Ye senjak lepas2 PKP ni
Kemain rajin pulak akak bercucuk tanam ye..
Ni baru beli 3 jenis pegaga..
Tengah cuba2 tanam..
Akak beli hari tu set pegaga nyonya, pegaga jepun dan pegaga desa..
ini semua anak2 pokok yg akak beli dari shoppee
KHASIAT 3 pegaga ini sama, cuma berbeza dari paras rupa dan bentuk daun. Mudah tanam, boleh dijadikan ulam, boleh dibuat jus yang lazat dan sebagai pokok hiasan. PEGAGA NYONYA Daun kerinting. Sedikit rendah rasa manis daun. PEGAGA JEPUN Daun licin dan lebar. Agak tinggi, bewarna hijau pekat. Kurang pahit berbanding yang lain. PEGAGA DESA Pegaga original orang kampung, daun bulat dan bergigi, sangat sedap dibuat ulam.
Belakang ni akak tanam satu jenis
Kat bawah pokok ni akak tanam yg daun paling halus tu..
Harap2 menjadi la dia sebab daun dia yg ijau tinggal satu je lagi 😢😢😢
pastu ingat nak bagi dia merebak ke kawasan keliling batu ni
cun kan gitu, semoga menjadi la ye
sblom ni, celah2 batu ni semak banyak rumput2 kasar
tu yg akak buang n cuba tanam pegaga, semoga berjaya
begitu la cerita pegaga akak
nanti akak sambung cerita tanaman2 sayur2 akak keliling rumah