Salam ceria pembaca semua!
2017 ni vibe dia lain macam,rasa rajin je nak menulis ( biasalah awal tahun ye dak). Lagipun saya banyak la sikit masa terluang, sementara tunggu nenas dan sawit berbuah,jarang la jenguk ladang,jadi..ada la masa depan PC ye dak?
Ini kisah dari anak sedara saya berumur 19 tahun.Hardcore dalam bidang memancing.Pencapaian terbaik beliau penah menang RM5k woi dalam GP Joran tahun 2015, tu je la pun dia menang,lepas lepas tu takda dah.hahaha
Nama dia Ismail. Ini kisah mistik dan seram yang di alami dia selama memancing sejak 2014.
Kisah Seram 1: Memancing di Parit Kudus
Kalau korang nak tahu,kawasan Pt Kudus dan Pt Selangor ni memang banyak orang memancing pakai joran, pakai batang buluh dan pakai tangan pun ada, sekadar memegang tali. Mana tak nya, bila air laut di Pontian tu pasang,parit parit buatan sejak zaman tok nenek ni akan di genangi air laut + longkang+ hujan. (ini deme kata la)
Ikan keli,haruan dan penah juga ada anak pari sesat. Macam aku,selalu dapat ikan haruan dan keli. Apa aku buat? Jual. Dapat la RM5-RM15 untuk beberapa ekor,lepas la duit topap, dapat wechat awek kan?
Hal seram ni terjadi awal tahun lepas, 2016. Time tu bukan musim cuti sekolah. Kalau cuti sekolah, memang setiap malam paling tidak ada 10 orang casting (letak mata kail) dekat parit yang sama.
Malam tu patutnya aku berdua, tapi kawan aku demam.Sebabkan aku dah berjanji dengan Wak Basiron nak tangkap haruan untuk menantu dia berpantang,aku gagahkan jugak!
“El, kau dapat haruan 3-4 ekor, Wak bayar kau RM50. Ha..nak ambil baldi kecik ni. Kau penuhkan separuh pun aku bayar jugak” sambil ketawa Wak Basiron berjanji dengan aku 2 hari sudah. Tapi Wak ni siak Masjid, mana menipu, lagipun penah juga bebudak lain amik job bersih kebun Wak ni, memang dia akan bayar ikut perjanjian.
Jam 10pm. Lepas mintak izin dengan ibu bapa aku, aku pun gerak la naik C70. Motor kebun, tapi well maintance. Tak leh nak speed pun, paling laju 60kmj, tu pun gegar !
Aku singgah beli burger dekat Pt Selangor dan langsung ke kawasan Pt Kudus.
Bekas umpan aku dah siapkan dari siang. Umpan aku simple je.
Cengkerik, cacing, belacan+roti dan umpan tipu.
Sure dapat punya la!
Misi aku malam tu nak cari belut dan haruan. Teringin nak makan sup belut.
Casting. Dekat setengah jam umpan tak berusik
Then hampir jam 11pm, tu pun setelah aku beralih tempat baru la mengena.
Tangkapan pertama aku keli dan malam tu dekat 3 ekor keli naik. Ikan haruan mengena sekitar jam 12 tengah malam
Aku kira dekat 4 ekor dah haruan aku dapat, semua besar tiga jari ! Syukur rasanya
Aku cadang nak blah jam 130am.
“Hoi! “
Tetiba ada yang menyapa aku!
Aku pandang sekeliling, takda orang pun!
Serta merta merinding la bulu tengkuk ni. Cepat2 aku siap kemas!
“HOIII!”bunyi orang bertempik!
Tak boleh jadi, cepat cepat aku kemas secepat mungkin. dan bergegas ke motor. Joran batang buluh tu aku tinggalkan terus!
Masa aku nak blah. aku sempat toleh belakang, sebab kene ‘hoi’ lagi!
Hampir aku nak pengsan bila tengok ada mahkluk bertenggek atas tiang letrik tepi jalan tu! Berdiri tegak! Kalau dar jarak aku lihat. rambut nya panjang mengurai, muka aku tak nampak
Ikut logik. takda orang la nak panjat! Dah tu pulak, berdiri pulak!
Start motor. aku pulas minyak!
Side mirror aku kebetulan tertancap ke atas (akibat letak helmet kat side mirror)
Ya Allah....
Elok je benda tu ikut belakang aku terbang perlahan.
Dalam 20 saat macam tu,lepas tu aku tengok
Dah takda.
Mujur la takda jadi apa apa. Ikan pun sempat aku ambil.
Tapi, ini bukan pengalaman pertama aku.
Ada lagi !
================================================================
Kisah Seram 2: Memancing di Laut.
Satu hari, ada pakcik tu ajak Ismail pergi memancing ke tengah laut.
Seronok bukan main si Mail ni. Datang bawak joran je. Bab bab sewa bot tu takpayah. Dorang akan pegi satu malam, esok Subuh baru gerak ke darat.
Pakcik yang bawak Mail tu nama dia Karim. Dia seronok tengok passion si Mail dalam bab mancing, jadinya Karim pun decide la nak bawak Mail tour naik bot.
Mail tak penah naik bot ke laut, sungai tu penah la
Dorang bergerak jam 10pagi.
Macam biasa la, Mail pening pening dan muntah ringan. Badan tak biasa. Dek kerana tu, selamat la Tekong ada bawak ubat mual + asam jeruk
Oh ye.atas bot ada 9 orang termasuk Mail
Usai pulih dari mual (tidor selama 2 jam)
Mail pun mula la casting untuk umpan hidup
Seronok Mail dapat merasai pengalaman macam tu.
Dari memancing terus ke mencandat sotong, Ismail betul betul live the moment la mat salleh cakap !
Jam 130am+
Dari 9 orang
Hanya 4 orang je yang berjaga, termasuk Mail.
Yang lain nak bangun jam 4am macam tu.
Sedap tengah melayan mata kail, di selang seli lawak lawak orang lama, ketawa mereka terhenti.
Mana tak nya... Ada lintasan atas bumbung bot !
Berapi api!!
Wooooshhh!!!
Banyak! Dekat 10 biji bebola api!
“Aduh, ni nak roket ikan aku la ni!” tempik salah sorang kawan Pak Karim
Sebabkan terlalu takut dan kaget, Mail terlepas joran di ke laut.
“Acik. tolong saya. joran saya terlepas!” tempik Ismail
Ikut hati Mail memang dia nak biar je batang pancing dengan rapala tu tenggelam, tapi kata Mail Set joran dia tu harga dekat RM400+, pemberian bapak dia lagipun, sebab menang GP Joran dulu !
“Nah Nah! Amik ni g sauk!” Pakcik Karim hulur sauk panjang
Terkais2 si Mail ni nak selamatkan joran dia. selamat la tak tengelam terus.
Yang lagi 3 orang ni jenuh menghalau entiti yang di katakan Penanggal tu.
Woooshhhh! Sesekali macam bunyi ayam belanda pun ada
Krohh kroooh!!
Usai dapat joran. Mail terus nak berlari masuk dalam tempat tekong!
Belum sempat buat .
Doooooookkk!! Kepala Mail di baling sesuatu.
Dia dongak.
Ada objek berkepala saja. Menjelirkan lidahnya!
Mail cuba nak mendongak dengan tertib, tapi seolah kepalanya di tekan dari atas!
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Terdengar laungan azan!
Salah sorang dari bertiga melaungkan azan
Kemudian di sambung pula oleh pakcik Karim!
Reda. keadaan reda.
Ismail tak perasan mana pegi penanggal tu.
Yang dia tahu, kepala nya seakan sengal dan lenguh.
Masa otw ke darat, Pakcik Karim hanya ketawa je bila Ismail tanya hal malam tadi
“Selalu dah, biasa la tengah laut” pendek je jawapan Pakcik Karim
Bila dia cerita dengan yang lain, dorang memang tak sedar apa pun !
“Memang selalu macam tu! Yang berjaga je, yang tidor memang lena!” celah pakcik Karim dan di sudahi dengan ketawa oleh yang lain.
Ismail hanya terkedu je di tepi enjin bot.
================================================================
semua di atas adalah dari forum cari naaaa
akak copy paste kat blog akak untuk senang anak2 akak nak baco
No comments:
Post a Comment