Tuesday, December 6, 2011

selangkah ke alam dewasa..

yep, adam dah selamat melangkah ke alam dewasa.. ahad baru nih dia selamat di khatan kan. dengan machonya dia, takde muka takut lansung kata atuk dia.

aku n afzan tak masuk masa doktor wat procedure tu, dia ditemani atuk (abah aku) n busu (adik aku paling bongsu). harus la dia tayang muka macho jek. seminggu sblom tu aku dah pesan. 'adik, nanti walaupun sakit, adik kena wat muka macho na??'. kih3..


adam dengan atuk..


dan borak2 dulu dengan doktor..

nape aku n afzan tak masuk? dia nih sgt2 manja, kalau aku n afzan ada, harus dia melalak sekuat2 ati. jadi kami berdua tunggu kat luar je, ada gak cuba lekap kan telinga kat pintu bilik rawatan tu, tapi memang sengapppppp jek..

sekarang dia tengah berpantang kat rumah. oleh sebab dia berpantang, kami semua pun pantang skali. kih3.. payah bebudak nih, kang apa kita makan, dia nak skali..

tahniah adam !!

Friday, October 28, 2011

Muah – Suzanne Brautigam

aku dok melayan lagu nih skrg..

Muah – Suzanne Brautigam

Sungguh aku sayang
Sungguh aku rindu
Ha ha ha usah kau ragu-ragu

Sungguh aku cinta
Sungguh aku mahu
Ha ha ha ku tidak malu-malu



Sayang oh sayang
Ku sayang kepadamu (muah)
Aku cintakan dirimu
Rindu oh rindu
Ku rindu padamu (muah)
Janganlah kau pergi dariku



Papa tolonglah (papa)
Mama tolonglah (mama)
Aku sedang mabuk cinta
Dengan si dia (ah ha)
Si jantung hatiku (ah ha)
Yang ku puja ku cinta selalu



Mama tolonglah
Papa tolonglah
Jodohkanlah aku dengannya



Chorus
Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan

Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)

Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

Tuesday, October 11, 2011

fresh beginning..

wahhhh cakap omputeh akak pepagi nihhh.. pasai pagi nih rasa sangat2 fresh n semangat nak pi opis nihhhh.. pasaipa??


sebabbbbb cik abang nih bangun pepagi n teman aku gi sarapan n hantar aku gi opis. kalau idak dia nih kul 10 baru bangun nya :D


semangat dia makannnnnn, nasik lemak pun makan, roti canai pun makan, minum teh tarikkkk satuuuuuuuu :D


dan hero aku nih tak pernah miss sarapan dengan aku setiap pagi.. dia prefer teh o suam n nasik lemak..


pastu hantar aku sampai depan pintu opis. kekekekekekkkk mana tak ceria pagi aku hari nih?? senyum sampai ke telinga akak nihhhhhhh llalalalalalalaaaaaaaaa..

Friday, September 30, 2011

aktiviti harian..

gini la aktiviti harian aku.. balik dari opis, terus kejar memasak2, itu kalau time rajin la kannn.. kalau malas, pi pasar malam ke, beli lauk je ke pastu masak nasik.


malam tadik kes rajin jadik nya dapat la masak. ini ayam masak merah style kenduri, amik dari geng2 FB :D


dan kacang bonces goreng sama telo. siap dinner kami, kul 7:30 makan, kul 8 siap dinner dahhhh..


pastu pencuci mulut nya kek lapis dari pasar malam semalam. adam memang cukup suka kek lapis nih, dah separuh dia makan sorang2. ini antara alasan dia nak study lambat.. kek lapis kali nih ada 3 perisa, strawberry + horlicks + coklat, memang sodap !!


sementara anis belajar dulu dengan aku.. dia memang sangat2 rajin n takde banyak alasan. pantas je amik buku n tercongok sebelah aku. aku soh studi dok sengehhhhh2 lagik.


adam dok sebelah jugak, takleh dok jauh2 depa nih, nanti depa berangan. hmmmmm malam tadik aku takde la jadik tarzan sgt. pandai plak depa jawap soalan elok2. lega sket, kalau idak mau sakit tekak asik nak jerit + bebel kan depa berdua nih..


sementara ayah kena basuh kain, angkat kain n lipat kain. kihkihkihhhhhh..

Thursday, September 29, 2011

kes prima facie..

apa itu kes prima facie? tetiba aku kena biasa kan diri dengan term2 guaman nih kan.. takpe, pengalaman mendewasakan kita. ada kes prima facie, yang mana OKT dilepas dan dibebaskan. sementara ada juga kes prima facie yang mana OKT disabit kan kesalahan.

nota : OKT = orang kena tuduh.

aku copy n paste dari wikipedia bahasa melayu :



Prima facie
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengertian prima facie dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.

Prima facie merupakan satu ungkapan Latin bermaksud "atas kemunculan pertama(on its first appearance)", atau "oleh contoh pertama(by first instance)". Ianya digunakan oleh undang-undang moden Inggeris yang menunjukkan bahawa pada pemeriksaan yang pertama, satu bahan nampak menandakan buktinya sendiri daripada fakta-fakta. Di dalam bidang kuasa common law, prima facie menandakan bukti (melainkan dipatahkan) adalah cukup untuk membuktikan satu saranan atau fakta tertentu .

Kebanyakan prosiding atau tindakan undang-undang memerlukan satu kes prima facie untuk wujud, yang mana saranan berikutnya akan mula untuk menguji bukti berkenaan, dan mencipta satu keputusan.

Prima facie dan beban pembuktian

Di dalam kebanyakan tindakan undang-undang, salah satu pihak mempunyai beban pembuktian, yang memerlukan pihak tersebut mempersembahkan bahan bukti prima facie keseluruhan fakta-fakta yang penting pada kes tersebut. Sekiranya pihak berkenaan gagal untuk mempersembahkan bahan bukti prima facie kepada apa-apa unsur yang diperlukan di dalam kes tersebut, dakwaan berkenaan mungkin boleh disisihkan tanpa apa-apa jawapan daripada pihak yang menentang.

Satu kes prima facie mungkin tidak cukup untuk membolehkan sesuatu pihak untuk mengatasi pihak penentang jika pihak yang menentang memperkenalkan bahan bukti yang bercanggah atau menegaskan pembelaan menyakinkan. Kadangkala pengenalan kepada bahan bukti prima facie secara tidak rasmi dipanggil membuat satu kes atau membina satu kes building e.

Wednesday, September 28, 2011

study.. study..

haaaaa dah kena start study seriuosly dah nihhhhh.. oct nanti nak final exam dah bebudak nihhhh..


adam kena dokkkk je sebelah aku. kalau idak lain yang ditulih, lain yang dikira lain jawapan nya. hadehhhh pusing kepala ku !!

anis ok lagik laaaaa, tapi kena gak pantau. kena gak duduk sebelah aku masa nak checking. depa nih kalau aku tak tengok, siap laaaaa berangannnnnn je keje nya. latihan nya tak jalan lansung.


di sebab kan dah nak dekat peksa, jadi kami akan menjawap segala soalan2 je. buku2 latihan nih aku beli. biasa nya aku more concentrate kat maths laaa, pasai aku minat maths :D selang2 hari latihan. malam nih maths, esok science plak. BM n BI aku soh depa wat masa siang. malam aku tanda n bebelllllll kalau ada banyak salah :D


skali tengah syiok study, adam kuar kan kad biru 'earobikton'.. hadehhhhh pitam akak kejap nengok nyaaaa.. alaaaaa kad yang nak mintak derma2 tu laaaa. siap tulih ada hadiah utk penyumbang terbanyak. harus bebudak nih nak kejar sebagai penyumbang terbanyak kannnn..

tak kosa aku, aku nak boh je dua tiga nama, pastu bagi je duit sendirik. gasak kan..

