Yom Janda
Selepas ayahnya meninggal pada tahun 1975, Bang Noor menumpang di rumah atuk saudara kat sebuah kampong dalam daerah Rembau. Masa ni Bang Noor apply jadi pelatih HA (Hospital Assistant/Pembantu Perubatan) di Seremban. Sementara tunggu result keluar, dia tolong atuk saudaranya yang ambil upah buat kerja-kerja kampong.
Di kampung tersebut ada seorang janda yang famousnya sampai ke kampong-kampong sebelah. Orang panggil janda tu, Yom Janda. Bang Noor cakap bila tengok muka Yom Janda, rasa berdebar je lepas tu perasaan malu-malu meluap-luap, macam jatuh cinta dengan awek masa sekolah menengah. Wajah Yom Janda ni kata Bang Noor klasik macam Maria Menado. Apa yang Bang Noor ingat sangat pasal Yom Janda ni ialah janda anak 4 ni kuat melaram. Nak pergi kedai runcit kampong pun berkebaya berpayung bagai, ditambah lagi dengan gaya percakapan manjenya tu. Itu baru nak pergi kedai kat kampong, belum pergi ke pekan lagi.
Biasalah orang macam Yom Janda ni pasti ramai orang tak suka, especially bini-bini orang lah. Tapi takde siapa pun berani sound sebab pernah ade kes sorang bini orang acu parang kat Yom Janda sebab lakinya kemaruk nak buat Yom jadi bini nombor dua. Tiga hari lepas tu acik yang sound tu kena histeria, lari bogel satu kampong cakap ada pontianak kejar dia. Last-last satu famili pindah keluar kampong. Sejak dari tu reputasi Yom Janda as a bitch not to be messed with tersebar. Dia pun tak mainlah setakat jantan-jantan kampong. Bang Noor cakap, setiap hari akan ade kereta mewah keluar masuk kampong tu dan berhenti kat rumah Yom Janda. Bila dia masuk keluar kereta, siap ada orang tolong bukakan pintu bagai. Kata orang Yom Janda ni high class escort di Seremban. Dia ada 4 orang anak yang dibela oleh maknye dan anak-anaknya ini digelar 4 Malaon sebab kerjanya mencuri kambing, kerbau, ternakan orang, pecah masuk dan sebagainya. Tapi siapa berani usik anak Yom Janda? kena santau nanti tau lah.
Semasa melepak di bengkel motor milik temannya di kampong tu jugak, terkeluar lah cerita pasal Yom Janda ni ade bela hantu. Cerita punya cerita, Bang Noor dapat tahu yang hantu ni konon-kononnya dah cover wajah sebenar Yom Janda dan pakai pukau buat jantan terliur tengok dia. Entah macam mana boleh pula ada plan nak tengok rupa sebenar Yom Janda dan ade sorang tu tau ilmu buka hijab. So lepas tutup bengkel, sambung melepak kat kedai runcit kampong/warung kopi sebab boleh kate semua lelaki kat kampong tu tau schedule Yom Janda yang akan ke situ sebelum Maghrib untuk beli air botol Long Chan.
Dipendekkan cerita, selepas 'membuka hijab'nya (Bang Noor tak bagitau camana sebab khurafat, katanyalah) nampak seorang wanita berbadan kurus tak dikenali berjalan ke arah mereka (kedai runcit). Raut wajahnya cengkung, gigi jongang dan ada tompok hitam kat muka dengan rambut nipis di kepala yang semakin membotak. Di belakangnya ada nenek tua badan bongkok seribu jalan terkedek-kedek sambil pegang jari kelingking wanita tersebut.
Bila wanita itu menjeling flirting ke arah mereka, semua berpaling tengok arah lain, tak sanggup nak main mate dengan awek huduhhh.
Tiba-tiba pakcik toke kedai tu cakap 'Baju merah je tetiap hari Yom, takde baju lain ke?' dalam nada bergurau.
Nak tersembur kopi Bang Noor apabila mengetahui wanita huduh di depannya ialah Yom Janda.
Apa yang membuatkan meremang bulu tengkuk Bang Noor adalah sewaktu Yom Janda beredar dari kedai, dia ternampak apa kelihatan seperti ekor terjuntai dari bawah kain batik yang di pakai nenek tua bongkok tersebut.
Sejak dari itu, Bang Noor dan rakan-rakan yang menyaksikan kejadian di warung kopi dah tak pandang Yom Janda. Tak lama lepas tu Bang Noor pindah ke Seremban sebab enrolled ke kolej pembantu perubatan. Lebih kurang 2 tahun, Bang Noor dropout sebab dapat offer join LLN (TNB) yang memang dia dah aim lame sebab nak duduk kat KL.
Masa kat KL, Bang Noor dapat cerita Yom Janda jadi bini nombor dua kontraktor kaye dan menetap di Seremban. Anak-anak Yom Janda, sorang mati kena renjatan elektrik time curi kabel dan lagi tiga tak tahu apa cerita.
Abang dan Adik
Kehidupan Abang Noor di KL bermula dengan memasuki pusat latihan LLN di Bangi (sekarang jadi UNITEN) dan menumpang rumah kenalan keluarga di area Pandan Indah/Cheras. Masa tu MRR2 belum wujud lagi dan Bang Noor ulang-alik ke Bangi pakai motor C70 antik milik keluarga tumpangnya. Setiap hari Bang Noor ikut shortcut lalu sebelah jirat Cina di ampang. Pada suatu malam ketika pulang melewati jirat CIna, lampu motor Bang Noor menyuluh dua kanak-kanak sedang bermain-main di sebelah longkang besar betul-betul dekat entrance jirat tersebut. Bang Noor buat tak tahu sahaje tapi tiba-tiba salah seorang melintas depan Bang Noor. Nasib baik sempat balance kalau tak dah tergolek atas jalan sebab dia bawa motor tu laju juga. Bang Noor bengang lalu sound;
"Hei bebudak ni! ape main memalam bute ni! pegi balek!"
Kanak-kanak yang terdiri dari budak lelaki dan mungkin adik perempuannya hanya berdiri bertentangan Bang Noor tak cakap apa-apa. Paling pelik, dua-duanya pakai topeng kertas yang beli kat kedai runcit harga 20-30 sen tu. Si abang pegang layang-layang handmade dari surat khabar dan si adik pegang lilitan tali tangsi.
Kemudian dua kanak-kanak tersebut berlari masuk kawasan jirat cuba menerbangkan layang-layang yang meliang-liuk di sebalik cahaya bulan. Bang Noor tengok je bebudak dua orang tu yang semakin dalam masuk ke area perkuburan.
Tanpa disedari, bulu romanya meremang sampai mengigil tangan. Dengan tidak membuang masa, Bang Noor memecut pulang ke rumah dan semenjak dari hari tu dia tak ikut jalan sebelah jirat tu lagi dah.
Teman di Tiang
Selepas tamat training, Bang Noor memulakan kerjaya sebagai penolong technician LLN. Masa tu kabel letrik semua pakai tiang lagi (sekarang mostly underground) dan kadang-kadang dia yang panjat tiang untuk repair/ganti apa yang patut. Ada satu tahun ni time Raya kedua kalau tak silap Bang Noor, ribut taufan melanda pantai barat Malaysia sampai banyak rumah rosak sebab pokok tumbang dan sebagainya. Bang Noor on-call Raya tahun tu dan menerima panggilan untuk membaiki salah satu tiang elektrik di Cheras. Pokok tumbang menyebabkan salah satu kabel terputus dan Bang Noor setakat boleh pergi preliminary check-up je kerana orang yang bawak trak kren cuti Raya.
Kalau takde kren tu Bang Noor cuma tengok dari bawah je, just kalau kerosakan tu memerlukan close inspection baru dia panjat tiang tu pakai harness yang lilit kat badan then ensot-ensot tali ke tiang sampai atas. Well, malam tu kena close inspection so terpaksa la panjat. Sampai di puncak, Bang Noor periksa dan catat apa yang patut. Bunyi-bunyian kedengaran dari pokok berhampiran. Bunyi daun-daun bergegar kerana ada sesuatu menganggu dahannya. Bang Noor mula-mula ingatkan kucing tapi dari cara bunyi, seolah-olah ada benda berat bertenggek kat dahan pokok tersebut, macam ada orang main-main panjat pokok...
