Wednesday, March 15, 2017
Kisah Seram: BADMINTON
Masih lagi cerita berkenaan kolej aku. Dialami oleh kawan aku, Wan dan Akmal.
Begini ceritanya..
Wan dan Akmal memang hobi mereka bermain badminton. Asal ada masa terluang, pasti mereka akan mengisikan masa itu dengan bermain badminton.
Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, aku akan terangkan keadaan dewan kolej aku.
Dewan kolej memang agak besar, jadi pihal kolej jadikan dewan itu dengan pelbagai kegunaan.
Di dalamnya ada court badminton, pentas, gym dan port jamming.
Di bahagian atas dewan, ada bilik kawalan untuk PA system, lampu, tirai dan lain-lain. Memang boleh nampak dari luar Kerala bilik lawalan tersebut cuma ditutupi dengan cermin kaca.
Berbalik kepada cerita.
Suatu malam, disebabkan terlalu bosan, Wan dan juga Akmal bermain badminton untuk menghiburkan diri.
Sedang mereka leka bermain, tiba-tiba Akmal meminta untuk tukar posisi. Jadinya Wan akan mengambil posisi yang menghadap bilik kawalan.
Tanpa berlengah, Wan menuruti sahaja. Mungkin Akmal silau, fikir Wan.
Sewaktu, Wan hendak membalas pukulan Akmal, Wan terkejut!
Ada sekeluarga berada di dalam bilik kawalan!
Jelas di mata Wan, , keluarga itu terdiri daripada ayah, ibu dan anak perempuan mereka.
Mereka memandang tajam tepat ke arah Wan. Dengan mata terbeliak, merah bernyala mata mereka.
Mulut mereka terngaga dan mengeluarkan lidah yang terjelir panjang sehingga lantai.
Keluarga hantu itu menekapkan wajah mereka ke cermin kaca bilik kawalan
Namun, tetap jua Wan dan Akmal meneruskan permainan walaupun sedang diperhatikan oleh keluarga hantu.
=============================================
entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..
Labels:
kisah seram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment