Thursday, January 26, 2017

Kisah Seram: Pengalaman Seorang Penyiasat Persendirian

Aku mengenali JK ketika menonton final World Cup 2006 di rumah college mate dan JK merupakan kawan kepada abang college mate aku ni. Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang Private Investigator (PI) dan aku ingatkan dia main-main. Time tu aku tak terdedah lagi dengan dunia luar dan tak tahu kewujudan industri perkhidmatan penyiasat persendirian, aku ingat polis je buat kerja-kerja menyiasat ni. 

Bila dia tunjuk business cardnya baru aku percaya walaupun macam kelakar je spy ada business card. Of course lah aku berminat kan (masa tu dah tak peduli nak layan final Italy vs France) dan tanya macam mana kerja PI ni? Ada pistol ke?  

Tergelak JK bila aku tanya macam tu. PI bukan enforcement/authority officer dan takde kad kuasa. Orang selalu stereotype PI ni macam James Bond tapi sebenarnya kerja PI ni boring. Banyak buat stakeout iaitu menunggu berjam-jam untuk ambil gambar. 

JK cakap dia hanya fokus kes-kes domestik je macam permasalahan rumah tangga (suami/isteri cari bukti pasangan ada skandal/nikah lain), mengesan bapa/wali untuk tujuan pernikahan, mengesan waris untuk pembahagian harta pusaka, background checking pasangan (biasanya ini ekspatriat nak tahu latarbelakang wanita tempatan yang mahu dikahwini), mengesan penghutang-penghutang liat yang bersembunyi untuk syarikat-syarikat pengutip hutang 3rd party dan lain-lain hal berkaitan. 

As of late, dia juga menerima jobs dari publishing companies dan media houses untuk cari gosip-gosip artis dan kenamaan. Tak kurang juga jobs dari politician yang mahu cari dirty laundries pesaingnya ketika kempen pemilihan parti peringkat negeri. 

High risk job macam PI memang banyaklah pengalaman-pengalaman pelik. Aku tanya boleh tak share cerita-cerita yang best; 

"Boleeehhh" Jawab JK sambil tersenyum. 

Handphone Sony-Ericsson dah siap untuk merakam. Sebotol Pepsi dan dua kotak rokok. This going to be an interesting session. Butang PLAY di tekan. 

*Nama-nama dalam cerita dibawah adalah bukan nama sebenar. 

Pengalaman 1 : Kes Ardiena (1994) 
Tahun 1994 bisnes JK teruk. Job takde. Last job dekat setahun lepas dan dia bercadang nak tutup je bisnes PI dan venture business lain. Since dia dah bayar sewa ofis bulan tu, so kalau takda job juga sampai hujung bulan kira sampai situ aja lah rezeki dalam bidang penyiasat persendirian ni. 

Last week bulan terakhir, JK menerima panggilan dari Roslan, kawan lama time sekolah menengah. Roslan tanya berminat tak nak ambil job kat KL? (office JK di luar KL/Selangor). Of courselah berminat kan, orang tengah sengkek gila ni lagi tanya soalan bodoh macam tu. JK pergi ke KL besoknya untuk bertemu Roslan dan kemudian diperkenalkan kepada pasangan suami isteri separuh abad bernama Bang Daman dan Kak Fatimah. 

Sesi pertemuan yang diaturkan Roslan mengambil tempat di rumah pasangan tersebut di Shah Alam. Sampai di rumah pasangan itu, Bang Daman dan Kak Fatimah macam nak tak nak je terima kehadiran JK dan Roslan, masuk rumah pun ikut pintu belakang. Kata JK masa dia salam Bang Daman, pakcik tu sugul je dan dari mata Kak Fatimah yang membengkak, orang tua tu baru lepas meraung kot. 

Tanpa sebarang sesi berkenalan ramah mesra segala, Bang Daman terus menyatakan masalah besar melibatkan Ardiena, anak gadis bongsu mereka berumur 21 tahun yang hilang selepas keluar hangout bersama teman-teman universiti. Beberapa hari selepas laporan polis dibuat, Kak Fatimah menerima surat pos dari Ardiena mengatakan dia nak kahwin lari bersama chenta hatinya. 

Menurut Kak Fatimah, memang mereka ada krisis sebelum itu melibatkan boyfriend si Ardiena. Anak gadis mereka bercinta dengan this one middle east guy bernama Arman. Mula-mula mereka okay aja walaupun concern sedikit, tapi sayang anak punya pasal mereka happy kalau anak mereka happy. Mereka ingat anak pak sheikh tauke minyak mana, sehinggalah Ardiena bawa Arman pulang ke rumah dan mendapati mamat Iran itu bertatoo, bertindik bagai. 

Keluarga Bang Daman ni bukan jenis urban boleh tolerate orang macam Arman walaupun menurut Kak Fatimah, boyfriend Ardiena itu well-mannered dan sopan-santun orangnya. Rentetan dari hari itu, terjadilah pertengkaran antara Ardiena dan orang tuanya. Keadaan menjadi parah bila abang-abang Ardiena yang tiga orang tu pergi sound mamat Iran tersebut sampai bertumbuk. Lepas tahu boyfriendnya di laukkan oleh abang-abangmya, Ardiena went into silent protest. Pada mulanya semua tak ambil port sangat sebab ingatkan nanti seminggu dua ok lah tu. Sangkaan mereka bahawa silent treatment Ardiena itu nothing but just some spoiled brat giving attitude sebenarnya ada udang sebalik batu. Satu hari, Ardiena tiba-tiba lagak macam biasa. Takde dah masam-masam muka, hempas-hempas pintu dan sebagainya. Kiranya she's back to her old self dan hari itu juga dia cakap nak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan. Bang Daman benarkan aja lah dan tak suspect apa-apa, anak gadis kesayangan baru lepas habis merajuk la katakan. 

Dan itu kali terakhir mereka lihat Ardiena. Masa JK datang rumah Bang Daman dan Kak Fatimah tu pun anak lelaki 3 orang semua di tiada di rumah, struggling mencari adik bongsu mereka yang waktu itu dah lebih seminggu hilang. Semua urusan report polis dah buat dan of course lah polis can only do so much, unless Ardiena tu underage, lagi-lagi ada surat dari Ardiena sendiri yang volunteer ikut mamat Iran itu. Polis cuma boleh bagi assurance yang semua port of embarking macam airport dan sempadan akan di pantau. 

Kes ini sama seperti berpuluh kes yang JK pernah handle sebelum ini. Bagi JK, kalau lari dari rumah takda masalah sangat tapi kalau kena culik, itu masalah. JK punya prinsip adalah dia tak sentuh kes jenayah. Too much unnecessary baggages katanya. Tapi kalau kes macam Ardiena ni small matter bagi dia. Tanpa fikir panjang, JK terima job tersebut. 

Seperti biasa, JK bagitahu terma dan syarat perkhidmatan ke Bang Daman dan isteri; 

Pertama, 70% deposit; 

Kedua, Penglibatan JK tidak boleh dimaklumkan ke pihak polis/berkuasa sama sekali; 

Ketiga, Tugas JK hanya mengesan, bukan Search-and-Rescue; dan terakhir 

JK tak bertanggungjawab di atas keselamatan Ardiena kerana tugasnya cuma mengesan dan sebaik Ardiena sah ditemui, balance 30% perlu di selesaikan sebelum maklumat tersebut di bagi ke client. 

Sebelum JK meninggalkan rumah, dia minta masuk bilik Ardiena untuk mencari lead memulakan siasatan. Masuk je dalam bilik, JK terus ke study desk dan menyelongkarnya. Kemudian beralih ke katil dan terakhir sekali rak buku. JK mencari sebuah buku kecil yang boleh menyenangkan kerja dia. Aku tanya, diari ke? JK cakap orang Melayu mana ada simpan diari macam mat salleh, tapi young adults macam Ardiena pasti ada buku telefon. Sangkaannya tepat apabila dia menemui sebuah buku kecil berwarna pink tertera perkataan "Phone Book" kat cover. 

Tak susah pun nak categorized nombor-nombor telefon dalam buku Ardiena itu milik keluarga, BFFs, class mates dan sebagainya. Just tengok dari kedudukan nombor-nombor dari page tersebut. Nombor-nombor penting mesti ada kat page-page depan, except yang that one special number that have no name attached to it dan di coret kat out of the ordinary places macam kat footnote page just like apa yang JK jumpa dalam buku tersebut. Dia terjumpa satu nombor ditulis kecil bahagian atas page dengan lukisan bunga di sebelahnya. 

Bertahun pengalaman dalam industri PI membuatkan JK mempunyai high knowledge on how things work. Contohnya, dari susunan nombor sahaja dia dah tahu di negeri dan daerah mana datangnya nombor telefon itu. Di pendekkan cerita, selepas melakukan kerja-kerja siasatan, JK berjaya pin point rumah dimana telefon tersebut didaftarkan.  

Stakeout dilakukan dan menggunakan high-power lense camera, JK berjaya mengambil foto beberapa lelaki asing keluar masuk sebuah rumah teres dua tingkat di area Ampang. Dari desription keluarga Ardiena, JK noticed this one dude ada tattoo-tattoo kat tangan. Walaupun nampak macam positive outcome projek siasatannya, tetapi dia masih tak nampak Ardiena. Selepas seminggu berkampung di situ, JK buat keputusan untuk break-in. Setelah took note rutin keluar masuk penghuni rumah tersebut, JK merancang bagaimana hendak pecah masuk rumah itu. He just need a photo proof of Ardiena and then his work is done. 

Pada hari dan waktu yang telah ditetapkan, JK dengan yakin masuk ke perkarangan rumah sewa, picked the lock dan masuk dengan selamba macam rumah dia. Kata JK ruang tamu kosong macam takda orang dan kemudian naik tangga ke tingkat dua.  

Pakaian berselerakan di sana sini. Bakul sampah kecil overload dengan bekas-bekas makanan. Bau masam, basi bercampur baur. Ada empat bilik di tingkat atas dan keadaan dalam bilik is much worst than outside. JK menuju ke arah master bedroom. Tombol diputar. Kunci. Dengan menggunakan alatan, di pecah masuk bilik tersebut. 

Di dalamnya terdampar seorang wanita muda dalam keadaan bogel atas tilam. Lengannya terikat jarum suntikan yang di salotape pada kulit. Wanita itu separuh sedar, tengah high on drugs.  