Bang Noor perhatikan je dahan pokok tu. Tiba-tiba dengan sepantas kilat, lembaga berjubah putih lusuh dan rambut panjang mengerbang 'melompat' keluar dari rimbunan pokok dan bertenggek di tiang letrik yang jaraknya lebih kurang 10 meter dari Bang Noor. Bila makhluk tu berpaling ke arah Bang Noor, benda pertama yang melintas di kepalanya ialah "Ooo gini hantu rupenye". Kata Bang Noor, hantu tu takde hidung, takde kening, kulit kering merekah macam orang sakit kulit dan mata macam mata kucing. Dan mitos mengatakan pontianak/langsuir bertaring bagai tu, menurut Bang Noor tak betullah sebab takde taring pun hehe (Bang Noor gelak masa cerita ni, bukan aku yang reka-reka). Aku tanya, 'tak takut ke Bang?", Bang Noor cakap kat telinga just dengar degupan jantung dan nafas sendiri je. Peluh tu takyah cakap la, overall tebal Bang Noor pakai pun kuyup dek peluh. Tapi dia maintain sebab apa-apa pun dia still bertenggek kat tiang lektrik tu dengan hanya bantuan tali. Kalau terjatuh, paling koman patah jugak kaki. So Bang Noor tengok kejap je then pandang ke depan dan perlahan-lahan menggelongsor turun ke bawah.
Sampai kat bawah, dia tengok balik tiang tu tapi dah lari langsuir (agaknya langsuir kot) tu. Malam tu Bang Noor tak balik terus ke rumah sebab takut hantu tu ikut so dia melepak kat tempat yang dia tau bukak sampai ke pagi, 'tempat latihan' snuker/kedai game arked. Bang Noor lepak main game 20sen Dig Dug sampai ke pagi.
Tingkat Misteri
Bang Noor berpindah ke rumah flat di sebuah daerah berposkod KL selepas bernikah dengan isterinya circa lewat 80an. Rumah flat ni takde lif dan rumah sewa Bang Noor tingkat paling atas corner lot.
Satu hari Bang Noor pulang lewat, dalam pukul 11 malam macam tu. Seharian terlibat dalam aktiviti re-cabling membuatkan Bang Noor penat gile sampai tak larat nak balik naik motor, dia minta kawan drop kan. Sampai di kaki tangga, Bang Noor mengeluh panjang melihat rangkaian tangga yang terpaksa di daki.
Satu-satu anak tangga Bang Noor labuhkan tapak kakinya Dia tak bother nak tahu tingkat berapa, apa yang dia tau bila habis anak tangga, dah sampai rumah lah tu.
Bang Noor melangkah ke anak tangga terakhir dan berjalan menuju ke pintu rumah yang cuma beberapa langkah dari tangga. Bila dimasukkan anak kunci ke lubang, di putar-putar tak bergerak kuncinya. Bang Noor kebelakang sikit baru perasan rumahnya gelap gelita dan terkejut lihat sepanjang koridor takde pasu bunga, takde rak kasut, takde selipar kat depan pintu, takde langsir..pendek kata bersih licin macam takde siapa tinggal kat floor tu.
Perasaan seram menyelubungi diri dan bergegas Bang Noor menuruni tangga. Bila sampai kat satu tingkat bawah floor misteri, nak terjatuh Bang Noor bila pintu rumah yang amat dikenalinya betul-betul depan mata. Cepat-cepat Bang Noor masukkan kunci dan seperti pisau tajam menghiris mentega, senang je kunci tu unlocked pintu.
Bang Noor pandang ke tangga dan mendapati tiada tangga menuju ke atas. Di terjah ke dinding balkoni lihat ke atas, cuma nampak rooftop je. Dalam keadaan masih blur-blur Bang Noor masuk ke rumah macam biasa.
Keletihan teramat sangat menjadi alasan Bang Noor setiap kali insiden tingkat misteri terlintas di benak fikiran. Mungkin sebab over-exhaustion menyebabkan dia halusinasi or some sort. Tapi kata Bang Noor kejadian tersebut terlalu real untuk diklasifikasikan sebagai halusinasi.
Anyway, itulah kali pertama dan terakhir tingkat misteri tu muncul. Tahun 1995 Bang Noor berpindah ke sebelah rumah sewa aku dan menetap disitu sampai sekarang.
================================
from author dammerung dari cari forum
No comments:
Post a Comment