Sunday, March 19, 2017

Kisah Seram: PERHENTIAN



Kisah ini diceritakan oleh Yen, dua pupu aku.

Begini ceritanya. 

Yen adalah dua pupu aku yang sangat rapat dari kami kecil lagi. Dan kami juga sebaya, 28 tahun. Kacak orangnya, macam Mario Maurer.

Bezanya dia dengan aku, Yen memang nakal, setiap malam minggu mesti merempit dengan kawan-kawannya. Tapi kalau aku dalam masalah, dia yang akan jaga aku.

Berbalik kepada cerita..

Suatu malam, Yen melepak di perhentian bas di kawasan perumahannya. Ramai yang tidak berani berada di situ apabila tibanya malam hari, kerana di sebelah perhentian bas itu terdapat pokok beringin yang besar. Lagipun perhentian bas tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Sambil bersembang, mereka juga menyanyi.

"Lagu yang kitaorang nyanyi, semua lagu rock malam. Salah lirik takpe, asal suara sedap".

"Kira suara kau boleh dimakan ke? Sebab sedapkan", gurau aku.

"Hish kau ni". Yen geram dan mencubit pipi aku. Pedih.

"Aku sambung balik cerita aku ni".

Semasa mereka melepak, datang seorang yang cukup mereka kenali, Tebu, kawan mereka.

"Wei Tebu, kata balik kampung?" Tanya salah seorang kawan Yen.

"Tak jadi", jawab Tebu selamba.

Mereka terus bersembang. Begitu riuh sekali. Tebu cuma tersengih memerhatikan gelagat kawannya.

Tiba-tiba kawan Yen mencuit lengan Yen lalu berbisik "kau cuba tengok Tebu, apa yang lain?".

Yen memerhatikan Tebu. Baru Yen tahu kenapa Tebu sedari tadi tidak duduk, cuma berdiri. Tertanya-tanya juga, Tebu tidak penat ke.
Lalu Yen berbisik kepada yang lain apa yang berlaku. Mereka memandang Tebu yang sedang berdiri.

"Korang bisik apa tu?" Tanya Tebu sambil tersengih.

"Tebu, kitaorang balik dulu la".

"HAHAHAHA! KAWAN-KAWAN, DIAORANG BARU NAK TAHU LA.. HAHAHAHAHA", kata Tebu sambil ketawa besar.

Serentak dengan itu, tiba-tiba Yen dan kawan-kawan terdengar suara ketawa dan sorakan dari arah pokok beringin itu.

Mereka pun memandang ke atas.

Apa yang mereka nampak sangat menakutkan. Sekumpulan hantu yang ketawa sambil melompat-lompat mentertawakan mereka. Wajah-wajah hantu itu sangat menakutkan.

Melihat keadaan itu, Yen dan kawan-kawan lari bertempiaran meninggalkan tempat itu.

"Takut jugak kau ni Yen", kata aku.

"Memanglah, buatnya hantu-hantu tu turun ke bawah macam mana?" Jawab Yen sambil mencubit pipi aku lagi. Pedih yang tadi belum hilang, ditambah dengan cubitan yang baru.

"Sebenarnya, apa yang kau nampak dekat Tebu tu?"

"Ye, lupa nak bagitau kau. Aku nampak, badan tebu tu.. Meremang dah aku ni! Kepala dia ke depan, badan ke belakang. Sebab tu dia tak duduk dari awal dia datang", jawab Yen sambil menghirup air teh ais yang dipesannya tadi.

=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..


No comments:

Post a Comment