Semasa zaman kecilnya, Jekatheesh sering cuti sakit dari sekolah. Penyakit polio yang menyerang sejak umurnya 5 tahun membuatkan dia sering diserang lemah badan dan ada masa tak boleh bergerak langsung. Jekatheesh menghabiskan sebahagian besar persekolahan darjah 1 terlantar samada di rumah atau wad hospital. Mengharungi zaman kanak-kanak pada tahun 80an amat membosankan kalau terpaksa menghabiskan masa melepak kat rumah ketika budak-budak lain ke sekolah. Di era tiada internet dan kabel TV, Jekatheesh menghabiskan masa menonton siaran TV pendidikan. Punyalah selalu dia layan TV pendidikan sampai lancar rancangan-rancangan yang ditayangkan. Rancangan kegemaran Jekatheesh sudah tentu program Bahasa Melayu kerana biasanya ada drama atau cerita yang dipersembahkan. Bukanlah Jekatheesh hadap sangat cerita-cerita tu tapi itu je yang ada dan at that point of time, anything with story irregardless of how shitty it is, lebih baik dari program-program subjek Sains dan Matematik. Biasanya dia layan je apa-apa yang ada kat TV sampailah pukul 4:30 petang bila proper program bermula dan biasanya zaman tu akan dimulakan dengan either drama Jepun alih bahasa disusuli dengan Sesame Streets. Satu kejadian yang tak dapat dilupakan sehingga sekarang adalah satu hari di bulan November tahun 1990 ketika Jektheesh berumur 8 tahun. Seperti dah macam jadual, sakit polionya datang menyerang tiga minggu selepas kembali bersekolah. Serangan tak teruk sangat dan tak perlu masuk wad tapi terpaksa lepak kat rumah seminggu. Terlantarlah Jekatheesh di sofa panjang menghadap TV seperti biasa. Dia dijaga nenek semasa sakit sementara ibubapanya pergi kerja. Disebabkan cuma ada satu channel je yang dia boleh layan (RTM 2), Jekatheesh sangat berharap ada program subjek Bahasa Melayu atau Alam dan Manusia, apa-apalah asalkan bukan subjek Sains dan Matematik. Menurut kata Jekatheesh, durasi setiap program adalah sekitar 15 ke 20 minit dan untuk menunggu rancangan seterusnya, akan ada display "Rancangan seterusnya akan mula sebentar lagi". Biasanya dia kena tunggu sekitar 10 minit layan display berserta lagu background entah apa-apa sebelum rancangan seterusnya bermula. Pada hari itu, dia terpaksa melayan beberapa program subjek Sains dan Matematik yang benar-benar membosankan. Dah lancar dengan pattern siaran, biasanya lepas subjek Sains dan Matematik akan dimasukkan program Bahasa Melayu pula. Jekatheesh masih ingat masa itu mungkin dalam pukul 10 atau 11 pagi kerana nenek tengah menyediakan makan tengahari di dapur. Test card display, kotak warna-warni yang biasanya menandakan tamat siaran terpapar di skrin. Tak sampai dua minit, skrin jadi hitam. Hitam macam TV dimatikan. Tak lama kemudian ada title card; "RANCANGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN MORAL" dalam font putih background hitam. Title card tersebut turun naik macam tonton tape VHS yang dah berhabuk. Wah cerita baru! Kata Jekatheesh dalam hati. Dia yang dah berpuluh kali menonton siaran TV pendidikan dan tahu sangat cerita-cerita program bahasa ni. Kalau tak cerita pasal sekumpulan kawan naik basikal pergi Muzium Negara, mesti pasal pakcik tua tinggal di kaki gunung tu. Tapi ni totally cerita baru dan Jekatheesh punya lah excited sampai dia terduduk. Cerita tersebut bermula dengan establishing shot living room sebuah rumah. Dari hiasan kelihatan seperti tipikal rumah biasa dengan sofa rotan, set tv kecil di sudut, almari kaca disimpan cawan-cawan dan barangan perak. Seorang lelaki dimekapkan untuk kelihatan tua duduk atas rocking chair sambil berpura-pura menghisap pipe. Kata Jekatheesh, mekap lelaki tersebut tersangat amatur sampai dia yang berumur 8 tahun tu pun tahu rambut tabur bedak untuk efek beruban dan kedut-kedut di wajah lukis pakai pensil maskara. Lelaki itu berkain pelikat dengan t-shirt putih tapi pakai kot. Dia melihat ke arah kamera sambil menghisap-hisap pipe yang tak terbakar. "Atuk nak bercerita..." Kata lelaki itu tiba-tiba selepas hampir 5 minit hanya membuai diri di rocking chair. Pipe dihisap beberapa kali sambil menghembus asap halimunan. "...cerita hantu" "Cerita hantu?" Kata Jekatheesh pelik. Apa kejadah show TV pendidikan ada cerita hantu. Skrin TV terus cut to scene lain. Sebuah rumah batu yang dibina murah seperti biasa kita lihat di kampung-kampung. Kualiti imej dipaparkan seperti di rakam menggunakan camcorder siap dengan TCR counter tu. Jurukamera buat point-of-view shot masuk ke dalam living room. Kemudian berputar 360 darjah sebelum meneruskan shot ke dalam bilik. Dalam bilik ada seorang lelaki dan tiga wanita sedang meraung-raung di birai katil. Atas katil ada sekujur tubuh ditutup dengan kain batik. Lelaki dan tiga perempuan itu terus meraung sambil berkata "jangan tinggalkan kami mak" and so on. Tiba-tiba tangan mayat atas katil menegak. Dituruti dengan tangan lagi satu. Out of nowhere, mayat itu melompat atas katil dan apa yang mengejutkan Jekatheesh, seorang wanita pertengahan umur, mungkin bangsa Melayu dengan muka berconteng-conteng dan... ..hear me this (kata Jekatheesh kepada aku), she's totally naked. Naked as in bogel dengan tetek melayut, private parts berbulu semua. Yes that kind of bogel. Technically itu adalah pertama kali Jekatheesh lihat wanita bogel. Suara mengilai dibuat-buat dan orang-orang meraung tadi bertempiaran lari sambil menjerit-jerit. Tapi kata Jekatheesh mereka bukan lari keluar tapi lari keliling bilik. Siap gelak-gelak lagi. Perempuan bogel itu ambil kayu empat segi panjang dan pergi libas kepala si lelaki. Libasan tu bukan acah-acah tapi yang betul-betul padu sampai tergolek jatuh. Walaupun imej grainy, Jekatheesh dapat melihat jelas darah merah pekat berkolam di sekeliling tubuh. Wanita bogel itu kemudiannya membelasah tubuh yang terkulai dengan kayu berkali-kali sehingga terpercik darah ke lensa kamera. Dengan percikan darah membasahi tubuh gempalnya, dalam suara mengah wanita bogel itu melihat ke arah kamera dan berkata... "Bunuh Ayah" Scene kembali ke lelaki atas rocking chair tadi. Dia tak berkata apa cuma terus membuai dan menghisap-hisap pipe. Lebih kurang dua minit macam tu scene cut ke paparan background hijau muda. Tangan berbalut stokin yang dilukis mata dan hidung muncul di sebelah kiri skrin. Sebelah kanan pula tangan berbalut stokin dengan mulut dilukis bibir wanita dan ada reben. Suara agak tenggelam tapi Jekatheesh masih dapat dengar bits and pieces perbualan dua stokin itu. It goes something like... "Kau bodoh" Kata stokin lelaki. "Kau la bodoh!" Balas stokin wanita pula. "Ayah mak kau semua bodoh!" Jerit stokin lelaki. "Ayah mau kau lah!" Kedua-dua stokin tersebut kemudian bergelut sambil mengigit-gigit antara satu sama lain. Tiba-tiba stop dan memandang ke arah kamera dan suara lelaki berkata... "Bunuh Mak" Scene berganti seperti tape VHS di over-record ke satu scene seperti dalam hutan. Sekumpulan manusia hanya bercawat sedang merogol seorang wanita. Scene lain pula seorang lelaki mat salleh di sandarkan ke pokok kemudian oleh orang-orang bercawat tu tadi dan di potong zakarnya. Kata Jekatheesh seperti scene dari filem. Filem tersebut punya lah disturbing, sampai pening kepala Jekatheesh tengok scene-scene yang begitu gory. Imej zoom-in kepala berdarah lelaki mat salleh terpapar di skrin TV. Terdapat suara lelaki berkata dalam bahasa melayu... "Bunuh Semuanya..." Skrin menjadi hitam dan test card display muncul di skrin TV diikuti bunyi humming yang menyakitkan telinga. Apa yang baru ditontonnya terlalu mengelirukan dan extreme sehingga Jekatheesh menangis. Neneknya bergegas ke ruang tamu dan Jekatheesh minta tutup TV. Petang itu Jekatheesh dikejarkan ke hospital kerana demam teruk. Menurut keluarganya, dua hari dia tak sedarkan diri dan dia mendakwa termimpi-mimpi imej-imej gory dari rancangan yang ditontonnya itu. Thankfully, dia survived the ordeal dan kembali sihat. Peliknya, selepas keluar hospital dia semakin sihat dan semakin sembuh dari polio. Tahun berlalu, dia ended up satu fakulti dengan aku di universiti. Kejadian siaran misteri tersebut dah lama dilupakan tetapi memori itu kembali menjelma apabila Cannibal Holocoust menjadi sort of fenomena di kampus. Apa yang membuatkan Jekatheesh terkenang semula ialah scene akhir siaran TV pendidikan misteri yang ditontonnya sewaktu umur 8 tahun diambil dari filem Cannibal Holocoust. Seperti kebanyakkan orang yang share kisah mereka dengan aku, Jekatheesh juga tidak menceritakan kejadian tersebut pada sesiapa pun sehinggalah dia dewasa. Itu pun ramai yang tak ambil serius. So ended up dia just shoved that memory deep inside dan cuma share dengan orang busybody macam aku. Jekatheesh menamatkan sesi rakaman dengan kata-kata berikut... "Whatever that Rancangan Pendidikan Sivik dan Moral was...f**k that shit"
================================
from author dammerung dari cari forum
|
Sunday, February 5, 2017
Kisah Seram: "Bunuh Ayah, Bunuh Mak, Bunuh Semuanya"
Labels:
kisah seram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment