Tahun terakhir di universiti, aku opted untuk menetap di kolej kediaman. Lingo studentnya 'duduk dalam'. Setelah 2 setengah tahun duduk kat apartment 800sqm bersama 10 orang, aku rasa dah tak praktikal untuk aku berhimpit-himpit macam ayam dalam reban lagi-lagi time struggling nak siapkan final year project. Unit kolej kediaman universiti ialah apartment 4 bilik dan aku satu unit dengan junior-junior 1st hingga 2nd year. Biasalah budak-budak baru nak naik, housemate-housemate aku masa tu balik time tido je, kecuali student 2nd year duduk bilik depan bilik aku. Namanya Hizam.
Aku anggap Hizam sebagai hardcore geek/nerd. Time tu aku rasa dia seorang je kot ada flashdrive 4GB. Hizam ialah anugerah Tuhan bagi aku kerana dia share PC pakai LAN sharing dan membolehkan aku akses beratus-ratus movies, TV series, drama Jepun, drama Korea, porn, MP3, game files etc etc. He is my Netflix and iFlix back in the day.
Satu hari aku lepak bilik dia sambil layan episod terbaru Naruto dan just like that, out of the blue Hizam cakap;
"Damm, aku ade cerita hantu, ko nak dengar tak?"
Pernah lah aku cerita kat Hizam pasal 'side project' aku nih tapi dia selalu cakap takde, mane ada, orang macam aku mana lah ada experience benda-benda mistik ni dan sebagainya, hari ni tiba-tiba pulak ada.
Dengan takda tanya kenapa, dengan selamba aku keluarkan handphone dari poket, tekan butang rekod dan persilakan Hizam memulakan cerita...
Kisah Hizam bermula dengan origin story dirinya. Dia anak sulung dari 4 adik beradik dan seorang introvert. Zaman sekolah memang penuh pancaroba disebabkan sifat anti-sosialnya. Sehinggalah kedatangan internet. Dunia cyber yang membolehkan anybody be somebody membuatkan Hizam mengabdikan diri ke dunia internet sepenuhnya. Nasib baik lah mak ayah Hizam ni jenis memahami, so diaorang tak kisah dengan bil internet dial-up cecah ratusan ringgit setiap bulan.
Bila dah aktif kat internet of course lah socializing activities Hizam ni hanya tertumpu kat dunia chatting. Hizam ketagih dengan chatting. Kalau dalam dunia sebenar, jangan kata pijak semut tak mati, nak pijak semut pun dia takut, tapi in cyber world, Hizam is King.
Satu hari, tak salah Hizam in one of those independent Yahoo Chat rooms, ada seorang chatter begitu friendly dengan semua orang di main board. Chatter itu menggunakan id zuzu_amelia060677. Berdasarkan id nya boleh lah dianggap chatter itu ialah perempuan, Hizam seperti biasa, mula trolling sana sini. Si zuzu_amelia060677 tu kata Hizam, sangat naif dan dia suspect awek ni baru terdedah kepada dunia chatting. Hizam naik seronok lah main-mainkan chatter tu. Chatters lain yang tahu perangai Hizam cuba back-up tapi zuzu_amelia tetap melayan Hizam dengan innocentnya.
To the point Hizam sendiri rasa bersalah. Dia gave in dan terbuka hati untuk mengenali lebih dekat zuzu_amelia060677. Dari main board conversation, Hizam memberanikan diri menyapa di private chatting. Perkenalannya disambut mesra dan mula lah bertukar-tukar a/s/l and all that cringey chatting stuffs. Hizam chatting dengan awek tu sampai pukul 6 pagi, kalau tak kerana dia kena pergi sekolah memang sampai bila-bila tak habis. Dari sesi chatting semalaman, zuzu_amelia060677 lebih prefer kalau Hizam panggil dia Amelia. Umurnya sebaya Hizam, 17 tahun, Form 5 all-girl school di ibukota dan juga claim dirinya anti-sosial.
Apa yang membuatkan Hizam mula tangkap jiwang dengan Amelia ialah mereka berkongsi minat yang sama, almost mirror-like. Hizam suka filem-filem samurai arahan Akira Kurosawa, Amelia pula minat filem-filem drama arahan Yasujiro Ozu, Hizam suka Britpop band macam Oasis, Kula Shaker, Blur dan sebagainya, Amelia ni pula minat band macam The Smiths, The Cure, Joy Division etc. Pendek kata, Hizam awestruck dengan the fact that there is a female version of himself out there.
Setiap hari Hizam dan Amelia berchatting. Dari teman tapi mesra, mula terlebih mesra. Start dah panggil sayang, darling, baby bagai. Pandai dah bermanja, merajuk, memujuk, macam orang bercinta lah tapi semuanya hanya melalui chatting. Disekolah, prestasi Hizam merudum sebab selalu tidur dalam kelas kerana tak cukup tidur. Bil internet dari beratus-ratus dah cecah ribuan ringgit dan parent Hizam tak boleh nak cool lagi dah. Hizam diberi amaran untuk mengurangkan aktiviti internet.
Tapi setakat masuk telinga kiri keluar telinga kanan je lah. Orang ketagih chatting macam Hizam mana boleh hidup tanpa internet. Dah jadi darah daging. Sampai satu tahap, bil internet cecah seribu lebih, dan untuk parent yang menanggung 4 orang anak semua masih bersekolah, unnecessary bill macam ni tak boleh diterima.
Tanpa pengetahuan Hizam, parentnya potong subscription internet dan pertama kali dalam 17 tahun kehidupan, Hizam mengamuk sakan sampai lempar CPU, monitor macam orang gila. Lepas kena herdik dan tamparan oleh ayahnya, Hizam lari keluar rumah dan guess where he went?
Cyber cafe.
Duit yang dia ada dalam tangan cukuplah untuk main dalam setengah jam dan perkara pertama dia buat ialah login Yahoo Chat (zaman ni aplikasi Yahoo Messenger tak wujud lagi). Offline messages dari Amelia bertalu-talu masuk dan apa yang amat mengejutkan ialah Amelia pun lari rumah sebab bergaduh dengan parent yang tak suka dia menghadap internet macam takde kerja lain.
Mereka mula meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap parent sampai tahap nak buat suicide pact bagai. Habis emo la kononnya. Luka hati Hizam terubat bila dia dapat berkongsi dengan orang yang pada dia satu-satunya manusia di dunia ni memahami dirinya.
Nak terbalik kerusi yang didudukinya bila message Amelia seterusnya berbunyi...
"Baby, darling rasa bie satu-satunya manusia di dunia ni memahami diri darling" *exact quote from the recording with Hizam.
Macam mana pula si Amelia ni boleh tahu apa yang dia fikir at that exact moment. Kemudian Hizam mula perasan, terlalu banyak instances yang pada luaran nampak kebetulan tapi kalau difikirkan semula, agak mustahil untuk 'kebetulan' terjadi begitu kerap sekali. Satu pertanyaan tajam menikam kepala otak Hizam...
"Adakah ini jodoh aku?"
Selama ni Hizam tak pernah terniat nak tahu macam mana rupa si Amelia ni. Jangan kata rupa, suara si Amelia pun dia tak pernah dengar. Bukan dia tak nak, cuma bila dia mendedahkan elemen sebenar dirinya ke Amelia, serupalah dia mendedahkan insecurities nya. Bukan niat nak menghina, tapi let me just say Hizam is not really blessed in looks department.
Dengan penuh debaran, Hizam minta Amelia terangkan tentang rupa parasnya. Well, zaman sekarang kalau dengar tu boleh senak perut tergelak tapi di era social media dan budaya selfie masih tak wujud dan scanner pun almost unheard of, itu lah satu-satunya cara untuk penganut-penganut budaya internet to reach reality visualization.
Amelia secara rendah diri bagitahu yang dia tak cantik, TAPI...
Rambut panjang ikal mayang,
Bentuk wajah bujur sirih,
Kulit cerah,
Badan athletic kerana aktif bersukan (tapi introvert?)
Tinggi sekitar 170cm, dan
Orang cakap rupa dia persis Sheila Majid.
Camana tu? Tak cantik tapi bukan sahaja mirip Sheila Majid tapi body macam model dah. Well, mungkin la kot ramai orang anggap Sheila Majid tu tak cantik.
Hizam terpana. Debaran di hati bertukar jadi bunga-bunga. Mau tak terpana selama ini 'darling'nya ialah seorang jelitawan. But then reality came knocking like a thunder, Hizam rasa down. Nak ke si 'bidadari' dengan aku bila tahu aku ni macam mana?
Jarinya cuba menaip sesuatu tetapi cepat-cepat dipadam semula. Nasib baik zaman tu aplikasi chat takde status "Hizam is typing....".
Lebih kurang 10 minit bolak-balik type dan backspace, Hizam ambil keputusan untuk 'tidak mengecewakan Amelia'. Dia pun menerangkan bahawa dirinya pun tak hensem, TAPI...
Tinggi 180cm,
Badan athletic juga sebab aktif sukan, pernah wakil sekolah dalam MSSM,
Kulit cerah dengan rambut ala-ala perang sikit sebab ada darah Belanda,
Masa kecil tak berapa fasih cakap Melayu sebab grew up kat New York (realiti - Hizam tak pernah naik kapal terbang seumur hidup)
Parent sering takde rumah sebab ada urusan kat oversea, dan...
Orang cakap rupa dia ada iras-iras Edika Yusof.
Lama juga dia tunggu Amelia reply, sehinggalah 'darling' membalas...
"Emmm...baby ni hensem jugak eh (smiley face)(smiley face)"
Apa lagi, kembang setaman lah si Hizam nih. Kata Hizam masa tu dia betul-betul rasa apa yang dia kencing si Amelia tu is the real him. Agaknya penangan asmara begitu hebat dia tak boleh nak membezakan realiti dan fantasi.
Hizam membalas "Oh well..."
Entah kenapa Amelia tiba-tiba sentap. Dia tuduh Hizam seorang playboy dan cuma nak main-mainkan gadis inesen sepertinya. Terkejut si Hizam, apa kes pula ni? Di pujuknya berkali-kali, kata SUMPAH, baby takde awek lain selain darling! and so on so forth.
'Sheila Majid' cakap BOHONG!, 'Edika Yusof' pula kata I TAK BOHONG!, DARLING SORANG JE DALAM HATI BIE!. Kemain dua ekor nih.
Amelia paksa Hizam mengaku berapa banyak girlfriend dia ada sebelum dirinya dan dia cakap you're the only one before and after. Dituduh bohong lagi dan paksa Hizam 'mengaku'.
Terpinga-pinga Hizam 'mengaku'. Dia bantai cakap 8.
"Darling kecewa dengan bie...tak sangka bie ni hidung belang, terus-terang dengan darling, siapa ex bie sebelum ni"
Mungkin sebab 'paksaan' dari Amelia membuatkan Hizam dah menyelami watak Edika Yusof ni, dia goreng baik punya cerita setiap 'ex girlfriend'nya yang 8 orang tu.
Tiba-tiba...
"zuzu_amelia060677 has logged out"
PULAK DAH. Panik merenjat seluruh tubuh Hizam sehingga rasa macam nak tercampak. Hizam betul-betul panik masa tu. Nak call pun bukan ada handphone, nombor telepon pun tak tau.
Sedar-sedar, orang jaga CC tu bagitahu Hizam yang dia dah terlebih masa, bukan setengah jam tapi 2 JAM!
Aduh, macam mana ni, dah la duit cukup-cukup sesi setengah jam je. Nak tak nak, dia cuba slow-talk tapi tak cukup slow agaknya, orang jaga CC tu tiba-tiba bertukar mode gangster. Out of nowhere ramai pulak geng-geng rempit datang kerumun.
Hizam diugut, kena bayar jugak kalau tak diaorang akan belasah dulu sebelum bawak pergi balai.
Dipendekkan cerita, Hizam telepon rumah, ayah dia datang CC bayarkan caj internet dan malam tu jugak dia dilaukkan oleh ayahnya kat rumah. Dengan mata bengkak-bengkak menangis, Hizam mengusap bekas-bekas rotanan di betis. Dia tak menangis sebab kena rotan, tapi dia menangis rindukan Amelia.
Sejak kes kat CC kelmarin, Hizam dihantar dan dijemput pulang sekolah oleh ayahnya. Sabtu dan Ahad pula kena pergi tusyen SPM. Dua minggu berlalu, dan dua minggu juga lah tak main internet. Bagi orang macam Hizam, dua minggu takde internet macam 100 tahun. Time passed extremely slow. To those who have went through phase cinta monyet, boleh faham la kot kesengsaraan Hizam ni. Semua benda ingatkan dia ke Amelia. Sikit-sikit cembeng, kejap-kejap nangis sensorang.
Hari Sabtu, parent dia menghadiri kenduri kahwin bersama adik-beradiknya yang lain. Hizam tak ikut sebab ada kelas tusyen SPM. Sebaik je family car hilang dari simpang depan rumah, dia dah siap mengayuh basikal Le Runnya pergi taman perumahan sebelah, bukan nak pergi pusat tusyen tapi ke cyber cafe. Disebabkan kejadian kat CC area rumah haritu, so terpaksalah pergi jauh sikit. Kali ni siap cakap awal-awal kat brader jaga CC tu, tolong sound dia bila dah selesai 45 minit, tak nak jadi macam haritu lagi. Dan untuk make sure brader CC tak buat palat dengan dia, Hizam bawa alarm clock dari rumah dan kunci siap-siap.
Lama sungguh dia tengok ikon 'jam pasir' Netscape browser tunggang-terbalik. Tak sabar-sabar Hizam nak check Yahoo Chat. Paparan akaun Yahoo terpampang di skrin dan dengan hampanya tiada offline messages. Tapi dalam email inbox ada indication new message.
Ianya dari Amelia.
Bila buka isinya, tu dia...Wall of Text. Kalau print boleh buat novel. Kata Hizam, basically pasal keluarga berantakan, mak ayah nak cerai yadda yadda yadda. Then ada mentioned pasal ex-boyfriend yang still nak reconciled, dan quite elaborative unnecessary explanation pasal macam mana hebatnya ex-boyfriend dia ni, model lah, ada royalty connection lah, ada BMW lah, etc etc. Paragraf terakhir Amelia bagitahu yang dia dah 'jatuh cinta' dengan Hizam dan sekarang ni dia dah lari dari rumah gara-gara tak tahan duduk rumah. Tersentak Hizam bila dapat tahu girlfriendnya sekarang homeless somewhere in KL.
Now, Amelia di KL. Hizam pula kat Batu Pahat. Hizam nak sangat pergi KL dan cari Amelia tapi akan daya, nak naik bas pergi JB pun dia tak cukup duit. Di kala dia kalut pasal Amelia, satu lagi message masuk dalam inboxnya.
"Baby mesti tengah baca mesej darling kan?"
Ternganga mulut Hizam. Bila check time stamps kedua-dua email Amelia, baru perasan Wall of Text Amelia tu di send pukul 4 pagi hari yang sama. Cepat-cepat Hizam logged in Yahoo Chat dan nampaklah id zuzu_amelia060677.
"Darling..." Sapa Hizam ringkas.
Tanya sepatah, jawab sepatah. Amelia takde mood. Nak meraung Hizam bila dapat tahu Amelia sekarang dah dropped out dari sekolah dan tidur bawah jambatan.
"Baby tak kesian ke kat darling?"
Hizam serba salah. Apa dia nak buat? atau lebih tepat lagi apa yang dia boleh buat? apa sangatlah kudrat seorang underage high school kid. Nak pergi rombongan sekolah pun still kena minta signature penjaga.
"Darling nak baby buat ape?"
"Darling mintak satu je...baby kena jaga darling. Boleh?"
"Jaga camane?"
"Jaga darling lah, macam isteri"
Kata Hazim, susah dia nak gambarkan feeling dia time tu. Terlalu banyak perasaan bercampur-baur. One part dia rasa macam mimpi je sebab technically now he has a girlfriend. On another part, dia risau. Diri sendiri pun tak terjaga.
"Ok. Baby jaga darling" balas Hazim.
"Janji?"
"Sumpah"
"Kalau darling pergi ke tempat baby...boleh tak?"
Merecik peluh Hizam baca mesej last tu. Nak buat apa Amelia tu kat sini? Memang kerja gila lah kalau nak bawa balik rumah. Bawak balik kucing pun parent dia dah mengamok, ini kan bawak balik anak dara orang.
Hizam terangkan ke Amelia yang tak perlu lah sampai datang ke tempat dia. Bukannya boleh bawa balik rumah dan lagipun Hizam still sekolah.
Merajuk la awek dia. Mula-mula Hizam tak ambil port sangat tapi bila Amelia cakap "Baik darling mati je lah macam ni!" siapa tak panik kan.
Kepala otaknya ligat memikirkan macam mana dia nak settle kan masalah satu ni. Rasa amarah ke diri sendiri menyerang di satu bahagian, kalau lah dia tak dragging relationship dengan Amelia, takdelah jadi macam ni. Ni lah orang cakap, sendiri carik penyakit.
Dengan berat hati, Hizam akur. Dalam hati dia harap Amelia just cakap je. Secara logiknya, tak mungkin lah Amelia sanggup datang jauh-jauh dari KL sebabkan dia. To be honest, kata Hizam, dia tak berapa percaya dengan claimed tidur bawah jambatan tu tapi sebab 'sayang' punya pasal dia play-along je. Hizam sendiri pun tak pasti kenapa dia percaya je apa si Amelia ni cakap walaupun banyak perkara tentang girlfriend dia ni yang meragukan.
Jam loceng berbunyi. Hizam takde dah rasa malu ke apa sebab sesi chatting dengan Amelia ni penting buat dia. At least terubat la sikit broken heart nya itu. Dia bagitahu Amelia yang time is up dan dia takde extra cash nak extend sesi internet. Amelia berkali-kali pujuk supaya chat lama sikit tapi Hizam memang tak boleh nak lama-lama kat CC tu, unless dia nak cari pasal lagi lah macam hari tu.
Untuk menyedapkan hati girlfriendnya, Hizam tinggalkan nombor telefon rumahnya dan berjanji akan menjaga Amelia bila dia dah sampai kat Batu Pahat nanti. They bid goodbyes, I love you's and such dan Hizam pulang ke rumah.
Panas terik tengahari yang membakar sedikit pun tak terkesan pada Hizam. Dia bingung. Menurut mesej terakhir Amelia, dia akan ke Batu Pahat minggu depan hari Jumaat. Dia harap sangat bila dia turun bas, kat depan ada Hizam tengah menunggu. Nanti dia nak lari ke arah Hizam dan Hizam akan peluk dan angkat pusing-pusing macam dalam cerita Hindustan.
Punya lah depressed Hizam sampai takde mood dia nak naik basikal. Sambil tolak basikal, sambil memikirkan macam mana dia nak sort things out minggu depan. Let say Amelia tu betul-betul serious dan terpacul kat stesyen bas Batu Pahat hari Sabtu depan.
Aduhhhh...apa lah bencana aku dah buat ni! rungut Hizam sendirian.
Kalau sebelum ni, 2 minggu = seratus tahun, kali ni pejam celik, pejam celik dah hari Khamis. First time dalam sejarah Hizam takda sekelumit rasa pun nak main internet. Tapi tahap depression nya dua kali ganda. If what Amelia said is true, lebih kurang lagi 24 jam dia akan sampai di Batu Pahat.
Boleh kata setiap saat dia minta kat Allah supaya janganlah Amelia tu sampai besok. Malam itu Hizam masuk tidur seawal jam 9 malam dan matanya buntang terbuka hingga azan subuh.
The rest of the morning, Hazim macam zombie. Mandi, sarapan, naik kereta pergi sekolah, blur time kelas. Fikirannya cuma satu,
"Patut ke tak aku pergi ke stesen bas hari ni"
Dia nak sangat jumpa 'darling' tapi pada masa yang sama dia takut. Takut dengan apa akan terjadi sebab dia tak tahu langsung apa dia nak buat lepas tu. Fast forward to the evening, Hizam dah kat stesen bas Batu Pahat. Seperti dijanji, 'Baby' akan pakai t-shirt warna hitam ada Nike Swoosh logo kat depan dan 'Darling' akan pakai t-shirt pink PDI.
Mungkin kalau korang pernah first meeting dengan awek/mamat yang korang kenal kat chatting tahu lah perasaan dia macam mana kan. Lemah segala sendi-sendi dan nafas rasa sesak je. Gabra punya pasal, sanggup dia berdiri lama-lama kat area arrival bas dari KL.
Satu-satu bas ekspress masuk parking dan setiap orang yang turun dari bas, takde sorang pun menepati ciri-ciri Amelia. Dah dekat Maghrib dan sepatutnya dia dah ada kat rumah tapi lantak lah, setakat kena marah seround dua is small matters nak dibandingkan dengan detik bersejarah yang akan dilalui bila-bila masa dari sekarang.
