Sunday, January 29, 2017

Kisah Seram: Clark Air Base Hospital

Semakin jauh mereka meninggalkan pusat kota, semakin teruk keadaan jalan. Dango kemudi Pajeronya mengelak lubang-lubang yang bertaburan di lane kiri dan kanan. Di sebelahnya, Ramos cuba backing Stefan yang berada dalam heating argument dengan guide mereka, Sipsip, lelaki separuh abad yang tiba-tiba quote service charge lain dari apa yang telah dijanjikan sewaktu perbincangan di telefon.

Memandangkan mereka dah spent 2 jam perjalanan dari Manila, Ramos counter offer Sipsip dengan extra 100 pesos dari jumlah perjanjian asal. Ramos mengeluh panjang. Dia ambil mental note lain kali kena ada black & white agreement supaya perkara seperti ini tak terjadi lagi. 

Kalau tadi di kiri dan kanan masih ada rumah-rumah, kini hanya hutan dan lalang-lalang tinggi mengapit jalan. Pacuan empat roda berhenti di opening area. Lampu kereta masih menyuluh ke arah lorong kecil menuju ke sebuah bangunan yang terletak lebih kurang 500 meter dari kedudukan mereka sekarang. Sipsip cakap kereta tak boleh masuk sebab kawasan yang mereka nak masuk ni private property dan ada security guard. Ramos, Dango dan Stefan berkumpul di luar Pajero.

Struktur empat segi sebuah bangunan tersergam di bawah limpahan cahaya bulan. Bunyi cengkerik yang nyaring dari hutan berdekatan tidak sedikit pun mengurangkan keseraman kawasan sekeliling. Ketiga-tiga pelajar dari sebuah universiti di Manila memasuki lorong kecil dengan Sipsip di depan. Seperti yang telah dirancang dua minggu lalu, tiga sekawan urban explorer ini akan meneroka tinggalan hospital Clark Air Base.

Hospital Clark Air Base merupakan salah satu tinggalan tentera Amerika Syarikat sewaktu pendudukan mereka dari awal abad ke 20 sehinggalah pengunduran dari Filipina pada awal 90an. Sebagai pusat perubatan utama tentera Amerika Syarikat yang menempuhi Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam, hospital itu menjadi tempat beribu tentera menghembuskan nafas terakhir. Ramai dakwaan ternampak entiti-entiti berkeliaran di hospital membuatkan hospital Clark Air Base 'terkenal' sebagai antara atau mungkin tempat paling berhantu di Filipina.

Reputasi sebagai one of the most haunted place in Philippines telah menjadikan hospital tinggal itu sebagai destinasi pilihan ramai aspiring ghost hunters and juga penggemar-penggemar paranormal. Kemudahan internet yang memperkenalkan service bulletin board service (predecessor kepada forum) mengumpulkan kaki-kaki pencari hantu di seluruh Filipina.

Ramos dan rakan-rakannya tak terkecuali. Pada asalnya mereka ini hanyalah urban explorer dan setelah ghost hunting activities jadi trend, mereka just jumped into the bandwagon. Terus-terang Ramos cakap, dia dan rakan-rakan tak minat pun dengan benda-benda paranormal ni, cuma elemen paranormal itu menambah keseronokan pada aktiviti urban exploration mereka. Pada mulanya tak diendahkan sangat bekas hospital itu tapi lepas ada entry di BBS yang sering mereka lawati menceritakan bahawa ada production crew kena 'ganggu' dan ianya berjaya dirakam, ketiga-tiga sahabat karib itu menjadikan Clark Air Base hospital as their next destination.

Bukan senang nak mencari arah di Angeles City. Kota yang popular dengan adult entertainment ini menurut Ramos, is a pain in the ass to find a room. Disebabkan kebanyakkan bilik digunakan untuk accommodate sex transactions, so mostly charged by hour. Dah dapat bilik, mereka terpaksa pula menahan godaan gadis-gadis mulus yang sentiasa berpeleseran mencari rezeki tak mengira masa (kata Ramos pukul 11 pagi pun still on-call working girls neh). So anyway, melalui kenalan di internet, mereka menghubungi Sipsip yang menawarkan perkhidmatan 'tour guide' kepada sesiapa yang berminat untuk meneroka Clark Air Base hospital.

Sipsip yang mengenalkan dirinya sebagai bekas pekerja di hospital tersebut mendakwa sering mendapat close encounter with entities sewaktu bekerja disana. Antara pengalaman angker Sipsip...

Pada awal 70an, Sipsip bekerja sebagai janitor di hospital Clark Air Base. Disebabkan hospital itu beroperasi 24 jam so Sipsip pun kena lah kerja ikut shift. Satu malam dia bertugas graveyard shift dan keadaan agak sibuk sebab fresh batch of injured soldiers baru sampai dari Vietnam. Beberapa crucial surgeries dijalankan dan kata Sipsip biasanya semua operation theater akan jadi 'medan peperangan' sampai kadang-kadang tu darah melimpah keluar ke koridor.

Dia mop lantai di mana darah mengalir keluar dari pintu operation theater. Mop punya mop still tak habis-habis lagi darah tu. Macam orang buka paip dan biar air melimpah. Lepas tu Sipsip perasan lampu "Operation Theater" tak terpasang which mean ruangan itu tak digunakan. Dengan berdebar-debar Sipsip tolak pintu dan mendapati tiada siapa di dalam. Kosong. Gelap. Dia trailed darah di lantai dan ended up ke satu sudut gelap. Bila Sipsip amati, dia perasan ada pergerakan dan sepasang mata merah muncul dari kegelapan. Sipsip tak tunggu lama untuk check siapa gerangan di sudut gelap itu.

Cerita Sipsip kedua pula, terjadi pada satu tengahari masa dia pergi cigarette break. Sipsip lepak dekat satu area yang memang jadi port orang smoking. Masa tu hanya dia seorang saja. Tengah layan merokok, ada orang tapped bahu dia. Di belakangnya seorang GI lengkap beruniform dengan helmet askar yang warna hijau tu.

"Can I bummed one?" Tanya omputih itu kepada Sipsip. 

Being a nice guy as he claimed to be, Sipsip hulur sebatang. Bila dah hulur tu boleh la dianggap on friendly level. Dia takdelah terer speaking tapi boleh la nak layan borak dengan omputih tu. Turned out GI itu memang mesra, borak-borak sampai gelak bagai. Sipsip cuba la cucok line sebab dia tahu GI dapat subsidi Lucky Strike. Mana tahu dapat sekarton free ke.

"Oh I don't smoke" Balas GI tersebut. 

Loyar buruk pula GI ni kata Sipsip dalam hati. Dia cuba cucuk lagi.

"So kenapa hari ni tiba-tiba smoking plak boss?"

"I just feel like it"

"Macam you cakap tadi, smoking membahayakan kesihatan" Sipsip cuba one last konar.

"Oh today is okay. I'm dead anyway"

"Oh yee kee" Sipsip dah suspect mat salleh ni mesti salah seorang GI yang terlepas dari psychiatry unit. 

Kerana risaukan keselamatannya, Sipsip campak puntung rokok ke bawah, matikan eye contact dan pandang ke bawah semasa memijak puntung rokok. 

Tapi bila tengok balik ke depan tengok mamat omputih tu dah takde. Betul-betul di pandangannya adalah pekerja-pekerja hospital tengah punggah mayat dari trak askar masuk ke bilik mayat.

Berbalik kepada kisah Ramos dan rakan-rakan. Mereka menyusuri denai di sebalik rimbunan lalang setinggi dada. Struktur konkrit di apa kelihatan seperti koridor menandakan mereka dah hampir dengan hospital tersebut. Sipsip membawa mereka ke sebuah pondok kayu dengan lampu terbuka.

Di luar pondok ada dua orang tengah main poker dan seorang lagi sedang memutar tombol frekuensi pada radio transistor. Ini lah kot pengawal-pengawal keselamatan yang ditugaskan mengawal tinggalan hospital Clark Air Base. Jarak antara pondok keselamatan ke entrance hospital adalah dalam 200 - 300 meter. 

Sipsip minta beberapa ratus Pesos sebagai 'duit rokok' untuk pengawal. Mereka di bagi sejam untuk berkeliaran dan enter at your own risk. Bagi Ramos, Dango dan Stefan it's fair enough. Tengok sillhoute hospital tu pun Ramos dah rasa lain macam dan meragui cadangan exploration ni. 

Ramos bagitahu aku, masa itu dia berharap sangat samada Dango atau Stefan cakap tak jadi nak masuk sebab dia takkan bantah punya. Nalurinya kuat menyuruh jangan masuk tapi dia tak berani nak say it out loud. Tapi, Ramos cakap, walaupun dia tak cakap tapi bila tengok air muka kawan-kawan pun tahu mereka juga seakan menyesal dengan rancangan exploration Clark Air Base hospital. But then a plan is a plan. Dah sampai dah pun. Duit pun dah bagi pada Sipsip, jadi mereka teruskan ajalah rancangan. 


Mereka memasuki lounge hospital dari ruang masuk yang hanya tinggal rangka, dan hospital itu memang tinggal rangka kerana dinding semua takda. Sipsip cakap masa tentera Amerika meninggalkan Filipina, mereka stripped off hospital tersebut sampai lif pun tinggal lubang je. Cahaya bulan sedikit sebanyak membantu mereka mengemudi dan tak perlu bergantung sangat dengan torch light. Mereka berjalan dalam posisi beratur, Dango paling depan diikuti Stefan dan Ramos paling belakang. Sipsip pula ikut suka dia, kejap depan, kejap belakang. Tiada apa yang menarik kerana setiap tingkat hanya satu lapangan luas dengan bekas-bekas dinding partition yang telah di tanggalkan. 

Tiga sekawan itu tidak habiskan masa lama di setiap tingkat dan menuju ke rooftop area. Kata Ramos, setiap kali mereka naik tangga ke setiap tingkat, dia dapat merasakan di belakangnya ada seseorang. Kadang-kadang rasa macam ada seseorang berdiri betul-betul di belakangnya. Mungkin itu hanya perasaannya saja tapi meremang juga lah bulu roma. Dari bergerak dalam posisi berbaris, mereka beriringan naik tangga sampai berhimpit di bahagian-bahagian tertentu.

Sepanjang mereka naik dari satu tingkat ke tingkat yang lain, tiada penampakan yang menakutkan. Cuma, Ramos kata bila mereka lihat ke arah ruang lapang di setiap tingkat, akan nampak binatang di tengah-tengah floor. Ada ayam jantan, then floor lagi satu, itik then kucing, anjing dan semua binatang-binatang ini kaku melihat ke arah mereka dengan mata bersinar.

Memang lah rasa penampakan binatang-binatang tu tak normal tapi takda siapa berani tegur. Sipsip pun senyap je. Sampai di rooftop area, mereka cuma bersiar lebih kurang dan membuat keputusan to call it a night. Dalam perjalanan turun, terdengar seperti bunyi orang berborak di salah satu tingkat.

Mereka syaki ada kumpulan lain yang cari hantu di situ, which is not surprising kerana tempat itu memang popular di kalangan ghost hunters. Niat di hati nak bertegur sapa with fellow paranormal fans dan bila sampai di tingkat, hanya dengar suara sahaja, orang-orangnya takda.

"Hello?"

"Hello?"

Ramos dan rakan-rakan memanggil group lagi satu. Tiada jawapan. Masa tu rasa seram dah kurang sikit sebab ingatkan ada orang lain kat situ juga. Masa tengah melilau-lilau kat floor tersebut, Ramos perasan ada orang tengah menjenguk dari tiang konkrit.

"What's up bro?" Tegur Ramos.

Orang itu masih main ba ba cak di sebalik tiang. Ramos teragak-agak untuk mendekati 'lelaki' itu. Tiba-tiba muncul lagi beberapa kepala dari sebalik tiang-tiang konkrit yang berselerakan di tingkat tersebut. Kata Ramos, lelaki-lelaki di sebalik tiang-tiang konkrit seperti kembar kerana memiliki wajah yang sama. Stefan panggil Sipsip yang stand-by di tangga. Tiada jawapan.

Mereka mula berundur perlahan-lahan menuju ke tangga. Tapi undur punya undur tak sampai ke ruang tangga. Bila lihat sekeliling, didapati ruangan tangga dah takda. Nak kata tak nampak sebab gelap, cahaya bulan cukup terang sampai mereka tak pakai sangat torchlight. 

"Kami minta maaf jika menganggu" Kata Ramos dalam Tagalog kepada lembaga-lembaga di sebalik tiang.

Seketul batu terbang out of nowhere dan terkena pada Stefan sehingga terduduk. Satu lagi batu melayang entah dari mana berjaya dielak Ramos. Berketul-ketul batu terbang melayang menyerang Ramos, Dango dan Stefan. Mereka berlari ke hujung bangunan dan berhenti di tebing lantai simen tidak berdinding.

Dari jauh kelibat seseorang keluar dari tiang konkrit. Sillhoute lelaki berbadan tegap seperti tentera berdiri tegak mengadap mereka. Hembusan angin semakin kuat seperti mahu ribut. Ramos jenguk ke bawah. Hanya kegelapan dilihatnya. Dia cuba mengagak ketinggian kedudukan mereka just in case terpaksa terjun ke bawah. 

Semakin banyak batu di baling oleh tak tahu siapa ke arah Ramos, Dango dan Stefan. 

Dah geram agaknya, Ramos sergah sehingga bergema di seluruh tingkat. Balingan batu berhenti dan kelibat-kelibat lelaki tegap hilang begitu sahaja. Lantai simen kosong dimana agak pelik kerana sepatutnya mesti banyak batu-batu berselerakan. Mereka periksa tubuh badan masing-masing dan tiada satu kesan luka atau lebam pun ada. Semakin menambah kepada kekeliruan kerana semua pasti diserang oleh hujan batu even Ramos sendiri rasa pedih di baling batu pada bahagian-bahagian badannya, tapi tiba-tiba sakit hilang. It's like the pain is just in their mind.

Tanpa berlengah lagi Ramos, Dango dan Stefan berlari ke arah ruangan tangga. Pada mulanya tak jumpa exit tersebut tapi bila dah putar-putar baru jumpa. Tak mungkin lah mereka terlepas pandang atau tangga tu tersorok, besar kot ruang akses ke tangga dan apa kejadah fire exit tersorok? 

Ketiga-tiga sahabat menuruni tangga secepat yang boleh. Kata Ramos, dia agak kagum bagaimana takda seorang pun jatuh tergolek masa turun tangga, bak kata Ramos "We were literally speeding and jumping along the staircase in darkness!"

Mereka berhenti apabila tiada lagi anak tangga untuk di turuni. Kali ini mereka bergantung kepada torchlight kerana kawasan tu total pitch black, takda cahaya bulan. Bunyi cengkerik pun takda dan kawasan itu bergema dengan bunyi nafas Ramos, Dango dan Stefan. 

Derapan tapak kaki seolah-olah memberi isyarat kepada whatever makhluk yang ada kat bawah tu bahawa ada tiga orang sedang menceroboh 'rumah' mereka. Deruan angin yang melalui lubang-lubang konkrit menghasilkan seperti suara orang menjerit. Ini menambahkan lagi ke angkeran tempat tersebut. Torchlight cap Eveready empat segi bagak menyuluh siling yang kelihatan agak rendah dibandingkan sewaktu mereka di tingkat atas. 

Dari suluhan lampu suluh, mereka mendapati terdapat dinding-dinding partition. Partition pula agak sempit seperti lorong-lorong. 

"Are we in the basement?" Tanya Dango.

Mungkin mencicit turun tangga tadi tak perasan dah turun sampai ke basement. Perasaan takut dan seram teramat sangat pula membuatkan mereka terlupa pasal kawasan baru itu. Dah jauh jalan baru teringat. Bila nak patah balik ke arah tangga, lagi sesat mereka jadinya.

Sekarang mereka tersesat di kawasan yang mungkin basement hospital dengan koridor-koridor seperti labyrinth. Berapa kali mereka end up langgar dinding. Hospital jenis apa ada bina maze? Nak kasi siapa sesat?

Kata Ramos, setiap kali ada belok kiri atau kanan, dia panik. Dia takut kalau tiba-tiba ada whatever shits terpacul dari sebalik koridor. Then kalau nak lari pula di belakang tiba-tiba ada makhluk hodoh dah block laluan, pelbagai imej makhluk hodoh menakutkan bermain di minda Ramos ketika itu. Dah la dia paling belakang. Sedaya-upaya dia cuba buang semua nonsense tersebut dari kepala otaknya. 

Sebenarnya ketiga-tiga mereka meraba je dalam gelap tu cuma masing-masing tak berani cakap yang mereka ini sebenarnya dah sesat. Ramos sendiri pun tak faham kenapa none of them bring up that issue. Dengan sumber cahaya yang terhad dan juga keadaan klaustrofobik membuatkan setiap bahagian lorong/koridor kelihatan sama. 

"Stefann~, Ramoss~, Dangoo~" Sayup-sayup suara Sipsip kedengaran di sebalik lapisan dinding koridor. Ramos dan lain terpekik-pekik memanggil Sipsip.

"Sini~, sini~" Suara Sipsip antara jelas tak jelas membuatkan mereka mencepatkan langkah berpandukan arah suara Sipsip. 

"Sini~, sini~" Makin lama makin jelas suara Sipsip, Ramos tak tahu pasal temannya yang lain tapi dia masih ingat tersenyum lega mengetahui Sipsip ada berhampiran mereka. 

Cahaya bulan menerangi hujung koridor depan mereka. Sebaik mereka keluar dari hujung lorong, Ramos tak percaya apa yang dilihatnya.

Mereka berada di rooftop hospital. Exactly di tempat mereka berkumpul sebelum turun dari rooftop hanya few minutes ago. Dia melihat Stefan dan Dango mundar mandir sementara Sipsip smoking sambil melihat ke bawah dari tebing.

Kata Ramos, "Up to you whether to believe me or not, I don't care how much this might sound like a freaking movie but the whole scene is a f**king dejavu I tell you"

Umur Ramos baru mencecah 19 tahun ketika itu jadi tak mungkin lah dia ada memory loss. Masih segar di ingatannya yang apa dilihat ketika itu persis apa yang berlaku kepada mereka kurang dari sejam yang lalu.

"Oklah turun jom, we called it a night" Kata Dango yang membuatkan Ramos terpaku. No way. Dango cakap benda yang sama sebelum mereka ambil keputusan untuk balik.

"Stefan, do you, are we..we just...there..how" Ramos tergagap-gagap. Tak tahu macam mana nak tanya pasal basement, pasal batu, kelibat kepada rakannya tapi Stefan oblivious seperti apa yang terjadi sebentar tadi lenyap dari ingatannya.

"What the f**k dude?" Tanya Stefan kasar. Annoying kot Ramos tak henti-henti tanya benda-benda pelik yang tak jelas hujung pangkalnya.

Suara orang berborak kedengaran semasa mereka on the way turun tangga, seperti apa terjadi sebelum tadi. Ramos pandang ke Sipsip, tolonglah jangan mamat ni cakap apa yang dia expect Sipsip akan cakap, tolonglah jangan Sipsip cakap...

Doa Ramos tak kesampaian apabila Sipsip berkata...

"Geng lain macam korang kot, memang ramai cari hantu kat sini"

Nak pengsan Ramos dibuatnya. Sipsip punya ayat, word by word even the intonation, sama seperti apa yang dicakapnya sebelum mereka usha floor tu awal tadi.

Tak sempat dia nak halang Dango dan Stefan...

"Hello?"

"Hello?"

Dua rakannya itu dah masuk ke ruangan tingkat bawah. Ramos tak berani nak keluar dari ruangan fire exit tapi pada masa yang sama dia kena stop rakan-rakannya dari meneroka lebih jauh. Kelibat orang menjenguk terpacul dari sebalik tiang-tiang konkrit. Ramos dah terjerit-jerit panggil Stefan dan Dango supaya kembali ke fire exit tapi dua orang itu seperti tak dengar laungan Ramos.

Sipsip pula melepak je duduk kat tangga sambil menyalakan rokok. Ramos serba-salah kerana dia tahu apa akan jadi seterusnya. 

"Sipsip" Panggil Stefan. Ramos tak dapat tahan lagi, dia meluru ke arah temannya dan menarik Stefan dan Dango balik ke fire exit.

Kata Ramos, dia rasa tak lebih dari seminit dia keluar dari ruang fire exit dan bila dia heret dua kawannya untuk berambus dari hospital, fire exit tu dah hilang...seperti apa terjadi sebelum ini...

"Oh hell no.." Kata Ramos melepaskan genggaman kolar baju Dango dan Stefan. Di belakang mereka, bayang-bayang hitam lelaki tegap berdiri di sebelah tiang-tiang konkrit.

Seketul batu melayang keluar dari arah bayangan lelaki hitam dan sipi-sipi nak terkena dahi Ramos. Belum sempat batu tersebut jatuh ke lantai, dah ada lagi dua, tiga ketul terbang ke arah mereka. Stefan dan Dango dah menari-nari cuba elak hujanan batu yang semakin banyak.

Panik dan keliru membuatkan Ramos teragak-agak. Nak pergi sebelah kiri ke, kanan ke, belakang ke tapi masalahnya setiap arah sama, hanya tebing tidak berdinding. Dia ditarik oleh salah seorang rakannya menuju ke belakang dan seperti dijangka, mereka dalam situasi dan lokasi yang sama beberapa minit yang lalu.

Seperti tadi, mereka diserang oleh hujan batu-batu. Pada mulanya Ramos beriya-iya lah mengelak tapi dia sedar akan sesuatu.

Batu-batu itu tidak ada satu pun terkena dirinya. Seperti batu itu 'mengelak' setiap kali hampir terkena tubuh badannya. Untuk membuktikan teorinya, Ramos berdiri tegak dan berjalan ke hadapan. Benar sangkaannya, batu-batu tersebut 'melencong' ke arah lain. Erangan kesakitan teman-temannya yang masih cuba melindungi kepala dari dipecahkan batu-batu besar semakin kuat.

Ramos segera mendapatkan Dango dan Stefan.

"GUYS!" Gertak Ramos sambil mengenggam bahu kedua rakannya.

Ramos tak tunggu lama untuk Stefan dan Dango terpinga-pinga melihat batu-batu terbang tiba-tiba hilang dan mengarahkan supaya mereka mencari semula fire exit. Dia jejak semula kedudukan tangga berdasarkan ingatannya tapi tak jumpa-jumpa. Fair enough, in darkness everything look the same maka Ramos tak boleh harapkan sangat temporary memory nya walaupun beberapa minit lalu kejadian 'dejavu'nya ini.

Dango dan Stefan dah menyumpah seranah pada Sipsip kerana meninggalkan mereka. Tengah kelam-kabut cari jalan keluar...

"Hello?" Kedengaran suara seseorang.

Dengan girang ketiga-tiga mereka meminta tolong, ada yang jerit nama Sipsip dan macam-macam lah as long they can get help.

Tapi hanya "hello" yang kedengaran berulang-ulang kali. Mereka cari dari mana suara itu datang dan lo and behold,

They've found the stairs!

Kata Ramos, tak perlu cakap banyak, ketiga-tiga mereka tahu they need to get the hell out of there. Dalam perjalanan menuju ke tangga, hilai tawa kedengaran di belakang mereka. Bila ditoleh, Ramos nampak kelibat hitam dari sebalik tiang dengan bahu terhincut-hincut ketawa.

Mereka dengan pantas menuruni tangga tapi kali ini instead of lari tak tentu hala, Ramos pastikan yang mereka takkan turun sampai ke basement. Jadi, Ramos lead the gang menuruni tangga dan exit satu tingkat di bawah floor tadi.

Ramos seperti tidak percaya sebaik sahaja mereka tiba di tingkat tersebut, ia adalah exactly the same floor as above. Kelibat lembaga hitam di sebalik tiang masih lagi ketawa berdekah-dekah. Sekali lagi mereka berlari menuruni tangga dan skipped beberapa tingkat. Bila rasa macam dah kat level 1, Ramos, Dango dan Stefan berhamburan keluar dari fire exit.

To their surprise, they're still in the same floor dan kelibat lembaga hitam semakin galak ketawa dari sebalik tiang. Kata Ramos, kalau tadi dia takut gila, ini dah tensen pula. Dengan perubahan emosi, dia ada sedikit keberanian dan pergi sound benda alah tu.

"Oi celaka!" Herdik Ramos dalam English dan Tagalog. Just in case 'orang' tu hanya faham salah satu bahasa je.

Kelibat lembaga berhenti ketawa serta-merta sebaik dimarahi Ramos. Kalau tadi rakan-rakannya kecut perut tapi mungkin tengok Ramos lagak hero, mereka turut serta memberanikan diri confronting the 'thing'. Jelas kelihatan, sepasang mata merenung ke arah mereka dengan tajam dalam kegelapan malam. Walaupun it was a pant-pissing moment, kata Ramos mungkin juga adrenalin rush membuatkan dia siap nak bertumbuk dengan 'mamat' tu.

Tiba-tiba Stefan meluru ke hadapan diikuti oleh Dango. Dah member-member dia start dulu, Ramos pun ikut menjerit sama lalu 'melayangkan' badannya ke arah kelibat di sebalik tiang dengan tangan dah siap nak hayun penumbuk. By the time mereka sampai di tiang tu, ketiga-tiga gang di kejutkan dengan satu pemandangan yang menggerunkan.

Lagi beberapa sentimeter ke depan, ketiga-tiga mereka dah confirm jatuh menjunam ke bawah. Apa yang lebih mengejutkan, tebing itu adalah the exact spot mereka dibaling batu-batu pertama kali tadi. Stefan dan Dango oblivious dengan situasi mereka tapi masih segar di ingatan Ramos betapa dejavunya the shit they're facing right now.

So Ramos decided untuk repeat semula apa yang dia buat sebentar tadi, di sergah sekuat-kuat hati sehingga bergema jeritan ke seluruh bangunan. Ramos tak pasti siapa yang start jatuh dulu tapi macam chain-reaction, tiga-tiga jatuh ke bawah.

Tak sempat Ramos nak bayangkan bahagian mana lah tubuh badannya yang akan patah riuk, mereka bertiga dah landing ke bawah. Kata Ramos, it's like all three of us were jumping from a one meter cliff and just splatted on the floor like that. Takda patah dan takde sakit apa-apa dan yes, floor, lantai, lantai simen.

Keadaan terlalu gelap sehingga Ramos tak nampak wajah rakan-rakannya tapi dia boleh rasa tubuh badan mereka. Dango dan Stefan memanggil-manggil nama masing-masing. Ramos tak pasti siapa yang pegang torchlight jadi instead of panggil nama Stefan dan Dango, dia jerit 'torchlight!', 'torchlight!'.

Cahaya putih berkelip-kelip sebelum menyuluh tepat ke muka Stefan. Di tolaknya tangan Dango yang memegang torchlight Eveready dan tersuluh ke muka Ramos. Anak mata Ramos yang adapted pada kegelapan malam pedih apabila di tembak cahaya terang secara tiba-tiba. Dango menyuluh ke atas. Siling konkrit memenuhi atas mereka tak kira berapa jauh Dango mengarahkan suluhannya. 

"Where the hell are we!!!" Jerit Stefan.

Ramos dah tahu mereka di mana dan takda masa nak fikir kenapa Dango dan Stefan acted like they're never been there before. 

"Give me that thing!" Kata Ramos keras sambil merampas torchlight dari tangan Dango. Dia bingkas bangun dan menyusuri koridor yang bersimpang-siur. Stefan dan Dango terjerit-jerit suruh tunggu tapi tak diendahkan oleh Ramos, which dia sendiri tak faham kenapa. Apa yang dia pasti waktu itu ialah perasaan marah meluap-luap tapi tak tahu pada siapa atau apa.

"Stefann~, Ramoss~, Dangoo~" Sayup-sayup suara Sipsip kedengaran di sebalik lapisan dinding koridor. Seperti di jangka, Stefan dan Dango excitedly panggil nama Sipsip. Ramos yang sudah 'mengalami' situasi tersebut mempercepatkan langkahnya. Tangannya mengenggam erat pemegang torchlight Eveready empat segi itu. Kemarahannya semakin meluap-luap.

Kemarahannya meledak sebaik nampak Sipsip dan tanpa berfikir panjang dihayunnya torchlight Eveready ke kepala Sipsip. Apa terjadi seterusnya dia sendiri tak pasti. Ramos masih ingat yang dia dipegang oleh rakan-rakannya dan having this uncontrollable anger.

Kata Ramos, bila dia sedar je, dia tengah berbaring kat salah satu kerusi panjang dalam gereja. Kemudiannya dia di 'tenang'kan oleh seorang paderi. Tekaknya rasa kering teramat sangat dan dia masih ingat minum air mineral dan makan cikidis di bagi oleh Stefan. 

Masa itu dia tak faham kenapa semua orang asyik tanya dia okey ke tak dan for the life of him, dia tak ingat macam mana boleh sampai kat gereja tu. Bila Stefan dan Dango cerita apa yang terjadi, nak pengsan Ramos mendengarnya.

Menurut rakan-rakannya,

Stefan dan Dango perasan ada something tak kena dengan Ramos sebaik mereka meninggalkan pondok jaga menuju ke entrance hospital Clark Air Base. Diam je bila tanya tak menjawab. Lepas tu bila dah sampai kat lounge Ramos tiba-tiba mengamuk.