Now here comes the weird part. Di sebelah tilam ada sebuah cermin besar yang di apit oleh empat mannequin (patung fashion yang biasa jumpa kat mall) berpakaian baju etnik yang tak pernah dilihat sebelum ini. Kat tapak cermin ada small kotak wrapped kain merah dan ada mangkuk kecil berisi kulit ular, ekor binatang reptilia (JK rasa ekor biawak) dan arang-arang seperti orang bakar shisha. Beberapa helaian kertas tertulis bahasa tak difahami ditepek ke certain parts of the mirror. Senang cakap, kata JK, macam tempat penyembahan. 

JK beralih ke wanita tadi. Wajah wanita itu bengkak seperti terkena alahan tetapi dari style rambut dan certain tanda-tanda di muka, convinced JK that woman is Ardiena. Dia perasan tilam ada tompokan darah dan bila JK periksa, belakang tubuh Ardiena di toreh-toreh tulisan seperti kertas tertepek di cermin. Torehan itu memenuhi seluruh bahagian belakang Ardiena sampai JK sendiri terasa ngilu memikirkan bagaimana sakitnya di toreh sebegitu rupa. Mungkin kerana itu Ardiena disuntik dengan dadah untuk menenangkannya sewaktu proses tattooing dilakukan. 

Tanpa berlengah, JK mengambil foto-foto bahan bukti. Dinding bilik ada mural of naked woman bergelut dengan ular gergasi dan few others erotic murals dilukis dengan terperinci.  

What the hell is this place? Tanya JK dalam hati.  

Dia periksa wardrobe plastik murah dalam bilik dan jumpa few robes warna merah tergantung dan juga this self-made book (binding kat kedai photostat) dimana cover depan ada imej makhluk manusia berkepala kambing dan berkepak. Isi buku adalah line by line of some language yang ditulis tangan. JK tengok jam dan mengetahui dia ada paling lama 5 minit sebelum Arman and the gang pulang. 

Baru nak keluar bilik, Ardiena dalam keadaan duduk mendepakan tangan, seolah-olah minta tolong. Kata JK, dia nak sangat tolong minah tu tapi dia risau tak sempat keluar. So nak tak nak terpaksalah tinggalkan rumah itu secepat mungkin.  

Time tu dia dah tak kisah pasal businessnya, that girl badly need help. Sebelum telefon parent Ardiena, JK telefon polis dulu.  

JK melihat dari jauh 'kemeriahan' di rumah sewa Arman apabila polis sampai dengan keluarga Ardiena. 

So his job is done. Another successful job delivered. 

Tapi JK cakap, menyesal tak sudah dia informed awal sebab Bang Daman sudahnya tak bayar-bayar balance 30% tu sampai sekarang (tahun 2006). 



Pengalaman 2 : Kes Seorang Ahli Politik (1996) 

JK mula ambil job dari politician pada tahun 96.  Tahun itu pemilihan agung UMNO dikatakan antara paling happening sebab perebutan jawatan timbalan presiden di antara Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba. 

Kalau semua orang tengah kecoh pasal #teamanwar dan #teamghafar, di peringkat cawangan lagi gila persaingannya. 

Kalau dulu ahli politik kelas bawahan banyak main dukun dan bomoh untuk rise to the rank tapi sejak kes Mazlan Idris di kerat 18 gara-gara berbomoh 3 tahun sebelumnya, semua ubah taktik. Mengupah PI untuk cari 'dirty laundries' adalah pilihan popular politician untuk melancarkan smear campaign terhadap pesaing mereka. 

Since zaman tu internet baru je masuk Malaysia, cybertroopers pun tak wujud lagi, politician upah PI untuk cari maklumat yang boleh digunakan untuk jatuhkan pesaing mereka. JK diupah oleh seorang ADUN mahu dia spy rivalnya ketika pemilihan ketua cawangan.

JK benci politik dan tak pernah mengundi seumur hidupnya. But money is money dan tawaran ADUN berstatus tuan haji tu terlalu lumayan untuk ditolak. 

Menurut JK, it is not an easy job sebab targetnya terkenal dengan clean image dan merupakan calon kegemaran kalau nak dibandingkan dengan kliennya. 

JK start spying hari Isnin seawal jam 6 pagi, dari mamat tu pergi solat subuh berjemaah sampailah dia tutup lampu bilik nak tidur. That guy just like what his reputation say, a good clean guy.

Tapi JK optimis. Nobody is perfect. Semua orang ada pressure point. It just the matter of time untuk targetnya menunjukkan dirinya yang sebenar.

Selasa datang dan JK dah stand by dalam kereta dengan kamera. Seperti semalam, targetnya keluar rumah right on time dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa. JK mula rasa stressed, is this guy never ever commit a sin? Time ni JK harap sangat targetnya akan singgah kedai nombor ekor ke, tapi jangan kata singgah, lalu pun tak.

Hari ketiga, JK dah desperate. Kalau mamat tu toleh tengok perempuan pun jadi lah. Setiap saat JK ready nak snap photo tapi targetnya macam 'dilindungi' dari melakukan dosa.

"Apa kes mamat ni? Maksum ke?" Getus JK dalam hati.

JK sememangnya tidak langsung percaya dengan ahli politik, tak kira lah macam mana baik imejnya di mata umum. Bagi dia, kalau kau berhati mulia, kau takkan join politik atau melibatkan diri dalam politik kerana JK lihat sendiri bagaimana kotornya dunia politik, baik parti pemerintah mahupun pembangkang.

Seminggu berlalu dan JK masih tak dapat kesan pressure point targetnya. Mula terdetik di hati mungkin wujud orang yang benar-benar jujur dalam dunia politik. Kamera mula diletakkan ke seat passenger. Dari menunggu masa nak snap gambar, JK hanya membuat pemerhatian saja dan play games 'Teka Apa Yang Dia Akan Buat' seorang diri kerana dah lancar jadual targetnya, dan dia tak pernah silap.

Sampailah hari Jumaat minggu kedua penyiasatannya. Masa tu tengahari dan seperti biasa JK agak targetnya akan pergi to this mosque yang dia pergi minggu lepas. Nissan Sunny cabuk JK mengekori within safe distance kereta Mercedes mata belalang milik targetnya dan tiba-tiba instead of belok kiri as he thought, mamat tu belok kanan. 

Hampir sejam dia mengekori Mercedes tersebut memasuki simpang demi simpang dan tiba di sebuah kawasan pertanian terpencil. Targetnya memberhentikan kereta di sebelah tali air. JK parking dari jarak 500 meter jauh dari pandangan target. Thanks to his high power camera, dia dapat zoom in ke arah targetnya dan follow mamat tu merentasi kawasan ladang dan kemudian berhenti di kaki hutan hujung ladang.

Lensa kamera di adjust untuk pandangan lebih jelas. Gaya targetnya seperti menunggu seseorang, I mean you know when someone is waiting for another person bila dia tengok jam tangan berulang-kali.

Semak-samun hutan tebal kemudiannya bergoyang-goyang. Muncul lah seorang wanita muda cantik dari dalam hutan tersebut. Apa yang peliknya kata JK, perempuan itu pakai baju songket hijau siap berselendang, tangan berinai dan rambut didandan ada perhiasan. Senang cakap, macam pengantin. Bibirnya seolah menyala dengan lipstick merah pekat dan menyambut targetnya dengan salam cium tangan seperti sang isteri.

Targetnya masuk kedalam hutan dimana perempuan itu keluar tadi. JK bagitahu aku, dia bukan seorang superstitious. Dia tak percaya all these tahyul stuffs, in fact in his line of business, percaya kepada perkara-perkara tahyul boleh melingkupkan bisnesnya. So everything must have a logical explanation for him. Tapi kejadian yang dia lihat depan matanya sekarang terlalu surreal untuk dia merungkaikannya dengan penjelasan secara logik.

Apa yang buat bulu roma JK meremang ketika itu ialah sebelum wanita tersebut masuk ke dalam hutan, dia melihat tepat ke arah JK dan melemparkan senyuman paling angker pernah dilihatnya. Kata JK, kalau kau pernah baca komik Batman, macam mana karekter Joker tu senyum, lebih kurang macam itu lah. Lebar dan luas dari telinga ke telinga dengan anak mata hitam tiba-tiba hilang, hanya putih mata yang kelihatan. Wanita itu kemudiannya melunjurkan jari telunjuk ke arah JK, seolah menunjuk ke dia dan seraya membuat isyarat "NO" sambil mengoyang jari kurus panjangnya kiri dan kanan.

Dalam keadaan seram macam mana pun, tugas harus dijalankan. Kalau orang lain mungkin dah berambus dari situ tapi JK tak henti-henti picit butang kamera dengan flicker berkelip-kelip, mengabdikan setiap saat apa yang dilihatnya sekarang.

Sebaik sahaja wanita itu masuk ke dalam hutan, JK tidak membuang masa untuk menghidupkan enjin kereta dan memecut keluar dari kawasan ladang terpencil itu.

Malam itu juga foto-foto dicuci dan dia rasa dah cukup bukti untuk dipersembahkan kepada klien. Boleh la cakap yang pesaingnya beromen dengan perempuan simpanan dalam hutan time sembahyang jumaat. 

Bila dia bagi bukti-bukti kepada klien, JK ingatkan akan ada macam "Hah!" moment, kiranya puas hati lah and then gebang macam mana nak guna bukti tersebut untuk smear campaign tapi his client just kept quiet.

JK semacam dapat rasa kegerunan terpancar dari riak wajah kliennya. Satu persatu foto di lihat berulang-ulang kali...

"Kau ada tunjuk sesiapa gambar ni?" Tanya kliennya.

"Takde, tuan haji orang first tengok"

Envelope putih gemuk berisi balance 30% upahnya di letak atas meja. JK ambil dengan senang hati dan belum sempat dia bangun untuk beredar...

"Aku nak kau buang semua gambar ni, dengan negatif-negatifnya sekali, tak..aku nak kau bakar semua pasal gambar ni" Arah klien secara tiba-tiba. 

Termangu-mangu JK dibuatnya, apasal pula ni?

"Errr..kan saya dah kasi negatif kat tuan haji, ikut haji la nak simpan ke, nak bakar ke" Kata JK dengan nada sedikit bergurau.

Kliennya tidak membalas tetapi memberikan satu renungan tajam tepat ke dalam mata JK.

