Tuesday, February 21, 2017

Kisah Seram: Bangunan Lama Jalan Liku, Bangsar

Buat yang tak pernah baca thread sebelah, aku kenalkan Fik. Fik neh merupakan kawan kepada Abby, sama-sama membesar di Bangsar. So, aku kenal dia thru Abby. Fik jugak merupakan bekas student silat yang digemari tok guru silat. Hijab untuk melihat dunia ghaib dia pernah dibuka masa kecik dulu. Al-kisahnya, tak tau lah benda-benda yang dia nampak ada kaitan ke tak dengan kisah hijab dibuka tu.

Kisah neh jadi masa dia Form 3. Macam kanak-kanak ribena yang lain, beliau tak ketinggalan untuk sama-sama menjadi bijak supaya satu hari nanti boleh jadi engineer. Tu cita-cita pilihan pertama Fik, cita-cita kedua nak jadi polis dan yang ketiga nak jadi bomba. Semua tu ditulis masa dia darjah 5, kantoi dengan aku masa aku terjumpa report kad dia.

Ok, bukan nak cerita pasal cita-cita tak tercapai dia tu, aku nak cakap yang dia neh gigih lah jugak gi tuisyen walaupun dalam keterpaksaan. Mak dia lah yang selalu paksa dia study rajin-rajin. Tiap kali ada kelas tuisyen mesti mak Fik akan ingatkan.

One day tu, mak Fik keluar then balik lewat sikit so mak dia just call Fik untuk ingatkan dia jangan lupa malam tu ada tuisyen. Fik pun ok je lah. Tuisyen pukul 8.30 malam, lepas maghrib Fik pun bersiap-siap nak ke tuisyen. Jarak rumah ke tuisyen selang beberapa lorong je so Fik cuma menggunakan kudrat dua batang kakinya untuk berjalan. Malam tu Fik agak bersemangat, rambut disikat rapi, beg digalas dengan seksi walaupun jalan mengepak.

Dia melulu berjalan masuk ke dalam kawasan tuisyen. Lalu menekan butang lif ke tingkat 3, tingkat teratas dalam bangunan. Kelas Bahasa Melayu berjalan macam biasa tapi malangnya pada saat-saat akhir sebelum kelas berakhir, Cikgu Aishah mintak nak tengok homework yang beliau bagi minggu lepas. Dalam banyak-banyak student dalam kelas tu, Fik sorang je yang tak siapkan homework. Sebagai denda, Cikgu Aishah suruh Fik habiskan homework tu malam tu jugak walaupun masa kelas dah tamat.

Student lain dah balik so tinggal lah Cikgu Aishah dan Fik berdua dalam kelas tu. Setiap kelas dipisahkan dengan dinding separuh cermin which is boleh nampak kelas belakang dan depan. Fik cuba jugak habiskan kerja tu walaupun tak tau jawapan, tulis je lah asalkan ada kesan dakwat pen. Dalam kepala Fik just nak balik rumah je, perut dah lapar.

Jam dah pukul 11 malam. Cikgu Aishah dah mula membebel sebab dah lewat malam. Sambil mulut potpetpotpet suruh Fik cepat siapkan kerja, sambil mata dia menjeling jam kat tangan. Fik dah start stress, dia cuba pujuk Cikgu Aishah bagi dia balik dan berjanji nanti dia siapkan kerja tu tapi Cikgu Aishah tetap suruh Fik siapkan.

Tengah dorang bernego tu, Cikgu Sham datang jenguk kat pintu. "Hai cikgu, nape tak balik lagi neh? Dah lewat. Jangan lupa cikgu, tempat neh", tegur Cikgu Sham sambil senyum meleret kat Cikgu Aishah, wanita dalam pertengahan 40an. Cikgu Aishah pun mengangguk faham.

