Monday, May 31, 2010

anis dah pandai begayuttt..

hmmmmm dah pandai begayut dah anak aku sorang nih.. dengan kawan2 skolah dia tah sapo2 ntah. jadik kalau ada bunyi phone jek, mmg aku soh dia pi angkat laaa. best gak ada receptionist nih ek??


tengok dia, sengehhhhh jek. dan aku dah pesan, waktu study (8:30malam sampai 10:30 malam) takleh gayut. no phone during this time. seb baik dia cakap ok. biasa nya kawan2 dia la yg talipon. kalau dia nak make calls pun aku ok jek, dengan syarat bukan henpon. pengsan aku nak mambayau bill talipon..

aku dulu2 masa skolah menengah baru pandai gayut2 nih. very the advance kekanak skrg nih.

long weekends

hmmm long weekend lepas u alls wat apo?? ini la aktiviti aku :

jumaat : celebrate beday adik kat gombak. kul 8 mlm gitu balik rumah semula..

sabtu :
9:00am : hantar adam gi kelas abacus dia. pastu tros pi tesco, beli barang2 sket untuk uwan kat kampung.

11:30am : amik adam dari kelas.

1:00pm : gi wedding anak jiran sebelah rumah aku. kena gi pasai khemah dia wat bebetul tepi pagar rumah aku. tak patut kalau aku tak gi kan??

2:00pm : balik pilah, mak ajak kemas2 rumah uwan. aku sampai2 jek soh anis adam sapu daun2 kering n bakar kan. kemain sronok la depa. afzan plak memvacum seluruh rumah uwan. tak sempat nak snap2 gambar, busy bebeno :D

ahad :
8:00am : bangun n kemas2 lagik, macam la aku yg wat keje kan?? aku mandor jek.. wakkakakakakakka :D sure acik bengang kalau baca nih.

10:00am : anis adam bangun n depa start membakar2 lagik

12:00pm : mandi2 semula pasai nak pi kenduri kawin, syok mandi kat sini. pasai uwan guna air perigi. sejuk woooo, 8 kali mandi pun takpe. tapi di waktu siang la, kalau belah pagi, pengsan kesejukan.

1:00pm : gi genduri kawin anak kawan abah kat senaling, sodap wooo lauk dia. siap ado gulai cendawan masak lomak cili api.

2:30pm : balik n singgah ulu bendul. anis adam mandi manda, skali apa anis kena gigit kat ulat bulu. sakan dia melalak kat situ, satu kawasan tu org dok pandang2 dia. anis kalau dpt menangis, adoi laaaaaaa... sangat bingit okayyyy. tros bawak dia gi klinik kat senawang tu, dpt injection skali.

9:00pm : masuk tido tros, penat sesgt memasing..

Friday, May 28, 2010

beday busu..

ari nih beday adik aku yg bongsu. jadik kami celebrate la kecil2an kat gombak. aku beli kek n acik beli ayam kamben untuk BBQ. asik BBQ jek lately ek?? hmmmm tu jek yg sodap nya.. dan memang kegemaran si beday boy, layan kan aje..

happy beday busu.. cuba tengok kek dia, anis pun pelik kenapa busu dia umur 12 tahun lagik. kekekekekekeke :D


ini la kek dia.. sodap wooo, kek colat pastu depa letak eskrem sket. memang kegemaran adik n anis laaaa..


happy beday busu..


memBBQ pun bermula.. tukang bakau nya adik n acik. tukang kipas nya si zura :D dia nih mmg rajin, sarat2 ngandung pun tak berenti wat keje :D


hmmmm dah siap dah ayam n kamben nya. makan la apo lagik ek..

aku dok kejap jek pasai esok ada wedding anak jiran kat rumah aku tu. kena la gi, rumah dekat sgt dgn kami, depan rumah aku tu jek.

esok dah ada plan dah nih, mak aku ajak balik kampung. nak kemas2 kan rumah uwan kat sana. dia duduk sorang2 tak larat nak kemas. rumput pun dah panjang, nak meracun segala. jadik lepas makan2 kat wedding tu, kami cabut balik pilah.

