Radzi menamatkan zaman persekolahannya pada tahun 1987, dengan berbekalkan sijil SPM gred 3, Radzi berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan menginap sementara di rumah kakak nombor duanya. Dengan bantuan kakak, Radzi berkerja sebagai kerani di sebuah bank. Niatnya untuk memiliki KITT masih tidak luntur dan tersemat dalam jiwa dan seperti mimpi, dia akhirnya menemui 'KITT' dalam bentuk Proton Saga hatchback yang waktu itu dikenali dengan nama Proton Saga Knight.
Kereta itu seperti semua sedia maklum, memang takda rupa KITT Knight Rider langsung. Tetapi bentuk sporty nya di tambah pula dengan perkataan 'Knight' di tepi bonet sudah cukup bagi Radzi untuk declare bahawa dia dah jumpa 'Knight Rider'nya.
Walaubagaimana pun, dia cuma seorang kerani junior yang dibayar gaji pokok 400 Ringgit. Kalau buat overtime dapat lah stretch sikit sampai 600 ringgit sebulan, itu pun bukan tiap-tiap bulan boleh buat overtime. Jadi dia hanya memendam rasa saja lah kerana masih tak mampu nak beli Proton Saga Knight yang ketika itu puluhan ribu ringgit (Radzi tak ingat harganya berapa)
Nak dijadikan cerita, pada satu hari dia mendapat khabar ada Proton Saga Knight second-hand nak dijual oleh pemiliknya. Apa yang membuatkan Radzi terlompat ialah pemilik nak let go dengan harga cuma 1000 Ringgit!
Tanpa berfikir panjang, Radzi telefon empunya Proton Knight dan apek itu siap tawar untuk nego lagi. Disebabkan Radzi ni orang kampung yang lurus bendul, pepatah Inggeris "If its sound too good to be true, then it is" tak terlintas langsung dalam kepala otaknya.
Even apek tu offer nak datang sendiri ke tempat Radzi pun dia tak nak. Biar dia yang pergi ke sana dan deal dengan uncle. Dengan berbekalkan duit seribu ringgit yang dipinjam dari fasiliti pinjaman wang untuk kakitangan, Radzi berpura-pura sakit selepas makan tengahari dan kemudian pergi ke Klang.
Di Klang, dia 'diperkenalkan' dengan 'KITT'nya. Kata Radzi, masa tu rasa nak menitik air mata. Macam tak percaya je yang dia akan memiliki kereta Knight Rider. Disebabkan Radzi ni jangan kata lesen kereta, lesen motor pun takda, on paper apek masih owner kereta tapi kereta Radzi ambil.
Kata Radzi, since dia tak reti driving, dengan tak malu dia minta uncle hantar dia dan kereta sampai rumah kakaknya. Yang peliknya, uncle tu tak membantah langsung, malahan berbesar hati pula. Dalam perjalanan pulang ke rumah kakak, apek tu hanya menceritakan betapa hebatnya kereta ni, cantik lah, pick-up lah dan macam-macam lah. Takda satu pun menyentuh soal kenapa dia nak jual kereta yang ketika itu tengah hangat di pasaran dengan harga rendah. Radzi pun tak tanya walaupun hatinya agak meronta-ronta nak tahu, since dia risau kalau tiba-tiba Cina tu ubah fikiran, lebih baik tak payah tanya.
Masuk di perkarangan parkir flat rumah kakaknya, seribu ringgit bertukar tangan walaupun uncle offer nego tapi Radzi tak nak. Bagi dia, dah cukup baik dah uncle tu jual harga murah siap hantar sampai rumah lagi. Apek segera meninggalkan kompleks rumah flat selepas dapat duit dan tak tunggu lama untuk penduduk disitu mengerumuni kereta Knight Ridernya. Kembang juga lah bila dengar jiran-jiran jakun tengok kereta barunya. Luahan "wuiyoo" dan "huiiii Proton Knight!!" kedengaran jelas di telinga dan semakin kembang Radzi dibuatnya. Tak kisah lah dia takda lesen dan tak reti memandu, yang penting sekarang ni dia ada kereta paling seksi di Malaysia.
