Berikut adalah kisah beliau, dan saya nak maklumkan, semua nama tempat di bawah adalah benar.(siapa orang Johor/Pontian pergi la try ye)
Oh ye. Pt. di dalam cerita ni membawa maksud Parit. Johor banyak parit woi !
=================================================
jalan parit patah
“Rahim,mana kunci Nouvo adik aku eh?” tanya Mat pada Rahim, cashier Restoran Aliff Pontian. Hubungan Mat dengan Rahim ni dah kira kamceng dah. Lepas SPM Mamat selalu la melepak tepi tambak, memancing sampai 3-4 pagi dan end up subuh dekat Restoran Aliff ni. Rahim mengangukkan kepalanya dan hulur anak kunci pada Mat.
“Ane, moto parking belakang tempat cuci pinggan tau” ujar Rahim dan Mat membalas dengan senyuman.
Jam 1200am. Ada bola malam ni.Manchester United main!!
Jam 230am. Selesai bola. Ternyata puas hati Mat malam ni, mana taknya, team kegemaran dia menang besar malam ni. Sambil melepak makan dan mengisap rokok, Mamat teringat perihal moto Nouvo adiknya.
Sebabkan tu dia menumpang rakannya, Azli ke mamak ni. Sebab mengikut kiraan Mamat, dia akan bawak balik motor adik dia ke Kampung Melayu Raya, rumah adik dan merangkap rumah Mak mereka. Mamat duduk di Pekan Nenas kalau korang nak tahu.
“Ngapa motor adik ko Mat?” tanya Azli semasa Mamat nak ke belakang untuk mengambil motor
“Skuter apa lagi bai. belting putus, adik aku tu tahu isi minyak je” ujar Mamat.
Jam hampir 3pagi,s elepas sebatang rokok, Mat dan Azli berjaji akan balik. Azli rumahnya di area Hospital Pontian je.
Ikut hati malas Mamat nak ikut kehendak adik dia nak bawak balik bagai motor ke rumah Mak, padahal boleh je tunggu esok pagi. Tapi bila teringat baiknya adik dia melayan kerenah semasa Mamat mintak tolong buat resume untuk kerja goverment (sampai dapat pun hahaha) terus Mamat rasa terhutang budi. Lagipun apa la sangat, bawak balik motor, dapat jumpa Mak
Dan esok Sabtu, cuti!
Mamat start motor skuter Nouvo. Azli dah berlalu pergi.
Cantik.full tank, getus Mamat dalam hati takkala melihat meter minyak mencecah F. Bukan apa. senang.. pulas je sampai !
Bismillah.ujar Mat dalam hati.
Dari simpang 4 trafic light Mcdonalds Pontian, Mamat go straight, melalui Econsave, KFC baru Pontian.
Teringat dalam hati beliau nak singgah di Restoran Bulan sebelum simpang masuk ke kiri ( menghala Balai Polis Baru). Tapi hampa, dah tutup! Dalam hati kempunan nak try Ciken Cop rm5.
Menyusuri Jalan Sekolah Arab, Mat tiba dia trafik light Pejabat Agama Johor, di kanannya SMK Penggawa Barat. Mat belok ke kanan via Pt Mesjid.
Vrooommm! Throttle di pulas semaksimum. 100kmj
Jalan sememangnya lengang dan sunyi. Dalam hati Mamat.
“Pt Selangor ke Pt Patah eh nak lalu ni?
( ini adalah pilihan jalan nak ke Kampung Mat. kedua dua nya jalan kampung)
Mamat terus, tak jadi ikut Pt Patah. Mamat ikut jalan Pt Selangor/Pt Kassim
Jalan ke Pt Selangor via Pt Kassim, ada satu tapak perkuburan dan ianya urban lejen di kalangan orang Pontian.
Mamat ni hati kering, tapi malam tu, hatinya jadi tisu.
Sedap Mamat memecut, tiba tiba cahaya lampu motor menyuluh satu objek atas jalan!
Allahuakbar! Sempat Mamat mengelak!