"Cikgu, jom lah balik. Pukul berapa dah neh, perut saya dah lapar", tegur Fik. Lepas je Fik cakap macam tu, tiba-tiba bunyi bising kerusi jatuh kedengaran di kelas sebelah. Dorang terkejut, Cikgu Aishah dah mula gelabah. Dia tau, dia dah langgar perjanjian jam operasi tempat tu.

"Fik, awak pergi tengok bunyi apa tu?", arah Cikgu Aishah. Fik pun gi lah tengok, dia bukak lampu. Dorang terkejut, kerusi semua disusun macam nak bakar unggun api, disusun bertingkat dan dilonggokkan di tengah-tengah kelas. Fik tak syak benda-benda halus yang buat sebab dia ingatkan senior-senior nakal yang buat onar.

Muka Cikgu Aishah dah semakin berkerut dan gelisah. "Dah lak Fik, jom kita balik. Minggu depan awak tunjukkan saya kerja awak", kata Cikgu Aishah. "Jap lah cikgu, sikit je lagi neh. Kang dah balik saya malas dah nak buat. Alang-alang tu siapkan je lah", balas Fik.

Tiba-tiba Cikgu Aishah pandang belakang Fik, cermin kelas yang memisahkan antara kelas. "Allahuakbar! Allahuakbar!, sudah Fik, jom kita balik! Allah!", teriak Cikgu Aishah. Fik terkejut, dia pandang belakang. Takde apa yang dia nampak sedangkan Cikgu Aishah dah terkumat-kamit sambil kelam-kabut kemas-kemas barang atas meja.

Fik pun dah mula tak sedap hati. Sebelum kerusi jatuh lagi Cikgu Aishah suruh Fik cepat-cepat habiskan kerja sebab Fik tak tau tempat tu macam mana. Banyak kali dia ulang, "Awak tak tau pasal tempat neh". Sambil dorang kemas, Fik bertegas nak tau apa yang cikgu dia nampak.

Cikgu Aishah mengalah. "Saya nampak lembaga rambut panjang, muka dia melekap kat cermin sambil pandang kita", berdiri bulu hidung Fik bila dengar macam tu. "Ok, jom cikgu". Dorang pun gerak keluar. "Cikgu! cikgu! saya tertinggal beg. Tunggu jap, saya masuk ambik beg", Fik buat hal tertinggal beg. Nak tak nak, Fik terpaksa masuk semula dalam kelas.

Masa dia pusing nak keluar kelas lepas grab beg dia, lembaga yang melekap kat cermin tu dah berdiri di belakang pintu kelas. Rambutnya panjang tutup muka, kain yang dipakai lusuh dan berlumpur. Terus Fik lari keluar. Dorang tekan lif nak turun tapi lif langsung tak bergerak. Keadaan makin cemas bila Cikgu Aishah ternampak bayang-bayang dalam toilet berdekatan makin mendekati dorang.

"Cepat Fik, tekan lif tuuu. Dia makin dekat tu, cepat! cepat!", Cikgu Aishah makin cemas. Dari tingkap atas, Fik jerit mintak tolong dengan security guard kat bawah tapi takde respon. Cikgu Aishah dah mula nak menangis. Fik cuba tenangkan dan decide nak turun guna tangga. Terus Cikgu Aishah membantah, "Jangan, awak tak tau pasal tempat neh lagi".

"Cikgu, lif tak boleh guna kita kena turun guna tangga jugak". Cikgu Aishah still membantah sampai sanggup tak nak turun dan suruh Fik turun sorang dan panggil security guard bawak dia turun asalkan dia tak turun guna tangga tu.

Fik dah takde pilihan, dia terpaksa jugak turun sebab dah tak sanggup dengar macam-macam bunyian dalam kelas-kelas kat floor tu. Fik bukak pintu keluar ke tangga. Berbekalkan lampu skrin telefon, Fik terkejut tengok keadaan tangga kat situ. Kawasan tangga macam langsung tak pernah digunakan.

