DAK WICET
Cerita disampaikan oleh senior sekolah..
Ceritanya begini..
Ada seorang lelaki lembut yang baru balik daripada bercuti di Langkawi. Dia menetap di Bangsar. Sementara Dalam perjalanan, dia look around untuk mencari jantan penyedap.
Tidak lama kemudian, ada yang accept si lembut ni. Gembira bukan kepalang. Dapat juga dia melepaskan ghairah selama di Langkawi. Tetapi kecewa kerana orang itu tidak mempunyai gambar profile.
Terdetik di hati si lembut. Pelik, kerana setahunya, dia tak add orang tersebut. Memikirkan nafsu, dia layankan orang itu.
Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Mat. Belajar di univeriti terkemuka di Malaysia.
Dari chatting biasa, bertukar menjadi perbualan yang lucah. Sebab tak tahan, si lembut nak gambar Mat. Tetapi Mat mengelak. Namun, Mat berkata, sekiranya nak jumpa juga, si lembut perlu datang ke kampus Mat. Walaupun penat, dia tetap pergi semata untuk berjumpa dengan kenalan WeChatnya itu.
Sampai di sana, Mat memintanya untuk pergi ke bahagian belakang blok fakulti Mat. Si lembut beranikan dirinya. Takutnya bukan kepalang kerana dia perlu melalui lorong yang gelap dan cuma ada lampu kalimatang yang berkelip-kelip kerana terbakar.
Dalam kesamaran di hujung lorong, dia ternampak sekujur tubuh yang sedang menantinya. Cepat-cepat si lembut pergi ke arah orang itu.
Si lembut yakin dia adalah Mat lalu bertanya "kenapa awak tunggu sini, sinikan gelap. Susah nak nampak awak".
"Baguslah gelap, baru orang tak nampak", balas Mat.
Si lembut hairan, kerana suara Mat garau. bukan seperti lelaki biasa. Belum pernah dia mendengar suara seperti itu.
"Gelap-gelap ni awak tak takut hantu ke? Dahlah awak dari tadi tunggu sorang".
Mat cuma ketawa.
Si lembut tak sedap hati. Dia memberanikan dirinya untuk merapati Mat lalu menyuluh ke muka Mat yang dari tadi terlindung di balik kegelapan Lampu suluh telefonnya dihalakan ke arah wajah Mat.
Terkejut si lembut!!
Wajah tersebut bukan seperti yang dia fikirkan, yang handsome, muka twink atau muka maskulin. Badan sado jauh sekali dari apa yang dilihat.
Di hadapannya, adalah hantu!
Wajah yang buruk, senyumannya melebar seperti badutkan, hidung yang rompong, matanya terbeliak,lidah panjang berlobang!
Terkaku si lembut! Namun segagahnya dia pergi ke universiti Mat walaupun penat bercuti, segagah itu juga dia berlari.
Tetapi tak berhenti setakat sini, rupanya kepala Mat ikut sama dengan lehernya yang mengadu panjang.
"KAN AKU DAH BAGITAHU AKU MAT". kata Mat yang kepalanya betul-betul di kiri si lembut.
Si lembut balik dengan seribu satu ketakutan menyebulungi diri.
Tak faham si lembut sampai sekarang apa maksud hantu tu.. "KAN AKU BAGITAU AKU MAT".
Maksud mat sendiri dalam bahasa arab ialah MATI.
=============================================
entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..
No comments:
Post a Comment