Sunday, October 31, 2010

sarapan di mana??

hmmm biasa kalau cuti weekend aku n anak2 akan gi makan jauhhh sket. kami sarapan kat AU2 keramat pagi nih.. errr pagi ke??


anis dengan nasik lemak lauk sambal kerang n adam nak nasik lemak biasa jek.


ayah pulak dengan nasik lemak lauk daging rendang. memang sedap la makan kat sini. dari dulu masa aku dok AU3 dah makan sini..

lepas sarapan gi lepak2 rumah mak kat gombak. pastu dok kacau manda, anak ateh :D itu la rutin kami, kalau aku tak de pojek on the weekend..

Saturday, October 30, 2010

hari kanak2..

anis n adam ada sambutan hari kanak2 kat skolah depa hari nih.. anis kena sertai tari menari zapin, n dia soh aku mekap kan!! alamakkkk aku manade mekap segala. jadik tanya la kawan2 seopis tu. adoiii telupa plak kawan2 aku semua IT professionals bukan nya model.

seb baik ada sorang yg memang minat mekap2 n set2 rambut nih. jadik kena lah dia tido rumah aku semlm n pepagi tadik udah bangun kasik solek si anis aku tu..


ini lahhh hasil nya. kemain cun lagik minah nihhh.. berbunga2 hati dia mekap cun2 gitu. cikgu n kawan2 dia pun kemain puji lagik dia.

yang paling aku suka ialah sanggul dia !! sangat cantik n susah nak buat !! dekat sejam jugak dok godek2 sanggul si anis nih. jenuh aku tengok kan. tapi anis cool jahhh sengehhhh jek dia :D


gini la ropa sanggul dia, sangat rumit nak buat. dan member aku buat dengan sangat kemas. tapi gambar nih aku amik petang tadi jadik sudah serabut anis kerja kan :D

special thanks aku ucapkan untuk cik zurina pakar IT dari DHL.. jangan tak caya pakar2 IT pun ada yang bertangan lembut dan berbakat wat menda yg sgt remeh nih. begenangggg jek air mata anis bila aku bukak kan sanggul dia n soh dia mandi n basuh mekap dia petang nih :(

jadik sesapa yg ada dinner n nak wat sanggul tinggi2 gini, sila lah contact aku, akan aku perkenal kan kepada cik zurina kita nih naaaa :D

Friday, October 29, 2010

apo pojek weekend??

hmmm aku takdak pojek weekend nih. esok anis adam skolah, ganti raya haji kot. lepak kat JJ or giant jek nampak nya nih


biasa kalau lepak2 JJ kami lepak sini laaa.. dok melayan adam n ayah main game tah hapo2 ntah kat sini. anis suka gak main game2 nih. tabah je aku nengok kan.

u ols apo pojek??

Tuesday, October 26, 2010

happy birthday cantik !!

semalam birthday makteh anis adam.. special entry untuk dia lahh. ini adik aku yg ke 3, selepas angah n acik. sudah kawin n dah ada satu baby comei dah :D



ini gambar baru dia mms aku tadik. ekkekekeekkk saje nak tayang jam birthday dia lah tu. eekekkekekeekkkkk :D

to ateh, selamat hari jadi.. semoga panjang umur n tambah murah rezeki ye? juga happy2 selalu aminnnnnn..

love from along, abg long, anis n adam :D

sarapan pagi..

sblom gi keje, aku n afzan akan gi sarapan sesama dulu. anak2 dah gi skolah, jadik kami je la yg sarapan nya :D tengok la memana yg terlintas..


semalam makan kat kedai mamak. kalau kedai mamak afzan biasa order roti banjir 2 keping :D aku pun dah terikut2 nih. sodap gak. kenyang sampai ke tengah hari.

pagi nih afzan dah siap masak nasi goreng, semalam anis n adam dah order nasik goreng nak bawak gi skolah. jadi pagi nih sarapan nasi goreng jahhh..

hmmm sarapan di mana u ols??

Monday, October 25, 2010

giant sri kembangan dah bukak !!

wahhhh giant depan rumah aku tu dah bukak !! bukak on khamis minggu lepas lagik. punya la ramai orang, aku tgk pun penat. aku tak gi laaa, malas aku nak rebut2, fenat.. errrr sebenar nya tak gaji lagik, fulus nya kurengggg :D


ini gambar aku amik malam seblom dia bukak esok nya tu.. sangat meriah ek?? dekat sangat giant nih dengan rumah aku, kira2 cam sepelaungan je lahhh.. kekekekek :D


gini la ropa punya banyak kenderaan kat situ, parking dia sampai tak cukup2. nak gi keje pun jalan jem. adoi laaaa..


aku tak pergi la, aku tengok dari luar jek.. :D semenjak giant nih bukak, nak beli biskut merrie pun gi giant jek. senang n dekat, jimat minyak moto afzan.

Wednesday, October 20, 2010

lambat nya aku balik semalam..

hmmmm tetiba minggu nih banyak keje plak aku kan.. ye la 3 countries skali nak masuk into our SAP, kena la buat preparation segala. tapi aku nya lewat sampai kul 7 je pun, ekekkekke idak la sampai malam.

tak kosa aku nak dok opis sampai memalam, baik balik n sambung dari rumah jek.


balik tu tengok kaki langit dah kemerahan dah, senja udah menjelma. cantik jugak pemandangan nya senja2 nih. aku sukak !!

pastu malam tu dalam kul 12:45 malam service desk called. ada invoice untuk US missing!! kena la aku online sampai dekat kul 2 pagi kasik settle segala, tau je la customer dari US jenis takleh sabar. stress nya aku rasa hari nih !!

Sunday, October 17, 2010

nasik lomak :D

hmmmmm hari nih aku keje lagik !! jadik di sebab kan takleh kuar ke mana2, kena la masak untuk sarapan :D sarapan hari nih, nasik lomak. seb baik anis adam n afzan memang minat nasik lemak kan..


ini pinggan anis :D dia memang suka laaaa, ada harapan sarapan, lunch, dinner, supper semua nasik lemak dia nih. adam pun sama..

memula nak wat nasik lemak kukus, skali malam tadik sampai rumah dah lambat sangat, dalam kul 12 sampai nya. masing2 dah ngantuk. nasik lemak kukus nih kita kena rendam beras dia lama, 4,5 jam jugak gitu. sampai2 rumah jek memasing dah ngantuk n fenat. terus tido laaaaa.. malas aku nak kukus beras, pastu rendam. next week la ye anak2??

masakan aku n afzan memang semua malay food jahh.. afzan tak minat lansung western2 nih, tak kenyang katanya. anis adam pun sama jugak, lidah melayu depa nih :D


adam memang abihs licin nasik dia. dia makan nasik lemak + sambal + ikan bilis jek. telo semua takmo :D

Friday, October 15, 2010

kek batik :D

minggu nih aku sangat busy hokayyyy.. aku wat kek batik khamis lepas, anis bawak pi skolah, skali kawan dia semua minat. biasa la bebudak kan. tros dapat idea nak juai kek batik utk kawan2 anis kat kelas dia tu.

aku juai RM1 sebungkus, dalam tu ada 5 ketoi la kek batik nya. adoi la sangattttt la laku nya hokayyyy.. ari2 kena wat satu talam nih. jenuh wehhh nak godek2. seb baik la aku ada hero tukang godek2 itu kan?? kekekekekekekkk :D


aku masakkan bancuhan semua, ini keje tukang godek.. :D bahan2 dia buttercup, milo, serbuk coklat, susu pekat, telo ayam sebijik dan biskut merrie. dedulu aku tak reti nak wat, skrg pasai dah wat hari2, tutup mata pun leh wat dah nih.. kekekekekekek :D


lepas godek2 kena tekan2 dalam talam tu, kasik mampatttttt.. ini pun ada pembantu jugak. memang bermuscle2 la tangan laki aku, takpe tambah macho ek gitu??

lepas mampat gitu, letak kan dalam peti sejuk. esok tu aku bangun awai sket, kasik potong sama dia. letakkan dalam plastik n bungkus elok2. satu bungkus tu RM1 jek, ye la bebudak kita kira sedekah je la kan.. :D sronok btol anis, memang habis jualan dia hari2.


