Wednesday, January 25, 2017

Kisah Seram: SKVE, 2006

Gara-gara some dude in Chennai buat silap, Megat terpaksa stay-back kat ofis sampai tengah malam. Dia meninggalkan perkarangan parkir ofisnya di Cyberjaya sekitar pukul 1 pagi dan memacu Kancil 660 menuju ke SKVE untuk pulang ke rumah sewa terletak di Bandar Baru Bangi. 

Jam menunjukkan pukul 1AM++ ketika exit dari highway Cyberjaya - Puchong. Selalunya time begini adalah tiga, empat kenderaan or at least lori tangki tapi pagi itu hanya Kancilnya yang membelah keheningan lebuhraya SKVE. Kotak rokok Dunhill dikeluarkan dari beg sambil tangannya memutar turun cermin tingkap. Angin malam berdesing sebaik cermin tingkap dibuka dan tombol choke yang membara di lekatkan ke rokok yang dah tergantung di bibir. 

Megat memperlahankan kereta. No rush. Besok off-day lagipun. Ketika tengah asyik smoking sambil layan kaset Carburetor Dungdari jauh dia ternampak kelibat seseorang keluar dari kegelapan malam, melintas jalan yang lengang dan duduk bersila kat tengah-tengah highway. 


Aku rasa penerangan Megat agak penting untuk menggambarkan bagaimana surreal kejadian tersebut;

"Bro, out of nowhere mamat tu keluar dari tepi jalan, just muncul tiba-tiba. Ko bayangkan Fizi punya cara jalan, lintas jalan tu dan selambe duduk bersila tengah jalan...ha macam tu lah"

Fizi adalah mutual friend aku dan Megat dan well-known dengan ketinggian 6 kaki lebih, skinny dan gaya jalan perlahan macam karekter kartun Goofy.

Situasi tegang tapi Megat masih dapat mengawal coolnya. Asap rokok berkepul-kepul keluar kerana dihisap pantas berkali-kali. Se cool-cool si Megat, dia masih tak dapat avoid perasaan panik yang menyambar ke seluruh badan macam renjatan elektrik. Kata Megat, ada tiga teori pasal mamat tu dalam kepala otaknya ketika itu;

1) Orang gila/mabuk

2) Mamat tu accident kereta masuk dalam semak dan dalam keadaan shocking dia berjalan keluar dari car wreck

3) Hantu

Yang nombor 3 tu Megat cuba tak fikirkan sangat sebab pertama, seperti urban lejen/folklore, hitchhiker ghost biasanya perempuan dan kedua dia tak nak fikir soal hantu time tu. 

Megat semakin menghampiri 'mamat bersila' itu dan dia cuba pretend 'I've seen nothing' dan menekan gas pedal untuk melajukan kenderaan. Lebih kurang 100 meter, orang tu melambai-lambai. Megat pasti lambaian itu adalah kepadanya kerana tiada kenderaan lain kecuali Kancilnya. 

Sebaik berselisih, Megat melihat jelas orang itu. For sure, it's a guy, kepalanya tunduk ke bawah dan rambut kusut-masainya menutupi wajah. Kata Megat, dia rasa lega juga sebab at least teori no 3 tu tak betul lah dan boleh relax. Tapi datang pula rasa bersalah pulak. Tak adil nak tinggalkan mamat tu macam tu. What if kalau itu ialah dia dan he's badly need help. Who knows mungkin keretanya kat dalam gaung/parit dan ada orang terperangkap? 

Pada masa yang sama dia pernah baca dan dengar cerita pasal kes rompakan/penculikan dengan modus operandi menggunakan pretense accident. Perasaan Megat berperang di antara moral dan common sense. Dia lihat dari rearview mirror dan nampak orang tu merebahkan badan ke jalan, masih dalam posisi bersila. Ok, that's it. Di berhentikan Kancil dan masuk gear R.

Megat keluar dari Kancil yang diberhentikan dalam jarak 5 meter. Walaupun dia tahu that guy might desperately need help, dia masih mengambil semua langkah berhati-hati dan mendekati dengan perlahan. It's almost 3 in the morning, no other drivers on the highway and that 'guy' just appeared out of nowhere. Sempat juga dia melihat keadaan sekeliling dan perasan dekat jalan tiada skid mark, tiada serpihan kenderaan atas jalan, tiada kemek/patah/remuk pada penghadang jalan, basically semua tanda-tanda yang biasa kita lihat jika terjadi kemalangan tak wujud langsung. 

Since dia betul-betul belakang orang bersila tu, dia teruskan niat untuk 'membantu';

"B..bbb...bro" tegur Megat tergagap-gagap. 

Tiada jawapan.

Megat tegur lagi dan masih tiada jawapan.

Tiba-tiba orang tu bangun tapi bukan berdiri. Badannya tegak dan kedua tangannya di depa ke belakang. Apa yang terjadi seterusnya, kata Megat, dia sendiri pun tak percaya. 'Orang bersila' tu mendongak ke atas dan terus ke belakang sehingga ubun-ubun kepala cecah jalan tar. 