Thursday, May 27, 2010

aktiviti encik afzan

hmmmm biasa petang2 ini la aktiviti incik afzan akak..

memula kul 6 petang kena amik akak dulu kat opis. lepas amik aku, kami tros pi skolah adam. dia balik kul 6:40ptg gitu.


ari nih ada kelas pendidikan jasmani. dia memang suka kelas nih. amat la aktif anak aku sorang nih. tgk la dia, bepeluh2 sakan. main bola katanya tadik. bau dia?? adoi laaaa amat tak bleh blahhhhh..

lepas tu soh anis adam mandi. makan dinner siap2 dulu n kul 7:50 lepas maghrib, kami pi hantar depa berdua ngaji..


kalau datang awal sblom kul 8mlm, depa berdua la akan ngaji dulu. kalau idak, ramai wooo bebudak yg ngaji sini. org dewasa pun ada jugak.


awal2 nih tak ramai sgt murid nya. kalau lama sket, memang ramai. kalau anis adam lambat kul 9 mlm baru dapat balik. adam la yang tengah ngaji tu, yg baju pink tu si anis. tgk adam, nak pi ngaji pun pakai smart2 dengan kemeja n jeans lagik. anis?? dia baju tido pun takde hal :D

balik dari ngaji kena study plak sampaiiii kul 10:30mlm. walaupun depa dah abih peksa minggu lepas, study tetappppp kena study..

Wednesday, May 26, 2010

satu lagi lagu best

hmmmmm lagu nih pun aku tengah layan sekarang.. lagu dari bebudak AF8, si maulana. RSVP kata nya. syiok wooooo.. aku memang jiwang, jadik lagu2 yg aku dengar semua jiwang2 belaka. ekkekekekekekekk :D tabah je kawan2..



RSVP - Maulana
[Klik untuk download mp3]

Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan

Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Chorus
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ulang Chorus

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

lagu aku tengah layan skrg..

sangat syahdu lagu pakcik nih, layannnnnn..



Kebahagian Dalam Perpisahan
[Klik untuk download mp3]

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Tuesday, May 25, 2010

weekend hupdate..

hmmmm sabtu lepas kami ke hospital seremban kat jalan rasah tu. pasai paklong aku (suami kepada kakak mak aku) mengalami kemalangan kecil. kecil tak kecil jugak laaa, teruk muka paklong penuh jahitan sini sana. ilang idung mancung dia. ropa nya mmg adik badik dia semua berhidung ala2 anak mami gitu. padan la sepupu2 aku tu semua idung depa ala2 idlan raja lawak tu ekekkekekekekekkek :D

kami sampai spital tu dlm kul 1:30 gitu, waktu melawat plak abih kul 2 ptg. kena halau la kami apo lagik kan?? jadik aku n the gang dok lepak2 kat situ jek sementara tunggu pukui 4:30 ptg. kami lepak kat klinik depa tu takdak org kat situ.


tgk anis, siap tido baring kat sini.. aku n afzan pun baring2 jugak. adam jek tak reti dok diam. kat spital pun byk idea dia nak merambu ramba.

actually sepupu aku ada ajak ke rumah depa kat seremban tu, tp segan la pulak pasai pakcik makcik depa dari perak dok turun ramai2. tetiba aku jadik pemalu kan?? lagipun aku nak tunggu mak, abah, acik, zura, ateh n adik.

pastu ahad plak takde pojek, kami bawak anak2 pi taman kat cyberjaya. depa punya mood piala thomas blom abih lagik.. bila la mood world cup depa plak nak sampai. jenuh la dok main bola sepak plak aku n afzan lepas nih.


anis n adam dok main badminton lagik. aku join gak tp depa nih bukan leh pegang reket lama sket. siap la mintak balik. tensennnn jek :D


incik aku nih tengah demam masa nih. sian dia panas sgt badan dia. tapi anak2 punya pasai, jalan2 la jugak.

