Friday, January 20, 2017

Kisah Seram: Kuala Lumpur, 1987

Agos merupakan senior aku di office aku. Mamat ni lebih banyak senyum dari bercakap. Dia antara geng rapat aku dan lunch mate yang setia. Agos dapat arahan posting ke California pada tahun 2010 dan beberapa minggu sebelum keberangkatannya, dia menceritakan kepada aku satu kejadian berlaku ketika zaman kanak-kanaknya. Cerita Agos antara yang paling f**ked up dalam koleksi aku.

Ceritanya begini...

Agos berusia 8 tahun ketika itu. Di era sebelum kewujudan internet, there were practically nothing but playing outside bagi budak sepertinya. Tetapi malangnya Agos tidak seperti kanak-kanak lain. Dia tak diberi kebebasan keluar bermain mengikut kemahuan. Segalanya harus mendapat kebenaran parent dulu. Selama ni arahan ibubapanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan je kerana Agos curi-curi keluar bermain time tengahari dan pulang semula ke rumah sebelum mak ayahnya balik kerja. Agos tak naik bas sekolah macam rakan-rakan sejiranan, dia di hantar dan di jemput oleh ayah. Kemudian dia dikunci dari luar sehingga mereka pulang sekitar pukul 5 petang.

Sebaik saje ayahnya kembali ke pejabat, Agos dah buka pintu grill dengan kunci spare yang disimpan dalam salah satu laci. Kegiatan rahsianya terbongkar apabila Acik Senah, jiran sebelah rumah report ke mak bahawa Agos main-main kat playground time tengahari dengan baju sekolah tak tukar. Semenjak dari tu, dua-dua kunci di bawa parentnya ke pejabat dan Agos menjadi tahanan dalam rumah.

Sementara menunggu ibubapanya pulang, Agos cuma mampu melihat dari jauh member-member sejiran bermain di playground dari jeriji pintu gril yang berkunci. Mahu tunggu sehingga parent pulang, petang-petang bebudak dah start main bola. Time petang dimana Agos dibenarkan keluar bermain, hanya jadi penonton bersama budak-budak pra-sekolah dan tadika kerana Agos kaki bangku.

Seperti hari-hari yang lain, Agos bersidai depan rumah melihat memember main 'khemah-khemah' dengan kotak washing machine. Sedang Agos melihat dari sebalik pintu grill, dia didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali. Kata Agos dari suara dan gaya, seperti student sekolah menengah. Cuma rambutnya panjang sampai ke bahu dan pakaian kusam tengik dengan bau rokok.

Tinggal di rumah flat kos rendah, remaja-remaja peleseran tak habis sekolah memang ramai disitu. Walaupun baru berusia 8 tahun, Agos amat pasti yang lelaki depannya adalah remaja-remaja nakal yang sering berlegar di koridor flat untuk mengenal pasti rumah yang boleh dipecah masuk.

Agos tak takut kerana semua orang di area flat tahu ayahnya kerja polis. Insiden ayah membelasah seorang remaja ditangkap curi basikal membuatkan tiada siapa berani menganggunya. Agos melihat remaja depannya yang tersengih-sengih.

"Ko kena kunci eh?" Tanya remaja itu.

Agos mengangguk aja.

"Mak ayah ko mane?"

Agos tak menjawab. Dia diam sambil merenung stranger yang terjungkit-jungkit kaki cuba melihat dalam rumah dari pintu grill.

Remaja itu duduk bersila depan Agos dan mengeluarkan sebungkus plastik berisi askar mainan warna hijau. Dikoyakkan plastik tersebut dan menyusun  askar-askar di lantai simen. Being a typical 8 years old kid, Agos dengan mudah terleka dengan permainan depannya dan mula bermain 'perang-perang' dengan kawan baru.

Bila dah hampir petang, stranger yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Boboy' nak balek dan bagi askar permainan kepada Agos. Dia minta supaya persahabatan mereka dirahsiakan, especially dari parent. Mengenangkan bahana kalau diketahui mempunyai permainan yang tidak dibeli mereka, Agos dengan senang hati bersetuju.

