Friday, January 13, 2017

Kisah Seram: Seremban, 2008

Dunia student aku berakhir pada tahun 2007 dan agak malang ketika aku baru nak memasuki alam pekerjaan, krisis ekonomi 2008 baru nak bermula. Memang mencabar lah nak cari kerja masa tu. Apa lagi untuk lepasan universiti macam aku yang tiada pengalaman berkerja (buat praktikal dengan kerja McDonalds tak dikira lah).

Atas dasar tak memilih kerja, aku terima job offer kerja di sebuah syarikat kontraktor bumiputra kelas D sebagai eksekutif. Gaji memang menyedihkan, tak sampai seribu ringgit, itu pun tak tolak EPF lagi dan secara teknikalnya aku bekerja sebagai kerani merangkap office boy tak bertauliah walaupun titlenya eksekutif.

Di situ ada seorang kerani yang dikenali sebagai Kak Roji. Kakak ni ramai lah yang tak suka sebab satu, mulut dia laser. Dua, semua benda dia tak nak buat, yang dia tahu photostat je dan ketiga, dia ni suka buat cerita pasal orang (menggosip).

Tapi ada satu lagi sebab kenapa ramai yang gerun sama kerani tua itu, Kak Roji ni main sihir.

Kak Wan ialah setiausaha kepada boss dan dia cerita kat aku bagaimana dia dibomohkan Kak Roji. Ianya bermula dari sekeping cheque client yang Kak Roji ni tak bagi kat despatch untuk di depositkan. Kak Wan cakap dah letak atas meja Kak Roji siap dengan sticky note lagi, tapi Kak Roji pula kata tak nampak pun cheque atas meja, so terjadi lah insiden tuduh-menuduh yang akhirnya diselesaikan dengan boss minta Kak Roji call balik orang tu minta re-issue semula cheque.

Walaupun boss tak salahkan siapa-siapa tapi Kak Roji anggap dia yang disalahkan dan makan dalam lah makcik tu dengan Kak Wan. Beberapa hari selepas itu, waktu nak balik kerja, Kak Roji confront Kak Wan sambil mengugut...

"Siaplah kau Wan, tengoklah siapa ziarah ko malam ni!"

Masa ni Kak Wan shrugged it off aja lah dan malam itu dia mimpi sedang menonton TV di rumah. Kemudian ada suara panggil nama Kak Wan berkali-kali. Bila buka pintu ada seorang nenek yang tua sangat sampai terbongkok badan. Yang peliknya Kak Wan tak kenal pun nenek tu. Kak Wan tanya nenek ni siapa, kenapa cari dia dan nenek tu minta kebenaran nak menumpang rehat dalam rumah. Beriya-iya nenek tu nak menumpang rehat dalam rumah, cakap lenguh kaki la, belakang sakit la, macam-macam lah. Kak Wan pun kasihan dan jemputlah masuk ke rumah. Bila Kak Wan ambil segelas air untuk tetamunya, dia tengok ruang tamu dah kosong. Balik dah nenek tu.

Kemudian dia terjaga. Dalam bilik gelap tu Kak Wan ternampak ada susuk tubuh sedang duduk memeluk lutut di sudut bilik belakang pintu. Kerana gelap dia tak nampak jelas cuma bentuk ajalah. Mungkin mata masih tak adjust dalam gelap agaknya, Kak Wan ingat takda apa lah tu dan sambung tido semula. Tiba-tiba ibu jari kaki ditarik-tarik dan Kak Wan buka mata nampak ada budak kecik mata merah kat bucu katil.

Apa lagi menjerit lah Kak Wan. Bila buka lampu, takda apa. Tengok bawah katil, dalam almari, kat toilet semua takda toyol tu. Suami Kak Wan cakap mengigau aja nih.

Lepas dari malam tu Kak Wan sering mendapat gangguan. Kalau time nak turun tangga, terasa belakang badannya di tolak atau kakinya di pegang dari opening bawah tangga. Time mandi kadang-kadang terasa ada benda menyucuk kat betis kaki macam digigit. 

Itu semua Kak Wan boleh kowtim lagi, tapi bila dia lalu depan cermin besar kat ruang tamu dan nampak hantu toshio tu bertenggek belakang badan anaknya, itu dah crossed the line.

Dipendekkan cerita, Kak Wan kenal sorang dukun ni dan claim boleh hentikan gangguan-gangguan tersebut tapi minta pengeras 12 ribu ringgit.

Suami Kak Wan kemudiannya minta imam surau taman kat situ datang tengokkan isteri dia. Lepas bagi nasihat-nasihat keagamaan lebih kurang, imam tu cakap senang je...

"Nak hentikan gangguan tu senang je, beralah aja lah...pergi minta maaf...tak payahlah saya sebut nama, akak tau siapa"

Besoknya Kak Wan slow talk dengan Kak Roji. Ayat terakhir Kak Roji sebelum Kak Wan declare takkan tegur lagi acik tu..

"Baru kau tau aku siape..."

Lepas tu gangguan-gangguan pun stop.

Aku berhenti kerja 2 bulan kemudian sebab 2 bulan tak bergaji dan selama 6 bulan aku kerja, boss tak bayar pun EPF (tapi tolak EPF dari gaji).

================================
from author dammerung dari cari forum

No comments:

Post a Comment