Tiba di rumah kakak, dia memaklumkan tentang kereta barunya. Ingatkan kakaknya nak tumpang gembira ke apa tetapi dimarah teruk pula. Kak ngah marah Radzi bodoh sangat tak fikir dulu entah-entah kereta curi ke apa sebab mana ada orang nak jual murah macam tu? Bertengkar lebih kurang, Radzi merajuk malam itu dan tak tidur kat rumah.
Of course lah Radzi tak kisah sebab dia nak beramas mesra dengan KITT. By the time orang semua makan malam, Radzi duduk di driver seat buat pertama kali. Jarinya memutar ignition key dan deruman enjin membuatkan dirinya in ectasy. Kata Radzi kelakar juga lah waktu itu sebab dia hanya tahu hidupkan enjin dan hidupkan AC je. Batang-batang kat tepi stereng tu pun dia tak tahu apa fungsinya. Nak main usik-usik takut rosak pula. Kereta baru lah katakan.
Kejadian aneh bermula apabila dia menurunkan seat untuk berbaring. Di sebalik deruman enjin, Radzi terdengar ada suara orang ketawa manja. Suara tersebut walaupun halus tapi jelas suara seorang gadis. Mula-mula dia ingatkan ada lah awek area flat yang kagum lihat kereta Proton Knight so dia berlagak cool aja lah, tapi bila lama pula ketawanya, Radzi mula curiga.
Bila dia tegakkan balik seat, tengok sekeliling takda siapa pun. Matikan enjin dan keluar mengelilingi kereta, hanya dia seorang sahaja di parkir lot rumah flat yang pada waktu itu masih tak banyak kereta (kata Radzi, time tu masih mudah nak dapatkan parking di rumah flat, tak macam sekarang). Mungkin salah dengar agaknya, Radzi kembali masuk dalam kereta tapi kali ni dia tak tutup pintu. Nak hidupkan stereo, dia tak tahu so dia melepak aja lah sambil bersiul-siul. Kemudian dengar lagi suara ketawa manja di belakang.
Cepat-cepat Radzi toleh tapi sepi. Sekali lagi dia pergi ke arah bonet dan lihat keadaan sekeliling. Tak tahu kenapa, Radzi tergerak hati nak check bawah kereta. Dia bertinggung melihat bawah kereta. Betul-betul depan kereta, Radzi nampak sepasang kaki. Seseorang sedang berdiri depan kereta berkaki ayam. Kereta berhenjut seperti ada orang duduk atas hud kereta.
"HOI!!" Jerit Radzi sambil pantas menuju ke arah depan kereta.
Malangnya, orang itu sempat melarikan diri kerana tiada siapa selain dia.
"Malaon betul! Siap lah kalau aku dapat tangkap!" Marah Radzi sendirian dengan harapan malaon itu terdengar amarannya.
Radzi masuk dalam kereta dan menutup pintu. Malam itu dia planned nak tidur dalam kereta je. Dibuka simpul kain pelikat untuk disarung jadi selimut dan di recline driver seat sehingga ke bawah. Sambil berpeluk tubuh, Radzi senyum sendirian. Still tak percaya dia dah memiliki kereta, kereta idaman pula tu. Soal dia tak tahu driving tolak ketepi sebab itu boleh settle kemudian. Nanti bila dah ada lesen, boleh lah dia jalan-jalan sekitar KL, lepas tu boleh mengorat awek, then bila dah ada awek boleh pick up awek depan rumah sambil pakai baju kotak-kotak dengan Ray-Ban aviator frame gold, then boleh makan angin pergi Mimaland main-main basikal kincir dalam tasik tu...Radzi berangan sendirian sambil terkikik-kikik ketawa.
Bunyi orang berlari mengejutkan Radzi dari lamunan. Dia ternampak kelibat hitam berlari di sebelah kereta dan seakan menyorok kat bahagian tayar. Dia boleh lihat bonjolan kepala di hud kereta. Dengan hati terbakar, dia keluar dari kereta nak sergah anak jiran yang menganggu berangan momentnya. Sampai di bahagian depan, orang itu tengah mengensot masuk bawah kereta.
"Woi sial ko ingat aku tak nampak ke hah?" Gertak Radzi sambil bertinggung untuk lihat bawah kereta.
"WOI BUDAK JAHANaa..." Tak sempat Radzi nak habiskan hamburan, betul-betul depan mata adalah sekujur tubuh dalam posisi seperti labah-labah dengan wajah seakan topeng kabuki. Di saat wajah itu berputar 180 darjah, Radzi terus melompat ke belakang dan masuk dalam kereta. Pintu semua di pastikan berkunci dan jangan tanya kenapa Radzi masuk dalam kereta instead of running away like any normal people would do.
Dari driver seat Radzi nampak jari-jemari mencengkam kemas pangkal cermin tingkap pintu seat belakang, betul-betul atas kepalanya. Perlahan-lahan kepala muncul di tingkap. Kata Radzi, dahi makhluk itu berkedut seribu dan dari mata sepetnya, sepasang anak mata hitam merenung tepat ke arahnya. Jari makhluk itu macam manusia tapi panjang dan tirus, mencakar-cakar permukaan tingkap sehingga menghasilkan bunyi mengilukan.
But then bunyi ngilu is the least of his concern. Sekarang ni yang Radzi risaukan ialah kereta kesayangannya di apa-apakan. Time tu kata Radzi dia dah tak kisah pasal dirinya, top priority adalah Proton Knight Rider yang tak sampai sehari dimiliki. Benda alah tu bergerak menuju ke depan dan mencangkung atas hud kereta sambil tayang mulut penuh dengan gigi-gigi tajam. Radzi tutup mata rapat-rapat sambil baca apa-apa surah yang terlintas di kepala. Bila keretanya dah berhenjut baru Radzi laungkan azan sekuat-kuat hatinya. Tak pasti macam mana dia boleh terlentok sebaik azan di laungkan, mungkin juga pengsan, apa-apa pun Radzi tak pasti.
Radzi menggelabah bangun apabila tingkap cermin diketuk abang ipar sekitar waktu Subuh. Dia disuruh balik rumah untuk mandi dan bersiap pergi kerja. Kejadian malam tadi masih menghantui dirinya tetapi sebaik sahaja dia keluar dan lihat Proton KITT takda kerosakan, perasaan lega ibarat di flush memenuhi diri sehingga lupa tentang hantu labah-labah tersebut. Ketika sarapan, Kak ngah tak habis-habis perli pasal kereta barunya. "Tak bawak kereta baru pergi ofis? Ohh lupee tak reti bawak keter, tapi berangan nak ada keter, sekarang membazir bla bla bla" Radzi pekakkan telinga je, malas nak layan. Duit aku, suka hati aku lah, ada aku minta duit kau? Rungut Radzi dalam hati.
Sebelum mengejar bas mini, sempat dia lawat Proton KITT. Toleh kiri, toleh kanan, line clear, cium lambang Proton dan usap-usap hud. Radzi perasan dari ekor mata, ada lembaga duduk di seat belakang betul-betul belakang driver seat tapi dia takda masa nak reacted on that. Lantaklah kata Radzi, jangan kau jahanamkan kereta aku sudah.
Malam kedua, Radzi melepak lagi kat dalam Proton Knight Rider. Kali ni dia dah berani sikit sentuh-sentuh sana sini. Hari itu dia dah tahu macam mana nak hidupkan stereo. Tapi setakat hidupkan stereo je lah. Nak switch AM/FM tak tahu. Disebabkan default setting kat AM, dia hanya boleh dapat siaran radio Siam je. Siam pun Siamlah, janji berbunyi.
Mula-mula okay je layan radio Siam ni tapi lama-lama lain macam pula bunyinya. Radzi ni takdalah tahu sangat pasal radio tapi dia tahu lah siaran radio macam mana bunyinya. Kata Radzi, kalau tadi ada nyanyi-nyanyi, ini dah macam sami menurun pula, siap ada Aummmm Aummm ramai-ramai then ketuk loceng. Agaknya bacaan doa kot macam kat radio-radio melayu. Tapi yang tak bestnya, di sebalik audio upacara menurun Siam tersebut di backgroundnya ada suara orang menangis meraung. Mula-mula macam sayup je then makin lama makin kuat sampai tenggelam suara sami Buddha tu.
Dah tak boleh blah, Radzi matikan radio. Sebaik dia matikan radio, lampu kereta menyala secara tiba-tiba dan ternampaklah makhluk labah-labah semalam. Wajah seperti topeng kabuki (Radzi cakap muka cam topeng opera Jepun yang mata sepet tu, so bagi aku topeng kabuki lah kot). Rambut panjang sampai ke bawah dan sebati dengan tubuh badannya yang juga berbulu.
Radzi freezed. Dia hanya mampu tengok je. Kalau aku toreh pipi Radzi time tu rasanya tak keluar darah kot. Makhluk tu melompat dan landing atas bumbung kereta. Terasa henjutan tapi tak kemek pula. Mungkin time tu body Proton masih pakai steel berkualiti kot, anyway kalau sebelum ni Radzi macam was-was pasal keaslian penampakan hantu labah-labah, tapi kali ini dia pasti yang Proton Knight Ridernya ada penunggu.
"HANTUUUUU!!!" Jeritan sekumpulan kanak-kanak yang mencicit lari sebaik melewati Proton KITT Radzi. Dengan tenang Radzi keluar kereta, kunci pintu dan berlari macam lipas kudung balik rumah.
Kawasan parkir flat kos rendah yang didiami Radzi biasanya sunyi sepi waktu malam. Rata-rata penduduk melepak di rumah sambil layan TV, ada lah beberapa budak-budak bujang melepak tapi mostly dekat area tangga. Tapi malam itu, perkarangan kompleks flat sesak dengan para penduduk. Ini semua gara-gara sekumpulan kanak-kanak mendakwa terlihat hantu di kereta Radzi ketika pulang dari mengaji.
Punya lah ramai orang kat area parkir sampai orang jual ais krim dan roti pakai motorsikal datang entah dari mana pun join sekali. Radzi pada mulanya tak nak turun tapi lepas kakaknya paksa sebab melibatkan kereta dia, terpaksa juga lah ikut serta. Kata Radzi, no big deal pun. Walaupun majoriti penduduk di situ adalah dari kategori working-class, tak ada siapa nak mengaku percaya ada hantu berkeliaran kat area flat diaorang. Just budak-budak aja lah beriya-iya percaya. Radzi pakat gelak je bila ketua komuniti blok rumah kakaknya tanya betul ke kereta ada hantu dalam nada bergurau. Kata Radzi "Ada Pak Aji" sambil berseloroh dan diikuti gelak tawa yang lain.
Padahal masa tu dia jeling juga ke arah kereta sambil berdoa janganlah benda alah tu bikin show. Pada mulanya Radzi pelik kenapa ramai gila yang turun kalau semua tak percaya hantu, tapi bila fikir balik mungkin semua dah bosan dengan rutin harian sama tiap-tiap hari jadi bila ada kejadian macam ni, tak kisahlah kelakar macam mana pun, semua nak menyibuk sama. Dari nak 'tengok hantu' bertukar jadi tengok Proton Knight. Masa tu kata Radzi dia dah jadi macam car salesman dengan orang keluar masuk kereta dia.
Kemeriahan berakhir lebih kurang 40 minit selepas itu. Radzi ambil keputusan untuk alih kereta ke bahagian lebih tersorok kerana tak nak kejadian penampakan oleh penduduk setempat berulang lagi. Dengan susah payah Radzi tolak kereta ke hujung tempat parkir berdekatan pagar kerana situ tak ramai orang lalu-lalang. Setelah memastikan pintu kereta berkunci, Radzi pulang ke rumah kakaknya. Baru beberapa langkah, terdengar suara gadis remaja di belakang.
"Jangan lah balik..."
Radzi terpaku. Nak lari nanti kereta dia jahanam dek hantu, nak stay, belakang ada hantu weiii. Radzi dalam dilema. Lepas considering the good, the bad and the ugly of that situation, masih membelakangi kereta, Radzi bersuara...
"Tolong jangan kacau aku dan kereta aku, aku tak kacau kau"
"Apa lah abang ni, kate kita kacau dia pulak" Balas suara di belakangnya dengan penuh manja.
Radzi telan air liur. Slow-slow dia putar ke belakang.
TU DIA! Jembalang mata sepet berdiri kat tepi kereta sambil menyeringai tayang gigi-gigi tajam.
Kata Radzi masa tu dia rasa macam kena simbah dengan air batu. Seram sejuk satu badan. Dalam sekelip mata hantu tu dah ada kat seat passenger depan, seolah-olah ajak Radzi jalan-jalan dengan dia naik kereta.
Setapak demi setapak Radzi undur ke belakang. Dia kena make sure jembalang tu tak ikut dia balik so mata dia terpaku pada makhluk dalam kereta sambil berundur. Seperti tadi, dalam sekelip mata juga jembalang mata sepet hilang dari pandangan.
Mata Radzi melilau cari benda alah tu. Mana pula dia hilang.
Tiba-tiba...
"Hik hik" Ketawa manja betul-betul di belakang telinga Radzi. Masa tu juga dia terbau bau bunga melati dan juga bau bangkai berselang-seli.
Within that few seconds, Radzi tak tahu apa terjadi. Sedar-sedar je dia dah kat hospital.
Menurut kakaknya, Radzi ditemui tak sedarkan diri, terbaring kat parkir waktu Subuh oleh penduduk setempat. Dan ada lagi satu berita mengejutkan...
"Radzi, kereta kau dah kena curik" Kata kakaknya dengan tenang.
Radzi terdiam. Tak cakap sepatah pun. Dalam kepala otaknya bermacam benda difikirkan. Dia tahu ni mesti kerja jembalang tapi macam mana jembalang tu curi? Takkan drive sendiri kot.
Fast forward few days later. Radzi pergi ke Klang, rumah tuan punya kereta. Nak report polis tak boleh sebab kereta tu bukan atas nama dia dan dia cuba telefon apek tu banyak kali tapi tak berangkat. Last sekali, ada pemberitahuan mengatakan nombor tiada dalam perkhidmatan.
Sampai di kawasan perumahan, rumah apek yang dia pergi haritu kosong macam takda orang duduk. Jiran sebelah cakap rumah sebelah dia dah bertahun takda orang duduk. Pulak dah, rumah siapa yang dia datang haritu? Walaupun dia datang rumah apek tu berdasarkan memori berapa hari lepas, Radzi rasa dia tak salah rumah. Alamat pun masih ada dia simpan.
Dia telefon pula tabloid yang dia jumpa iklan pasal kereta tempoh hari. Kata orang surat khabar, diaorang dah tak keep track maklumat-maklumat benda dah lepas. Ye lah, zaman belum ada komputer, mana lah orang nak keep track setakat iklan kecik kat surat khabar.
Radzi pada awalnya bercadang nak buat laporan polis pasal atas dasar dia di scammed oleh apek tu, tapi dinasihatkan oleh abang ipar supaya jangan proceed sebab dia beli kereta tu pun takda black & white agreement, so anytime boleh backfire balik.
Anggap ajalah it's a life lesson that cost satu ribu ringgit.
Berpuluh tahun berlalu, Radzi pun dah moved on with life. Dia berhijrah ke Miri, Sarawak dan berkahwin dengan orang sana. Kegilaan dengan Proton Knight pun dah pudar since keluarga makin membesar dan sekarang (tahun 2010) adalah proud owner of Perodua Alza (antara first orang yang pakai kat area Miri).
Dari semasa ke semasa, Radzi masih membelek majalah Auto Trader, dengan harapan terjumpa semula Proton Saga hatchback "Knight" berwarna biru navy...
TAMAT
================================
from author dammerung dari cari forum
bitlis
ReplyDeletetunceli
ardahan
bingöl
muÅŸ
COM3