duit jualan dia tu, aku soh simpan dalam tabung dia, sronok anis, penuh dah tabung :D ada jugak aku soh adam bawak pi skolah dia, takmo dia malu katanya. tapi dia jeles pulak tengok duit kakak yang dah menggunung tu.. wakakakakkakakak berbeza ek bebudak lelaki n pompuan nih :D

Thursday, October 14, 2010

cenderamata dari EU..

hmmmmm ada member opis aku baru balik dari jalan2 seluruh Europe. sebulan dia cuti dok wat tour. kayo makcik tu wehhhh.. isnin lepas dia balik n start keje dah.


siap belikan cenderahati untuk kami member2 opis dia. aku dapat 2 fridge magnet, satu dari venice n satu dari rome. n satu kotak coklat orange. tak sempat nak tunggu 2,3 hari, settle sudah coklat2 nya anis n adam makan :D bebudak memang hantu coklat ek..

bertambah lagi koleksi fridge magnet akak, tapi yg dari jepun nya tah bila nak sampai2 ntah. kekekekekekkek :D

terima kasih zurina !! :D

Saturday, October 9, 2010

mission accomplished :D

hmmmmm dari rabu lepas rasa nya dah plan nak masak2 sabtu nih. menu nya nasik beriyani n ayam masak merah. dari kul 8 dah start tungtang2 aku n afzan kat dapo.. masak nasik beriyani dulu, dah terjerang nasik dlm rice cooker, sambung ayam nya plak.

ini lah hasil nya :D


sodap wooooo.. kira menjadik la resepi yang aku amik dari internet. tapi kat belakang rempah beriyani adabi tu ada jugak tulih cara2 nak masak nasik nya tu. sangat sodap, wangiiiii jahhhhh.. kalau kawan2 nak try, guna resepi dari peket rempah beriyani adabi tu jek tau, memang jadik n sodap.

pastu lauk nya, ayam masak merah :


sori ye comot sket :D mesti cuba resepi nih, sangat sodap. anis n adam pun makan banyakkk.. resepi nya seperti di bawah..

Bahan-bahan ( 4 org makan )
• 1 ekor ayam - potong kecil dan goreng separuh masak
• rempah tumis - kayu manis,pelaga,cengkih n bunga lawang
• 3 sudu besar cili kering/ cili boh
• 1 tin kecil tomato puree
• 1 cawan tomato sos
• 5 sudu besar madu
• 5 cm halia - dimayang
• 6-8 ulas bawang putih - dimayang
• 10 ulas bawang merah - dimayang
• 4 labu bawang besar - dihiris bulat
• 1/2 cawan susu cair
• serai

Cara-cara

1. Goreng ayam hingga masak tapi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dari kuali . Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati.

2. Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.

3. Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi.

4. Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis, kacang peas dan daun bawang jika suka.


adam kata ok, tapi ayam je abih, nasik nya tak abih sgt :D


anis cakap sodapppppp.. memang licin nasik dia :D

Friday, October 8, 2010

minggu ulangkaji..

yahhhh sudah tiba lagi minggu ulangkaji bebudak nih.. minggu depan (18 oct until 22 oct 2010) dah start final exam untuk SKTU, skolah anis n adam. start hari nih sampai la ke tarikh tersebut, adalah merupa kan anis adam punya minggu ulangkaji.

anak2 yang nak peksa, mak dia plak yg nervous ek?? depa start buat semua latihannnn jek. takde dah study, cuma kalau tak tau jawapan je kena tanya aku atau tengok buku nota depa semula.


adam tengah buat soalan2 sceince dia, pada dia sceince lebih senang dari maths n BM. keh3 sabau je dgn adam nih ek. adam aku soh duduk atas kerusi, pasai kalau idak kompem dia tertido punya. dia kan banyak alasan. seb baik sudah baik demam dia, memang sengaja aku rehat kan seminggu utk dia recover.


anis plak dok bawah jek, pelik depa nih cemacam gaya. gasak la janji nak studi. nih dia tgh wat latihan math. pada anis pun sceince paling senang, tapi maths dia ok la jugak. tu pasai kena wat latihan maths selalu untuk dia.

pelik la bebudak nih, aku dulu maths la subject feveret aku, depa nih lain plak minat nya. hmmmmm ikut afzan kot ek??


errrr yang nih takdak komen incik !!