Friday, May 21, 2010

makan2 @ DHL

semlm ada townhall, bos2 dari prague semua turun dok bebel dari kul 4:00 petang sampai kul 5:30 ptg. cam biasa org dgr depa bebel, aku tido la kat belakang. tak paham apo pun depa bebel kan.

lepas dengar ceramah, ada makan2. bab nih jek yg aku tunggu2. lepas makan2, tunggu afzan dtg amik. aku soh dia dtg dgn anis n adam. aku pun tapau la nasik beriyani + kurma kambing untuk depa. sungguh sodap nasik beriyani itu.


adam dah takleh sabau, dia makan kat dlm kete tros. seb baik bonet kete besau kat blakang, afzan bentang tikar, adam pun makan.. dia lapo baru balik dari skolah :D


anis sakit perut n muntah2 plak semlm. salah makan kata doktor, jadik dia kami belikan bubur ayam mcD jek. takleh makan pedas n keras2 dulu. sian dia semlm sampai tak amik peksa agama.

ari nih pun anis MC lagik, ari nih peksa lukisan n kemahiran idup. cikgu dia dah pesan semlm kalau dia tak ok takpe, peksa leh amik isnin nanti. adoi laaaa baik nya cikgu dia. terharu aku ada cikgu2 yg cenggini. tp aku rasa, semua cikgu camtu ek??

Wednesday, May 19, 2010

aktiviti petang semlm

lepas lepak2 kat JJ, kami balik rumah. anis kepenatan, blom rest lagik dah bejalan2 sakan. petang tu apa ujan lebat selebat2 nya. tp pasai kelaparan, kami kuar jugak. pi carik makan..


bila ujan lebat, siap la rumah aku jadik cam sawah padi laaa.. lebat sgt ujan nya.


seb baik batu2 petak tu tinggi sket, ada la tempat kami nak pijak.

kami gi makan mana tau.. gi malee kat dengkil, situ makan dap wooo, aku suka kerabu mangga dia. mmg tak penah miss order kalau makan kat sini.


anis order nasik paprik, skali dia nampak nasik goreng ayah dia lagik sodap, so depa tukar suka sama suka :D aku makan nasik goreng thai, sungguh sodap..


hmmmmmm kenyang sudah, tersandarrrr jek ayah n anis :D


dan balik tu dalam kul 6 still ujan lebat lagik.. adoi laaaa.. jadik kami idak balik rumah terus pasai nak jemput adam pulak. adam balik skolah kul 6:30pm gitu. tros la lepak2 kat skolah dia.


adam nih takleh kena ujan lansung, harus demam nanti. tu pasai ayah kena amik dgn payung. anis takpe, dia cool jahhhhh..

hmmmm itu je la aktiviti aku cuti seharian semlm. dok jalan sini-sana, baguih sungguh terapi bejalan2 nih. lega pala hotak aku yg serabut dgn keje2 kat opis. aku lansung tak online seb baik takde call semlm :D

Tuesday, May 18, 2010

peminat kah??

aku ada peminat kah?? takde maknanya.. ini, minah nih mmg tau jek time2 aku hupdate blog aku, mesti lepas tu dia sibuk2 nak baca segala :D

dia tau aku mesti tulih pasai dia, adam or ayah nya :D


awat sengeh2 tu dik oiii??


ini feminat nombo berafa plak nih?? cam bukan blog aku je kat screen tu. hmmmmmmm ??

cuti cuti..

ari nih aku amik cuti free pasai keje on 1st and 2nd may ari tu. biasa la waktu2 nih aku kena process month end invoices. adoi fenat woooo..


gurls day out gitu :D

jadik apo pojek aku ari nih?? pi lepak kedai buku n watson kat JJ. aku mmg suka lepak kedai buku, naper entah. ada je buku2 atau stationary2 aku bawak balik. tadik aku belikan buku latihan maths untuk anis. aku rasa dah 5 bijik dah aku beli, tapi semua udah abihs dah. dia rajin wat latihan maths, sgt senang katanya. dia mmg kekwat sket :D

pastu belikan dia whiteboard marker, buku nota kicik n sticky notes. kenapa semua untuk anis?? pasai adam tak minat lansung menda2 nih. kalau aku belikan jugak, kompem sampai kepammmm dia simpan jek tak guna pun. membazir kan?? kalau utk anis, buku latihan maths tu, sebulan jek dia bulih kasik settle :D


anak ayah, kata kawan2 aku muka dia sebijik muka incik afzan. ye ka?? lepas hantar adam tadik, amik anis dari skolah n tros singgah JJ. tu pasai minah nih dgn baju skolah lagik :D


nih incik bodyguard kami.. memana kami pegi dia mesti ikut punya :D

Monday, May 17, 2010

minggu peksa..

