Saturday, January 21, 2017

Kisah Seram: Rumah Kuarters Horror

Di zaman kegemilangan aku merakam cerita-cerita lisan hantu ni, aku sanggup pergi jauh-jauh semata-mata nak dapatkan material. Sekitar tahun 2009, salah seorang kawan aku memberitahu yang pakcik dia ada pengalaman mistik. Pengalaman mistik pakcik ni kata kawan aku, ialah pernah tinggal di rumah berhantu.

Time tu long weekend dan aku ikut kawan aku balik kampong kat Batu Kurau sebab ada orang nak datang merisik adik dia. Actually dia tak ajak pun, aku je mengada-ngada tanya boleh ikut ke tak hihihi. On the way tu plan nak singgah kat rumah pakcik dia kat Ipoh. Since time tu aku dalam usaha nak mengorat adik perempuan kawan aku ni (adik yang lain, bukan yang dirisik) so kiranya kill 2 birds with one stone lah kekdahnya aku minggu tu.

Anyway, long story short, aku, kawan dan pakciknya, Pak Leng, dituruti isteri, Acik Ita melepak kat serambi rumah. Sambil makan ape tah Acik Ta goreng, cempedak kot, ke cekodok pada tengahari Sabtu, Pak Leng dan Acik Ita menceritakan pengalaman mereka semasa menetap di Tanjung Malim pada tahun 1985.

Amaran : Cerita ini mengandungi perkataan-perkataan lucah. Pembacaan adalah di atas budi bicara sendiri.

Sebagai seorang kakitangan awam, Pak Leng di beri kemudahan untuk menginap di kuarters. Kalau sesiapa familiar dengan kuarters kerajaan lama, korang akan tahu jenis rumah banglo satu tingkat yang ada pre-built parking lot kat depan pintu masuk utama. Kuaters yang dibina post-merdeka period dimana layout rumah ada dua koridor yang dihubungkan oleh living room, satu koridor untuk 3 bilik tidur dan bilik air+toilet manakala koridor lagi satu ialah akses kepada dining hall, dapur dan bilik stor, dihujungnya terdapat bilik air dan toilet kedua. Apa yang istimewa rumah kuarters lama ni ialah terdapat sinki kecil (untuk basuh tangan, gosok gigi) dalam setiap bilik tidur dan juga ada open air area dalam rumah. 

First year duduk kat situ memang best lah Pak Leng satu famili. Dah la opis jalan kaki je, sekolah anak dia pun dekat dan bini dia nak pergi pekan pun bus stop betul-betul kat depan rumah, dengan bas lalu tiga, empat kali sehari. Kiranya perfect lah rumah dia tu sampai kadang-kadang Pak Leng terpikir juga kenapa senang sangat orang offer rumah tu ke dia masa dia baru-baru pindah, rasanya ramai je yang lebih layak. Setiap kali dia terpikir macam tu, Pak Leng akan anggap kira rezeki dia lah tu.

Kejadian aneh mula berlaku tahun kedua mereka menetap disitu. Pada mulanya all the weird things only happened in subtle way, contohnya lampu bilik air atau toilet di koridor dapur/stor menyala. Dalam rumah ada tiga orang tu je, dan mereka tak pernah guna toilet belakang (gelaran untuk toilet kedua) pada waktu malam. Kalau tak lampu bilik air/toilet belakang, lampu stor akan terbuka. Stor tu lagi lah tak pernah guna sebab Pak Leng menjadikan bilik tidur ketiga (bertentangan toilet depan) sebagai stor. 

Awalnya rajin la pergi menutup lampu-lampu tu, tapi sebab tetiap hari dok menutup suis lampu yang tak guna sampai dah jadi satu kerja pula, Pak Leng tanggalkan bulb lampu stor dan bilik air/toilet belakang. Habis cerita.

Stor tu pun satu hal lain pula. Dalam bilik stor ade satu bedframe besi yang jenis boleh lipat-lipat terdampar kat situ. Bedframe tu size king agaknya kerana berkali-kali Pak Leng cuba keluarkan katil tu ikut pintu tapi tak muat. Nak baraikan, bedframe tu pakai skru mati. Dah tu katil pulak rosak tak boleh dilipat, terbuka je so akhirnya Pak Leng biar je kat situ. Untuk tak membiarkan bedframe tu togel je, Pak Leng letak tilam dari rumah lama kat situ, konon-kononnya kalau ade ramai sedara nak bermalam boleh la guna store tu jadi bilik tetamu. 

Firdaus, anak Pak Leng merangkap sepupu kawan aku memang tak berani nak masuk stor. Setiap kali dia bersendirian kat dapur, tak kira la siang ke malam, mesti terdengar bunyi spring berderap-derap, macam ada orang baring atas katil kat bilik stor tu. Bila cek takda apa-apa. Firdaus bagitahu mak ayah dia yang setiap kali dia meninggalkan dapur, sering rasa this one creepy feeling seperti diperhatikan dari bilik stor tersebut.

Acik Ita lagilah meriah kes-kes gangguannya kerana dia menunggu di rumah je. Open air area dijadikan tempat sidai baju dan memandangkan area tu luas, Acik Ita buat bisnes handwash laundry untuk staff-staff di ofis lakinya. So biasanya time laki dan anaknya kat ofis/sekolah, Acik Ita akan habiskan waktu pagi dengan mencuci pakaian-pakaian pelanggan. Masa Acik Ita sidai cadar atau apa-apa yang lebarnya separuh dari panjang tali gantung kain, selalu dengar bunyi tapak kaki seakan-akan orang berlari berdekatan pintu belakang. Bunyi hanya kedengaran waktu Acik Ita sibuk menyidai, bila check dah takde bunyi tu tapi bila sambung balik kerjanya, kejap je dah terdengar semula.

