Friday, March 17, 2017

Kisah Seram: Loker

Maaf sebab agak penat sehari dua ni.
Tapi sempat ambil dari Eda. Cerita yang awal aku ceritakan dekat benang ni. 

"Kau ni Epit, asyik paksa aku cerita je. RM100 untuk satu patah perkataan."

"Ala Da, cerita jelah.. Aku tau kau mesti banyak cerita punya!" Balas aku.

"Ye, nanti belanja aku dinner ni ok?" Kata Eda sambil melihat menu di hadapannya.

"Ok," jawab aku ringkas.

Begini ceritanya..

Kisah ini berdasarkan daripada zaman Eda menuntut ilmu di universiti.

Ketika zaman belajar, Eda adalah seorang pelajar yang aktif dengan aktiviti kolej, tak berpewatakan sedikit kasar.

Boleh dikatakan, setiap kali ada aktiviti di universitinya, pasti Eda tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti tersebut.

Dan apabila cuti semesta, Eda perlu datang di kolej kediaman untuk beberapa hari bagi menyediakan persiapan untuk menyambut pelajar junior. Apa tidaknya, Eda adalah Penolong Presiden Pelajar. Itu sudah menjadi tanggugjawabnya.

Pada cuti sem akhir, Eda terpaksa datang ke universiti lebih awal daripada tarikh perancangan untuk persiapan sambutan pelajar junior.

Mahu tidak mahu, Eda terpaksa tinggal di kolej kediaman seorang diri.

Pada malam pertama, setelah selesai mandi, Eda segera berjalan ke biliknya. Sejuknya malam itu, lain macam saja. Terketar-ketar badan Eda menahan sejuk.

Setelah masuk ke biliknya, dia pun membuka pintu loker miliknya.

Tiba-tiba ada suara yang berkata, "Alah.. Dah tak nampak......''.

Terkejut Eda! 

"Siapa pulak yang cakap tu?". Fikir Eda. Tidak mahu merunsingkan fikiran, dia membiarkan sahaja.

"Hihihihi"

Kedengaran suara halus yang ketawa. Bunyinya betul betul di sebalik pintu lokernya yang terbuka.

Eda merasakan sesuatu tidak kena.

Dia ingin mengintai di balik pintu yang terbuka...

Eda menjulurkan kepalanya, serentak dengan itu, ada wajah yang turut menjulur di balik pintu loker Eda, betul betul di hadapan muka Eda.

Dengan mata kiri yang terkeluar, muka yang menampakkan daging, menyeringai sehingga menampakkan siungnya dan gusinya yang pecah..

Dan lembaga itu berkata..

"TENGOK APA TU?"

................................................................

"Apa jadi lepas tu Da?" Tanya aku.

"Aku pengsanlah! Punya aku terperanjat bila benda tu tengok aku balik. Serentak pulak tu dia keluarkan kepala dia jugak. Betul-betul depan muka aku pulak tu!". Jawab Eda...


=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

No comments:

Post a Comment