Ada tiga perkara yang mewarnai tahun-tahun pertama aku semasa di universiti; gigs underground, MLM dan fotografi. Bebudak kampus masa tu kalau nak cool kena terlibat at least dalam salah satu. Tahun 2002-2003, demam fotografi melanda dengan kedatangan DSLR dan ramailah sanggup berkorban duit PTPTN nak beli DSLR harga sekitar 3 ribu ringgit. Housemate aku masa tahun kedua, Bond adalah salah seorang yang terjebak dalam dunia fotografi ni.
Sebagai seorang "fotografer" sudah tentu Bond dambakan DSLR. Tetapi harga sebiji DSLR yang sama dengan gaji sebulan orang bekerja tak dapat dijustifikasikan oleh Bond. Mujurlah ada alternatif murah dalam culture photography yang boleh Bond join iaitu Lomografi. Long story short, berbekalkan kamera mainan harga ratusan ringgit, Bond berjaya menjadi sebahagian dari budak-budak cool dengan penglibatannya dalam pergerakan seni lomografi.
Sebagai seorang lomografer, Bond aktif menyertai photowalk dan juga sesi-sesi "ngopi" bersama rakan-rakan lomografernya. Dari hanya mengambil gambar sekitar KL, Bond and the flock mula rewang jauh sikit pergi Ipoh, Melaka dan Penang.
Lama-lama Bond mula bosan dengan bandar-bandar besar ni. Dia mula bermain dengan idea untuk lebih adventerous dengan buat sesi photowalk di pekan-pekan koboi. Idea dilontarkan di forum dan ramailah yang berminat nak join. Setelah berbincang-bincang, mereka sepakat untuk photowalking di sebuah pekan koboi di negeri Perak.
Orang Perak tahulah kot pekan mana yang dimaksudkan. Terletak di jalan dalam menuju ke Ipoh, pekan dua deretan kedai mengapit jalan utama ini boleh dikatakan meriah semasa Jalan Persekutuan I menjadi laluan utama semenanjung Malaysia . Namun selepas kemunculan lebuhraya Utara-Selatan, ramai peniaga pekan koboi tersebut gulung tikar kerana perpindahan trafik ke sana. Akhirnya, deretan kedai yang dibina zaman kolonial British terbiar dimakan zaman.
Bond mengetuai konvoi 3 kereta Kancil dengan bantuan fellow lomografer berasal dari Ipoh. Di era takda smartphone dan GPS ni, terpaksalah mengharapkan orang yang tahu jalan. Itu pun sampai sesat-sesat. Setelah berjam-jam cuba cari the elusive abandoned town, mereka tiba sekitar pukul 2 petang.
Kata Bond, pekan tersebut memang ultimate pekan koboi. Satu deret cuma ada dua-tiga kedai beroperasi, salah satunya Bond ingat ialah kedai gunting rambut macha. Lagi dua rasanya macam tempat jual beli getah sekerap. Deret lagi satu memang abandoned habis. Mereka berjalan di bawah archway deretan kedai sambil ambil gambar sana-sini. Akar-akar kayu berselirat di tembok-tembok batu dan pokok-pokok tumpang yang tumbuh merata dalam ruangan kedai menambah creepiness tempat tersebut.
Hari semakin petang dan masing-masing dah puas ambil gambar. Plan nak singgah Kellie's Castle dalam perjalanan pulang terpaksa dibatalkan kerana dah pukul 6 petang. Tengah siap-siap nak balik KL, timbul kekecohan.
Azima hilang.
Satu-satunya peserta wanita itu tidak dapat dikesan setelah pergi mencari toilet sendirian. Puas mereka cari keliling deretan-deretan kedai tersebut tapi gagal menemui Azima. Bond sebagai ketua delegasi sudah tentulah orang yang paling panik kerana kalau jadi apa-apa pada Azima, dia yang bertanggungjawab.
Bond masuk ke dalam kedai gunting rambut ane di salah satu deret kedai. Mana lah tahu, Azima ada tumpang kencing kat kedai ane tu ke sebab mana ada tempat lain dah.
"Takda, takda" Kata lelaki India apabila ditanya tentang gadis berketinggian 150cm++ rambut paras leher dan memakai kaca mata.
Belum sempat Bond keluar kedai gunting rambut dengan hampa, dia ditanya oleh uncle tersebut.
"Apa you orang buat sini?"
"Tangkap gambar je uncle" Jawab Bond sambil menayangkan kamera lomonya.
"Sini dangerous la.."
"Mana ada orang sini uncle" Balas Bond dengan sinis, malas dah nak layan ane tu.
"Sini tempat, orang bule hilang. Sini bukan tempat orang mau main-main, ini tempat ada penunggu tau"
Telan air liur Bond dengar statement ane si tukang gunting rambut. Jam dah menunjukkan pukul 7 petang. Nak tak nak, dia terpaksa called off the search party. Mereka menuju ke masjid berhampiran untuk solat Maghrib dan pada masa yang sama cuba minta tolong orang Tok Siak ke, Pak Imam ke.