"Aku nak kau ambil balik semua ni dan bakar, ko faham tak cakap aku ni?" Sekali lagi kliennya memberi arahan tapi kali ini dengan nada lebih tinggi.

Perlahan-lahan JK mengambil gambar-gambar dan negatif dari atas meja dan simpan dalam beg sandang.

Itu lah kali terakhir dia berurusan dengan klien tuan haji tersebut. Sampai waktu penamaan calon, terkejut beruk JK bila dapat tahu kliennya menarik diri dan pesaingnya menang tanpa bertanding.

Menurut JK, dia masih simpan gambar-gambar tersebut dan kalau aku berminat boleh datang ke ofisnya untuk tengok, tanda dia tak bohong. He he.

Of course lah aku tak tengok gambar-gambar tu, nak buat apa. Buat tak tidur malam je nanti.


Pengalaman 3: Kes Mencari Wali (2002)
Musim cuti sekolah oddly enough ialah musim JK sibuk. Banyak job diterima sebab ramai orang nak kahwin tapi wali nasab hilang. Kata JK boleh terkejut kalau tahu berapa ramai jantan Melayu berupaya jadi bapa tapi tak menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

Macam contoh satu job yang JK terima pada tahun 2002. Klien upah JK cari ayahnya untuk jadi wali akad nikah yang tinggal lagi sebulan. Perancangan asal nak pakai wali hakim tapi mak dia tiba-tiba kena stroke dan out of the blue minta cari ayahnya untuk jadi wali. Masa klien berumur 13 tahun, ayah dan arwah abang sulung terlibat dalam kemalangan jalan raya dimana abangnya meninggal on the spot. Susulan dari kejadian itu, atas rasa bersalah teramat sangat, ayah klien menceraikan isterinya dan meninggalkan keluarga untuk join tabligh.

Kali terakhir dengar khabar kira-kira setahun lalu bila ada orang Indonesia telefon memberitahu ayahnya kini zuhud di sebuah pondok pesantren area Sumatera Barat. Ikutkan hati klien memang dah tak peduli dengan ayahnya, mati ke hidup ke dia anggap ayahnya dah tak wujud. Dah set nak pakai wali hakim je (semua nasab dah takde) tapi mengenangkan maknya bersungguh-sungguh nak juga ayah jadi wali, diturutkan juga lah.


Permintaan last minute bermakna charge lebih dari standard rate dan JK berjanji akan deliver job dalam masa seminggu, at least sebelum akad nikah lah. Anyway, ini bukan cerita pasal keluarga tersebut tapi pengalaman JK ketika di Sumatera untuk tugasan ini.


Ketibaan JK di lapangan terbang Tabing disambut oleh Nda Windy, teman lama yang menyediakan perkhidmatan supir di Sumatera Barat. Nda Windy sedia maklum dengan job yang satu ini dan tahu di Bukittinggi ada yayasan pesantren yang mendaftarkan nama-nama mereka yang menzuhudkan diri di pondok-pondok terpencil untuk beribadah sekitar kepulauan Sumatra. Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Kota Padang dan tibanya di yayasan tersebut, JK diberitahu bahawa ayah kliennya telah berpindah ke pondok di Aceh.


JK berbincang dengan Nda Windy dan membuat keputusan bertolak dari Bukittinggi awal pagi besok untuk menempuhi perjalanan hampir 2 hari ke Aceh. Ini bukan kali pertama untuk Nda Windy sebab bertahun jadi supir dia pernah driving sampai ke Jakarta manakala ini pengalaman pertama JK dan he's over excited to have the opportunities of exploring the island. Keterujaan JK tidak dikongsi oleh Nda Windy, dan ini terserlah semasa memulakan perjalanan. Nda Windy marah-marah je kalau ada lori/bas atau kereta slow dan beberapa kali buat death-defying maneuver memotong kenderaan-kenderaan kat depan mereka.


Dari seronok tengok pemandangan luar tingkap, jadi stress pula si JK. Dia cakaplah ke Windy, relax lah bukan nak kena sampai on time pun, banyak lagi masa dari rushing tak tentu pasal nanti sia-sia je mati katak kereta masuk gaung.


Kata Nda Windy, ini bukan soal nak sampai cepat tapi pasal malam.


Malam? Kenapa dengan malam? Tanya JK.


Menurut supirnya, ada sebahagian jalan-jalan di Sumatera Barat menuju ke utara ini di nasihat keras supaya tidak dilalui waktu malam. JK tahu pasal kewujudan preman jalanan, lanun-lanun yang merompak kenderaan di jalan raya waktu malam. Dia tak risau pun pasal tu sebab Nda Windy ni bukan sebarangan orang tapi tak tahu pula Windy seorang superstitious.

"Bukan soal preman pak, ini soal makhluk halus" Jelas tona kerisauan Windy dalam kata-katanya.

Rancangan Windy ialah cuba sampai di Kota Sidikalang, pekan kecil berhampiran Danau Toba sebelum matahari terbenam dan bermalam disana. Anggaran masa perjalanan ialah 12 jam tetapi dengan lori bersusun depan mereka, mustahil untuk sampai sebelum senja.

