Saturday, March 4, 2017

Kisah Seram: SESAL SEPARUH NYAWA

SESAL SEPARUH NYAWA

Cerita ni disampaikan oleh kawan mak aku.

Begini ceritanya..

Mak kawan aku, memang setiap pagi sebelum  subuh, dia akan keluar tempat kerja memandangkan tugasnya memerlukan dia bergerak awal untuk sampai ke tempat kerja. Kerjanya tidak sehebat pengurus syarikat atau pengurus butik, dia cuma tukang masak di kafeteria hospital di ibu negara.

Berbalik kepada cerita, makcik ni satu blok dengan aku. Seperti biasa, dia akan keluar awal. Mahu tak mahu dia terpaksa menggunakan lif kerana rumahnya di tingkat 20.

Lif rumah kitaorang kiri kanannya adalah tempat letak motorsikal. di kirinya, tempat letak motorsikal di kawasan lapang, atau boleh dikatakan tempat letak kereta jugak.

Dan di kanan lif pula tempat letak motorsikal berhampiran taman permainan.

Setelah pintu lif terbuka sesudah sampai ke ground floor, makcik itu menuju ke arah kanan.

Terhenti makcik tu, kerana di tempat letak motorsikal sebelah kanan, ada perempuan yang berlegar-legar di kawasan itu.

Makcik tersebut mengesaki perempuan tu ingin membuat perkara yang tidak senonoh.

Diintainya perempuan itu di balik pembahagi dinding. Makcik itu lihat, perempuan tersebut beredar, menuju ke arah taman permainan.. 

Makcik itu intai lagi..

Tergamam makcik tersebut, apabila dia melihat, perempuan itu cuma separuh badan sahaja! Cuma dari paras kepala hingga pinggang! Terapung terus melayang menuju ke tong sampah flat kami lalu melambai sebelum hilang daripada pandangan.

Untuk pengetahuan pembaca, di.kawasan taman memang hampir dengan rel keretapi yang mempunyai kisah ngerinya. Dan flyover yang sentiasa berlakunya kemalangan yang kebanyakkan meragut nyawa dan pernah mempunyai sejarah korban kemalangan, seorang perempuan mengandung di situ..

=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

No comments:

Post a Comment