Pernah satu hari ketika Acik Ita tengah masak makan tengahari, dia terdengar suara kanak-kanak dari arah tingkap bilik stor;

"Emmm sedapnyeee..nak sikittt"

Acik Ita ni jenis suka melayan, dibalas la gurauan tersebut;

"Nak makan lauk makcik meh la datang sini"

Yang buat Acik Ita tersentak, apabila gurauannya dibalas dengan kata-kata ini;

"Aku nak makan p**t*t berbulu kau!"

Apa menjerit Acik Ita, anak siapa kurang ajar mulut celupar sangat ni. Tapi dia tak nampak budaknye, cuma dengar ketawa terkekek-kekek. Acik Ita marahlah cakap mulut celupar nanti makcik cilikan mulut tu.

"Buatla..buat laa..tak takut...pe*acur tua s*ndal"

Ayat last tu kira deal breaker lah. Acik Ita tak boleh tahan, dengan penyapu bulu ayam di tangan, dia berlari ke belakang rumah. Memang dah plan nak libas je kaki budak kurang ajar tu, biarlah berperang dengan jiran ke apa nanti. Bila sampai kat belakang, dah takde pula budak mulut sial tu. Suara kanak-kanak ketawa kedengaran dari arah dapur. Kurang ajar betul budak ni boleh main-main masuk rumah orang pula. Acik Ita toleh je mengadap tingkap dapur...

Sekujur tubuh seakan manusia sedang mencangkung di tembok tingkap dapur. Tubuh makhluk tersebut menurut Acik Ita berkedut-kedut macam orang tua. Kepala bujur botak, mata sepet dengan gigi arnab dua batang jelas kelihatan. Apa yang buat Acik Ita tergamam ialah "budak" itu dalam keadaan berbogel dan tangannya panjang, lagi panjang dari kaki sebab kedua-duanya berpaut pada bahagian atas daun tingkap, secara logiknya manusia normal takda tangan sepanjang tu.

Budak itu kemudian melompat masuk ke dalam rumah. Acik Ita masih terpinga-pinga waktu itu, tapi bila dah dengar bunyi benda pecah bagai, cepat-cepat masuk dan mendapati pasu-pasu bunganya pecah dan paling dia menyirap, habis kain-kain basuhannya berselerak dan terpalit lendiran-lendiran coklat berbau busuk teramat seperti taik. Memang terbakar hati Acik Ita, di check setiap sudut rumah, kalau dapat memang dia rotan habis-habisan. Gara-gara 'budak' tu beberapa kain/pakaian pelanggan terpaksa diganti kerana kesan kotoran tak hilang.

Time tu tak suspek pun kejadian tu sebagai mistik. Mereka anggap angkara anak-anak jiran kurang upaya/mentally challenged kerana itu je kemungkinan yang ada. Tapi bila tanya jiran-jiran semua cakap takde pula siapa-siapa ada anak cacat kat situ. Pak Leng juga bertanya kepada colleaguesnya kerana rata-rata tinggal di kawasan berhampiran, dan seperti kata jirannya, nobody knows about the damn kid.

Life goes on dan Acik Ita tak lagi diganggu oleh suara kanak-kanak atau penampakan makhluk bogel. Cuma bunyi orang berlari-lari semasa cuci kain dan lampu-lampu ternyala sendiri tu dah anggap perkara biasa. Jauh di sudut hati, Acik Ita tahu ada benda-benda halus dalam rumah dia ni dan kalau boleh nak je pindah keluar rumah lain. Mengenangkan suaminya berpindah ke sini kerana naik pangkat, di pendamkan aje. Lagipun bukan senang nak dapat duduk rumah banglo free macam ni.

Pak Leng setiap kali balik kerja mesti ada mengadu pasal 'benda dalam rumah', tak isterinya, pasti anaknya. Sejak dari first pindah masuk, takde lagi dia terserempak 'benda-benda halus' seperti apa yang dialami anak bininya. Ada time dia bergurau eksyen cakap hantu pun takut dengan dia sebab tu tak pernah bersemuka. Agaknya adalah sentap dengan keangkuhan Pak Leng, luck dia ran out pada satu malam dia bangun tidur nak kencing. Di toilet ada tingkap dan ketika sedang terkencing Pak Leng dikejutkan oleh gegaran di tingkap, seperti ada yang cuba membuka daun tingkap secara paksa. Gegaran tu kejap je, Pak Leng memberanikan diri menegur;

"Hoi sape main-main memalam buta nih!!"

"Kikikikiki...kikikiki" suara ketawa kecil terkekek-kekek kedengaran di sebalik tingkap. Dengan penuh debaran, Pak Leng menjenguk ke celahan sisip tingkap untuk melihat keluar. Tak nampak apa pun sebab gelap dan view limited. Sebenarnya boleh je Pak Leng buka tingkap untuk pandangan lebih jelas, tapi dia tak berani hehe. Lepas check lebih kurang dia pun anggap kira settle la tu, perasaan dia je.