Dipendekkan cerita, Bond berserta beberapa orang kampong tiba di deretan kedai tinggal. Kata Bond mereka berpecah dua kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh orang dari masjid tadi. Bond masih ingat kata-kata pakcik yang jadi chief search groupnya.
"Nanti jangan bising, tak payah panggil-panggil nama. Ikut je saye"
Group Bond start dekat deretan kedai yang totally abandoned manakala group lagi satu di deretan yang ada kedai gunting rambut. Dengan hanya lampu suluh dan cahaya bulan, Bond dan tiga lagi rakan mengikuti Pak Karim berjalan di area belakang deret kedai. Kalau siang pun tempat tu dah creepy, malam lagi bertambah-tambahlah creepiness nya.
Masa berjalan kat belakang tu Bond boleh dengar Pakcik Karim membaca-baca sesuatu. Setiap tingkap, pintu, lubang di deret kedai disuluh satu persatu.
Tiba-tiba laungan Allahuakbar kedengaran sayup. Bergegas group Bond menuju ke group lagi satu. Sampai disana Bond lihat rakan-rakannya mengelilingi dan menyuluh ke arah sebatang pokok.
Rakan Pak Karim menyuluh tinggi torchlightnya ke rimbunan daun-daun pokok yang tebal.
"DENGAN NAMA ALLAH S.W.T AKU ARAHKAN KAU PULANGKAN GADIS YANG KAU CULIK!!" Jerkah rakan Pak Karim.
Berkali-kali Pak Karim dan rakannya menggertak pokok di hadapan mereka sambil lihat ke atas. Desiran daun-daun kedengaran. Bond tahu ada sesuatu di pokok kerana takda angin masa itu. Terdengar riukan dahan-dahan dan sekujur tubuh jatuh tersembam ke tanah di bawah pokok.
"JANGAN RAPAT! JANGAN PERGI DEKAT!" Laung Pak Karim pada Bond dan rakan-rakan.
Bond confirmed itu adalah Azima. Perasaannya berbaur lega dan risau. Lega kerana Azima dah ditemui tapi risau kerana dia terbaring tak bergerak-gerak sejak jatuh tadi. Dibuatnya patah leher ke apa budak tu, memang masakla si Bond.
Pak Karim perlahan-lahan menghampiri Azima yang terbaring di bawah pokok. Kata Bond lagi, rakan Pak Karim menyusul kemudian dan meninjau-ninjau dari bawah pokok.
"PERGI JAUH! PERGI JAUHHHH!" Arahan keras Pak Karim membuatkan Bond dan yang lain berundur 10 meter ke belakang.
Rakan Pak Karim menghayun kayu sebesar lengan ke belakang dan melempar sekuat hati ke salah satu spot di pokok. Sebaik dahan kayu mengena sasaran, tubuh Azima segera diseret menjauhi pokok.
Menurut Bond, dia dengar bunyi "wooop!, wooop!, wooop!" dari atas pokok. Macam bunyi binatang, dia ingatkan binatang. Macam tak percaya si Bond apabila makhluk berjubah putih berambut panjang berdiri tegak atas puncak pokok. Istighfar kedengaran berulang-ulang kali di belakangnya. Selama ni Bond skeptik dengan hantu, kali ni depan mata dia tengok pontianak.
Tak sampai seminit penampakan, sepantas kilat makhluk atas pokok meloncat ke dalam kegelapan malam. Azima yang tak sedarkan diri dibawa ke masjid. Setelah disahkan takda 'benda-benda halus' melekat, dia di bawa ke hospital besar Ipoh.
Azima cerita, bukan dia nak cari toilet tapi nak cari pipe untuk cuci tangan sebab melekit. Masa dia tengah dok mencari tu ternampak dua budak kecil bermain-main kat belakang deretan kedai. Sebab budak-budak tu nampak macam orang, dan siang lagipun dia takdala suspek anything sinister. Konon-konon nak tangkap la gambar bebudak tu tengah. Nak ambil gambar je lari budak dua orang tu, follow punya follow sampai lah ke pokok besar. Tak tahu kenapa dia tertarik betul nak usha pokok tersebut. Tengah tinjau-tinjau dari bawah, terkejut dia nampak ada perempuan tua rambut mengerbang sedang bertenggek kat atas satu dahan pokok. "Perempuan tua" tu sempat senyum sebelum melompat ke arah Azima. Lepas tu dia tak ingat apa-apa, sedar-sedar dah kat hospital.
Disebabkan jatuh tu lah, Azima dislocated her shoulder. Selepas trip tersebut group tu macam dah mati. Azima awal-awal dah tarik diri. Diikuti dengan yang lain. Last-last tinggal Bond dan dua orang lagi. Lomo pun dah tak in-fashion lagi lepas sorang, sorang beli DSLR.
Akhirnya selepas 3 tahun, Bond stop main lomo. Dia start berjinak-jinak dengan MLM Omega Trend pulak.
No comments:
Post a Comment