IOI properties..

semalam balik dari keje tu, aku n afzan jalan2 sekitar kawasan rumah. kami tgk banyakkkkkk kawasan perumahan baru dari IOI properties.. umang aiiiiii cantik nya design rumah2 depa tu, very the modern look gitu.


antara yg cun pada pandangan aku is sierra 8 nih. perrghhhh aku search harga dia mencecah RM448k woooo. size rumah dia plak 22 X 75 feet. tapi memang cun laaaa.

antara gambar2 dalam sierra 8 (nama pun kemain glamour ek??) :


tengok la design balcony dia, comei nya lahaiiiii..


bahagian belakang dia pun sgt cun, cermin jek semua nih :D siap ada balcony dari masterbedroom.. wahhhh menarik ek??


pastu aku usha kawasan taman alphinia plak, papan tanda pun udah gah ek?? ini kan rumah2 dia plak.


ini lagik besar rumah nya, nampak gaya cam 3 tingkat jah.. aku nak gak usha rumah contoh dia nih, tapi udah tutup daaa.. waktu opis hour je kot bukak nya.. ini pun harga dari RM448k, perghhhh pengsan ..


ini la pintu masuk ke taman2 tersebut. hari2 aku lalu balik dari kerja, baru hari nih singgah tengok2 kawasan rumah dia. skrg kawasan nih amat pesat membangun, cewahhh ayat akak :D tak lama lagi giant akan buka berhampiran pasar borong tu..

aku terbaca ramai btol yg komplen betapa mahai nya harga rumah2 nih. some more leasehold je pun. btol gak tu ek tak berbaloi beli rumah dekat2 setengah juta tapi leasehold jah.. pastu rumah teres je plak tu, bukan banglow ke, semi-D ke ek??

aku ingat lagi 6 tahun lepas masa aku mula2 pindah kawasan nih, tempat pembuangan sampah tu pun masih ada lagi. JJ pun blom buka lagi masa tu. takde org sgt, susah nak cari makan masa tu, kami jalan sampai ke kajang kalau nak makan2. pastu memalam malas nak keluar rumah, dengan bau sampah yg harum semerbak tu, dengan kawasan takde orang nya... uishhhhh seremmm gak.

Thursday, October 7, 2010

kami @ bagan lalang

hmmm baru nak update blog pasai kami kat bagan lalang ari tu. aku, afzan n adam je yang jalan2 nya. sementara anis dok bercamping dgn kelab pencinta alam dia..


kami dok kat sri malaysia, paling murah nih.. takkan nak dok kat sepang gold coast tu kan?? pengsan aku :D sri malaysia sedia kan satu katil single n satu katil queen, amat selesa untuk kami bertiga..


lepas settle down kat bilik, kami jalan2 gi makan n tengok2 laut. makan kat sini memang mewah, sea food amat lah murah n fresh. adoiiiii syiok woooo..


haaaaa kat sini jek kami mampu :D nak dok dalam otel dia idak la akak mampu incik :D malam tu jalan2 sepanjang pantai syiokkkk. ramai jugak yang betol2 camping, pasang khemah tetepi beach tu. depa ada sedia kan tempat mandi segala. rasa nak join gak suatu hari nanti..


ahad tu jalan2 lagi, malam tak nampak sgt nak bergambar. siang ahad tu la baru bergambar.. adam bergambar tepi2 pantai, cantik btol kat sini, air pun jernih jek. nak mandi takde hal lahhh.. cuma kami tak minat mandi laut, leceh..


pastu mandi kolam la kat sri malaysia tu kan?? takkan dok situ tak mandi pool dia. ini keje si adam laaaa.. aku n afzan perhati jek. penat la, panas sgt kat sini, rasa dehydrated jek..


afzan pun malas nak mandi, dok perati kan adam sambil borak2 n main game henpon jahhhhh.. anyway, bagan lalang nih cantikkkk, sesuai untuk picnic, BBQ, camping semua. ada brani??