"Sipsip! Sipsip macam mana?!" Tanya Ramos yang diserang rasa guilty teramat sangat. Dia pasti Sipsip mesti cedera teruk sebab masa dia hayun tu kena juga lah kepala Sipsip.

Stefan dan Dango berkerut.

"Dude, just lie down for few more minutes then we head back" Kata Dango.

"What happened to Sipsip? Why the f*ck you guys didn't say anything!" Geram Ramos apabila pertanyaannya tak diendahkan.

"Ramos, who is Sipsip?" Tanya Stefan.

Ramos demanded for them to tell him what the hell is going on. Right from the start. 

So basically this is what'd happened...

Mereka bertiga tiba di Angeles City petang tadi di atas undangan kenalan yang mereka kenal melalui forum paranormal. Kenalan mereka ada 3 orang bernama Angus, Felix dan seorang lagi Ramos tak ingat nama. Mereka lepak di restoran dan bertukar-tukar cerita dan of course salah satu topik perbualan ialah pasal hospital Clark Air Base.

Dalam kerancakan bercerita itu kenalan mereka di Angeles City menceritakan all these urban legends pasal hospital itu dimana dua 'pengalaman Sipsip' antara cerita yang disampaikan. The thing is, dua urban legends tersebut tidak berkait antara satu sama lain kerana di alami oleh dua orang berbeza dan time period yang berlainan, menurut Ramos, cerita pasal operation theater tu jadi time Vietnam War dan cerita rumah mayat jadi sewaktu Perang Dunia Kedua.

Selepas kenalan mereka menceritakan bahawa kes paling recent dimana krew produksi buat shooting di Clark Air Base hospital kena baling batu, Ramos tiba-tiba excitedly proposed supaya mereka explore tempat itu.

Kenalan mereka pada mulanya ketawa aja tapi bila tengok Ramos betul-betul serius, mereka dengan seriusnya menasihati Ramos, Dango dan Stefan supaya tidak meneruskan niat. Kata rakan baru mereka, "there are limits with ghost hunting and that hospital is definitely not for amateurs like us"

Bila dah dengar macam tu, lagi lah Ramos excited. Stefan dan Dango pula yang pada awalnya reluctant turut serta berminat nak explore Clark Air Base hospital. Pujuk punya pujuk akhirnya mereka setuju tapi hanya membawa Ramos and the gang sampai simpang masuk je. Mereka tak nak masuk dan tak nak tunggu, you guys have to arranged transportation back to your place after that.

Kata Dango dia sendiri tak tahu kenapa mereka setuju dengan cadangan tersebut kerana it sounds so stupid. Even kenalan mereka bagi syarat macam itu pun kerana tak mahu Ramos dan rakan-rakan explore tempat tu, especially not that night.

Satu lagi perkara aneh, rakan-rakannya tak tahu dari mana Ramos dapat idea yang mereka ke hospital Clark Air Base naik Pajero. Mereka naik kereta Toyota Corolla buruk milik kenalan mereka. Kata Dango, kalau dia ada Pajero, dia tak buang masa malam-malam cari hantu, baik dia cari perempuan.

Mereka pulang ke Manila hari itu juga menaiki kenderaan yang sama untuk datang ke kota tersebut, Bas. Sepanjang perjalanan pulang nobody said anything dan selepas kejadian itu, Ramos, Dango dan Stefan membawa haluan masing-masing. Ramos yang trauma dengan pengalaman di bekas hospital itu berhenti dari dunia paranormal activities. Stefan juga calling it quits dan beberapa bulan selepas itu berhenti dari kolej dan berhijrah ke California bersama keluarga. Hanya Dango yang masih aktif dan kali terakhir Ramos dengar, dia jadi some kind of moderator for ghost hunting forum dan actively organized exploration here and there.

Fast forward 2008, Ramos di posting ke Kuala Lumpur. After all these years, dia masih tak percaya kejadian di Clark Air Base hospital tu hanya halusinasinya aje dan dia refused to believed that he's imagining thing. He knows how to differentiate between fantasy and reality and that hospital is real as shit! (verbatim quote dari Ramos).

Ramos pulang semula ke Philippines tahun 2011 untuk melangsungkan perkahwinan dan menetap disana as far as I'm concern. Aku lost contact with him around 2011.



================================
from author dammerung dari cari forum

1 comment: