dah sampai sini tak sah kalau tak singgah padang besar. keisha (anak acik nizam) dok memilih2 barang sama :D


penuh la kancil angah kami dok borong bantal2 kekabu..


pakat bagi makan ke ostrich.. sronok dok lepak sini, sejukkkk je n ostrich dia sangat2 la friendly nya :D


malam tu mirul belanja makan kat gerai the best char kuew teaw in beseri. wahhh memang best laaa, selain CKT, nasik goreng kampung n nasik paprik depa pun sodapppp. angah tak join malam nih, dia kena babysit alief..

tu je la aktiviti nya. malam sabtu tu kami dah sibuk2 balik KL dah. sblom tu singgah rumah parents amirul kat alor star. kalau gi rumah angah memang tak sah kalau tak singgah rumah parents amirul. mereka sangat2 la baik.

special thanks untuk amirul n angah, tok n tokwan, acik n zura na?? lain kali kami singgah lagi :D