JK yang sememangnya skeptikal dengan benda tahyul hanya mentertawakan Nda Windy. Tak sangka Windy yang pernah membuat sekumpulan lanun jalanan tidak berani mengapa-apakan mereka rupa-rupanya takut dengan hantu. Di turut kan ajalah permintaan Windy, after all ini kawasan dia.

Kerisauan Windy jadi kenyataan, kesibukan jalan menyebabkan mereka tak sempat sampai ke Sidikalang sebelum gelap. Mereka berehat sebentar di sebuah warong makan tepi jalan. Ramai driver-driver lori long haul berehat sama di warong tersebut. Agaknya Windy memang otai kat area Sumatera, kenal aja orang-orang di sana. Borak punya borak, Windy menyatakan niat bermalam di Sidikalang.

"Apa uda siap mau nyetir malam hari ke Sidikalang?" Kata salah seorang dari tamu di sana diikuti hilai tawa yang lain.

Kata JK, Windy menyatakan one part of their trip akan melalui sebatang jalan yang terkenal dengan 'tetamu tak diundang'nya. Mereka meneruskan juga perjalanan kerana masing-masing tak nak tidur dalam kereta malam itu. Windy harapkan 'mobil mereka ga dipilih sama tante kaos kuning'.

Perjalanan membawa mereka ke jalan dua hala lereng bukit. Dia punya gelap tu kata JK, tak nampak bintang-bintang kerana sebelah kanan ada hutan dan sebelah kiri ada gaung. Bulan pula dilindungi gunung-ganang. Tapi tak rasa seriau sangat sebab banyak lori berselisih dengan mereka. Satu jam berlalu dan tiba-tiba lori-lori berselisih dengan mereka semua main-main high beam.

"Waduh!" Keluh Windy.

"Apasal?"

"Tante kaos kuning lagi ada di depan" Kata Windy.

"Oh okey, dia tak nak kot naik dengan kita" Seloroh JK yang masih tak nampak keseriusan situasi tersebut.

"Bapak liat ada mobil lain di bagian kita?" Tanya Windy dengan suara agak keras. Bengang agaknya tengok JK relax je.

JK masih ingat dia nampak seorang wanita berpakaian seperti baju kurung kuning dan berkain ala pelikat, memakai tudung kuning dan menggendong apa kelihatan seperti bayi dibalut kain kuning berdiri tepi jalan. Mula-mula dia berdiri je tapi bila Kijang Windy dah dekat, wanita itu melambai-lambai.

Tak henti-henti beristighfar si Windy dan melajukan kenderaan melewati pasangan ibu dan anak di tepi jalan. JK bertanya 'kau ni dah kenapa?' ke Windy tapi tak diendahkan.

Terkejut JK bila dia nampak lagi wanita tadi di depannya. Tangannya melambai-lambai ke arah Windy dan JK. Lagi kuat bacaan doa si Windy dan sekali lagi Windy melewati hitchiker misteri itu.

Windy berpaling ke arah JK;

"Pak JK, kalau ketemu lagi tante tadi, makanya saya harus kasih numpang ya" Kata Windy.

"Laa apasal pulak? Tak payah la!" Tegas JK pula.

"Ga bisaaaa...kalau bapak mau kita selamat tiba soalnya harus di kasih numpang ibuk ituuu"

Belum sempat nak menjawab, dah terpacul sekali lagi 'wanita berpakaian kuning dan anaknya' depan mereka 'beria-ria' mahu tumpang. Windy memberhentikan Kijang lebih kurang 5 meter dari wanita itu. JK lihat tiada apa yang aneh, perempuan itu ada muka, muka macam orang biasa, ada kaki (hantu takde kaki kan) just peliknya kat tengah-tengah hutan malam-malam buta tu laa dia nak menumpang.

Masa duduk kat seat belakang pun takda bau pelik-pelik yang menandakan bahawa wanita itu bukan manusia.

"Mau ke mana nenggg?" Tanya Windy dengan suara berketar.

Wanita itu tak menjawab, cuma melunjurkan tangan tunjuk depan. JK perasan tangan wanita itu berkerak-kerak macam bersalut lumpur kering. Baru lepas bersawah ke apa perempuan ni? Tanya JK dalam hati.

Penumpang mereka menunjukkan arah jalan dan Windy ikut je tanpa bertanya. Ini dah detour habis dari actual route mereka sebab masuk dalam area kampong mana tah. Jalan pun jenis tak berturap tapi JK tak complained lah sebab dia tahu Windy terpaksa.

"Disini aja.." Suara lembut kedengaran di belakang. Windy memberhentikan Kijangnya.

Wanita bersarung kuning keluar dari kenderaan dan sempat JK menjeling ke arah anak dalam dukungan sewaktu wanita itu berjalan di sebelah tingkapnya.

Sumpah kata JK, dia betul-betul pasti dalam balutan kain yang digendong macam anak itu adalah batu. I mean, you know a batu when you see one dan memang jelas dari pandangannya yang perempuan berumur sekitar lewat 30an itu menggendong batu!

Windy tak tunggu lama, sebaik je wanita itu macam dah jarak sikit dia terus pecut ke depan. Tak tahu apa ada kat depan, dia redah je as long ada jalan.

Punya la terkejut bila mereka berselisih dengan lori-lori. Rupa-rupanya dah sampai balik ke jalan utama tadi, padahal tak sampai 5 minit pun. Masa menghantar tadi dekat sejam juga keluar masuk area kampong. Menambah lagi kepelikan sedia ada, mereka berada betul-betul kat tempat pick-up perempuan tadi tu. JK tak tanya dan Windy pun tak bersuara. Kira paham-paham sendiri lah.

Mereka tiba di Sidikalang sekitar pukul 10 malam dan bermalam di rumah kenalan sebelum bertolak ke Aceh sesudah Subuh. Dipendekkan cerita, JK bertemu dengan ayah kliennya dan lepas buat apa yang patut pulang semula ke Sumatera Barat tanpa sebarang kejadian aneh.


Pengalaman 4 : Kejadian di Lebuhraya PLUS Selatan (2004)

Sebenarnya aku bercadang nak buat entry ni sebagai stand-alone sebab bukan pengalaman JK tapi kisah disampaikan ke dia oleh teman tentang kejadian di alami oleh adik temannya ini. Oleh kerana ianya sebahagian dari recording JK, so aku bundle sekali aja lah kisah ini sebahagian dari entry Kisah 19.

Kisah ini disampaikan oleh kawan Cina JK. Adik kawannya ini, aku namakan Elaine, menetap dan bekerja di Singapura. Kejadian terjadi pada tahun 2004 dimana ketika itu Elaine memandu pulang seorang diri ke kampung halaman di Penang.

Disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, Elaine cuma dapat balik Penang sehari sebelum CNY dan bergegas pulang malam itu juga. Dia meninggalkan Singapura sekitar pukul 10 malam.

Setelah dua jam memandu, hujan turun dengan lebat. Hujan itu punya lebat sampai tak nampak jalan raya tapi Elaine gagahkan juga memandu Honda Jazz nya gara-gara nak sampai rumah parent seawal yang boleh.

Kalau sesiapa familiar dengan PLUS Selatan mesti tahu area angin lintang highway Ayer Keroh - Seremban. Masa melewati area tersebut, Honda Jazz dipandu Elaine terhoyong-hayang dihempas ribut. Sampai stereng rasa berat dan terasa keretanya skidding ke kiri, barulah Elaine surrender. Hazard light dinyalakan dan perlahan-lahan dia mengemudi kereta ke lane kecemasan.

Elaine mematikan enjin kereta sambil membiarkan lampu dan hazard light menyala. Kedinginan cuaca di luar, di tambah ribut yang semakin menjadi-jadi membuatkan semua tingkap dan windshield diliputi kabus tebal. 

Cuaca dingin membuatkan Elaine rasa nak kencing. Mula-mula boleh tahan lagi tapi sampai satu tahap kena buang juga, so bila dah tak tahan sangat, Elaine took up the measure to do whatever it takes. Nasib baik dia ada beli sedikit bekalan, menggunakan botol air mineral, Elaine beralih ke seat belakang dan do her business.

Masa kat seat belakang, Elaine nampak lintasan cahaya dari tingkap berkabus. Dari cahaya merah yang kini di depan keretanya, dia tahu itu ialah tail lights kenderaan. 

Ada mixed feeling, dia rasa lega dan juga risau. Lega kerana dia tak keseorangan di situ dan risau tentang stranger dihadapannya. Sepanjang-panjang highway tu, kat depan dia juga orang tu nak berhenti, so mestilah ada sesuatu kan? Cepat-cepat Elaine pastikan pintu kereta semua berkunci.

Segera dia menyambar handphone NOKIA dan mendail abangnya (kawan si JK). Elaine memberitahu status perjalanan dan juga perasaan tak sedap hati tentang kenderaan di depan. Apa yang membuatkan Elaine tak sedap hati ialah kenderaan tersebut tidak menyalakan hazard light.

Dia kembali ke seat depan dan menghidupkan enjin kereta. Baru nak masuk gear D, Elaine dikejutkan oleh ketukan di tingkap sampai mati enjin kereta dek terputar kunci. Cermin tingkap yang berkabus di gosok kecil untuk pandangan lebih jelas. Kelihatan seorang lelaki berdiri di luar dan tak sempat nak cam muka, dah kabus balik cermin tingkap. 

Tingkap diketuk bertalu-talu dan Elaine membuka sedikit cermin tingkap;

"Jumper! jumper!" Jerit lelaki itu dalam hingar-bingar ribut petir sambil buat isyarat agaknya nak pinjam jumper.

"No jumper, no" Balas Elaine.

"Jumper! jumper!" Jerit lelaki itu semula.

"No, no, I don't have jumper, Takde jumper! takde jumper!" Kata Elaine sambil buat isyarat dengan tangannya.

Elaine menutup cermin tingkap kerana bajunya basah ditimpa air hujan yang masuk. Punyalah gila ribut petir di luar sampai buka sikit tingkap pun dah basah macam tu. Di kala Elaine merungut soal baju basahnya, dia perasan stranger itu masih berdiri di luar. Meremang bulu tengkuk Elaine apabila dengar sayup-sayup mamat tu macam berceloteh sendirian betul-betul sebelahnya. Gila creepy mamat ni! 

Dia hanya mendiamkan diri dan berharap supaya segeralah mamat tu beredar dari situ. Elaine segera menelefon abangnya dan memberitahu dengan suara terketar-ketar tentang lelaki creepy di luar. Kawan JK suruh adiknya beredar dari situ secepat yang mungkin. 

