Thursday, June 30, 2011

hobi baru??

orang tanam pokok2 aku pun nak tanam jugakkkk.. padahal bukan rajin pun akak nih !!

antara pokok2 yang aku ada skrg nih..


pokok apo ntah nama nya, tapi bunga dia amat laaa wanginya.. hmmmm tapi senjak sebulan nih takmo plak dia bebunga. pelik gak nih. pokok nih aku tanam senjak pindah sini dulu, ada 4 pokok aku tanam. kat tepi pagar rumah..


pokok bunga ros, pokok nih aku amik dari rumah afzan kat jerantut. memula tak minat jugak, skali sebab dia asik bebungaaaa jek tak putus2 terus aku jadik minat pulak


siap rembat pokok ros baru dari nurseri kat sri kembangan sana tu. satu polibeg nih RM7 jek, murah la sket. pastu aku n anis yg transfer masuk dalam pasu besar nih. petang nih dah berkembangan satu kuntum bunga dia.


pastu org tanam japanese roses, aku pun teringin jugekksss.. skali apa kena kucai dek cikyam2 n kiki koko aku tu. terus membebel la anis petang semalam. satu taman dengar dia bebel.. keekkekekekekekkk :D terus cikyam2 n kiki koko kena dok belakang jek..

harap2 dia tumbuh berbunga elok la lepas nih..

ohhh aku ada jugak pokok2 utk wat makan2 nih.


macam pokok limau nipis nih, afzan bawak dari jerantut gak nih. elok je tumbuhnya.


dan aku ada 2 pasu pokok limau purut. dua2 dari jerantut jugak :D besar2 pokok nih, pasu dia pun besau, jenuh nak ngangkut dari jerantut ari tu :D

lagi aku ada serai 3 rumpun kat belakang rumah, pokok rambutan n pokok mangga. hmmm kelapa ada 3 pokok jugak rasanya. wahhhh skali aku senarai kan nampak banyak plak pokok2 nya kan? dah cam kat kampung plak. errr tapi semua pokok2 tu kicik2 lagik, pastu tanah kawasan rumah aku nih plak jenis tak subur, takde la dia tumbuh elok sgt. makan tahun la kalau nak tengok hasil nya. ekekkekekekke :D

Wednesday, June 29, 2011

apa khabar??

apa khabar pets aku?? amat la sihat + gemuk cikyam2 n kiki koko akak nehh..


lepas ujan jek, ini la keje kiki koko, dok main lopak2 air tu.


cikyam2 aku pun sama jugakkkkk, dok la main2 ujan. kang demam kang, aku jugak yang susah nya..


pastu makan2 dengan adam skali..


nih pramugari dengan gundek dia. pramugari nih paling manja skali dengan adam..


tengokkkkkk.. siap posing sama adam lagik.. kekekekekekek
pramugari nih pandai berkokok dah, dan suara dia amat lahhhh merdu nya.

Monday, June 20, 2011

ziarah..



sabtu lepas kami ziarah kubur abah. n tanam kan batu nisan untuk nya.


afzan, tanamkan batu nisan untuk abah.


adam n abang cik sentiasa membantu..




kami tanam kan pokok2 skali.


kemudian kami melawat kubur arwah mak afzan pula. kali ni afzan bersih kan. mungkin minggu depan balik jerantut n tanam kan nisan untuk mak pulak.

sayu nya hati bila berada di tanah perkuburan ni. amat menginsafkan..

Sunday, June 12, 2011

al-fatihah


malam jumaat lepas, dalam jam 8 malam gitu, aku kehilangan satu2 nya nenek yang aku ada. al-fatihah untuk uwan aku :(

aku n afzan sempat jumpa uwan kat spital kolo pilah n uwan sempat di bawa balik ke rumah dia kat kampung. dalam 5 minit lepas tu, wan menghembuskan nafas nya yang terakhir. uwan sakit tua, takmo makan n minum lagi :(


perjalanan terakhir..

dan sebelum solat jumaat dalam kul 10:30am, uwan selamat di kebumikan. dikebumikan berhampiran dengan kubur arwah atuk n maklang (anak wan).

hadehhhhh sedih nya aku..

Thursday, June 2, 2011

cuti skolah datang lagi..

yep minggu nih bebudak dah start cuti pertengahan semester depa for 2 weeks. minggu nih famili kaklong datang bertandang ke rumah aku. disebab kan kami keje, jadik nya petang n malam la dpt bawak depa jalan2.

bebudak senang je, bawak je pi pool kat cyberjaya nih, settle dahhh.


adam, syafaat n abang cik dia je yg mandi nya..


kejap je pun, dari kul 5:30 petang sampai kul 7 gitu laaaa.. tu yang depa mogok takmo naik time kami ajak balik..


kami jadik pemerhati je..


anis boleh plak dia takmo mandi, padahal siang tu dia yg sibuk2 tanya bila nak pi swimming. geremmmmm btol aku hari nih..

lepas swim2, kami balik makan2. pastu bawak depa pi sopping2 plak. lagipun tesco tutup kul 11 malam. dari kul 8 lepak2 la sampai kul 11 kat situ.


kul 11 malam, org masih ramai lagi kat tesco nih.

along balik jerantut hari nih, kalau bebudak tu nak tinggai dengan kami, maybe weekend nih kena balik jerantut. ada la alasan nak balik sana :D

then aku kena pikir minggu depan punya plan pulak nih.