Ular sawa sebesar peha tengah syok berlingkar atas jalan!
Mamat berhentikan motonya di tepi. Terkejut! Dalam hatinya,kalau dia langgar, mahu terbabas ke kebun pisang sebelah jalan ni.
Hati Mamat tiba tiba jadi tak sedap. Dia menekan lampu di jamnya, 312am.
Tiba tiba tengkuk nya meremang, baru dia perasan dia betul betul di depan pintu masuk Kubur tu.
“Ah,U turn la!” getus dia dalam hati.
Masa Mamat U turn, Mamat perasan yang ular sawa tadi dah takda!
Dalam hati, dah ke dalam semak la tu.
Cepat cepat dia pulas minyak! Vrooommmm!!
Sempat Mamat check side mirror dan kelihatan ada objek putih sedang melayang layang di tengah jalan tempat ular sawa tadi kelihatan!
Cepat2 Mat toleh! Mengucap panjang Mamat takkala melihat ada lembaga sedang melayang layang sambil kelihatan ular sawa di leher nya
( kawasan tu gelap, tapi imbasan lampu jalan yang samar samar)
120kmj
Bergegar skuter adik nya time tu.
Sampai di simpang Pt Patah, terus Mat belok ke kanan!
Vrommmm! Jalan yang kecik tu Mamat bawak 100kmj
( jalan Pt Patah ni basically jalan kecik, kalau kereta bertembung dua hala memang sorang kene ketepi)
Kebetulan separuh jalan Pt Patah tu tengah nak di tar, so jalan nak keluar dari Pt Patah tu berbatu. Mamat memperlahankan motornya. Dekat Pt Patah ada selekoh kecil tau....
Masa Mamat tiba di selekoh tu, agak gelap, walau ada lampu sebelum selekoh ( biasa la, transisi mata kita dari cerah ke gelap, dia akan take time nak adjust, tambah Mamat ni pakai spek)
Sreettt!! Mamat memberhentikan motor nya.
Di hadapan mamat ada lembaga tadi. Duduk bersila atas jalan dan cahaya lampu motor mamat tepat ke wajah lembaga tu.
‘Seperti tengkorak di pakaikan rambut yang panjang’ (ini ulasan Mat pada saya tentang rupa makhluk tu)
Badan Mamat rasa panas dan seakan di serang strok! Rasa macam nak pengsan, rasa macam nak cramp pun ada !
Wooooosssshhhhhh! Tiba tiba ada lintasan angin dari atas kepala Mamat!
Mulut Mamat dah terkumat kamit membaca ayat Kursi.
Dari satu.menjadi 3.
Ya. makhluk tu ada 3 ekor. Lagi 2 ekor terbang dan betul betul duduk tepi yang pertama.
Elok bersila di depan Mamat (jarak dalam 50 meter)
“Allahuakbar, Ya Allah, Ya Rahim” Mamat tak putus2 bercakap dengan kuat, nak hilang takut!
Split second. Bila Mamat tengok makhluk tu seakan terapung dari silanya... terus Mamat pulas throttle!
Vrommmmmm!!! Mata mamat di pejamkan! Sedar je dah tiba di simpang nak keluar
Mamat terus membelok keras ke kanan!
Sekarang mamat menghala ke Pt Kudus.
Di simpang tadi ada Masjid. Dalam hati Mamat nak tido je dalam Masjid tu, tapi macam takda penyudahnya nanti .
Dengan keadaan yang hampir nak pengsan, Mamat gagahkan memulas throttle menuju ke persimpangan Pt Kudus/Pt Selangor
Hatinya tak tenteram.Mulut nya kejap kejap baca ayat Kursi, kejap2 Azan !
Menyelusuri jalan Pt Basilam.
Kereta, motor atau orang langsung takda. Yela.dah jam 330am. siapa yang ada pun?
Tiba tiba hati Mamat macam lega sebab nampak ada kereta dari arah bertentangan.
Selisih je kerta tu dan berlalu dengan Mamat,rasa takut tu muncul balik!