Dinding berlumut, ranting pokok berselirat. Struktur tangga pelik dan berbentuk bulat. Fik berdiri je kat situ, keadaan gelap sangat. Dia berfikir banyak kali sebelum turun, tapi tiba-tiba pintu ditolak kuat. Bagai nak luruh jantung Fik. Dalam keadaan gelap tu, sorang perempuan muncul.

Disuluhnya muka perempuan itu. “Hoi cikgu, terkejut saya. Asal tak sepak je pintu tu tadi? Biar sampai tertanggal?”, sindir Fik kerana terlalu terkejut dengan kemunculan Cikgu Aishah. “Fik, jom lah cikgu ikut awak sekali. Cikgu takut sangat, water cooler tu keluar air sendiri. Air dalam bilik air tu pun kejap tutup kejap bukak. Cikgu tak tahan seram, macam-macam bunyi ada. Lampu tak berhenti berkelip”.

Fik lega sebab dia tak perlu turun sorang-sorang. Cikgu Aishah pegang tangan Fik, follow Fik dari belakang. Terasa sejuk tangan cikgu, mungkin muka pun dah pucat. Fik cuba turun selangkah demi selangkah. Dari samar cahaya lampu skrin telefonnya, dia dapat lihat jubin lantai tangga tu. Bagi Fik, design so outdated. That spiral staircase memang menambahkan elemen seram.

Mereka berhati-hati membuang langkah, takut terpijak paku-paku tajam. Dalam keadaan sunyi dan gelap tu tiba-tiba Cikgu Aishah menjerit, “Arghhhhh! Tolong saya Fik, tolong! Ada tangan tarik kaki saya!”. Fik suluh kaki Cikgu Aishah, dia tak nampak tangan atau benda yang menarik kaki cikgunya tetapi ada kesan merah yang ditinggalkan. “Apa yang awak nampak Fik? Tolong buang tangan tu daripada kaki saya”, tersekat-sekat suara Cikgu Aishah menahan sakit dan takut.

“Takde pape lah cikgu, perasaan cikgu je tu”, balas Fik cuba menenangkan cikgunya. “Cikgu, bangunan neh ada berapa tingkat?”. Fik dah mula curiga. “Saya rasa dah lama kita turun tangga neh cikgu, tapi nape rasa jauh je? Sepatutnya tingkat bawah dah ada lampu. Kita masih kat tingkat sama neh ”. “Fik, awak tolong jangan main-main boleh tak? Cepat lah! Saya takut sangat neh”, Cikgu Aishah dah hilang rasa sabar walhal dia tau dan sedar apa yang Fik rasa. Mereka sama-sama dalam kesusahan.

Mereka masih di tingkat dua. Tingkat yang paling gelap dan tidak digunakan. Hanya ground floor dan tingkat tiga sahaja digunakan. Menurut Fik, tingkat dua bekas ofis lama yang ditinggalkan. Barang-barang kerusi meja masih ada. Kerusi kayu panjang dan berkusyen masih tersusun dalam ruangan pejabat lama tu. Fik dah hampir hilang pertimbangan. Nak je dia tutup mulut Cikgu Aishah, potpetpotpet salahkan Fik sebab belum sampai bawah.

“Cikgu, bukan cikgu sorang je tau kat sini. Saya pun tak nak lama-lama, saya lapar sangat dah neh. Dah pukul berapa dah sekarang”. Tegas Fik sebab tak tahan dengar Cikgu Aishah membebel walaupun dalam saat getir gitu.

Fik duduk atas tangga, cuba cari jalan keluar. Tiba-tiba PC dalam pejabat lama tu menyala. Menurut Fik, cermin pada pintu tu pun dah di spray hitam tapi still boleh nampak dalam cuma samar-samar. “Fik, kita turun Fik. Kita cuba tekan lif dari sini”, cadang Cikgu Aishah. Dorang pun berjalan ke arah lif dan menekan button.