Tak kiralah macam mana dia cuba lupakan, wajah orang itu masih segar dalam ingatan Megat macam kejadian tu terjadi semalam (rakaman tahun 2010). Menurut Megat, mukanya pucat kebiru-biruan macam mayat dan kulit berkilat macam porcelain. Paling tak boleh lupa senyumannya itu. Orang tu takda gigi depan dua batang tu dan seperti cuba menyakat, di jelir-jelir lidahnya keluar dari lubang gigi tersebut.

Megat jatuh terduduk. Dia tak boleh bergerak. Tubuh rasa kebas. Hampir seminit juga dia freeze kat situ dengan mata melihat tepat ke sepasang mata bloodshot dan lidah terjelir-jelir. Badan makhluk itu pula bergoyang-goyang seperti menari. Kata Megat, macam ular dah dia tengok. Sensation mula dirasa pada kaki dan di kuis-kuis sehingga berdiri. Megat berlari masuk dalam Kancil. 

Dimaki-maki sendirian bila keretanya mati bila dia cuba masuk gear 1 secara tergopoh-gapah. Sebaik Kancilnya bergerak, dia tak tunggu lama untuk masuk gear 2. Kereta kecil ber CC kurang 1000 itu meluncur laju di atas highway yang peliknya masih lengang. 

Megat rasa dia seperti nampak something di luar tingkap ketika memecut. Seperti bayang-bayang binatang berkaki empat berlari pantas atas railing penghadang jalan. Semua doa-doa yang dia ingat habis dibacanya. Peluh menitik-nitik dan kemeja lencun dengan peluh. Dia lalu SKVE boleh kata setiap hari dan sangat familiar dengan highway tersebut tapi tak tahu kenapa malam tu macam first time driving kat situ. Megat tak nampak all the familiar sights dan highway lurus je macam takda penghujung.

Megat tak teragak-agak untuk berhenti bila dia nampak beberapa motor parking di tepi tasik. Siapa familiar dengan SKVE mesti tahu tasik besar sebelah tapak MAHA yang orang selalu curi masuk untuk memancing malam-malam buta. Dia mengemudi Kancil masuk ke satu opening dan berlari keluar mencari kaki-kaki pancing untuk bantuan.

Agaknya mat-mat pancing tu ingat Megat polis/security guard bila nampak orang berlari sambil jerit "BANG! BANG!" dan bertaburan lari. Adalah seorang mamat ni badan besar, gaya macam gangster dengan chain besar gedabak kat tangan dan leher, dah ready nak bagi penumbuk kat Megat.

"Bang, bang tolong bang, tolong" kata Megat tercungap-cungap.

"Apa kes lu?" Tanya brader tu sambil tengok Megat atas bawah.

"Saye kena kejar hantu, hantu bang" 

Terdiam mat pancing tu. Geng-geng dia yang tadi menyorok semua dah keluar dari persembunyian. Diceritakan pasal penampakan tadi dan dengan Megat macam nak menangis, semua tahu Megat tak buat cerita bohong. Mamat badan besar tadi nasihat Megat lepak dulu dengan diaorang sampai selesai mancing dan kalau Megat masih takut nak balik, diaorang akan teman sampai rumah. Terharu juga lah Megat dengan act of kindness mamat-mamat pancing itu dan dia lepak kat tasik sampai pukul 5 pagi.

Megat thanked the gang dan bagitahu yang dia okey, tak perlu teman. After bidding good byes, Megat tak terus pulang ke rumah tapi pergi ke mamak kat Serdang. Tak ramai orang kat mamak masa tu dan makanan pun takde sebab diaorang tengah bersihkan restoran. Tak kisahlah, Megat just nak tenangkan fikiran dan really want a teh ais. Tengah best layan blues ada sorang mamak datang ke Megat dan bagitahu 'orang' kat seat belakang macam ada problem sebab dari tadi 'melambai-lambai' dari dalam kereta.

Toleh belakang ke kereta yang betul-betul parking depan tangga, Megat nampak 'orang bersila' tadi melepak dalam Kancilnya. 

Lepas itu, Megat tunggu sampai betul-betul terang dan terus balik rumah parent kat Ipoh.

Sejak dari itu Megat cuma drive Kancilnya time siang saje. Working hour tak menentu membuatkan dia lagi sanggup naik bas pergi kerja dan kalau balik lewat malam, dia tidur je kat ofis.

Menurut kata Megat, dia share pengalamannya dengan colleagues dan one of them knows someone who has a friend who happened to be acquintance with this dude who like freaky stuffs.

Dia tolak Kancilnya pada this one Chinese uncle yang claim collect 'artifak-artifak berhantu' for the fun of it dengan harga RM 1000.

Megat bersumpah takkan masuk dalam Kancil lagi, he had enough.

Beberapa minggu selepas itu, Megat beli kereta baru, sebuah Perodua Viva.


P/s: Menurut kata Megat, kawasan kejadian ialah simpang masuk Putrajaya. Orang bersila tu betul-betul kat bawah flyover.



================================
from author dammerung dari cari forum

No comments:

Post a Comment