Lampu-lampu neon berkelip-kelip tanda senja dah menjelang. Hazim dah rasa memang takde Amelia nih. Dia lega, dan kecewa. Takpalah kecewa pun, at least selesai dah satu masalah.
Hizam merentasi waiting area untuk meninggalkan stesen bas dan dia ternampak ada seorang wanita berdiri beberapa meter di depannya;
Rambutnya panjang tak terjaga walaupun diikat.
Kulitnya gelap dengan wajah kusam seperti buruh binaan yang dah berjam-jam bekerja di bawah terik matahari.
Ketinggiannya hampir sama dengan adiknya yang berumur 10 tahun.
Memakai seluar lusuh warna coklat dan selipar jepun jelas menunjukkan kuku jari-jemari kaki berkerak dan hitam.
Di kedua belah tangan terdapat pelbagai jenis bag plastik padat berisi with god knows what.
Apa yang membuatkan Hizam rasa nak pengsan kat situ juga ialah wanita tersebut memakai t-shirt pink PDI.
Mereka bertentang mata dan wanita itu bersuara...
"Baby?"
Kata Hizam, lupakan soal 'mirip Sheila Majid', this woman doesn't even look 17!!
Kalau takda cerita pasal Amelia ni, Hizam pasti akan ingat wanita itu some mid-30s year old pengemis.
"Baby..." panggil wanita itu sekali lagi, sambil tersenyum menayang gigi kuning-kekuningan.
MAMPOS!! Jerit Hizam dalam hati.
Dia pura-pura tak kenal dan selamba konar ikut jalan lain. Jantungnya berdebar-debar macam nak terkeluar dari dada. Harapannya supaya perempuan tu tak ikut.
Bunyi plastik kedengaran di belakang. Hizam hampir nak menangis ketakutan. Dipercepatkan lagi langkahnya. Tapi makin laju dia jalan makin dekat bunyi plastik tersebut. Tak berani dia nak toleh ke belakang.
"BABYYYYYY..." Jeritan seorang wanita memenuhi stesyen bas. Semua yang disana terkejut.
"BABYYYY KENAPE TAK TUNGGU DARLINGGGG"
Hizam tak tahan. Sepantas kilat dia berlari keluar dari tempat itu. Dia berlari non-stop sampai termuntah. Tengah dia mencungap, terdengar bunyi orang berlari bersama bunyian plastik-plastik berlaga.
Sedaya-upaya Hizam menggunakan tenaga yang ada untuk memecut lari. Kali ini dia menyorok dalam tandas gas station. Dekat setengah jam dia memeluk tubuh dalam jamban. Sampai orang ketuk pintu dari luar berkali-kali. Hizam cuma buka pintu bila dengar suara orang lelaki suruh cepat keluar sebab nak guna toilet.
Sepanjang perjalanan pulang, Hizam ambil all the precautions needed untuk memastikan dia tidak diekori. Sampai rumah, ayah dah menunggu dengan tali pinggang di tangan. Sebatan demi sebatan hinggap ditubuh tapi Hizam redha. He deserved it. Pukul 9 malam baru sampai rumah. Semuanya gara-gara betina psiko tadi.
Semua perasaan cintan agung terhadap 'Amelia' lenyap sama sekali dan diganti dengan penyesalan tak sudah. Sepatutnya dia ikut naluri hatinya yang berkali-kali mengatakan there is something seriously wrong with 'darling' tapi cinta punya pasal sekarang apa dah jadi?
Bunyi deringan telefon kedengaran di ruang tamu. Suara emak cakap hello dua tiga kali dan letak gagang. Tak sampai 10 minit telefon sekali lagi berdering dan bila diangkat tiada orang. Kali ketiga telefon berdering, terdengar suara ayah terpekik;
"HOI SIAPE NI MAIN-MAIN TELEFON!!"
Hizam menekap muka ke bantal. Dia tahu sangat siapa yang main-main telefon. Di maki dirinya berulang-ulang kali kerana begitu bodoh pergi bagi nombor telefon ke Amelia dulu.
Apalah bodoh sangat aku ni!! Kata Hizam berulang kali sambil menumbuk-numbuk bantal.
Telefon berdering. Nama Hizam dipanggil keras.
"Kau punya kerja ke ni?" Tanya ayah bengis sebaik Hizam tiba di ruang tamu. Dia tak berani pandang wajah ayahnya. Kepala ditunduk dan sesekali menjeling ke arah telefon yang masih berdering.
"Kau angkat telefon tu sekarang!" Arah ayah dengan garang.
Perlahan Hizam melekatkan gagang ke telinga.
"BaaByyyyyyyyyYyYY"
"Hmmm" Balas Hizam.
"Baby tak sayang darling dah ke" Suara wanita garau berlagak manja terngiang dari corong telefon. Meremang bulu roma Hizam mendengarnya. Diramasnya corong telefon supaya mak dan ayah tak dengar.
"Hmmm ok"
"Kenapa baby niiiiiii"
"Hmmmm ok ok" jawab Hizam tenang.
"BABY!"
"Hmm mm ok ok"
"Apasal baby macam tak nak cakap niiiiiii"
"Ok ok"
Bunyi nafas ditarik berulang kali kedengaran di telefon, seperti orang tengah menahan kemarahan yang meluap-luap.
"Jantan sial. Kau main-mainkan aku ye? Kau sama macam jantan lain. Siap kau"
Hilang dah suara manja Amelia. Dari tone suara, Hizam amat pasti yang Amelia bukan berumur 17 tahun. Susah nak terangkan tapi dia cakap dari suara je dah obvious suara perempuan middle-age.
Apa yang terjadi seterusnya ialah Amelia mencarut-carut kepada Hizam dengan penuh warna-warni. Sampai main mak ayah bagai. Hizam cuba berlagak tenang tapi makin lama dilayan makin extreme makian si Amelia ni.
"Ah okey lah wei. Lain kali tak payah call rumah, boleh tanye kat kelas je. Ok? All right jumpa kat kelas minggu depan" Dan terus hang-up.
"Siapa tu?" Tanya ayah yang ternyata masih marah.
"Takde. Tadi member call tanya pasal kelas tusyen besok ada ke tak" At that point of time that is the best answer he can provide.
"Kenapa bangang sangat kawan kau tu sampai main-main telefon?"
"Telefon dia rosak sikit. Tadi dia call dia pun tak dengar, tu yang cuba call banyak kali tadi"
Ayah masih tak puas hati dengan jawapan diberi tapi ketenangan Hizam menjawab kira fair enough answer lah. Lagipun adik-adik Hizam pun dah tercongok kat belakang tengok abang diaorang kena marah. Padahal dah passed their bedtime.
Ingatkan settle kat situ lah. Rupanya tengah-tengah malam buta Amelia main-main telefon lagi. Kali ni lagi teruk. Start pukul 12 malam dan non-stop. Ayah sampai dah cekik leher Hizam suruh bagitahu siapa sebenarnya 'kawan' main-main telefon ni. Hizam mati-mati cakap tak tahu. Bila Hizam disuruh angkat Amelia akan memaki hamun berbakul-bakul dan sepantas kilat Hizam akan hang-up cakap takda orang pun.
Few seconds later berdering semula. The same thing happened, Amelia akan hang-up kalau bukan Hizam yang jawab. Parent Hizam pun bukannya bodoh tak boleh dengar suara kat corong kalau Hizam yang angkat, tak kiralah macam mana bersusah-payahnya Hizam cuba cover.
Deringan seterusnya, Hizam dipaksa angkat dan sebaik sahaja dia cakap hello, ayah terus rampas gagang telefon.
"SIAPA NI?!?"
Amelia tak menjawab tapi kali ni dia tak hang-up. Ayah tanya berulang kali siap ugut nak report polis.
Suara perempuan ketawa mengilai punya lah kuat sampai ayah cepat-cepat alihkan corong telefon dari telinga. Hilaian Amelia cukup kuat sampai adik-adik dia terbangun tidur.
"AKU BUNUH KAU SEMUA!"
Hang up.
Hizam dah tersedu-sedu menangis. Malam tu juga, pukul 1 pagi satu family pergi balai. Kat balai Hizam ceritakan pasal 'Amelia' dari A to Z.
Now, kejadian ni jadi zaman internet dial-up. Istilah Jenayah Siber pun tak wujud lagi. Polis mengandaikan ini kes budak-budak kena buli. Mereka nasihat pulang dulu dan cabut wayar telefon malam ni. Besok pagi pasang balik dan kalau masih kena ganggu, datang balai semula.
Ketika sampai depan rumah, ada plastik hitam tergantung kat pagar. Ayah pergi check dan cepat-cepat lempar plastik tersebut ke tong sampah.
Dalam plastik tu ada taik.
Hizam dah lemah satu badan. Now he knows that Amelia dah tahu kat mana dia tinggal.
Belum sempat buka pintu telefon start berdering semula. Ayah straight pergi ke telefon dan rentap kabel sampai putus.
"NI SEMUA SALAH KAU!! MAIN INTERNET SAMPAI MENYUSAHKAN ORANG!" Herdik ayah ke Hizam.
Hizam tak dapat tidur malam tu. Azan Subuh berkumandang. Bilik rasa berbahang dia menuju ke tingkap untuk buka, biar udara pagi masuk.
Dari tingkap dia nampak silhoute tubuh seseorang berdiri di sebalik tiang lampu. Di tangan penuh bag-bag plastik. Hizam tahu siapa itu. Cepat-cepat dia menyorok. Tak dapat dia menahan dari menangis. Tersedu-sedu dia di lantai. Ketakutan.
'Ktaanggg' grill besi tingkap bilik di baling sesuatu. Objek yang berlaga dengan grill masuk dalam bilik dan jatuh ke lantai depan Hizam.
Diamati objek tersebut dan Hizam mendapati ia adalah bottlecap.
'Ktannggg' satu lagi bottlecap masuk dalam bilik.
Satu lagi, dan lagi, dan lagi.
"WAAAARGHHH" jeritan Hizam memecah kesunyian subuh di rumah. Parentnya bergegas buka pintu bilik dan nampak Hizam terperosok memeluk tubuh di dinding bawah tingkap.
Dia dah tak peduli, raungannya nyaring macam budak kecil. Dengan seduan berselang-seli, Hizam bagitahu pasal 'Amelia' di luar.
Ayah check dan jerit "HOI!" lalu bergegas keluar bilik. Hizam dapat dengar Amelia berlari dari bunyi-bunyi plastik yang berlaga. Mak tekap tapak tangan ke tubuh. Panas. Hizam demam.
Pagi Sabtu lengang. Mungkin ramai masih tak bangun. Hizam sekeluarga pergi ke klinik berhampiran. Doktor sahkan Hizam demam Bukan demam biasa tapi demam kuat sampai terketar-ketar badan tu. Keluarga dinasihatkan kalau besok masih tinggi suhu badan, Hizam dimasukkan wad.
Pulang dari klinik, jiran-jiran berkumpul depan rumah. Mereka bagitahu yang pintu rumah terbuka, tapi pagar rumah terkunci pakai mangga.
Masuk dalam rumah semua okey, takda apa yang terbalik atau pecah. Tapi...
Kat tengah ruang tamu SEMUA baju pakaian mereka satu keluarga di longgok membukit. Bau hancing tengik menusuk hidung. Bila tengok betul-betul, baju pakaian tu lembap.
Ada orang kencing kat longgokan baju diaorang.
Belum habis shock, adik-adik terjerit-jerit keluar bilik. Kat katil setiap satu ada bangkai burung letak baik punya atas bantal.
Hizam dapat rasakan tah apala Amelia ni dah buat kat bilik dia. Masuk je bilik...
Semua okey. Exactly how it was when he last left it. Takda satu pun berusik.
Kat bilik parent, bra-bra mak Hizam semua hilang. Termasuklah barang kemas dan baju kurung raya 3 pasang.
Dipendekkan cerita, polis datang rumah. Rupa-rupanya Amelia panjat pagar belakang rumah yang paras pinggang tu dan masuk rumah ikut tingkap jamban.
Punyalah pro si Amelia sorang jiran pun tak perasan ada orang pecah masuk rumah Hizam. Bunyi kaca pecah pun tak dengar.
Jiran sebelah rumah start suspect bila dia balik dari beli sarapan, nampak pintu rumah terbuka luas. Masa first nampak tu dia takde syak apa-apa sebab pagar berkunci. It just that bila perasan kereta takde dan rumah kosong takde orang dan panggil-panggil tak menyahut yang dia rasa ada benda tak kena.
Ngam-ngam keluarga Hizam sampai rumah lepas jiran call polis. Happening juga lah rumah Hizam hari Sabtu tu. Time ramai-ramai tu ayah dia cerita pasal Amelia. Ada budak-budak taman bagitau sejak Selasa lepas kat playground ada makcik melepak dalam tunnel bawah gelongsor. Sampai diaorang nak main-main kat situ pun tak berani sebab macam orang gila punggah plastik bag banyak-banyak.
So meaning that, Amelia dah lama la sampai, bukan semalam tiba dari KL. Hizam tiba-tiba pengsan. Sedar-sedar je dah kat hospital. Mak dia dengan adik-adik je kat hospital. Ayah dia takde, tengah buat search party dengan jiran-jiran buru Amelia.
Dua hari terlantar di hospital, Hazim dibenarkan pulang. Sepanjang dia di hospital pun takda apa berlaku. Search party cari Amelia pun dah diberhentikan lepas mereka gagal menemui perempuan psiko itu. Tapi bukanlah bermakna dah stop terus cuma low down dan komuniti disitu termasuk pihak polis masih monitor kalau ternampak wanita gelandangan bawak beg-beg plastik.
Sampai di bilik, Hazim landing atas tilam. Dia rasa macam ada something bawah bantal. Bila check terjumpa t-shirt PDI warna pink. Cepat-cepat Hazim sorokkan baju tersebut. Dia decide just to keep this one a secret. Dah tak sanggup dia nak nak put his family in panic again. Cukup lah tu. Lagipun kesian adik-adik dia sampai ayah tak bagi main kat luar. Dua hari terkurung membuatkan Hazim bosan so dia cakap kat mak nak pusing-pusing main basikal kejap.
Malam itu Hazim melepak kat rumah macam biasa dan join adik-adik yang lain tengok TV. Dia cuba berlagak dah moved on tapi sebenarnya dia trauma dengan kejadian Amelia ni. Setiap kali telefon berdering mesti dia panik, bukan dia saje tapi satu famili. Since masuk hospital, sering la telefon tu berbunyi tapi mostly saudara mara/rakan/family friend tanya khabar.
"Maaaaakkk" Panggil salah sorang adiknya dari dapur. Hazim yang kebetulan nak ke dapur turut sama ke sinki dimana adiknya berada.
"Apa plastik hitam kat pagar tu?" Tanya adik sambil tunjuk ke arah plastik sampah padat berisi tergantung di jeriji besi pagar. Hazim dah cemas. Lampu belakang dinyalakan dan mak panggil jiran sebelah. Ayah masa tu keluar pergi beli sate.
Pakcik sebelah rumah ditemani isteri dan anak bujang mereka 2 orang mendekati plastik tersebut. Bila di cucuk-cucuk dengan kayu macam ada something soft tapi berisi. Ditariknya sampai koyak plastik dan terkeluarlah bangkai kucing tak berkepala.
Istighfar panjang makcik sebelah rumah. Kejap je dah ramai jiran tetangga kat belakang rumah Hizam. Tengah ralit berteori pasal Amelia dan bangkai kucing tu, semua dikejutkan oleh budak-budak terjerit-jerit dari basikal masing-masing...
"MAKCIK GILA BEG PLASTIK ADE KAT TAMAN!!"
Kata Hizam yang first lompat atas motor ialah geng-geng bujang a.k.a mat rempit anak-anak jiran berhampiran. Ayah baru pulang waktu itu keluar balik pergi ke taman permainan bersama Hizam.
Sampai kat playground, geng-geng rempit taman dah berkerumun kat satu pokok rendang. Bawah pokok tu ada beg-beg plastik.
Dalam beg plastik banyak gila kain-kain, pakaian, langsir rumah pun ada, kain batik, kain pelikat, bra, spender laki dan perempuan, kain alas meja, macam-macamlah. Beg-beg plastik tu kata Hizam ialah beg yang shopping mall selalu bagi tu. Sebelum mall-mall start guna paper bag (atas dasar eco-friendly), zaman tu mall selalu guna plastik bag. Semua orang kat situ yakin ini adalah kepunyaan Amelia. Kata Hizam ada beg Sogo, Parkson, beg-beg butik kat Jalan TAR, beg IKEA pun ada dan semua isi baju kain entah mana si Amelia tu rembat.
Bunyi besi berlaga mengejutkan semua. Seorang wanita gelandangan berdiri di sebelah motor-motor kapcai yang dah bergelimpangan jatuh atas jalan. Wajahnya bengis. Hizam waktu itu cepat-cepat masuk dalam kereta. Dia tak sanggup nak berhadapan dengan 'Amelia' lagi.
Dari dalam kereta dia boleh dengar orang cakap;
"KEPUNG, KEPUNG!"
Hizam lihat dari cermin kereta bagaimana 'Amelia' meronta-ronta sambil terjerit-jerit menangis. Mat-mat rempit taman dah pegang kedua-dua pergelangan tangan dan kaki. Adalah dua tiga orang macam bagus pergi tampar dan herdik wanita gelandangan tersebut. Rasa kasihan dan penyesalan muncul di hati Hizam. Tak sanggup dia nak melihat 'Amelia' diperlakukan macam binatang mengamuk. Dipendekkan cerita, wanita gila pemunggah beg plastik di bawa oleh polis ke balai. Hizam dah tak tau apa jadi lepas tu.
Minggu berlalu dan kehidupan kembali seperti biasa. Parent Hizam pun dah lebih attentive terhadapnya. Internet disambung semula tapi Hizam dah tak macam dulu. Sebelum ni melekat kat depan monitor, sekarang ni nak tengok dia main seminggu sekali pun susah. End up ayah dia yang lebih-lebih main internet baca website politik baru dan paling panas ketika itu, Malaysiakini.
It takes months for him to fully recover, menurut kata Hizam. SPM pun dapat SAP tapi parent dia tak bising lah, considering he just got out from terrifying incident. Hizam repeat balik next year dan the rest is history, sampai la masuk universiti dan satu unit dengan aku.
Begitulah ceritanya.
Dan aku pun mematikan aplikasi rakaman di handphone. Aku masih ingat angguk-angguk kepala menandakan it's really an interesting story. Hizam tanya kat aku, apa aku nak buat dengan rakaman tu. Aku bagitahu takda apa, just hobby dan manalah tahu satu hari nanti aku terasa nak buat buku "Kisah-Kisah Dari Koleksi Paranormal", aku dah ada material. Aku dan Hizam tergelak bila dia suruh mentioned Hizam mirip Brad Pitt should I managed to get it published one day.
Kemudian Hizam tanya aku;
"Dam ko nak tau kenapa tetiba hari ni aku cerita kat ko pasal ni?"
"Ha apesal?"
"Ko nak tengok gambar zuzu_amelia tu tak?"
Waaaaa...of course lah nak. Hizam pergi ke PC nya buka browser. Aku excited gila.
"TADAAA" Seloroh Hizam siap dengan gayanya.
Di skrin monitor terpampang profile Friendster seseorang dengan handle name "Zuzu Amelia". Pada mulanya aku amazed mendapat peluang to see the infamous 'zuzu_amelia060677' but then I felt something not right.
"Zam, ko cakap tadi Amelia tu pompuan gile, ni apasal semua gamba budak-budak sekolah ni?" Tanya aku. Foto-foto dalam akaun Friendster tersebut penuh dengan budak-budak perempuan in high school. Just a typical social media profile of a high school girl.
"Siapa ni?" Tanya aku lagi.
"Adik aku lah" Jawab Hizam tenang.
WHAT? WHAT THE...
"Aku tak faham la Zam. Adik ko? So cerita tadi betul ke tak?" Aku makin confuse.
Hizam pandang mata aku. Mulutnya seolah-olah nak berkata sesuatu...
Tiba-tiba...
Hilai ketawa memenuhi bilik Hizam. Seorang mamat gemok tak berbaju terguling-guling atas katil sampai jatuh ke lantai, gelak punya pasal.
"Malam tadi aku binge movie-movie hantu yang aku dowload kat rumah haritu sampai pukul 7 pagi tadi. Tadi aku check email ada notification adik aku send friend request kat Friendster. Awkward gila..then tiba-tiba aku dapat idea buat cerita"
"So cerita ko ni tak betul la?"
"Tak...aku reka-reka je...best tak? hihihihihih" Kata Hizam sebagai penutup cerita.
================================
rasa nak makan sate plak bila baca ayah dia gi beli sate tapi part last citer khayalan lagi....adoiyai......
ReplyDelete