Lega Cikgu Aishah bila nampak lampu lif menyala dan lif bergerak naik. “Ting!”, Pintu lif terbuka. “Allahuakbar! Allah!”, bagai nak terkeluar bijik halkum Fik menjerit sebab terlalu terkejut. Lari bertempiaran Fik dan Cikgu Aishah dalam gelap tu.  Jelmaan wanita berambut panjang kusut masai, baju lusuh berlumpur, muka bernanah dan berdarah menjadi tamu di dalam perut lif. Fik dan Cikgu Aishah dah terpisah.

“Cikgu! Cikgu! Cikgu kat mana?”, jerit Fik cuba mencari Cikgu Aishah. Keadaan sunyi, Cikgu Aishah tah kemana menghilang. Fik semakin cemas. Nak tak nak, dia kena jugak cari Cikgu Aishah.

Hampir lima minit mencari, Fik nampak susuk tubuh Cikgu Aishah atas kerusi di dalam pejabat lama tu. Cikgu Aishah diam membatu, sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulut. “Mampos, dirasuk pulak cikgu neh”, getus hati kecil Fik. Fik tarik tangan Cikgu Aishah keluar dari situ. Tah macam mana dia dapat masuk situ padahal pejabat tu dah lama dikunci.

Cikgu Aishah hanya membontoti Fik. Fik cuba turun lagi. “Cikgu, macam mana neh cikgu? Dah lama sangat kita kat sini”. Fik toleh belakang cuba pastikan yang Cikgu Aishah follow turun sekali. “Cikgu! Cikgu?!”, Fik terkejut tiba-tiba Cikgu Aishah dah hilang. Disuluhnya kiri dan kanan. Tiba-tiba..”Allah! Astaga cikgu, terkejut beruk saya.

Asal merangkak pulak neh cikgu? Bangun, bangun”. Cikgu Aishah diam, langsung tak bagi respon dengan Fik. “Lantak cikgu lah. Kalau larat merangkak , merangkak lah sampai bawah. Kalau sakit lutut jangan salahkan saya pulak”, Fik cuba bergurau dalam ketakutan.

Tiba-tiba, “Hmm~ hmm~hmm~hmm~....bulan bintang di angkasa~...hmm~ hmm~... . Mendayu-dayu suara Cikgu Aishah memecahkan kesunyian malam. Kepala Cikgu Aishah dihayunkan ke kiri dan kanan mengikut rentak lagu. Fik terperanjat, sampai sekarang dia ingat lenggok Cikgu Aishah humming lagu tu.

Bunyi macam lagu klasik Melayu lama. “Dah lah cikgu, jangan main pili bomba tu”, tegur Fik bila dia nampak bayang pili bomba di tangan Cikgu Aishah. Dicapainya pili bomba dari tangan Cikgu Aishah, dicampak ke lantai. “Krak!”, bunyi benda yang dicampak Fik. “Ya Allah! Mana cikgu dapat batu nisan neh? Jom cikgu kita turun!”.

Rupa-rupanya humming yang mendayu-dayu tu Cikgu Aishah sedang dodoikan batu nisan. Cikgu Aishah hanya tersenyum meleret menyeringai menunjukkan susunan giginya. Matanya bersilau tajam memandang Fik. Senyuman meleret tak lekang dari bibir. Perasaan Fik time tu jangan cakap lah, ada teman, dirasuk pulak. Fik mati akal, akhirnya dia laungkan azan.

Lepas je azan, dia cuba lagi turun. At last, dia sampai ke ground floor. Fik berlari ke pondok security guard, dalam hati dia nak tumbuk security guard tu dulu sebelum mintak tolong sebab dari tadi dia terjerit-jerit mintak tolong takde siapa pun yang datang. Sampai je kat pondok, pondok tu gelap. “Argh, mana pulak pak guard neh? Adoii time-time macam neh lah ko balik awal. Cikgu kat dalam tu..macam mana neh, aku tak sanggup lagi dah nak masuk”. Fik toleh belakang bila teringat Cikgu Aishah masih kat dalam.

