Entry kali ini agak istimewa sedikit. Ini bukan dari rakaman tapi secondhand account pengalaman seorang yang pernah bertugas buat kerja-kerja post-mortem di hospital. Istimewa tu sebab pengalaman ni ialah dari ayah aku sendiri.
Ayah aku bekerja sebagai petugas hospital selama 40 tahun. Dalam bertahun-tahun bekerja, ayah pernah ditempatkan di unit kecemasan dan pernah juga menjadi tenaga pengajar di sekolah latihan kesihatan. Sepuluh tahun terakhir sebelum bersara ayah mohon untuk ditugaskan ke dalam unit post-mortem. Bila cakap pasal post-mortem ni sudah tentulah melibatkan orang yang dah mati. Masa ni aku baru habis SPM dan tugas baru ayah membawa kami sekeluarga ke sebuah hospital besar di pantai barat semenanjung Malaysia.
Aku masih ingat hari pertama ayah bekerja dengan rumah mayat. Bau mayat punyalah kuat sampai arwah mak tak bagi ayah masuk rumah. Kena mandi air limau nipis ke air lemon apa tah baru hilang bau tu. Itu pun baju seluar semua kena bakar takut ada badi mayat.
Anyway, dua tahun pertama buat post-mortem work, tak pernah encountered sebarang kejadian pelik dan menyeramkan. Walaupun tengah malam buta dan sebagainya, tak pernah sama sekali. Tapi pengalaman pelik terjadi bila masuk tahun ketiga. Ada satu hari ayah ditugaskan ke highway kerana ada kemalangan melibatkan sekumpulan mat rempit.
Masa tu pukul 1 pagi lebih. Jalanraya penuh dengan serpihan-serpihan motorsikal, darah dan anggota-anggota badan yang dah lunyai. Berpuluh tahun kerja hospital, setakat tengok perut terburai, otak pecah tu perkara biasa buat ayah. Pagi itu ayah ingat buat kerja macam biasa lah, kutip body parts atas jalan untuk buat post-mortem dan siapkan untuk dihantar ke waris.
Kumpulan yang bertugas menguruskan kes kemalangan digemparkan dengan penemuan seorang mat rempit yang masih hidup. Bunyi macam takda apa kan? but the thing is, mat rempit tu badan dah tinggal separuh dengan isi perut terburai atas jalanraya. Kata ayah, mat rempit tu orang Melayu dalam usia sekitar pertengahan 20an. Bila dah tengok keadaan macam tu, orang fahamlah mamat tu tunggu masa je, jadi petugas bisik ke telinga ajar mengucap.
Tak tahulah nak kata kelakar ke kesian ke, bila ajar mengucap mamat yang dah nyawa-nyawa ikan tu minta rokok.
"Rokok..rokok" Katanya dengan suara terketar-ketar. Siap buat isyarat rokok pakai jari lagi.
Semua berpandangan antara satu sama lain. 'Rokokkk...rokokkk' masih diucapkan. Bila orang cakap dah takda masa, bawa-bawalah mengucap, korang tahu apa mamat nak mampos tu cakap?
"B*toh laa..aku nak rokok"
Nak kata bukan Islam, IC jelas tunjuk nama si polan bin si polan. Jadi, sebagai menghormati permintaan terakhir, dinyalakan lah rokok letak kat bibir. Masa sedut rokok tu, isi-isi yang terdedah tu semua bergerak-gerak. Bila dihembus, ini ayah memang tak boleh lupa lah, paru-paru mamat tu meluncur keluar dari bukaan kat bawah tu dan menggelongsor ke tengah jalan. Semua melompat-lompat takut terpijak. Mat rempit tu mati lepas dapat sepam rokok tanpa sempat mengucap. Mungkin dia gembira mati macam tu.
Melihat kejadian paru-paru sliding tu buatkan ayah berhenti hisap rokok cold turkey.
Kerja ayah bukan bermakna deal dengan mayat je, ayah juga kena naik court bagi statement tentang post-mortem. Biasanya melibatkan kes jenayah lah. Salah satu kes, ayah kena bagi court statement pasal seorang perompak yang mati kena tembak dengan polis. Disebabkan trial tu pagi so tengah malam sebelum tu ayah dengan seorang pembantu buat post-mortem mayat penjenayah tersebut.
Mungkin ada yang familiar dengan term rigor mortis, di mana anggota badan mayat mengejang lepas beberapa jam. First timer boleh tersalah anggap mayat bangun jadi zombie. Well, malam tu masa tengah potong sana, potong sini tiba-tiba tangan mayat tu pegang pergelangan tangan assistant ayah. Punyalah kuat mayat tu genggam sampai menjerit pembantu ayah.
Ayah cuba tolong leraikan genggaman tu tapi tak boleh. Macam dah locked. Cuba cungkil pun tak boleh juga. Nak tak nak, terpaksalah potong jari-jemari. Jari pertama potong ialah ibu jari. Ayah potong dengan penuh teliti pakai surgical blade yang super tajam tu. Tiba-tiba ayah terjerit melompat. Rupanya mata mayat tu dah terbuka siap toleh kepala lihat ayah lagi.