Baru nak melangkah keluar dari toilet, sekali lagi tingkap digegar dan sekali lagi jugak Pak Leng sound;

"HOI!! ko jangan nak main-main, kalau berani sinilah!!"

Bunyi seperti orang berlari dan ketawa kecil kedengaran di luar. Makin lama makin jauh bunyinya. Pak Leng dalam hati berkata sendirian, 'tau takut..heh'.

Ketika melalui koridor yang dipisahkan dari open air area oleh dinding bertingkap kaca sisip+grill, Pak Leng ternampak kelibat hitam memanjat dinding dan bertenggek di atas tembok rumahnya. Cepat-cepat Pak Leng menyorok di bawah tingkap sambil skodeng dari sisip tingkap. 

Jelas kelihatan susuk makhluk persis manusia, berkepala botak dan ketinggian mungkin seperti budak darjah 1 melompat sepert kucing masuk ke tempat sidai kain Acik Ita. Di lantai, makhluk tersebut masih dalam posisi mencangkung dan Pak Leng lihat tangan makhluk itu stretching begitu panjang sekali dan mencapai dawai sidai kain. Setelah bermain-main dengan dawai ampaian Acik Ita, dilunjurkan tangan panjangnya kedepan dan melonjakkan badan menuju ke arah pintu di bahagian dapur.

Makhluk itu berdiri di atas tangga batu (dua anak tangga) depan pintu dan memutar-mutar tombol. Nasib baik Pak Leng dah kunci pintu pakai engsel. Perlahan-lahan Pak Leng merangkak menuju ke arah dapur. Bukan mudah mengemudi dalam gelap, lagi-lagi malam itu hening sangat sampai Pak Leng tak berani nak navigate pakai tangan di dinding kerana takut geseran tapak tangan dan dinding simen akan keluarkan bunyi.

Satu harapannya waktu itu ialah anak dan bininya tak terjaga. Setapak demi setapak dia menuju ke arah sebuah switch box terletak di antara dapur dan stor. Dengan jari mengigil dia flip switch lampu open air area dan sebaik aja kawasan tu terang-benderang, makhluk tersebut mencicit lari keluar berdasarkan bunyi yang dihasilkan.

Pak Leng usha sekali lagi area sidai baju to make sure menatang tu dah takde. Bila dah confirm clear, Pak Leng tutup lampu. Sebaik dia tutup lampu, ternampak di kawasan sidai baju ialah kelibat berdiri di sudut antara dinding dan pintu belakang. Kali ini bukan macam budak tapi orang dewasa. 

To quote Pak Leng, "Dammerung ko nak percaya ke tak apa Pak Leng nak cakap ni lantak ko lah, bila aku cerita part ni ramai tak percaye tapi demi Tuhan Pak Leng nampak orang rambut panjang sampai ke lantai pakai jubah besar warna cerah"

Pak Leng tak cakap benda tu pontianak ke, langsuir ke tapi kalau mengikut cerita-cerita urban lejen melayu, makhluk tu menepati ciri-ciri samada pontianak atau langsuir. Kata kawan aku "Pontianak la tu Pak Leng" 

Oklah Pak Leng pun beralah. Pontianak pun pontianak lah. Pontianak tu muncul beberapa saat je, kelip mata dua tiga kali dah hilang. Malam tu Pak Leng sambung tidur dengan parang di sebelah katil.

Beralih kepada cerita Acik Ita pula. Cerita ni bukan pasal dia tapi pasal sepupu kawan aku ni, which is Firdaus anak dia lah. Masa sesi rakaman, Firdaus di Sarawak, bertugas sebagai pharmacist kat salah satu hospital di sana. Depan rumah ada multipurpose court. Meaning that court tu boleh jadi court badminton, sepaktakraw, basketball dan juga netball. Nak main squash pun ada dinding squash sebelah court tu. Tapi dari mula-mula duduk rumah tu tak pernah Firdaus tengok bebudak main kat situ. Setiap kali dia ajak geng-geng sekolah main kat situ mesti semua tak nak.

Kawan-kawan Firdaus cakap area tu ade hantu. Ada rumour orang balik kerja lalu situ (rumah Pak Leng dan court terletak kat sebelah main road) nampak pontianak berlegar-legar kat area court. Bukan sorang dua nampak tapi ramai mengesahkan penampakan tersebut. Famili Pak Leng tak pernah pulak terserempak atau terlihat benda-benda pelik kat area court, baik siang baik malam. 

Ada juga yang tanya Firdaus "ko tak pernah ternampak ke hantu kat rumah? sebab semua orang kat sini tahu rumah ko tu berhantu". Firdaus cakap mana ada apa-apa, padahal bunyi misteri di bilik stor boleh kata hampir setiap minggu dia dengar. Pantang sensorang kat dapur mula la dengar orang main-main atas katil. Sebab tu Firdaus lepas makan main tinggal je pinggan kat atas meja makan. Biarlah berbuih mak dia marah sampai piat-piat telinga, sepupu kawan aku ni buat tak tau je.

Pak Leng bercadang nak buka semula court tersebut, so dibaikilah spotlight, cat balik lines/marking dan pasang net. Siap sewa kren lagi untuk pasang lampu. Mula-mula Pak Leng dengan Firdaus je main badminton kat situ malam-malam, lepas tu ramai pula join. Mostly budak-budak sekolah menengah la. Sampai Pak Leng tak ada kat situ pun semua datang main macam biasa. Pak Leng tak kisah pun sebab memang niat dia nak orang utilize court tu. Satu hari lepas balik dari long break kat kampung, nampak court tu kosong. Biasanya pukul 9-10 malam masih happening lagi. Terutamanya malam minggu.

Besoknya Firdaus dikerumun sebaik tiba di kelas.Ceritanya, semasa bebudak besar (gelaran student sekolah menengah oleh student sekolah rendah), main kat court 2 malam lepas, mereka nampak seorang wanita mendukung anak di garaj rumah Pak Leng. Pada mulanya tidak diendahkan kerana waktu itu hujan gerimis jadi dianggap adalah siapa-siapa berteduh kat situ.

Kelibat stranger yang begitu lama depan rumah Pak Leng menimbulkan rasa suspicious di kalangan budak-budak yang main kat situ. Kalau betul nak berteduh, kenapa tak tunggu kat bus stop depan rumah Pak Leng tu. Bas terakhir pun lalu lama dah. Dekat nak pukul 12 malam, semua kat court nak balik rumah. Disebabkan kalau tutup lampu court, gelap-gelita kawasan tu so mereka berniat untuk informed 'kakak' itu yang mereka nak balik dan tutup lampu.

Adalah 4 orang pergi ke rumah Pak Leng dan tiba-tiba 4 orang tersebut lari lintang-pukang sambil menjerit "LARII, LARII". So jadilah chain-reaction yang semua kat court bertempiaran lari walaupun tak tahu sebab apa. Dah jauh sikit 4 orang budak ni cerita bahawa 'kakak' mempunyai rambut sangat panjang menjalar satu badan, menutupi wajah dan mendukung anaknya yang rupa macam orang tua dengan tangan amat panjang sehingga melilit tubuh 'kakak'.

Now, kalau sorang yang claim nampak macam tu mungkin boleh diragui keaslian penampakan tersebut, tapi kalau dah 4 orang nampak dan claim the same thing, shit must be true, so lepas malam tu takde sape berani main kat court tu dah. Firdaus memaklumkan cerita itu ke Acik Ita. Malam itu, mereka satu keluarga berbincang tentang masalah rumah mereka dan Acik Ita pujuk Pak Leng untuk carikkan orang. Ikutkan Pak Leng, dia boleh kawtim lagi hantu-hantu kat rumah tu disebabkan rumah tu paling best pernah dihuninya, free pulak tu. Bak kata pepatah omputih, "if its sound to good to be true, then it is" lebih baik dia usahakan something untuk buang pelesit-pelesit dalam rumahnya.

Di pejabat keesokan harinya, Pak Leng menceritakan tentang kejadian-kejadian mistik berlaku di rumah. Selama ni dia senyap je sebab tak nak orang ingat dia superstitous. Terdesak punya pasal, Pak Leng pun berkongsi masalah rumahnya dengan niat nak minta tolong kalau ada siapa-siapa kenal orang boleh buang hantu dalam rumah. Selepas colleagues nya berpandangan antara satu sama lain, Pak Leng di ajak makan kat luar lunch break nanti.

Masa lunch break, baru Pak Leng tahu kisah disebalik rumahnya. Rumah itu sebenarnya ialah kediaman rasmi untuk jawatan pengarah ke atas. Tapi bos sekarang ni dah keluar dari rumah tu 2 tahun sebelum Pak Leng masuk lagi dimana dia cuma tahan 3 minggu je sebelum berpindah keluar. Sekurang-kurangnya Pak Leng tahun kedua baru kena ganggu, bosnya malam pertama duduk lagi dah kena kacau. Disebabkan arahan dari pihak atasan, rumah tu kena jugak dihuni oleh orang yang sepatutnya dan dipendekkan cerita, Pak Leng jadi mangsa sebab dia staff baru. Kiranya penghuni rumah tu on paper masih lagi nama bos Pak Leng.

Ada seorang colleague Pak Leng yang merupakan penduduk asal kawasan tu pun buka cerita, ada urban lejen pasal rumah dia. Ceritanya begini...

Asalnya tapak rumah itu ada sebuah banglo milik pengurus estet dari Australia. Pengurus estet omputih tu kahwin dengan wanita tempatan berketurunan India dan mereka dapat anak. Sekitar lewat 50an, omputih tu pindah semula ke Australia tapi peliknya tak bawa anak bini sekali. Rumah tu kemudiannya dihuni satu famili India, agaknya ex-wife mamat Australia tu dah bawa kaum kerabatnya duduk kat rumah tu.

Keluarga India yang menetap disitu jenis keeping to themselves. Tak campur orang sangat dan cuma nampak time hari Ahad je kat gereja. Then satu hari a group of people led by ketua paderi or something pergi ke rumah tu. Kumpulan tersebut adalah church-group yang dianggotai keluarga India tersebut dan menurut mereka, dah sebulan famili rumah tu tak datang church.

Sampai di rumah tengok pintu tak berkunci dan setelah pemeriksaan dilakukan, kesimpulan yang dibuat ialah keluarga India tersebut telah berpindah dalam keadaan tergesa-gesa. Mereka beranggapan begitu kerana masih banyak baju-baju, pakaian dan perkakasan rumah yang ditinggalkan.

Gereja cuba kesan dimana church member mereka melalui network-network gereja tetapi tiada khabar berita.Akhirnya jadi rumah tinggal. Macam-macam lah cerita muncul pasal penghuni rumah tu. Ada kata mat salleh tu dah kidnap anak dia dari ex-wife, ada kata satu family suicide dalam rumah, ada kata mereka bersembunyi sebab hutang.

Fast forward few years later, property di gazettekan jadi hakmilik kerajaan dan rumah baru dengan senibina moden (moden ikut zaman tu lah) dibina atas tapak banglo itu. 

Sejak rumah itu dibuka, ramai penghuninya berpindah keluar tak sampai sebulan. Dalam report dinyatakan sebab berpindah ialah “sering dimasuki pencuri”. Kata kawan Pak Leng, boleh kira dengan jari berapa kali rumah tu ada orang duduk. Most of the time kosong je. Masa bos sekarang (berketurunan Cina) pindah masuk, hari-hari dia panggil sami dari tokong berhampiran bless rumah tu. Tapi still kena gangguan juga, last-last sekarang ulang-alik dari Ipoh.

Semua surprised Pak Leng second year baru start kena kacau. Semua dok tanya apa yang Pak Leng dah buat. Pak Leng cuba recalled apa yang dia buat tahun ni, tapi tak buat tahun lepas. Pikir punya pikir,satu-satunya benda yang famili start buat tahun ni ialah servis laundry tu,tapi apa kena-mengene? Bila kawan dia cakap "dawai sidai kain bini ko kacau laluan kot" baru Pak Leng teringat sesuatu.

Masa dia pasang dawai, nak memaku dawai kat dinding, Pak Leng perasan kat dinding sebelah pintu belakang ada satu sticker paper bentuk 4 segi sebesar tapak tangan. Oleh kerana dinding tersebut dah dicat, cuma nampak bentuk sticker empat segi tu je. Pak Leng pulak pergi paku kat tengah-tengah sticker tersebut. Rasanya lepas dia paku tu baru start gangguan-gangguan nih.

Pulang kerja, Pak Leng memeriksa dinding dimana dia paku dawai sidai baju bininya. Bila dia check dinding kat area tu biasa je rasanya. Nothing out of the ordinary. Tapi bila dia check dari luar rumah baru sedar yang dinding rumah dia terlajak sikit, macam ada ruang di antara dinding. Selama ni either Pak Leng atau keluarganya jarang ke belakang rumah. 

Bersusah payah Pak Leng seret meja makan ke dinding, kemudian letak kerusi supaya dia boleh panjat ke atas tembok tersebut. Memang betul tekaan Pak Leng yang ada ruang di tengah-tengah dinding.Perabot-perabot rumah rosak macam almari kayu dan kerusi-kerusi patah bertaburan dalam ruangan tengah. Pak Leng intrigue nak turun ke dalam ruangan tengah itu tapi nanti takleh keluar balik pula. Apa yang membuatkan Pak Leng lagi teruja nak usha area tu bila dia nampak ada tingkap kayu tertutup di salah satu dinding, maknanya ada 'bilik rahsia' dalam rumah.

Pak Leng tidur awal malam itu. Tak sabar nak tunggu besok sebab nak pinjam tangga dari opis. Dia nak explore bahagian rumah yang dia tak tahu wujud selama ni.


Pagi-pagi lagi Acik Ita dah mengusung tilam Firdaus keluar bilik. Anak tunggal Pak Leng kencing malam. Tak pernah-pernah si Firdaus ni kencing atas tilam. Firdaus pulak mandom je. Masa breakfast Firdaus bagitahu yang malam tadi dia dah terjaga nak pergi toilet tapi baru je nak keluar pintu bilik dah nampak ‘Kakak’ berdiri kat sebelah pintu belakang.

Takut punya pasal, Firdaus selubung badan pakai selimut atas katil sampai ke pagi. Apa yang buat dia terkencing ialah dengar orang lalu-lalang kat luar tingkap bilik. ‘Orang’ tu jalan dari hujung ke hujung dan setiap kali lewat tingkap bilik Firdaus, ‘dia’ akan ketuk sekali kat tingkap.Ketukan tu ulang banyak kali sampai Firdaus ni tekup muka kat bantal menangis. Sambil air mata keluar, air kencing pun keluar.

Tergamam Pak Leng dan Acik Ita. Hari tu Pak Leng ambil emergency leave. Dia ke sekolah bagitahu Firdaus MC seminggu dan hantar anak balik kampong isterinya hari tu juga. Acik Ita pula dah tak berani nak duduk rumah tu sensorang. Pak Leng beri kebenaran kalau Acik Ita nak duduk kat kampong juga pun takpe, tapi dia tak sampai hati nak tinggalkan Pak Leng sendirian di rumah.

Pikir punya pikir, Pak Leng dan isteri balik kampong di Teluk Intan dan minta kakaknya temankan isteri sampai hujung minggu ni. Masa kat kampong, Pak Leng tak cerita detail sangat kat kakaknya, just bagitahu kes emergency dan minta tolong sangat-sangat temankan Acik Ita sampai hari Ahad. Dalam kereta on the way balik Tanjung Malim baru diceritakan semua kejadian-kejadian angker di rumah.

Boleh pulak kakak Pak Leng ni gelak, cakap “Aku ingatkan apebende lah”. Kakak Pak Leng, namanya Che Mah adalah seorang andartu. Rumah kampong Teluk Intan yang besar tu dia duduk sorang je lepas kematian ibubapa mereka. Dalam adik-beradik seramai 12 orang, kakaknya yang nombor 3 ni boleh dianggap paling berani lah. Walaupun rumah kampong tu takde hantu, but it takes some nerve to live there alone. Selamba je Che Mah duduk rumah kampong besar tu sensorang, sampai budak-budak kampong takut dengan Che Mah sebab ada orang cakap dia bela hantu.

Tiba di rumah, Pak Leng suruh Che Mah tidur kat bilik Firdaus tapi Che Mah tak nak sebab single bed. So Pak Leng cakap kalau camtu ambil tilam dari stor dan bentang kat hall lah. Che Mah tengok bilik stor ada katil besar siap tilam.

"Leng, aku tidur sini je lah" kata Che Mah sambil tunjuk kat katil bilik stor. Terdiam Pak Leng dengan Acik Ita kejap. Kemudian di bagitahu yang inilah stor yang dicerita dalam kereta tadi.

"Ohhh...takpee..kalau dia kacau aku, aku cubit-cubit dia nanti" seloroh Che Mah. Oklah macam tu, Acik Ita ambil cadar, selimut dan bantal untuk kakak iparnya sementara Pak Leng ke ofis ambil tangga. Di ofis Pak Leng lepak kejap dengan member-member dia. Dia bagitahu pasal ruang rahsia kat rumah, dah semua excited nak join penerokaan Pak Leng juga. Borak punya borak, semua janji nak explore sama-sama rahsia rumah Pak Leng besok time lunch break, sebab nak buat hari yang sama, dah petang.

Meanwhile at home, while waiting for Pak Leng. Acik Ita dan Che Mah mengemas bilik stor. Time mengemas bunyi kucing bergaduh kat luar tingkap bilik stor tak henti-henti dari tadi. Sampai dah di chettt chettt banyak kali sambil pukul tingkap bilik pun tak selesai-selesai ngauu ngauu nya. Kalau 5 minit boleh lah tolerate, ini dah lebih 30 minit tak habis-habis lagi, Che Mah isi air dalam baldi dan buka tingkap nak simbah air kat kucing-kucing tu.

Buka je tingkap, Che Mah nampak seekor kucing tengah lompat-lompat cakar "budak tangan panjang" yang sedang mengunyah seekor anak kucing. Di tanah berselerakan beberapa bangkai anak kucing yang dah terburai isi perut. Out of impulse, Che Mah simbah 'budak' tu dengan air dalam baldi dan macam lipas berlari hilang dari pandangan. Sebelum Che Mah tutup tingkap balik, sempat dia melihat dengan sedih kucing tersebut menjenjeng mayat anaknya pakai mulut.

Che Mah tengok kat Acik Ita, then cakap...

"Ita, tak jadi lah aku tidur sini, tidur kat hall je lah..."

Ketiga-tiga mereka dinner kat luar kerana beli groceries untuk makan tengahari besok. Sebab kawan-kawan Pak Leng nak datang, kenalah buat makan-makan sikit kan. Lebih kurang pukul 9 malam macam tu mereka pulang ke rumah dalam hujan lebat. Sampai kat rumah, petir sabung-menyabung dua tiga kali. Kalau sesiapa pernah tinggal kat suburban Malaysia tahun 80an, pasti familiar dengan situasi terputus bekalan elektrik ketika hujan lebat. Ini bukan kes fuse tendang tapi memang kabel ke ape kena sambar petir sampai satu kawasan bergelap. Kata orang time tu "takde api". So ngam-ngam dummm dumm dummm tiga empat kali, rumah Pak Leng takde api.

Pak Leng keluar balik nak beli lilin. Isteri dan kakaknya melepak kat garaj while waiting. Kat luar at least ada cahaya bulan lagi, banding kat dalam rumah gelap-gelap tu, better la tunggu kejap kat luar. Berborak la Acik Ita dan Che Mah, catching up on life and shoot the shits. Acik Ita sebenarnya menahan kencing dari tadi. Ingatkan nak tunggu lakinya pulang tapi lama pula. Nak tak nak, merayu-rayu lah minta Che mah tolong temankan pergi toilet dalam rumah.

On the way nak pergi toilet tu seksa betul. What supposed to be a simple less than a minute trip to the toilet, dah jadi macam berjalan dalam gua pula. Takut-takut tak tentu pasal, padahal dalam rumah sendiri ni. So the plan is, Acik Ita pakai toilet dulu dan Che Mah stand by kat luar pintu, lepas tu switch. Acik Ita pun do her business. Ketukan bertalu-talu di pintu dan suara Che Mah suruh buka pintu agak mengganggu kelancaran business Acik Ita. Tensen pula Acik Ita.

"Haa ye lah yelah..orang nak keluar dah ni" kata Acik Ita, bengang dengan kakak iparnya yang masih tak henti-henti ketuk pintu.

Buka je pintu, meluru Che Mah masuk dan kunci pintu cepat-cepat.

"Kat luar ada orang" kata Che Mah. Acik Ita tak perlu tanya lebih-lebih untuk mengetahui samada 'budak tangan panjang' atau 'maknya'. So berkurung lah dua orang itu dalam toilet. Lebih kurang 10 minit macam tu dengar suara Pak Leng panggil bini dan kakaknya. Apa berlari Acik Ita dan Che Mah pergi ke pintu.

Malam itu, tiga-tiga tidur kat hall.

Pak Leng ke opis macam biasa pagi itu. Acik Ita dan Che Mah pula menyediakan makan tengahari. Tengahari pun sampai dan Pak Leng berserta geng-geng opis dah siap dengan tukar baju t-shirt, bertrek suit bagai. Semangat betul. Acik Ita tanya nak makan dulu ke atau nak check tempat rahsia tu dulu? Mula-mula geng-geng Pak Leng dah semangat nak check dulu baru makan. Tapi Pak Leng beri kata putus, makan dulu then baru panjat dinding belakang.

Lepas makan, kawan-kawan Pak Leng pacak tangga "A" kat sebelah dinding. Masing-masing panjat dan stand by kat atas tembok. Bila semua dah duduk ala menunggang atas tembok, dengan berhati-hati tangga besi di angkat dan di positionkan secara bersandar ke dinding kerana takde clear area nak tegakkan tangga.  The whole ground penuh dengan lambakan kayu-kayu perabot.

Sebagai tuan rumah, Pak Leng turun dulu, diikuti geng-geng satu-persatu. Eksplorasi dimulakan dengan memeriksa perabot-perabot kayu pre-Merdeka design yang bersepah - bersepah. Time usha-usha tu semua cakap rugi je terbiar kerana kalau jual boleh laku kat peminat perabot-perabot antik neh. Dah berjemur-berhujan berpuluh-puluh tahun pun still okay lagi kayunya. Pak Leng shoot the idea to his friends dan bersetuju untuk satu hari nanti di keluarkan perabot-perabot ni, repair dan jual. Untung kasi sama rata.

"Tingkap apa tu?" tanya salah seorang rakan Pak Leng. Hampir terlupa dia pasal 'bilik rahsia' yang terletak di sebelah pintu belakang. Tingkap tu takde holder so pening juga nak membukanya. Kawan Pak Leng ada bawa parang dan cuba kopek daun tingkap tersebut. Cungkil punya cungkil tak juga terbuka. Susah sangat, parang aje tingkap kayu tu sampai kopak. Acik Ita campak beberapa batang lilin seperti diminta lakinya.

Berbekalkan cahaya lilin, Pak Leng dan kawan-kawannya memasuki bilik rahsia yang mungkin berpuluh tahun tertutup. Dalam bilik ada single bed rapat ke dinding. Kat katil ada tilam tak bercadar dengan sebijik bantal tak bersarung. Sebelah katil ade bedside table berlaci. Terdapat study desk kayu lengkap dengan kerusi dan rak pakaian tak bertutup. Dalam rak pakaian ada beberapa pakaian kanak-kanak perempuan tergantung di hanger. Dalam laci study desk mostly kosong, cuma ada pensil dua, tiga batang. Tapi kat dalam laci bedside table ada buku-buku vintage jenis cover kain dan tulang berjahit tu. Kawan-kawan Pak Leng tanya boleh ambil tak? bila Pak Leng cakap "Sukati ko lah, tapi kalau ade bende-bende ikut sekali dengan buku tu ko tanggung sendiri" terus tak jadi member nak ambil.

Bila dilihat sekeliling bilik tersebut, Pak Leng mendapati pintu masuk yang dah ditutup batu-bata dan plaster menghadap ke arah dinding rumah Pak Leng, exactly the same spot ada sticker kat dinding tu. Teringat Pak Leng kat 'Kakak' yang suka sangat berdiri kat sebelah pintu belakang, yang mana bersebelahan dengan pintu bilik rahsia...

"Dah la tu, jom keluar.." kata  Pak Leng tergesa-gesa. Sekarang baru dia faham kenapa 'Kakak' suka sangat lepak kat spot yang sama. Rupa-rupanya 'rumah' dia belakang dinding. Kalau manusia lah, rumah di pecah masuk pun marah, apa lagi kalau 'bukan manusia' rumahnya dipecah masuk. Meremang bulu tengkuk Pak Leng.

Untuk cover tingkap, Pak Leng dan kawan-kawan longgokkan kayu-kayu perabot ke tingkap. Semasa meninggalkan rumah untuk ke pejabat, Pak Leng melihat sayu arah dinding bilik rahsia.

"Habis lah aku malam ni" kata Pak Leng sendirian.

Tak payah tunggu malam. Lebih kurang pukul 3, Acik Ita dan Che Mah dengar bunyi katil spring bilik stor berderap-derap, macam orang main lompat-lompat atas katil. Mereka buat tak tahu aja tapi agaknya makhluk ape tah kat stor merajuk tak dipedulikan, pintu bilik stor pula main hempas-hempas.

Hempas, kemudian tiba-tiba KReeeeettt terbuka balik, DUmmm terhempas, then buka balik. Macam budak-budak meragam lah kekdahnya.

Che Mah mungkin dah terbakar kot, dia pergi kat bilik stor. Dari luar pintu tertutup dia membentak.

"KAU JANGAN NAK MENGADE-NGADE! INI RUMAH ORANG! TOLONG HORMAT! KAMI TAK GANGGU KAU!" lebih kurang macam tu lah kakak iparnya cakap kata Acik Ita.

Pintu tertutup itu kemudian perlahan-lahan daun pintunya terbuka. Dari bukaan kecil Che Mah nampak 'budak tangan panjang' bercangkung di sudut katil melihat ke arahnya sambil tersenyum lebar.

Cut long story short, Acik Ita dan Che Mah dah terpacul kat opis Pak Leng. Cerita punya cerita, salah seorang kakak ni kat opis Pak Leng cadang pergi jumpa imam masjid. Acik Ita dan Che Mah melanguk je lah kat ruang tetamu sementara tunggu lakinya habis kerja. Pak Leng, Acik Ita dan Che Mah pergi ke rumah tok imam sebaik sahaja punch out dari ofis.

Bila dah jumpa dengan Tok Imamnya, Tok Imam pula cakap "saya ni imam masjid, mengimamkan solat, bukannya bomoh halau hantu". Terdesak punya pasal, Pak Leng pujuk lah Tok Imam ni. Pedas jugalah telinga bila Tok Imam sindir-sindir cakap "dah hantu masuk dalam rumah baru nak cari Tok Imam, pergi masjid tak nak" macam tu lah. Diakui keluarga Pak Leng dan Acik Ita ni bukan jenis alim. Pak Leng ni jenis jejak lantai masjid time solat Jumaat dengan sembahyang raya je.

Akhirnya Tok Imam pun bersetuju. Tapi takde cakap nak halau hantu just bagitahu "bacaan Yassin dan solat buang bala" or something like that. Bacaan Yassin dan aktiviti solat dijalankan di ruang tamu rumah. Kawan-kawan tempat kerja Pak Leng pun turut serta malam itu. Masa baca Yassin dan the rest tu, semua okay je. Takde lah benda-benda aneh berlaku. Tapi bila time tea break, Tok Imam baru selesai keluar dari toilet tanya Pak Leng.

"Siapa kat luar tu? Tak ajak minum sekali ke?" Dah terdiam semua.

"Tok, itulah bendanyeee" kata Pak Leng berbisik.

Tok Imam tu tengok Pak Leng, then toleh tengok 'Kakak'. Tengok Pak Leng, then toleh tengok 'Kakak'. Kemudian tanpa berkata apa-apa, Tok Imam ni pun pergi ke open air area rumah Pak Leng, bertemu dengan 'Kakak'.

Pak Leng dan lain-lain bersidai kat dinding koridor time tu. Pak Leng cakap tak jelas perbualannya, tapi dia ingat ada dengar Tok Imam cakap kat 'Kakak'

"Dahh..tak payah la nak buat gitu..." macam tu lah bunyinya.

Selesai berbicara bersama 'Kakak'. Tok Imam suruh semua berkumpul kat hall dan bagitahu Pak Leng dan Acik Ita supaya usahakan cari rumah lain. 'Penghuni tetap' rumah ni tak suka berkongsi dan dia takkan keluar sebab disini tempat 'dia dan keluarga ditanam'.

Pak Leng ambil cuti kecemasan lagi besoknya. Pagi-pagi dah punggah barang-barang sebanyak boleh masuk kereta dan balik Teluk Intan. Dua minggu dia ulang-alik dari Teluk Intan dan Tanjung Malim.

Permohonan pindah rumah Pak Leng diluluskan dan dia berpindah ke kuarters apartment yang jauh lebih kecil dan agak jauh dari opis. Takpelah jauh pun, at least takde hantu. Pak Leng dan keluarga menetap di Tanjung Malim sampai tahun 1995 (cukup 10 tahun perkhidmatan setempat) dan apply tukar ke tempat lain. Tahun 2000 Pak Leng opted for persaraan pilihan dan berpindah ke rumah sendiri di Ipoh. Last time sebelum dia pindah dari Tanjung Malim, rumah kuarters horror tu dia dengar akan dirobohkan untuk bina asrama pelatih.

Tahun 2003 dia ada ke Tanjung Malim menghadiri kenduri kahwin anak temannya (salah seorang dari teammate exploration secret room Pak Leng) dan lalu kat depan rumah lama dia. Dia tengok, bus stop depan rumah dah takde dan diganti dengan mini shoplot. Multipurpose court depan rumah dah dibina apartment kuarters polis kalau tak silap (ada cat navy blue dan putih) dan ofis lamanya dah diganti bangunan baru 4 tingkat.

Masih kekal di tengah-tengah pembangunan tersebut ialah rumah kuarters lamanya yang masih tersergam. Nampaknya plan nak roboh jadi apartment tu tak jadi, tapi rupa-rupanya dah jadi "Stor Simpanan".



================================
from author dammerung dari cari forum

6 comments:

  1. tak pasal2 aku dok landing sini cari pasal kuarter. dah alang2 aku baca...best siot. buat filem pendek best ni dowh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pssst abang akukacak.. nak dok kuarters ka? jaga2.. ada yang memeratiiiiiii.. kik3

      Delete
    2. hahaha.. dah dua kuarters aku duduk. kuarters KPM dan BPH. biasalah bunyi2 tu.

      Time kt Kuarters KPM paling best bunyi org ketuk dinding dapur masa tgh masak maggi.. sebelah dinding dapur tu mmg kosong. dahla dok tingkat paling atas.

      tp biasalah org ensem mana takut. siap cabar tunjuk muke..xde plak dtg. hmm.. sampaila maggi tu habis aku makan. eh lapor plak rasa nk makan meggi. dammm

      Delete
  2. Sedap cerita ni.
    Kalaulah betul, maknanya kuarters polis tu dekatlah dengan UPSI.
    Tapi tak pernah dengar pula sepanjang belajar di situ.

    ReplyDelete
  3. Siapalah yg sekeluarga ditanam dlm tu?jemaah gereja ke?

    ReplyDelete