Sebaik sahaja enjin dihidupkan, lelaki tersebut cuba membuka pintunya berkali-kali sambil menepuk-nepuk cermin tingkap. Elaine dah terjerit-jerit menangis ketakutan. Panik sangat agaknya, nak masuk gear D automatik pun terkial-kial macam gear manual. Time tu Elaine dah tak peduli, dia masuk gear R dan pijak pedal.

Meluru Honda Jazz nya ke belakang lebih kurang dalam 300 meter sebelum masuk gear D. Bunyi hon lori yang bingit menandakan betapa hampirnya Elaine dirempuh oleh lori kontena ketika cuba masuk semula ke lebuhraya. Close call dengan lori menyebabkan lelaki tersebut sempat catch up dan menghentak-hentak hud Honda Jazz Elaine.

Air mata dah mencurah-curah macam air paip. Handphone pula dah tak tau tercampak kat mana, cuma dengar bunyi deringan je. Elaine tercari-cari handphone yang kedengaran dari area tempat kaki penumpang. 

Persetankan handphone! Elaine nekad mahu langgar lelaki gila tersebut. Dengan kereta menggelongsor kerana masih dalam keadaan D idle, di pijak gas sekuat-kuatnya. Impak dari kelajuan serta-merta menyebabkan Elaine hilang kawalan atas jalan licin dan menyeret keretanya sepanjang railing besi di tepi highway.

Belum sempat dia nak adjust balik, cermin tingkap sebelahnya di pecahkan dan Elaine di cengkam kemudian diseret keluar dari tempat duduk pemandu. Time tu Elaine dah meraung sehabis mungkin sambil meronta-ronta supaya dilepaskan.

Tapi kudratnya tak kuat nak melawan lelaki tegap yang sedang mengheret Elaine ke arah keretanya. Dalam kelam-kabut Elaine gigit lengan lelaki creepy sekuat hati sehingga menjerit lelaki itu.

Tak sempat nak lari, dia rasa tubuhnya di terkam.

"CALM DOWN!" Jerit lelaki tersebut.

Mana mungkin Elaine nak calm down. Dengan sedikit tenaga yang tinggal, dia cuba lagi meloloskan dirinya dari cengkaman kemas lelaki itu.

"I WILL LET YOU GO IF YOU CALM DOWN!" 

Terpinga-pinga pula Elaine dengar mamat creepy ni speaking. Bertahun di UK ketika zaman belajarnya, Elaine kenal sangat dengan English accent. Memang creepy tak mengira darjat atau pelajaran tapi kemungkinan dia nak di kidnap oleh penculik yang mampu bertutur Bahasa Inggeris dengan posh nya, dekat Malaysia pula tu...

Elaine tak lagi meronta dan lelaki tersebut membantu Elaine bangun. Lelaki itu kemudiannya mendekati telinga Elaine;

"I am not trying to hurt you, it just that there is something on top of your car! I saw something jumped on your car while behind you, I saw a jumper"

"What?" Tanya Elaine yang masih tak faham maksud kata-kata lelaki yang kini jelas dilihatnya. Dari raut wajah, lelaki tersebut berketurunan India.

"LOOK!" Kata lelaki India itu sambil menunjuk ke arah kereta Elaine.

Walaupun ribut petir masih menggila, Elaine melihat jelas sillhoute makhluk dalam kedudukan merangkak di atas bumbung. Kepalanya botak dan apa yang jelas nampak dalam kegelapan malam ialah sepasang mata merah menyala melihat tepat kepada mereka.

Tembakan kilat dari langit menerangi highway buat beberapa saat. Dalam beberapa saat itulah Elaine nampak clear makhluk berbentuk macam gorilla tapi takde bulu dan dua taring besar terkeluar hingga ke bawah dagu.

Sebaik je nampak bentuk makhluk aneh tersebut, Elaine serta-merta bangun dan berlari ke arah kereta mamat India dan meninggalkan area highway itu. Mereka kemudiannya buat laporan polis di Seremban.

Beberapa jam kemudian Elaine, lelaki India dan beberapa pegawai polis kembali ke tempat kejadian dan mendapati Honda Jazz Elaine diterbalikkan. Tiada tanda-tanda di langgar atau kecurian.

Elaine mencari NOKIA nya dan mendapati berpuluh-puluh misscall dari keluarga. Di telefon keluarga beritahu bahawa dia tak sempat nak ber yee sang pagi ni sebab accident. 

Dan yes, get ready bila dia sampai kampong sebab ada cerita menarik Elaine nak beritahu keluarga...



================================
from author dammerung dari cari forum

5 comments:

  1. Thank you so much for taking the time to write such a thoughtful response...
    Penyiasat persendirian Malaysia
    Catch Cheating Spouse Malaysia

    ReplyDelete
  2. I read your post and I really like it, Thanks for sharing useful information....
    Penyiasat persendirian Malaysia
    Private Detective Malaysia

    ReplyDelete
  3. I know little more Malay language! I read this article. It is very interesting and helpful for all those who want to hire a professional detective. Thanks for sharing this great information.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this nice article! It is very interesting.

    ReplyDelete