Wednesday, October 6, 2010

adam demam lagi


adoiii adam adammmmm.. dari malam ahad, lepas kami balik dari bagan lalang tu dia demam, sampai ke hari nih blom jugak semboh2. semalam kami bawak pi klinik, doktor kata dia takleh kena panas lansung.. seb baik tak kena sempot kali nih.

so aku pun tulih surat la untuk cikgu dia, mintak cuti dari isnin sampai jemahat nih. semalam doktor dah bagi MC untuk Selasa n Rabu. Jadik Isnin, Khamis n Jumaat kena la hantar surat. kalau idak depa assume adam monteng plak.


adam nih bukan demam jek, dia ngadu sakit kepala skali. sian btol aku tengok kan. asik makan ubattttt jek keje nya.

anis masa camping tu, dok menjala ikan kat pesisir laut, dok tanam pokok bakau dalam paya bakau, dok berlari sini sana, dengan makan sket2 jek pasai lauk tak sedap. tapi dia coollllll jek. adam je yang sensitif benaaaa..

Monday, October 4, 2010

anis gi camping..

anis dengan 2 lagi kawan dia mewakili SKTU ke bagan lalang untuk ke PERKHEMAHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2010.. dari jumaat lepas dia dah gi dah. 3 hari 2 malam camping nya dan semua ditanggung oleh kelab itu dan siemens. syok ek??

kicik2 dah gi camping minah tu.. aku pi tengok dia sabtu dan ahad, tido di sri malaysia. seb baik ada kosong lagik otel tu. anis sangat seronok, cuma makanan je tak best kata nya :D biasa laaa kan??


nih anis n kawan2 dia dok pilih2 makanan masa dinner. ada nasik goreng, tomyam, sayo, ikan bakar n buah2an. anis amik nasik n 2 ekor udang jek. keh3, baru dia tau cemana dok jauh dgn mak pak ek??


makan dengan kawan2 baik dia. sorang dari skolah yang sama, sorang dari SK Kuala Kubu. depa nih datang dari sekolah rendah seluruh malaysia. syok gak bila anis terpilih untuk mengikuti nya :D


bergambar dalam dorm dia. aku rasa senonoh sket dorm aku masa kat sekolah menengah teknik dulu2 tu ek?? hmmmm bebudak mana la depa tau nak kemas2 segala. lelagi bebudak yg join nih dari darjah 4 sampai darjah 6 jek. dengan anis yg semua menda ayah dia buat :D


anis bergambar beramai2 dengan semua fasilatator and kekanak yang menyertai camping nih. ramai ek?? aku tanya anis dia tak sure berapa orang.. anis yang duduk di sebelah kiri gambar tu..


ahad tu, kami ajak la balik sekali. dia takmo, nak naik bus dengan kawan2 nya. so kami amik dia kat KL central jek :D kemain sronok lagi dia. aku tanya lain kali nak gi lagi idak, NAK katanya :D adoi laaaaa anisss anisss..

Friday, October 1, 2010

kenny rojers lagi..

hari nih anis gi camping kat bagan lalang, sampai la ahad nanti. teruk gak rasa nak lepas kan dia gi, tapi aku tak bagi gi, siap dia majuk2 n nangis2. sian plak kan. so bagi je laaaa.. dia dengan 2 orang lain kawan2 dia wakil untuk skolah dia ke camping alam sekitar peringkat kebangsaan nih.

malam tadik dok kemas barang2 dia, mak aiiii banyak nya barang bebudak pompuan nih ek?? cam nak pindah plak aku tengok kan..

jadik semalam tu, kami gi la makan kenny rojers, dia peminat setia KRs nih. aku posa jadik lepas amik adam dari skolah tros gi sana makan2.


anis dgn portion dia, dia bukan abihs pun, aku jugak tukang perabih nya :D anis suka macaroni & cheese tu..


adam pulak.. sungguh tak tercapai akal ku bila dia abih ayam dia kali nih.. lapar kot, kat skolah tadi dia ada pendidikan jasmani :D lojik ka??

hmmmm pasai anis tu, mungkin aku n de gang akan menyusul ke bagan lalang esok. tido kat hotel sri malaysia ke kan?? kami pun membusybodi ke camping alam sekitar, peringkat kebangsaan nanti. tungguuuuu !!!