Thursday, March 2, 2017

Kisah seram: PENUMPANG TAK DIUNDANG

PENUMPANG TAK DIUNDANG

Cerita ni pengalaman saya sendiri.
Dah cerita dekat benang lagi satu guna id lain yang saya dah lupa kata laluannya.

Saya selalu berbasikal dan jogging itupun kalau tak hujan atau ada hal lain.


Kalau saya jogging, saya lebih gemar keluar pada jam 5:00petang dan balik pada jam 6:00petang.
Tetapi pada hari tersebut saya terpaksa keluar pada jam 6:00petang untuk jogging.
Dan tempat yang saya selalu jogging ialah Taman Botani Perdana.


Jikalau para pembaca tau tempat ni, mudah untuk anda semua faham dan lebih berhati-hati sekiranya menggunakan jalan ini untuk kemana mana.
Tempat yang saya maksudkan ialah kawasan lapang yang dipagar dan di dalamnya terdapat rumah usang yang ditinggalkan. Sekiranya anda dari laluan bangsar hendak ke muzium negara, mungkin anda perasan kawasan yang saya maksudkan. Kalau tak tahu juga, hujung minggu ni saya ambik gambar tempat tu untuk tatapan anda. InsyaAllah..

Berbalik pada cerita, saya pulang pada jam 7:15petang, sewaktu pejalanan pulang dari jogging daripada Taman Botani Perdana, sebuah kereta myvi yang dinaiki oleh sepasang suami isteri keluar dari lorong kecil yang di kiri mereka adalah kawasan lapang yang saya maksudkan. Hendak kemana mereka pada waktu senja itu, saya tidak tahu, apa yang saya tahu pada waktu itu ialah untuk cepat sampai ke rumah.

Pada mulanya saya melihat mereka berdua, dan terdetik hati saya utk melihat kerusi penumpang di bahagian belakang kereta mereka, mana tahu mereka membawa anak bersama.

Berderap darah saya apa yang dilihat bukan anak kecil yang disangkakan!

Kelibat hantu berbungkus atau pocong yang terduduk kaku yang tempat duduk bahagian kiri penumpang.

Coklat lusuh kainnya, hitam dan hodoh muka pocong berkenaan. Sudah tentu pasangan tersebut tidak perasan kehadiran pocong itu.

Sebelum ni saya pernah nampak pocong tapi tidak sehodoh dan sekotor itu.

Kereta myvi tersebut melintasi saya menuju ke Jalan Parlimen. Sah, memang pocong!
Hantu tersebut memalingkan pandangan tepat ke arah saya. Namun setelah kereta melepasi saya, saya beranikan diri untuk menoleh ke belakang, ingin memerhati kereta tersebut.

Pocong tersebut tiada didalam kereta itu. Hilang entah kemana.

Di dalam hati, betulkah pocong tersebut hilang?

ATAU MENGIKUT SAYA KE RUMAH????


Nilah kawasan lapang yang aku nampak pocong tumpang kereta pasangan suami isteri tu.



=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

No comments:

Post a Comment