Keesokan harinya, Boboy datang lagi. Kali ini ada permainan baru, action-figure GI Joe. Nak melompat Agos apabila Boboy mengeluarkan the whole set bukan saje patung GI Joe malahan siap dengan kereta, tank dan sebagainya. Mereka bermain-main di bawah terik matahari. Boboy yang berselubung jaket hitam dan baju berlapis-lapis relax je, macam tak terkesan dengan kepanasan walaupun peluh menitik-nitik dari dahi.

Sejak dari itu Boboy jadi playmate tetap Agos. Agos juga dah tak turun main petang kerana sebagai anak tunggal, dia diberi privilege mempunyai bilik sendiri dimana dia pretending buat kerja sekolah tetapi sebenarnya bermain permainan dibagi Boboy yang semakin banyak.

Kata Agos playing session mereka tidak hanya bermain semata-mata. Boboy suka tanya soalan pelik-pelik. Antara soalan pelik Boboy ialah mengenai mak Agos. Boboy sering tanya Agos pernah tengok mak bogel tak? dan sebagainya, semuanya berkaitan tubuh maknya. Kadang-kadang Agos disuruh pergi ke master bedroom dan ambil coli dan spender mak dimana Boboy pinjam seharian dan dipulangkan keesokan harinya.

Bunyi tombol pintu diputar dari rumah Acik Senah membuatkan Boboy tak keruan. Kalau Acik Senah terpacul dari pintu rumahnya, Boboy akan cepat-cepat menyorok di sebalik dinding tangga hujung blok flat.

Tak pasti samada Acik Senah ignorance atau bodoh, dia tak pernah tanya tentang permainan yang berselerakan di lantai koridor rumah jirannya. Orang lain pasti dah mempersoalkan keanehan situasi itu, tapi Acik Senah just tanya Agos buat ape tu. Jawapan 'takda apa-apa' sudah cukup meyakinkan jirannya.

Satu hari ketika bermain plastisin, Boboy buat bentuk kunci dan pura-pura buka pintu grill. Pada mula mereka ketawa aja, kemudian Boboy tanya Agos,

"Agos nak tak Boboy bukak pintu ni nanti?"

"Mestilah nak!" Jawab Agos dengan naif.

"Agos, nanti petang karang bila mak ayah dah balek, Agos kena menjalankan operasi kite" bisik Boboy.

Petang itu, masih dalam mood bermainnya, Agos membayangkan diri seorang spy. Seperti lagak spy dia menyorok-nyorok di perabot-perabot rumah dan berhati-hati di ambil kunci grill, ditekapkan ke plastisin sehingga meninggalkan bekas. Seperti diajar Boboy, Agos dengan cermat menyimpan plastisin bekas kunci ke dalam plastik.

Besoknya Agos menyerahkan 'hasil spying' kepada 'Jeneral Boboy' lalu memberi tabik hormat ala tentera kepada 'chief'nya sebelum sesi bermain mereka tamat.

Dua, tiga hari selepas itu, Boboy datang bawa layang-layang. Agos agak kecewa kerana camana nak main layang-layang kat situ. Boboy mengeluarkan kunci dari poket jaket hitamnya dan membuka pintu grill.

Seperti tak percaya aja Agos melihat pintu grill rumah yang terbuka. Boboy masuk ke rumah dan menyelongkar setiap laci, almari di ruang tamu dan kemudian ke bilik mak ayah. Agos tak dibenarkan ikut dan menunggu di luar pintu bilik yang ditutup.

Beberapa minit kemudian, Boboy keluar dan Agos perasan almari dan laci pakaian mak ayahnya terbuka dengan baju-baju berselerakan.

Kerisauan wajah Agos bertukar girang apabila Boboy mengajak main layang-layang. Agos mengikut Boboy turun ikut tangga tepi. Majoriti penduduk flat yang makan gaji dari awal pagi ke petang membuatkan area flat sunyi sepi tengahari itu. Motor scrambler Ali Setan siap dengan helmet kecil buat Agos membuatkan dia semakin excited dan lupa amaran ibubapanya melarang dia mendekati stranger. Bagi Agos, Boboy bukan stranger, dia adalah rakan rapatnya yang sering bagi hadiah permainan, bukan kedekut macam mak ayahnya, minta beli mainan kat pasar malam pun tak boleh.