Tuesday, September 27, 2011

weekend aktiviti ..

weekend ari tu kami tak kemana2, sebab aku n adam batuk2. adam siap sempot skali, jadik malas nak kluar2. jadi mari kita masak2 n kemas rumah..


anis punya tugas sekarang nih kena tumbuk cili laaaa.. seb baik la dia rajin menolong :D tak boleh tahan bila nak tumbuk cili, kena pakai itu cermin mata. kekekekekekek bagi mata tak pedih katanya. gasak laaaa janji keje jalan kan??


weekend ari tu punya menu, ayam goreng berempah dengan gulai telo campo terung. bebudak nih mesti ada gulai lemak cili api, kalau idak depa tak makan sgt. seb baik gulai tu paling senang nak wat ye dak??


gini la ropa ayam berempah nya, sedap dimakan masa panas2 tu.. bila dah sejuk cam tak best sgt la plak.


dan gulai nya, siap untuk di hidang.


pencuci mulut kali nih is bubur jagung. dah banyak hari anis soh ayah dia wat bubur jagung nih, baru hari nih ayah buat kan.. dia memang suka sangat2 semua jenis bubur2 nih, siap bawak bekal pi skolah lagik minah tu.

Wednesday, September 21, 2011

masih di opis..

hadehhhhh.. hari ni n esok ada training seharian, pehtu ada RTP (release to production) plak. pengsan akak hari nih..

its a knowledge sharing session with DBA je sebenar nya.

hari nih punya KS session :



esok pulak :



dah la kalau masuk EU time, semua server yg base kat sana jadik slow. ye la depa pun tengah keje skrg nih, akak pun sibuk2 kaco2 server tu semua.

hadoiiii kul brapa la akak dpt balik nih?? helpppp helppppp!!

Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Raya..


blom terlambat lagi untuk akak ucapkan selamat hari raya untuk kawan2.. maaf zahir dan batin.


punya la malas nya hupdate blog nih lately, awat nya entah laaaa..

hmm cuti hari malaysia lepas uols pi mana? akak jalan2 beraya sampai ke beseri, padang besar n alor star. sakan kami berjalan. kali nih jalan2 dengan adik aku yang nama nizam tu. naik toyota fortuner dia jek, jimat belanja woooo :D


kalau dah sampai sini tak sah kalau tak singgah padang besar. keisha (anak acik nizam) dok memilih2 barang sama :D


penuh la kancil angah kami dok borong bantal2 kekabu..


pakat bagi makan ke ostrich.. sronok dok lepak sini, sejukkkk je n ostrich dia sangat2 la friendly nya :D


malam tu mirul belanja makan kat gerai the best char kuew teaw in beseri. wahhh memang best laaa, selain CKT, nasik goreng kampung n nasik paprik depa pun sodapppp. angah tak join malam nih, dia kena babysit alief..

tu je la aktiviti nya. malam sabtu tu kami dah sibuk2 balik KL dah. sblom tu singgah rumah parents amirul kat alor star. kalau gi rumah angah memang tak sah kalau tak singgah rumah parents amirul. mereka sangat2 la baik.

special thanks untuk amirul n angah, tok n tokwan, acik n zura na?? lain kali kami singgah lagi :D

Thursday, August 25, 2011

lega nyaaaaa..

lega nya aku hari nih.. semalam selesai sudah kami dok melepak kat mahkamah mejistret petaling jaya tu.

macam2 aksi kami di sana. dah 3 tahun berlalu kes nya. doa kan terbaik buat kami ye kawan2?


hari terakhir kami di bilik saksi..


mak pun antara saksi2 penting. kena la bawak manda skali :D seb baik dia ada, penghibur kami di sini.


kami bentang kain n berpiknik la kami dalam bilik tu. nasib baik la bilik nih disediakan ekon. amat laaaa selesanya. anis n adam memang seronok la, depa main macam2 menda, sampai kekadang tertido kat sini. maybe depa tak faham apa berlaku lagi..


angah jugak saksi penting.. terima kasih ngah, dia sentiasa datang setiap bulan semasa perbicaraan walaupun jauhhh dari perlis sana.


anak2 angah n suami dia pun selalu menemani. penat woooo duduk je atas kerusi tu dari kul 11 pagi sampaiiii ke 4:30 petang..


bersama manda dalam court room, masa nih lunch jadi kami lepak2 dalam ni..


kerja sekolah pun terpaksa buat kat sini jugak. ye la anis dah darjah 5, banyak sungguh kerja sekolah dia..


happy je minah nih, tapi dalam hati siapa yang tahu. dan dia amat tabah orang nya. i am very proud of you girl !! i love u more n moreeeee !!

aku pun sebelum nih lepas bicara je, mesti seminggu jugak laaa aku rasa marah + sedih + sakit hati segala.. tapi semalam terasa lega sangat2, lepas anis sendiri beri keterangan bersumpah nya.

takpe, what goes around comes around.. :D

Friday, August 12, 2011

Malaikat Pelangi Cinta



kasih kau bagaikan pelangi
mewarnai bahtera hidupku
kau tetap terbaik untukku
kau tercantik, engkaulah cintaku

kau bagai malaikat yang selalu setia
melindungi menjaga dan mendampingiku
baik dalam susah dan senang
kau selalu ada bersamaku

reff:
setiap malammu selalu ku melindungimu
di bangun tidurmu ku selalu ingin di sampingmu
dalam tidurmu ku selalu ingin di sisimu



kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
kau adalah pelita terang dalam jiwaku
aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi

aku pun berjanji akan selalu menjagamu
melindungi dan berdoa untukmu
semoga apa yang kau inginkan tercapai selalu
hidupku adalah milikmu

repeat reff



hidupmu adalah hidupku
kebahagiaanmu adalah bahagiaku
kesedihanmu adalah kesedihanku
nyawamu adalah hidupku

kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
kau adalah pelita terang dalam jiwaku
aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi


Sunday, July 31, 2011

Lagu aku layan skrg..

Jaclyn Ning Shila - Di Mana Di Mana (3 Suara)



Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami

Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho ooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu

Thursday, July 21, 2011

kiki dah betelooo !!!

wowwww kiki dah bertelo.. yang first tu pecah. yang second kicik. yg third n 4th adalah normal..

dia nih bertelor selang 2 hari sekali. dan akan terus bertelur sampai dia ngeram, aku pun tak sure bila dia akan ngeram nya.

pagi tadi dalam kul 10pg dia betelo sebijik lagi.


ini telo kiki yang kekempat. n adam talipon tadik dia cakap kiki dah bangun. makna nya dia belum habis bertelor n akan bertelor lagi esok atau lusa.


dia memang betelor kat tepi pokok serai nih.. dari yang first sampai lahhh yang ke empat nih..

koko pun ada tak jauh dari dia, adam la yang letak kan nasik n minuman utk kiki. tapi dia blom ngeram lagi. aku baca kalau dia ngeram dia takkan kemana2, kena letak makanan n minuman dekat dengan nya.


ini telo kiki yang second n yang third. yang second tu kecik sket sebab telo memula kot, maybe tak jadi sepenuh nya tu. yang third tu sangat besar ek? telo coklat tu, telo ayam dari dalam peti ais aku, utk perbandingan telo2 kiki :D

Wednesday, July 13, 2011

ros mini CH akak..


haaaaa ini la dia 2 harta rampasan yang akak dapat dari floria putrajaya tu. RM25 jugak kedua2 nya.. tapi cun punya pasai, kena laaaa tutup mata. dah la wat floria tengah2 bulan nih kannnn..


pokok ros nih di panggil ros mini cameron highland. dia memang dari sana. jadik nya nak jaga sangat la rumit nya.. akak usha2 internet cemana cara nak jaga, pasai kita kat bawah nih sangat la panas nya kan??


minggu first n second nih nak kena letak kat luar laman tengah panas kejap je, dalam sejam dua jek.. pastu bawak masuk dalam shading area semula.. siram pun sket2 je nak kena spray je takleh jirus sebaldi air gitu.

pastu minggu ke tiga n ke empat tu plak nak kena letak lamaaaaa sket kat luar. sebab ros nih pokok yang amat perlukan cahaya matahari. jadik mungkin minggu ketiga nanti akak letak selang2 hari la kat luar.


tengok cemana perkembangan nya, dan lepas tu baru leh di biar kan di luar sahaja. begitu lah cara2 yang akak paham. kalau idak wat gitu dalam seminggu dua jek matilah pokok2 nih, rugi la membeli nya kan??

dah nampak dia idup cantikkk tu, baru la bulih transfer ke dalam pasu besar sket. nanti akak hupdate lagi cemana pokok2 nih na??