Tuesday, March 14, 2017
Kisah Seram: BUAT APA DEKAT SITU?
Selepas Husna dan Eja menanyakan soalan budak yang aku nampak tu, aku menjawab "bukan budak tulah, budak yang aku nampak tu tak pernah keluar daripada kawasan kolej ni".
Begini ceritanya..
Memang setiap kali hari minggu, para pelajar memang lebih gemar untuk beristirehat di malam hari. Sama ada tidur atau menonton filem di laptop. Sepi.
Pada suatu malam, aku ditinggalkan kawan seorang diri dalam bilik asrama. Jadi untuk menghilangkan sunyi, aku membasuh baju aku di bilik basuh yang terletak di sebelah court badminton.
Untuk mengetahuan, bilik basuh kolej aku ada dua satu di sebelah court dan lagi satu di belakang bukit. Tapi tu untuk asrama lelaki.
Selesai membasuh pakaian yang cuma sehelai tu, aku pun keluar dari bilik itu.
"Anak siapa pulak ni? Ke anak warden?". Fikir aku. Nak kata anak warden, warden tak kahwin lagi. Nak kata anak saudara, mungkin ya. Tapi takkan warden biarkan budak tu merayau di hening malam.
Budak itu adalah budak perempuan yang memakai dress paras lutut, berwarna putih dan mempunyai corak bunga kecil berwarna merah jambu. Rambutnya diikat kiri kanan. Di tangannya ada teddy bear.
Budak tu merayau di bilik basuh berhampiran bukit.
Sekejap-sekejap berhenti dan melihat ke bilik basuh tersebut.
Apa yang menyeramkan, bukanlah wajahnya yang hodoh. Diganggu juga bukan, kerana hantu budak itu tak suka menyakat manusia. Tetapi..
Hantu budak itu gemar mememerhatikan para pelajar di tingkap yang terbuka. Lebih-lebih lagi di bilik basuh asrama lelaki.
Sekiranya bernasib baik, anda boleh lihat kepalanya menjulur ke dalam bilik basuh sambil memandang anda.
Tetapi kalau di asrama perempuan, hantu budak itu lebih gemar memerhatikan anda di atas loker bilik masing-masing sambil memegang teddy bear yang tidak berkepala..
Cerita kali ni tak menarik. Walaupun hantu budak ni agak popular di kolej kami, cuma kerap ia memperlihatkan diri, jadi agak bosan macam "asyik-asyik kau".
=============================================
entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..
Labels:
kisah seram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment