selamat tinggal cikin.. norashikin ahmad saleh
aku akan merindui ko dan sentiasa akan berdoa utk mu sahabat
kawan sedari kolej AIM lagi
kemudian satu kerja di suruhjaya tenaga
ke Shell IT ke DHL IT..
pastu dia dpt offer ke CIMB
aku melopong lagi di sini, tak laku dah
ni zaza pada malam jumaat
hari last cikin, tak sangka dia pergi seawal ni
aku tak dpt melawat dia masa ni
sebab no visitors allowed, cikin dah tenat sgt
tapi dpt aku jumpa dia dalam 4 kali gak selama dia sakit
cikin menghembuskan nafas terakhir pada 8.55 malam di IJN
pada hari Sabtu 9 April 2016
esok nya tu 10 pagi, dia di kebumikan di Melaka
Tanah Perkuburan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka
ini kampung zaza..
yang baju merah tu adam
anak dia yg sulong, 9 tahun dah rasanya dia
anak kedua arif, 2 tahun je baru
masa nak masukkan cikin dlm liang lahad tu
arif punya la melalak, adehhhh syahdu gile tgk
selamat tinggal kin..
semoga tenang di sana
aku akan sentiasa mendoakan ko
jumpa lagi sahabat!!
gambar kenangan cikin masa wedding adik aku
tahun 2009 masa ni, adam kecik lagi