“Gelap??” Fik berjalan semula ke pintu masuk bangunan. “Kunci siap berantai??” Fik tergamam. Dia cuba bukak kunci tu tapi tak boleh. “Cikgu? Cikgu?”. Diam. Fik pandang sekeliling. Gelap. Fik melangkah keluar dari kawasan situ. Nasib baik pintu pagar tak berkunci, hanya diselak.

Fik buntu, beberapa kali dia toleh ke belakang. Bangunan gelap, pintu berkunci. Dia cuba ingat semula dari awal dia datang. Semua dirasanya normal, kawan-kawan di dalam kelas, cikgu yang mengajar, kelas berjalan seperti biasa except for kawan-kawan semua balik awal tapi dia terpaksa stay untuk habiskan homework bersama Cikgu Aishah.

“Cikgu Aishah, kat mana dia?”, getus hati kecil Fik. Fik berhenti dan toleh semula tingkat tiga bangunan. “Aku rasa Cikgu Aishah tak ikut aku turun tadi. Yes, Cikgu Aishah cakap walau apa pun jadi dia takkan turun ikut tangga. So maknanya yang ikut aku tadi bukan Cikgu Aishah! Cikgu Aishah mungkin masih kat atas”. Fik berteka-teki sendirian.

Dia cuba kecilkan mata dan focus tingkap di mana dia dan Cikgu Aishah sama-sama menjerit tadi. Fik berpatah balik. Tinggal beberapa langkah sebelum pagar, dia cuba berfikir semula. “Tak boleh jadi neh, aku cuba call dia dulu. Kalau betul dia kat dalam, aku kena jugak masuk”. Di scroll nya nama-nama dalam contacts tapi malangnya, Cikgu Aishah bukanlah salah sorang daripada contact lists.

Setelah berfikir, Fik putuskan untuk pergi ke kedai makan berdekatan. Dicapainya menu makanan. Mata melihat senarai makanan tapi fikiran melayang. Fik tersandar termenung. Dia blur dan confuse.

Tiba-tiba lagu Tupac Shakur memecah lamunan Fik, dilihatnya di skrin telefon “Mama is calling”. Fik jawab. “Abang, abang ada mana? Dah pukul berapa neh. Si Fazli neh dari tadi tunggu neh haa. Dia kata abang janji nak bagi pinjam baju, esok dia nak guna”. “Mama, abang kat kedai makan neh”, jawab Fik. “Apa abang buat kat sana?” tanya mak Fik.

“Abang singgah makan jap, baru balik dari kelas tuisyen. Kan mama yang call ingatkan abang tadi suruh datang. Mama, bagi phone kat Fazli jap”. “Woi Fik, ko kat mana gile? Aku dari tadi tunggu ko, cepat lah balik!”, soal Fazli. “Li, ko buat apa kat rumah aku? Kan tadi aku cakap esok je aku bagi kat ko”. Fik cuba ingatkan Fazli yang dorang dah janji nak jumpa pagi esoknya. “Bila pulak ko cakap? Semalam ko gitau nak jumpa malam neh”. “Yelah yelah, jap lagi aku balik”, kata Fik.

Belum sempat order makan, Fik gerak pulang. Walaupun dah lewat malam, budak-budak moto dan kaki lepak masih ramai memandangkan cuti sekolah belum berakhir, masih berbaki seminggu. Sampai je depan pagar rumah, Fik nampak si Fazli sedang berbuai laju atas buaian. “Hoi, ko dari mana dengan beg bagai neh? Gi mengaji Quran ke? Hahaha”, gelak Fazli bila nampak kelibat Fik berpeluh-peluh berjalan balik rumah.

“Eh Li, ko asal tanya aku macam tu? Aku balik tuisyen lah!”, jawab Fik. “Dah ko kenapa pulak orang dah kasi cuti, ko rajin sangat gi tuisyen. Bila sekolah, asyik ponteng je!”, sindir Fazli. Fik terkejut dengar Fazli cakap macam tu. “Cuti? Bila pulak cuti? Aku masuk kelas tadi, ko pun ada. Elok je aku tengok ko kemain lagi serius muka tekun belajar, target straight A ke PMR?”, gurau Fik. Mak Fik keluar. “Abang, gi mana lewat malam baru balik neh?”, soal mak Fik.

“Lahh mama neh, gi tuisyen lah. Tadi mama call suruh pergi”. “Hari neh mana ada kelas malam, kan dorang cuti sampai sekolah bukak balik minggu depan”, jawab mak Fik. Fik semakin keliru, dilapnya peluh di dahi. Fik menghela nafas panjang. Dia pun ceritakan apa yang dialaminya dari mula sampai akhir. Tiba-tiba mak Fik bersuara, “Abang, mama tertinggal telefon kat rumah tadi masa mama keluar”. Dorang bertiga senyap, masing-masing tergamam. “Habis, sape yang call suruh aku gi tuisyen petang tadi?”, soal Fik dalam hati.

Esoknya, Fik dan Fazli ke tempat tuisyen tersebut. Dorang lihat keadaan sekeliling. Pintu pagar tertutup rapat walaupun hanya berselak, pintu masuk bangunan dirantai. Walaupun baru seminggu cuti, daun-daun banyak berguguran di dalam kawasan tersebut. Cuaca panas tapi kelihatan suram dan mendung. “Fik, apa kata kita tanya orang rumah sebelah neh nak tak?” soal Fazli. “Eh tak nak lah. Ko nak tanya apa? Tak payah lah, bukan dia ta...”, belum sempat Fik habis bercakap, Fazli melulu je pergi ke rumah sebelah bangunan.

Kebetulan ada sorang makcik sedang sapu sampah halaman rumahnya. “Assalamualaikum makcik. Tumpang tanya, semalam makcik ada nampak atau dengar benda-benda pelik tak?” soal Fazli. Fik datang mendekati sahabatnya. Pandangan makcik tu hanya pada Fik. Dipandangnya Fik dari atas ke bawah. “Nak, semalam makcik nampak anak melulu masuk kawasan sebelah neh. Buat apa? Makcik nampak banyak ‘benda’ putih ikut belakang. Semua masuk sana”, makcik tu bersuara sambil jari telunjuk diarahkan ke bangunan lama tu.

“Saya sorang je makcik semalam”, jawab Fik ringkas. “Makcik nak bagitau tapi laju sangat anak berjalan masuk. Lama makcik tunggu, tapi tak keluar-keluar”. Fik dan Fazli pun berlalu pergi lepas bersalaman dengan makcik tu. Sampai je rumah terus Fik luahkan hasrat nak cari pusat tuisyen lain. Mak dengan ayah Fik pun bersetuju.

Menurut urban legend, tingkat dua tu dulu memang pejabat. Ada sorang majikan neh dia sering dibuli dengan pekerja-pekerja dia. Mungkin terlalu berlembut sampaikan langsung tiada rasa hormat pekerja dengan majikan. Makin lama makin menjadi-jadi sehinggalah suatu hari tu, si majikan neh hilang sabar dan bercadang nak balas dendam.

Si majikan pun buatlah jamuan makan-makan untuk pekerja-pekerjanya di dalam pejabat mereka. Dalam diam, si majikan letakkan racun dalam makanan. Akhirnya semua pekerja meninggal termasuklah pak guard yang tak makan makanan beracun tu. Dia dibunuh sebab dia nampak apa majikan neh dah buat. Lepas semua mati, si majikan cepat-cepat keluar dan kunci pejabat tersebut. Selang dua, tiga hari kemudian pejabat tersebut “untuk dijual”.

Pasal Cikgu Aishah pulak, Fik dah call tanya. Memang dia tak pergi pun tuisyen malam tu sebab cuti. So semua tu adalah mainan syaitonnn.

No comments:

Post a Comment