Wednesday, March 22, 2017

Kisah Seram: KAU TENGOK TU

KAU TENGOK TU

Kisah ni diceritakan oleh kawan kolej aku.

Begini ceritanya..

Macam yang aku beritahu sebelum ni, kolej aku sudah lama terbengkalai. Sebelum kitaorang masuk lagi, ramai yang mendakwa kolej kitaorang berpuaka.

Untuk pengetahuan korang, kolej aku mengamalkan undang-undang penjara. Para pelajar tak dibenarkan keluar selepas jam 6 petang & tak dibenarkan masuk sebelum pukul 7petang. Ni sebab mulut pak guard tu, ingat lagi macam mana dia ugut nak santau aku. Ok, kita lupakan pasal pak guard tu.

Kolej aku pun dalam kawasan kampung, dikelilingi ladang getah dan ladang kelapa sawit. Sebelah kiri adalah ladang sawit, kanan ladang getah, di bahagian kanan, hutan terbiar.

Suatu hari, dua orang kawan aku yang bernama Husna dan Eja pergi ke kedai burger yang terlelap di bahagian luar. Para peniaga memang diharamkan untuk berniaga di kolej kami.

Untuk ke kedai burger tersebut, kami terpaksa menuruni bukit di sebelah ladang sawit. Biarpun berpagar dan berlampu tetapi bila pandang, memang menyeramkan lebih-lebih lagi bila malam menjelma.

Seusai beli burger, mereka menaiki bukit..

"Eh, anak siapa berlari dalam ladang sawit tu, Eja?".

"Ha ahlah.., mak bapak tak jaga dia ke?". Eja turut sama melihat kedua-dua budak lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 7-8 tahun yang sedang berkejaran di dalam kawasan ladang sawit, di malam hari. 

"Anak tokey kedai kot". Balas Husna.

Langsung tak terlintas dalam fikiran mereka apa-apa ketika itu.

Mereka meneruskan perjalanan.

"Kakak... Kakak.. Kakak... Kakak... Kakak..". Suara kanak-kanak memanggil Husna dan Eja.

Serentak Husna dan Eja menoleh ke arah suara itu.

Budak-budak itu berjalan sambil melambai ke arah Husna dan Eja. Sama kedudukannya dengan Husna dan Eja.

Eja dan Husna berhenti. Budak-budak itupun turut berhenti.

"Kakak.. Kakak.. Lambailah kami balik"..

Husna dan Eja terus lari apabila menyedari yang mata Budak lelaki dan perempuan itu putih! Tiada anak mata hitam!

Budak-budak itu turut berlari sama laju dengan mereka berdua. Tidak berhenti lambaian mereka.

"Nak kejar kakak la... Hahahahaha".

"Kami kejar kakak ye... Hahahahaha"

Biarpun penat berlari menaiki bukit, tetap Husna dan Eja teruskan. Sampai di dorm, sempat Eja menoleh ke ladang sawit, budak budak itu terloncat-loncat sambil melambai..

Esoknya Husna dan Eja cerita dekat aku pasal semalam tu.

"Budak tu ke yang kau nampak tu Epit?" Soal Eja.

"Bukanlah, yang aku nampak tu "budak lain", balas aku bersahaja...



=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

No comments:

Post a Comment