Tuesday, March 21, 2017

Kisah Seram: TOLONG AKU

Cerita ini dialami aku sendiri..

Begini kisahnya..

Aku masih ingat lagi tentang peristiwa yang alami ini ketika zaman belajar di kolej yang terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Kolej aku ni baru dibuka walaupun sudah lama terbengkalai selamat bertahun. Sudah pasti, tentu sahaja ada kisah seram yang berlaku.

Untuk pengetahuan pembaca benang aku, aku adalah batch pertama dan cuma ada kurang 80 pelajar untuk semua kos sekali.

Suatu malam, aku meyidai baju di halaman kolej.Cuma hanya beberapa orang sahaja yang masih belum tidur. Itupun mereka menonton rancangan televisyen di bilik tamu arama.lelaki. Jadi, kurang sikit rasa takut aku.

Sedang aku menyidai baju, aku terdengar sayup suara meminta tolong.

"Tolong.... Tolong..".

Aku mengendahkan suara itu.

"Tolong aku.. Tolong aku..".

Kali ini suaranya makin jelas kedengaran.

Aku segera mengalihkan pandangan aku ke bilik tamu,. Mana tahu suara daripada televisyen atau kawan yang mengacau aku. Ternyata, bukan suara daripada tv atau mereka.! Kerana di television, menayangkan filem barat, dan mereka masih di dalam bilik itu!

Kalau betul, kenapa mereka tidak mendengar suara itu??

Mahu tidak mahu, aku meneruskan sidaian yang tertangguh tadi.

"Tolong aku!"

Kini suara tersebut seakan membentak.

"Hehehe.. Tolong aku.. Tolonglah aku ni.... Hehehehe".

Seakan suara itu mengejek aku disertai dengan ketawa berkekek.

Aku melihat sekeliling.. Tiada orang!

"Bukan situlah.. Hehehehe".

Aku mendongak.

Seekor pontianak yang duduk di ampaian tingkat 3 asrama.sambil menghayunkan "kaki"nya dengan laju.

"Awak nampak saya.. Hehehehe".

Cepat-cepat aku menghabiskan sidaian dan masuk ke bilik tamu.

Dari kejauhan, aku kedengaran suara pontianak itu..

"Tolonglah aku ni... hehehehehehe"



=============================================



KEJAR

Cerita ni adalah pengalaman aku sendiri..

Begini ceritanya..

Aku tahu, cerita aku banyak yang berkaitan dengan kolej. Bukan apa, kolej aku memang terbengkalai dan dibiarkan bertahun-tahun, jadi banyak perkara ghaib yang berlaku.

Suatu malam, kami menyiapkan kerja di studio jabatan kami. Walaupun pelajar kelas kami tidak ramai yang datang, tapi keadaan sungguh riuh.

Dalam keriuhan gelak tawa kami, kawan kelas kami, Cik Na, tiba-tiba meluru masuk ke dalam studio. Terperanjat kami! Kemudian menyorok di balik pintu..

"Kenapa kau Na?"

Cik Na cuma mendiamkan diri. Matanya meliar melihat sekeliling. Kemudian menunjukkan isyarat supaya diam. Sesekali dia mengintai ke luar tingkap.

Pelik!

"Apahal kau ni?" Soal aku kehairanan. Kami cuma memandang kelakuan Cik Na yang seperti dikejar orang. Teman lelakinya? Cik Na bukan seperti yang lain, bercinta sambil belajar.

Beberapa minit berlalu, Cik Na menarik nafas lega, menghela nafas panjang, menenangkan dirinya..

Dia duduk di tempat kami berkumpul.

"Sebab niat aku nak belajar je, kalau tak memang aku taknak datang tadi", kata Cik Na selepas minum air yang diberikan oleh Fatin.

"Kan aku pesan, kalau malam Sabtu, jangan beria pergi studio. Buat je kerja dekat bilik. Kalau malas, korang layan je movie dekat asrama", sambung Cik Na berseloroh.

"Kenapa Na?" soal kami hampir serentak.

"Masa aku nak datang sini, aku terserempak dengan seorang lelaki dekat dewan makan. Dia sorang je. Mulanya aku cuma senyum je. Tapi dia ajak aku bersembang. Bukan aku taknak, tapi takkan aku berdua je kan".

"Yelah, memang kosong je kan dewan makan malam ni". Aku mengiakan kenyataan Fatin. Masing-masing menumpukan ke arah Cik Na untuk mendengar sambungan ceritanya.

"Tulah, memang kosong. Bila aku cakap taknak borak, dia kejar aku. Takkan korang tak dengar aku jerit minta tolong?"

"Mana ada dengar kau jerit", Jawab Fatin.

"Shafiq, kau dengar tak.. Aku ada mintak tolong?". Cik Na pandang aku. Dia senyum. "Ada kan dengar aku minta tolong?" Sambungnya lagi.

Aku cuma diam.

Cik Na ketawa dan berlalu pergi.

"Na, kau tak takut ke lelaki tu kejar kau lagi?" Soal Fatin.

Dari jauh, kami mendengar ketawa Cik Na.

Aku diam..

"Korang.." Aku menelan air liur sebelum menyambung ayat aku. Ingat tak yang aku cerita orang mintak tolong, rupanya ponti kacau aku dekat ampaian tu?"

"Ye", jawab yang lain.

"Sebenarnya, tulah hantu yang kacau aku tu..

Serentak dengan itu, kami terdengar bunyi orang berlari dia luar studio kami.

Makin dekat..

Pintu dibuka dengan kasar!

"TULAH AKU..."

Pontianak di depan muka pintu tersengih lalu mengilai lalu terbang.



=============================================



entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik

dari forum cari ..

No comments:

Post a Comment