hmmmm minggu nih minggu peksa untuk SKTU. anis n adam sibuk peksa la skrg. tp aku yg kecut perut lebih2 nya nih.

tadik lepas amik anis, afzan tanya la cemana peksa. dia jawap teramat senang cam soalan darjah 3 katanya.. ayyoooo kekwat nya minah nih. nanti aku tgk markah dia baper..

petang tu aku tanya adam plak, seb baik dia jawap senang. biasa nya kalau susah dia mmg akan cakap susah. depa nih kelas sorang pagi sorang petang. sangat laaa payah nya incik aku tu nak amik n hantau depa.

tahun depan maybe dpt tukar ke skolah baru bukak tu, harap2 takyah la 2 sessi lagi. payah wooooo..

malam kena study jugak utk peksa esok. malam nih wat latihan mathsssss jek pasai esok nak peksa maths n BM. good luck dear.


sambil study sambil makan roti.. biasa la anis, anak ibu gitu :D


adam pun samo.

sebenar nya dinner kami makan kul 7 camtu, jadik dlm kul 9 depa nih lapo la balik. kekadang makan nasik lagi, kekadang makan roti jek, ikut la depa nak makan apo.

Thursday, May 13, 2010

award !!!


wahhhhh aku dapat award ari nih. sangat terharu nya. tak penah2 orang meng'award' blog aku nih. aku dapat dari kak ina.

kak ina nih kawan aku masa aku keje kat XYBASE dulu2. sangat penyabar orang nya. dia application support n aku developer masa tu. paham je la support n developer tak ngam selalu nya :D n developer yang nih sangat la teruk perangai nya nak hamukkkkk je keje nya. seb baik la kak ina nih sangat cool, sangat bertoleransi, berdedikasi bagai laaaa.. dia masih di XYBASE, tengok betapa setia nya dia :D

terima kasih banyak2 kakak.. really appreciate this :D

dan aku nak pass award nih ke blog2 yg aku suka, yang memang aku akan usha setiap hari untuk check entry baru depa. i love your blog !!

1. bad - kawan baik aku dari zaman2 kolej lagik
2. angah - adik aku yg jauh nunnnnn di sana...
3. kakB - kawan baik dari zaman nakai2 :D
4. lila - kawan dari sekolah menengah lagi, lama kawan nih
5. asyida - kawan yg bake coklat paling sodap di donea :D

aku nih tak banyak blog yg aku singgah, ini jek la yang ado wat masa nih :D

piala thomas??

orang lain sibuk piala thomas skrg nih, anak2 aku pun idak ketinggalan. sibuk dgn piala thomas depa sendirik laaa.. dgn baju tido jek pi main badminton. kemain lagik depa lawan nih, siap skill segala. aku pun tak paham skill apo depa tunjukkan.


tapi sebenar nya, depa nya bulu tangkis tu memanjang jek tersasar jauh keluar dari kawasan. korang bayang kan setiap kali adam pukui, mesti masuk longkang luar rumah aku tu. adoiiii sangat tabah aku tgk depa nih.

saje je depa suka nak keluar dari kawasan rumah n masuk dalam longkang besau tu. terutama si adam laaaa.. tgk la punya dalam longkang nih, tapi takde air.


ini la keje depa hampir tiap2 petang lately. memberi sokongan pada skuad negara untuk merampas kembali piala thomas gamak nya :D hmmmmm ado harapan ke ek?? jemahat nih nak lawan chino di semi finals.

Tuesday, May 11, 2010

macam2 ado

hmmmm ari nih tetiba rajin plak. rajin ka takdak keje?? kekekekekkekkk :D jangan pecah lobang ke bos akak aaaaa??

aku pun godek2 henpon n jumpa beberapa gamba yg kira best la jugak. nih nak citer nih.



aku wat selak gini kat rumah aku untuk pintu depan n pintu dapo. aku soh cino yg pasang awning ari tu drill kan besi kiri kanan tu. kayu tu, afzan pi rembat kat jiran2 yg tengah renovate rumah depa. cino tu buat jek tak mintak bayau apo2 pun.

pada aku menda nih sangat praktikal, gasak la buruk pun ek?? janji org2 tu payah nak masuk. skrg nih depa berani masuk time2 kita ada kat rumah. ishhhh nauzubillahhhh..



nih gambar malam sabtu lepas, aku lepak2 gombak sat. amik set BBQ dari rumah ateh. sambil tu lepak2 n tengok konsert AF8 kat rumah mak. hmmm anis n adam kalau tak kaco busu depa tak sah. adik aku nih pun rajin melayan.

tu depa tengah main kuiz teka-teki cam hangman tu. sampai tak jadik la busu depa tengok AF, dok melayan depa berdua.

last2 takleh tahan bingit AF gak nya, busu pun tambah kan bingit lagi ekekekekekkeekkkk.. :D korang tgk idak AF8 ari tu?? adoi laaaaaa bingit dengar bebudak tu terjerit, nyampah plak aku dgr. tak feel lansung..


nih plak gambo aku odw gi IBM Plaza kat bdr Utama, tarikh nya 3 may lepas. aku ada training kat sana 2 hari. dan dua2 ari tu kami tempuh jem teruk kat sini. adoi laaaaa, tak leh tahan incik afzan mendrive. cemana depa nih leh ngadap jem ari2 ek?? kami berdua leh jem pala otak rasa nya. ye la mentang2 opis aku 15 minit jek dari rumah n tak penah jem kawasan tu :D



nih aku baru amik semlm petang, saje nak tayang awning aku tu. aku pasang minggu lepas kot. tak tahan panas kete2 tu.. sian plak. sebenar nya takdak duit nak renovate best2. berangan je bulih la aku nih :D

Monday, May 10, 2010

mother's day pressie..

ayyooo aku dapat jugak adiah mother's day. ingat takde sapo nak bagi kan. kekekekekkkk :D anis dgn baik ati nya dok save duit belanja skolah dia belikan aku adiah. paling aku tak tahan kad ucapan dia, adoi laaa sungguh syahdu. menitis gak air mata aku, doa dia tu sgt best. korang baca la sendirik..



ini lah adiah nya, dia tau aku suka bercermin :D samo la cam dia tu jugak.



untuk anis sayang, terima kasih banyak2. ingatan dan doa tu buat ibu rasa di awang2an. i love you sooooo much dear.

Sunday, May 9, 2010

penat dah..

gini la ropa nya dapo akak. dah tak larat nak kemas dah. gasak kan dulu, tido lagik penting skrg nih. esok pagi plak sblom pi keje akak kemas ek. tabah di sana..

penuh sinki tu, itu pun kawan2 aku siap kemas2 apo2 yg patut. mmg sgt ringan tulang kawan2 aku tu.

skrg nih incik afzan udah tido dah, awai tido nya. aku dok layan CSI jap, lama tak tgk dah. sesambil tu online layan FB n blog hopping cam biasa.. wat keje takde dah, fenat.. sat gi nak wat susu untuk anis adam n off i go :D

happy mother's day

dear all mommies out there.. happy mother's day untuk semua ye??

semoga kita semua jadi ibu yg baik la kan untuk anak masing2 ye??

bukan senang ek jadik ibu nih? teringat aku dulu2 masa aku skolah rendah, mak aku rajin tiap2 pagi masak kan nasik utk aku pasai aku suka makan nasik. tiap2 hari bawak bekal pi skolah tau.

skrg nih aku mampu ka wat bekal utk anak2 aku?? takde makna nya.. afzan belikan nasik lemak jek n bagi duit belanja lebih sket.

tima kasih mak !! tak terbalas jasa mak sehingga aku jadik gini sekarang nih.

BBQ @ rumah aku

kawan2 kolej aku meluang kan masa ari nih dgn famili masing2 kat rumah aku. aku pun wat BBQ la, saje jek cuba2, kalau sodap bulih buat lagi lenkali kan??

anis n afzan dah start memBBQ ayam n kambing kul 11 pagi lagik dah. tetengah ari buta dok BBQ nih, seb baik la idak panas ari nih.. siap ujan sket dah tengah ari tu, seb baik la, kalau idak panas wooo rumah aku tu.

kami dok borak2 sambil makan2, sronok nya.. aku rasa ari nih la ari paling sronok dalam idup aku nih. sronok nya jumpa depa bertiga nih. dari kiri, faizah, balqis n syima. kecoh kejap rumah aku yg sentiasa senyap sunyi tu.


sempat amik2 gambo n posing2, depan tu Umaira (anak dara Faizah) dengan Rayyan (anak bujang Balqis).



nih pulak turn incik2 nih lepak2 sambil minum2 kopi. sporting betoi depa nih, depa la tukang bakau pastu makan terus kat luar tu jek. tak kaco kami kat dalam lansung. sgt sporting ek.

tima kasih bebanyak kat kawan2 aku bertiga tu, Faizah, Balqis n Syima, pasai sudi datang rumah aku. kami lepak2 dari kul 11 pagi sampai ke pukui 6 petang, sangat seronok.. next plan nak ke rumah Balqis plak kat klang. pastu ingat nak outing sesama ke CH skali. tgk cemana, kalau ado aku hupdate naaaa..

bad.. adoi laaa minah nih jenuh aku menunggu. kata nak suprise gitu.. nan ado :P

nota :

special thanks to Faizah, pasai siap balik lewat. siap tolong2 kemas skali. adoi laa mana nak dapat kawan camnih?? tima kasih daun keladi.. i love u lah Faiz..

Saturday, May 8, 2010

wat po tu??


wat po tu??

kawan2 aku nak dtg esok, jadik aku ingat nak wat BBQ utk depa. ada 3 famili gitu nak dtg nya. so ini la masa nya nak wat BBQ kat rumah aku. kalau idak sapo nak makan ek?? kami berempat jek.

apo lagik, aku pun jemput chef dari gombak la kan.. dia jek yg dah belajar ramuan nya. secret recipe tu dapat dari man, adik ipar aku :D kalau sodap, lenkali bulih buat lagik.

tu gamba adik tengah dok merinate kambing nya. nanti esok aku hupload outcome nya ye..

Friday, May 7, 2010

busu study dgn anis n adam

dalam seminggu dua nih anis ada geng baru studi sama2 depa. depa studi dgn busu depa. adik datang lepak2 rumah aku pasai nak siap kan assignment2 programming dia. aku kan dia punya mentoLL.. ekkekekekekekkek :


anis adam dok intai busu depa wat keje.

tapi anis n adam amik kesempatan la plak, depa tau la time2 ada orang nih, aku takde la marah2 depa sgt2 kan??? terutama si adam, ada je alasan dia malas nak baca buku. nak aku hamuk kang, dengan adik pun seremmmm skali kang :D


adam la paling rajin skali kaco busu dia. dia pun tau busu la penyelamat depa. kekekekekekekkkk :D kalau idak mmg aku dok hamukkkk jek kalau depa main2 masa study. masa busu ado nih la depa dok main2 kan aku plak. adoiiii geram btol la dgn bebudak nih.

Saturday, May 1, 2010

langsir aku udah siap

lepas seminggu tempah, siap la sudah langsir ahkak nih. dlm kul 2 gitu gi nilai dgn abg, adik, anis n adam. dengan sapo lagik aku nak kuar ek??

amik langsir n jalan2 kejap kat situ. aku belikan tshirt utk acik n man pasai beday depa. acik beday dia 30 apr, man plak 2 may. jadik beli adiah skali jek :D

adik la tolong pasang nya cam biasa. dia nih memang rajin la, veri the ringan tulang gitu.

gini la ropa dia.. alamak nampak kepam la plak sofa aku ek?? hmmmmm tunggu bonus tahun depan la plak.. ekekkekekekekekkkk :D

ini ropa sliding door nya. sliding door aku wat skali day curtain nya. yg tingkap tu takyah la day curtain.

ini kaler silver kan?? ke biru ek?? aku dah buta kaler ka ek? keekkekekekekkkk belasah jek laaa.. memacam kaler dah nih rumah aku.