Sunday, September 5, 2010

iftar @ PICC


semlm kami semua berbuka kat PICC, putrajaya. kali nih dengan kawan DHL. Kami berempat je pun yang pergi nya (aku, ina, rizwan n syalwa dengan famili masing2). besar nya PICC nih, depa nih guna one of the hall je. tempat parking pulak amat lahhhhh banyak nya.


sampai sana dah dalam kul 7 dah, jadik kami terus pi amik makanan. aku amikkan nasik anis, n afzan amikkan nasik adam. jadik dalam kul 7:15 gitu dah siap balik ke meja n get ready untuk berbuka dah.. ini nasik anis, memacam lauk ada.. tapi udang la paling banyak, dia suka sambal udang.


ini pulak nasik adam n afzan. adam punya lauk, ikan keli sambal je, lain dia tak bekenan sangat. abis anis n adam makan malam tu.


lepas makan nasik, anis sambung makan kambing golek pulak. dia memang suka kambing. lepas abih kambing dia, dia sambung pengat pisang pulak. syok bawak dia nih makan buffet, sgt berbaloi :D adam?? dia makan nasik tu jah, lepas tu dah takleh nak masuk menda2 lain dah. adoi laaaaa..

kat sini dia masak semua masakan kampung, ye la tema dia warung mak tok gitu. takde lansung western2 nya. hmmmm pencuci mulut pun semua kuih2 melayu.


masa untuk balik pulak.. balik tu, kami singgah JJ taman equin jap, adam mintak beli kan joystick. anis punya PS2 joystick dah rosak, tapi adam yang kecoh2 suruh belikan untuk kakak dia. dia takde gang nak lawan game katanya. kekekekkeek :D

2 comments:

  1. adam yg kecoh suh beli joystick ek? wakaka
    gamer tahap tegar adam nih!

    ReplyDelete