Tuesday, January 10, 2017

Kisah Seram: Kuala Terengganu, 1991

Hussein terbaring di tilam yang di bentang di ruang tengah rumah kayu peninggalan arwah atuknya. Keadaan di rumah sepi, ayah sudah ke pejabat dan adik-adik ke sekolah. Cuma ibunya didapur sedang menyiapkan makan tengahari. Sepatutnya dia berada di sekolah ketika ini tapi Hussein diserang demam panas malam tadi dan diasingkan supaya tak menjangkiti adik-adiknya.

Dia termenung kebosanan selepas terjaga sebentar tadi. Mahu menonton TV, mana ada siaran pukul 11 pagi ni. Di kala Hussein mengeluh kebosanan, kedengaran namanya di panggil dalam nada berbisik...

"Hussein, Hussein, Hussein, Hussein"

Kerana suara itu seperti milik kanak-kanak seumurnya (ketika kejadian Hussein berumur 8 tahun), dia ingat ada temannya datang melawat. Hussein pun menoleh ke arah ruang tamu tapi suara itu datangnya dari tingkap ruang tengah.

Matanya terarah ke tingkap berdekatan dan dilihatnya ada seseorang sedang bergayut di penghadang kayu tingkap. Menurut Hussein, kepalanya kecil sebesar kepala bayi, mata besar terbuntang tapi tiada kening, takda hidung dan mulutnya ada gigi arnab dua batang terkeluar. Kepalanya pula botak dan kulit muka hitam berkerak kering macam orang ada penyakit kulit.

Dari mata yang tertutup separuh oleh tuala Good Morning lembap, Hussein melihat makhluk itu melonjak perlahan-lahan naik ke atas dan bertenggek di penghadang kayu tingkap. Terlihat jelas tubuh badan seperti lelaki dewasa yang tegap tapi dilitupi bulu-bulu halus yang lebat. Sambil bertenggek macam monyet sedang duduk, termuncung-muncung mulut makhluk tersebut memanggil-manggil namanya... 

"Hussein, Hussein, Hussein, Hussein"


Tak tahu kenapa, Hussein rasa badannya seperti lumpuh dan tekaknya kering teramat sangat sampai tak boleh bersuara. Dia cuba berfikiran positif, mungkin mimpi agaknya dan terus menutup mata rapat-rapat dengan harapan bila buka mata nanti benda tu dah takde. Dah lama sikit tutup mata, kelopak mata di buka perlahan.

Kalau tadi bertenggek di penghadang, ini dah kat lantai rumah. Hussein perasan makhluk itu badannya aja yang tegap tapi kakinya kecil kurus. Bila dah start mengengsot benda alah tu, time tu juga dia terkencing dan Hussein cuma mampu menangis saja.

Lebih kurang jarak 3 meter macam tu, makhluk tu stop dan tenung saja si Hussein. Di alihkan kepala ke arah lain sambil tutup mata rapat-rapat tapi kedengaran lantai kayu berkeriut-keriut dan berhenti di hujung kaki. Bila di buka mata sedikit, makhluk berbulu tu dah menonggeng pulak dah dengan muka betul-betul menghadap tapak kaki Hussein.

Hussein menjerit sekuat hati sehingga dia rasa suara yang tersekat kat kerongkong keluar sikit demi sedikit sampailah jeritan "Maaaaaakkkkk" memecah keheningan rumah. 

Hussein cakap lepas panggil maknya, makhluk berbulu tu cepat-cepat mengensot pakai tangan menuju ke tingkap dan terjun ke bawah (rumah Hussein ni rumah kayu bertiang).

Bila maknya datang, Hussein meraung-raung cakap ada hantu, ada hantu, tapi mak cuma cakap...

"Mana ada hantu siang-siang ni!"

Sekarang Hussein dah berkeluarga tapi masih kena bahan dengan adik-beradiknya gara-gara kes mengigau kencing atas tilam tu. 

Dan tiada siapa pun dalam keluarganya yang percaya dengan cerita hantu si Hussein. Semua cakap Hussein buat cerita untuk cover line.

Kesian Hussein.

================================
from author dammerung dari cari forum

No comments:

Post a Comment