Mereka merempit mengelilingi KL dan makan di A&W, bagi kanak-kanak yang tinggal di low-cost housing area seperti Agos, semua ini seperti mimpi. Selesai makan Agos dah ready nak balik kerana ibubapanya akan pulang sebentar lagi. Tapi Boboy pujuk Agos untuk dibawa ke tempat rahsia. Dengan janji 'kejap je, Boboy hantar Agos balik sebelum mak ayah balek', Agos dengan berat hati bersetuju.

Motor scrambler Boboy memasuki kawasan perumahan tinggal yang dipenuhi semak-samun dengan rumah-rumah batu takde daun tingkap dan pintu terkopak. Boboy memberhentikan motor di depan sebuah rumah usang dinamakan 'Markas Rambo'.

Agos dibawa ke salah satu bilik. Dalam bilik ada tilam nipis lusuh dan tin-tin biskut, Milo, Ovaltine berselerakan dengan lilin terpacak di atasnya. Bau hancing dan taik menyengit hidung Agos dan ketakutan mula menyelubungi diri.

Boboy membuka baju dan terpampanglah tatu-tatu wanita bogel dilukis pakai pen marker biru ke seluruh badan. Kemudian Boboy merebahkan badan ke tilam lusuh dan terus tertidur. Agos tegak berdiri tidak bergerak-gerak seperti patung di tengah bilik Boboy.

Airmata Agos dah bertakung di kelopak mata dan berkali-kali merayu Boboy supaya menghantarnya pulang. Agos mendekati Boboy dan memujuk dengan suara terputus-putus untuk menghantarnya pulang. Biarpun digegar kuat, Boboy lena melayan mimpi, sehingga Agos melempar salah satu tong biskut ke dinding out of desperation.

Boboy melompat bangun, terkejut dek bunyi dentuman. Dengan mata merah menyala dan wajah bengis, Boboy mencengkam leher Agos,

"Kau diam gampang! Aku tinju ko nanti!"

Raungan keras Agos bergema ke seluruh rumah. Amaran Boboy untuk diam tak diendahkan, malah semakin agresif Agos meronta-ronta.

Impak kuat di pipi membuatkan Agos terpelanting. Pipinya kebas dan pandangannya kabur. Dia cuba berdiri tetapi kepalanya rasa berputar-putar.

Rasa kelat terasa di bibir membuatkan Agos nak muntah. Di sapu bibirnya dan cairan merah pekat tersalut di jari Agos. Agaknya panik, Agos histeria. Dia meraung, meronta-ronta atas lantai dan menjerit supaya di bawa pulang.

Sepakan bertalu-talu di abdomen membuatkan Agos sukar bernafas. Kesakitan dan keletihan teramat sangat membuatkan Agos beralah. Dia mengerengkot atas lantai kotor, menahan tangisan tersedu-sedu sambil mengusap dadanya yang sakit.

Agos tak ingat bila dia tertidur dan dikejutkan oleh Boboy. Dengan bantuan Boboy, Agos cuba berdiri tetapi rasa pedih seperti menyengat seluruh dadanya. Kegarangan Boboy hilang serta-merta apabila dia menyelak baju Agos. Boboy berjanji akan hantar Agos pulang malam itu juga.

Boboy memapah Agos memasuki van berwarna hijau yang parking sebelah motornya. Agos kemudiannya di baringkan atas tilam belakang van tersebut dan dibawa ke satu tempat dimana apabila pintu van dibuka, bunyi cengkerik nyaring kedengaran. Boboy piggyback Agos di belakangnya. Seorang pakcik tua sedang merokok berjalan di depan melalui denai kecil menuju jauh ke dalam hutan.