(Ok. Gangguan paling teruk Mamat kena adalah di jalan yang ada Ladang Jagung di belah kiri dan beberapa pokok getah di belah kanan.!)
120kmj.Vroooommm.
Kaki Mamat rasa macam dah tak jejak tanah, side mirror mamat kepak ke bawah, takut takut ternampak benda yang pelik dari belakang!
Dooommmmm!!!!! Mamat terlanggar sesuatu dan hilang kawalan. Mujur dia sempat brek. Motor hilang kawalan dan tersadai di tepi bahu jalan. sempat Mat lompat!
Kalau dia tak sempat brek mengejut, mahu dia terus masuk ladang jagung tu!
Cepat2 Mamat bangun nak mendapatkan motor nya!
Enjin terpadam, Mamat tekan starter, hidup!
Baru dia nak jalan.
Tap! Bahu Mamat di tepuk!
Segera dia paling.!
Terkejut besar Mamat
Makhluk tadi betul betul di belakang nya!
“hurrhhhhh” mendengus!
Adrenalin Rush. Automatik tangan Mat memulas trottle!
Melompat skuter adiknya keluar dari bahu jalan!
Kedengaran bunyi orang ketawa dari arah belakang. Mamat azan sekuat hati! (rasanya mungkin ada orang kampung yang perasan kot)
Area Pt Basilam ada 2 selekoh tajam
Selekoh pertama ok
Selekoh kedua, Jembalang tu dah ada di bahu jalan!
Melambai lambai ke arah Mamat!!
(kata Mamat, ketika ni dia betul betul dah down. sampai terkencing dalam seluar, bila tanya dia tak sedar dah)
Motor di pulas sekuat hati!
Woooosshhh! Makhluk tu mengekori Mamat dari arah tepi.
(Bayangkan, korang bawak motor. ada hantu duk terbang kat sebelah!)
“Allah,Allah!” tak putus2 mulut Mat menyebut!
AHAHAHAHAHAHAHAAH di selang seli dengan ketawa makhluk tu!
Tiba di hujung simpang Pt Basilam
Kiri ke Pt Sikom
Kanan ke Seri Menanti/Melayu Raya!
“Ah.. lagi 5minit je ni!” getus Mat dalam hati!
Belok kanan! Dan Memecut laju!!
Kedengaran bunyi telefon dari dalam porschbeg!
Itu ringtone Family tu.Mat syak tu mesti adik dia!
Mat kerling jam.dan 428am! Patot adik nya kol pun!!
Tiba di pintu masuk Kg Melayu Raya, ada macam bukit sikit jalan nya selepas Pasaraya Family Store.
Tiba di atas bukit tu, benda tu terbang dari arah depan meluru ke arah Mamat !!
Sempat Mamat tunduk!! Mat tengok belakang. takda apa dah! Yang ada hanya ketawa!
HAHAHAHAHAHA
Mat memacu laju motornya! Lepas pintu gerbang mat belok kanan!
Masa nak masuk ke simpang rumah.
Memang Mat nampak. benda tu bertenggek dekat tepi bahu jalan.
3 ekor.
Elok je cangkung tepi parit tu!
Tiba dia hadapan rumah, tanpa buang masa, terus Mat tarik kunci dan belum sempat Mat bagi salam, adiknya dah bukak pintu!
“arghhh!” terkejut Mat disapa adiknya macam tu!
“Uishh, lambatnya! Lencong ke mana tu” soal adiknya
Mat tak cakap banyak. terus meluru masuk menuju bilik air.
Adik Mat tutup pintu.
Usai mandi,
Mat tak boleh tidor sampai ke subuh
Esoknya Mat bercerita hal ni pada adiknya, itupun sebab adik dia tanya kenapa motor berlumpur.
Bagi Mat.ini pengalaman pertama beliau hadapi. Padahal dia penah lalu jalan2 yang di lalu malam tadi, pakai moto mahupun kereta. Tobat dah,lepas jadi benda ni, dia tak melepak mamak nak tengok bola dah.!
======================================
from author the flash cari forum
hebat
ReplyDelete