Pembantu ayah nak menangis dah. Ayah suruh bertenang padahal lutut dah goyang. Rigor mortis ni ikut kefahaman ayah, mayat just stiff je tapi kenapa pula bila ayah pusing bilik mayat tu, mata kepala mayat tu ikut sekali. Ini bukan rigor mortis ni.
Ayah laungkan azan berselang Al-fatihah tiga kali. Pembantu ayah tu orang India so dia pun ada lah baca-baca juga. Tiba-tiba kepala mayat terangkat-angkat, ah sudah. Pembantu ayah dah meraung. Ayah cepat-cepat tolong pembantunya, sentap punya sentap baru lah lepas tangan.
Apa lagi berlari lah dua orang tu keluar bilik mayat. Masa tu ayah suspek ni mesti orang tu ambil dadah or something yang buat jantung berdegup dengan kadar amat perlahan sebab pernah ada case study kat oversea, mat pit kena tanam hidup-hidup sebab ingatkan overdosed tapi rupanya hidup lagi sebab dadah tu.
Mereka kembali ke rumah mayat dengan beberapa orang doktor dan pembantu. Kata ayah, masa masuk semula dalam ruang bedah, mayat tu dah takda atas tempat bedah tu. Panik semua orang. Bila pusing baru nampak sekujur tubuh terbaring betul-betul sebelah tempat dia baring tadi.
Bila periksa blood content, takda sebarang trace dadah pun dikesan. Oleh kerana masa tu takda lagi AV recording, report berdasarkan verbal account orang tak pandang sangat lah.
Mayat tu kemudiannya disahkan betul-betul dah mati sebelum bedah lagi. Ayah lega. Mana taknya, kalau misdiagnosed orang hidup sebagai mati siap buat post-mortem lagi. Boleh kena jail woo.
Ayah pernah ditugaskan untuk menguruskan kes hukum gantung. Kerja ayah senang je, jadi second confirmer selepas doktor mengatakan 'Ya, orang ni dah mampos'. Sudah tentulah sebelum dia memutuskan perkara tersebut, kena periksa dulu.
Untuk hukuman gantung, ayah tak terlibat sama sebelum hukuman dijalankan maknanya, dia tak tengoklah orang tu di saat-saat sebelum kematiannya. Ayah stand-by kat bilik mayat. Masa orang digantung dah disahkan mati oleh doktor bertugas, mayatnya akan dihantar ke bilik mayat untuk disahkan buat kali kedua dan kemudian diuruskan.
Beg mayat atas troli masuk bilik mayat. Sebelum ni ayah tak pernah tengok mayat orang kena hukum gantung tapi apa bezanya pun dengan orang mati yang lain. Mati accident perut kepala terburai pecah semua pun dia dah tengok, jadi ayah ingat takda benda sangatlah kot, or so he thought.
Bila buka beg mayat hitam tu, kata ayah nak pengsan dia. Mata mayat tu terbuntang sampai terkeluar dari soket dengan mulut ternganga lidah terjuntai sampai ke dada. Since itu first time, ayah tak tahu samada itu normal untuk pesalah hukuman gantung atau tak.
Ayah dan pembantu menyiapkan mayat tersebut. Mata terjojol dimasukkan semula dalam soket, lidah terjulur panjang digulung-gulung masuk dalam mulut. Untuk pastikan lidah tu stay dalam mulut, satu tali diikat dari bawah dagu ke atas kepala. Terakhir darah-darah yang keluar dari hidung dan telinga dibersihkan.
So far so good. Bila dah selesai, mayat disimpan dalam peti sejuk sementara menunggu tuntutan waris. Pejabat urusan bilik mayat betul-betul sebelah tempat simpanan mayat. Masa tengah masukkan report semua, tiba-tiba terdengar suara orang menangis dari sebalik dinding.
Dalam pejabat ada tiga orang termasuk ayah. Mula-mula masing-masing buat tak tahu tapi bila dah berpanjangan, semua tak boleh buat tak endah. Salah seorang dalam bilik, pemandu ambulan pandang ayah.
"Din ko tak payah cakap apa-apa" Kata ayah tenang. Dalam hati tuhan je lah tahu.
Makin lama makin kuat pula raungan tersebut. Kata ayah siap cakap "Mak maafkan aboy..ampunkan aboy" macam tu lah.
Nak kata orang main-main prank kat bilik mayat, siapa yang sanggup? Orang gila pun tak sanggup duduk sorang-sorang dalam bilik mayat. Jadi faham-fahamlah suara siapa tu. Sekurang-kurangnya, semua orang di pejabat tu dengar, bukan dia seorang je.
Mereka di pejabat meneruskan kerja. Masa nak beredar, raungan masih berterusan. Here's the thing, pejabat terletak di hujung koridor bilik mayat jadi kalau nak blah, kena lintas bilik mayat dulu. Pintu masuk tempat simpan mayat jenis yang ada dua bahagian dimana setiap pintu ada tingkap kaca kecil.
Niat dihati tak nak tengok langsung tingkap kaca tapi dah curiosity membuak-buak buatkan ayah tak dapat menolong dari usha ke dalam bilik simpanan mayat.
Ayah aku nampak ada orang lelaki bogel sedang meratap di salah satu pintu peti sejuk simpan mayat. Dan ayah amat pasti fridge tu simpan mayat orang yang kena gantung sebentar tadi.
Kawan ayah yang drebar ambulan dah Usain Bolt dulu. Tengok member dah mencicit, ayah dengan sorang lagi apa lagi, lari tak cukup tanah.
Lepas uruskan pengembalian mayat hukum gantung kepada waris, ayah tak buat lagi dah tugasan orang hukum gantung. Serik.
Menurut kata ayah, on contrary belief, gangguan di morgue kalau nak ikutkan tak sebanyak di wad. Salah satu sebab kenapa ayah minta tukar ke unit post-mortem pun sebab tak tahan gangguan-gangguan paranormal di wad-wad hospital.
Kata ayah, zaman sebelum 2000an pekerja-pekerja 3D yang kebanyakkan imigran dari Indonesia dan Bangla ada sain kontrak dimana jika mereka terbunuh/mati di Malaysia samada sakit atau kecelakaan tempat kerja, mayat mereka akan didermakan kepada pihak hospital. Kalau nak bawa balik negara, kena bayar lebih lah. Memandangkan kos bawa balik mayat lagi tinggi dari kos mereka nak ke Malaysia, majoriti ramai yang greenlight hak mayat dijadikan bahan mengajar budak-budak medic.
Ada satu kes dimana seorang pekerja kontrak Bangla mati semasa bekerja di Malaysia. Bukan sebab dihimpap batu konkrit atau jatuh dari construction site (kes biasa) tapi ini disebabkan denggi berdarah. Seperti biasa ayah uruskanlah mayat Bangla itu bersama beberapa petugas yang lain.
Ketika dah siap nak usung mayat ke bilik mayat, seorang nurse (perempuan) pengsan. Semua suspek overworked sebab nurse shift berjam-jam. Jadi dikipaskan lah sambil cuba bagi sedar semula. Dah sedar je tiba-tiba kena histeria pula nurse tu. Terjerit-jerit sambil tutup muka dengan tangan.
Orang cubalah tenangkan, baca surah-surah apa yang patut. Ada lah kawan ayah sorang ni, staff hospital tu juga yang tinggi ilmu agamanya. Kawan ayah ni tanya.
"Cuba bagitau, nampak apa?"
"Tuuuu tuuu...ada hantu!..ada pocong!" Kata nurse sambil menangis ketakutan.
Peliklah semua orang kan, mana pula pocongnya. Dahla hari siang terang-benderang, pocong mana pula main ba ba cak tengahari buta ni.
"Cuba tunjuk kat mana" Tanya kawan ayah lagi.
"Tuuuu...kat belakang Cik Napiii" Kata nurse sambil jari menunjuk ke arah ayah.
Kata ayah, bulu tengkuk punyalah meremang, macam nak terapung rasanya.
"Napiii..ko jangan gerak, ko berdiri je kat situ" Arah kawan ayah. Masa ni semua orang dah jauhkan diri dari ayah.
Walaupun tak nampak, tapi bila ada orang cakap belakang ayah ada pocong, seriously ayah aku cakap dia boleh rasa presence something kat belakang dia.
Semua orang kat dalam wad tu dikeluarkan termasuklah pesakit-pesakit semua. Tinggal cuma ayah, kawan ayah dan dua orang lagi.
Kawan ayah perlahan-lahan pergi belakang ayah dan menerkam. Kata ayah dia rasa belakangnya macam disepak. Tak tahulah siapa yang sepak, tapi memang terpelanting dia ke depan.
"Ha pegang! pegang!" Suara kawan ayah mengarah lagi dua orang untuk membantu. Bila dia putar je badan nampak kawan ayah tengah genggam rambut makhluk yang panjang hitam tengah tercangkung. Lagi dua orang petugas pun pegang kepala makhluk tersebut.
Okay, part ni aku tak tahu nak percaya atau tak, tapi ayah cakap muka makhluk tu sebijik macam Bangla yang mati denggi tu. Just rambut je panjang.
Agaknya the whole scene was too much untuk ayah aku, dia pengsan.
Sedar-sedar dah kat atas katil. Nasib baik pengsan kat hospital hehe.
Kata ayah, kawan dia cakap "Bangla tu la...tah apa bende dibelanya bawak masuk Malaysia"
Macam tu lah cerita.
================================
from author dammerung dari cari forum
Best la ��������
ReplyDeleteSrsly meremang bulu tengkok
ReplyDeleteAku masih lg meneruskan pembacaan..next
ReplyDeleteTerbaik la cerita nie
ReplyDeleteBesarnyee ujian!!!
ReplyDeleteSERAM DO...
ReplyDeletenak tnya ayah encik tu MA ke?
ReplyDeleteJelas penceritaan senang faham
ReplyDeleteSaya pinjam cerita awak buat content YouTube saya https://youtu.be/ylJNPC_t8GY
ReplyDelete