Batang-batang buluh dipacak sekeliling sebuah busut tinggi. Hujung setiap buluh dinyalakan api dan menerangi kawasan sekeliling. Boboy berborak dengan pakcik tersebut dalam bahasa tak difahami Agos dan kemudian menyusun kuali, periuk belanga dan pinggan-pinggan seperti nak main masak-masak depan busut itu.

Kata Agos, ada arang diletakkan dalam setiap perkakasan dan cecair warna merah  dalam plastik minuman berikat getah dituang dalam kuali. Pakcik itu duduk bersila depan busut lalu 'berzikir' sambil kedua telapak tangan di tekap ke tanah dan badannya di henjut-henjut pantas.

Arahan dalam bahasa tak difahami oleh pakcik kepada Boboy membuatkan Agos di dukung mendekati busut. Agos dipaksa kencing dalam sebuah bekas.

Air kencing Agos di tuang sedikit ke atas busut disusuli oleh satu ikatan kain melingkari busut tersebut.  Seekor binatang seperti monyet jalan merangkak menuju ke arah busut lalu memanjatnya. Semasa monyet itu berdiri di puncak busut, Agos bersumpah yang monyet itu berkepala manusia. Lebih tepat lagi, persis kepala perempuan berambut panjang. Makhluk monyet berkepala manusia hidu area busut yang disiram kencing sebelum turun ke tanah dan menjilat baki air kencing dalam bekas macam kucing minum susu dalam piring.


Tiba-tiba kelopak mata Agos terasa berat dan kemudian...blank.

Sedar-sedar tengok dia dah kat hospital. Dipendekkan cerita, ketika operasi mencari Agos di jalankan, orang terjumpa dia kat construction site, terbaring dalam paip konkrit pukul 2 pagi. Tiga tulang rusuk patah kerana disepak berulang kali oleh Boboy sewaktu di rumah. 

Agos menceritakan dari A - Z semua pasal Boboy, pasal Markas Rambo, pakcik dan monyet kepala manusia. Menurut Agos, kejadian culik dia tu dapat small feature je kat newspaper. Mungkin sebab tak hilang lebih 24 jam kot. Paper mana Agos tak ingat tapi ayah dia ada simpan keratan tu. 

Boboy hilang tanpa kesan. Bila trace balik, memang takda budak nama 'Boboy' tinggal atau berasal dari housing area situ ataupun kawasan berdekatan dan semua mat rempit-mat rempit kawasan flat tak kenal 'Boboy'. Agos kena went through therapy hampir setahun sebab cerita 'air kencing' tu mungkin semua suspect dia kena cabul. Pakcik bomoh tu pun tak jumpa. The 8 year old Agos tak dapat nak provide enough info untuk polis buat siasatan. Case tutup lepas setahun sebab tak cukup maklumat, walaupun ayah Agos fought untuk terus buka kes tu.

Agos dihantar tinggal di kampong sebelah mak kat Melaka dan menetap disitu sampai habis SPM. Terkejut juga aku dengar bila Agos cakap beberapa bulan lepas insiden tu parent dia bercerai. Lepas kes tutup, ayahnya resigned dari polis dan pulang ke Terengganu untuk join geng pondok (zuhud). Last jumpa ayahnya sebelum Agos berangkat ke Canada untuk sambung belajar dimana ayahnya berpindah ke selatan Thailand tak lama lepas tu dan hilang tanpa dikesan sampai sekarang. Maknya pula nikah lagi dan kini menetap di Bangi. Hasil perkahwinan kedua maknya, Agos sekarang ada tiga adik tiri. 

Kata Agos, walaupun dia dah moved on tapi ada time, dia akan drive by kat area rumah lamanya dan kalau dia rasa adventurous, pergi kat tempat dia kena culik yang sekarang dah jadi taman perumahan. Agos claim dia boleh pinpoint Markas Rambo walaupun the whole area being flattened dan dibina rumah teres.

Just satu tempat je dia tak jumpa dan masih mencari sampai sekarang, hutan yang ada busut tinggi tu. 



================================
from author dammerung dari cari forum

No comments:

Post a Comment