Sunday, March 12, 2017

Kisah Seram: KENAPA KUCING NI??

KENAPA KUCING NI??

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku..

Begini ceritanya.

Kawan aku suka keluar sampai lewat malam. 3-4 pagi baru balik. Paling lambat pun jam 6pagi.

Satu hari, kawan aku balik jam 3 pagi, Pergi mana, aku tak tahu. Untuk pengetahuan semua, kawan aku tinggal di apartment. dan mempunyai 3 lif untuk setiap block.

Dalam perjalanan balik, dia bertembung dengan seekor kucing yang sangat manja. Kalau panggil, memang kucing ni akan ikut, sampai ke rumah.

Tetapi, pada pagi tu, kucing tu lain macam..

Seperti biasa, kawan aku memanggil kucing itu, terus kucing tersebut meluru ke arah kawan aku. Sampai bawah blok, kucing tu berhenti.

Kawan aku memanggil kucing tu.

Tiada tindak balas.

Dia memanggil lagi.

Langsung tak diendahkan kawan aku.

Kawan aku mengumpan kucing tersebut dengan roti yang dia bawa. Terus kucing tersebut datang ke arah kawan aku dengan perlahan.

Apabila kucing berada di tempat kawan aku berdiri, kawan aku segera menekan punat lif utk naik.

Tiba-tiba pintu lif tengah terbuka.

Kawan aku masuk, dan memanggil kucing itu.

Kucing tersebut tidak berganjak.

Pelik! Tidak seperti selalu. Kawan aku umpan lagi dgn roti. Namum tiada tindak balas.

Dipanggilnya lagi kucing itu. Tiada jugak tindak balas.

Terlalu kecewa, kawan aku tutup pintu lif.

Tutup sahaja pintu lif....

Kawan aku nampak imbasan di pintu lif, perempuan berbaju putih berdiri betul-betul di belakang kawan aku.

"Patutlah kucing itu takut".

Agak malang, rumah kawan aku di tingkat atas sekali iaitu di tingkat 15.

Walaupun takut, kawan aku tetap memandang ke imbasan pintu lif.

Apa yang kawan aku nampak, perempuan itu perlahan-lahan merapatkan mukanya betul-betul di sebelah muka kawan aku..


Wajah hantu itu dari mulanya bengis, perlahan-lahan memberikan senyuman.. senyuman yang diukir melalui imbasan cermin.

Mahu tak mahu, kawan aku membiarkan sahaja, walaupun hantu itu kini memandangnya.

Sampai di tingkat 15, kawan aku cepat-cepat keluar dan kelam kabut membuka kunci pintu rumahnya..

Adakah kawan aku berubah? Jauh sama sekali.

=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

No comments:

Post a Comment