Sunday, July 31, 2011

Lagu aku layan skrg..

Jaclyn Ning Shila - Di Mana Di Mana (3 Suara)



Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami

Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho ooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu

Thursday, July 21, 2011

kiki dah betelooo !!!

wowwww kiki dah bertelo.. yang first tu pecah. yang second kicik. yg third n 4th adalah normal..

dia nih bertelor selang 2 hari sekali. dan akan terus bertelur sampai dia ngeram, aku pun tak sure bila dia akan ngeram nya.

pagi tadi dalam kul 10pg dia betelo sebijik lagi.


ini telo kiki yang kekempat. n adam talipon tadik dia cakap kiki dah bangun. makna nya dia belum habis bertelor n akan bertelor lagi esok atau lusa.


dia memang betelor kat tepi pokok serai nih.. dari yang first sampai lahhh yang ke empat nih..

koko pun ada tak jauh dari dia, adam la yang letak kan nasik n minuman utk kiki. tapi dia blom ngeram lagi. aku baca kalau dia ngeram dia takkan kemana2, kena letak makanan n minuman dekat dengan nya.


ini telo kiki yang second n yang third. yang second tu kecik sket sebab telo memula kot, maybe tak jadi sepenuh nya tu. yang third tu sangat besar ek? telo coklat tu, telo ayam dari dalam peti ais aku, utk perbandingan telo2 kiki :D

Wednesday, July 13, 2011

ros mini CH akak..


haaaaa ini la dia 2 harta rampasan yang akak dapat dari floria putrajaya tu. RM25 jugak kedua2 nya.. tapi cun punya pasai, kena laaaa tutup mata. dah la wat floria tengah2 bulan nih kannnn..


pokok ros nih di panggil ros mini cameron highland. dia memang dari sana. jadik nya nak jaga sangat la rumit nya.. akak usha2 internet cemana cara nak jaga, pasai kita kat bawah nih sangat la panas nya kan??


minggu first n second nih nak kena letak kat luar laman tengah panas kejap je, dalam sejam dua jek.. pastu bawak masuk dalam shading area semula.. siram pun sket2 je nak kena spray je takleh jirus sebaldi air gitu.

pastu minggu ke tiga n ke empat tu plak nak kena letak lamaaaaa sket kat luar. sebab ros nih pokok yang amat perlukan cahaya matahari. jadik mungkin minggu ketiga nanti akak letak selang2 hari la kat luar.


tengok cemana perkembangan nya, dan lepas tu baru leh di biar kan di luar sahaja. begitu lah cara2 yang akak paham. kalau idak wat gitu dalam seminggu dua jek matilah pokok2 nih, rugi la membeli nya kan??

dah nampak dia idup cantikkk tu, baru la bulih transfer ke dalam pasu besar sket. nanti akak hupdate lagi cemana pokok2 nih na??

Tuesday, July 12, 2011

floria putrajaya


weekend lepas bawak la bebudak pi tengok bot hiasan nya pertunjukkan kat floria putrajaya. best la jugakkkk.. bebudak nih enjoy laaaaa.. akak biasa2 jek.


macam2 bot ado.. kicik besar, dari setiap negeri, perbadanan, hotel pun ada yang amik bahagian skali.

ini bot dari perak.


paling cun ialah bot dari melaka, siap pasang lagu. paling best ada pramugari atas tu. eh pramugari ka yang dok lambai2 tu ek?? gasak la kannnnn, janji uols faham maksud akak :D


anis adam sangat la enjoy nya, dalam kul 10:30 malam gak baru habis semua bot2 tu.

dan malam itu disudahi dengan bunga api yang sangat2 meriah..

sangat cantik n warna warni bunga api nya, tapi ini je gambar yang sempat akak rakam kannnn.





kami berada terlalu dekat dengan bunga api, jadik nya terpaksa tutup telinga pasal letupan2 tu sangat kuat woooooo..

sementara siang tu akak sudah melawat seluruh kawasan jualan bunga di floria tu. banyak bunga, macam2 ada. bunga wangi, orkid, ros, kemboja.. wahhhh semua ada. tapi harga nya?? sama jek kat nurseri2 biasa tu, baik pegi nurseri jek. nak jalan seluruh pesta tu amat la besar nya !!

dan akak dapat tangkap 2 pasu ros mini dari cameron highland. payah nak bela ros ini. nanti akak hupdate di lain waktu naaa??

Friday, July 8, 2011

musim bunga..


agak nya skrg nih musim bunga ek?? baru la aku nampak bunga2 pokok aku nih berkembangan.. risau jugak nape dia tak berbunga2. bunga dia nih amat wangiiiii tau.. pokok nama apa ntah, aku pun tak tau..


terbau2 keharuman nya kan??


aku terpaksa letak japanese roses aku yg baru nak idup, pokok bunga ros n anak2 cili aku kat luar pagar rumah.. pasai kalau idak harus selamat dikerja kan dek cikyam2 n kikikoko aku tu. hadehhhh tabah jek dengan haiwan peliharaan anak2 aku tu.


tapi ramai orang yang singgah n tengok ayam2 n angsa2 aku tau. tetiba aku ramai kawan plak. aku nih jenis bukan menyembang, sekarang dah pandai bertegur sapa dengan jiran2 semua :D


tengok la cikyam2 dah amik port bawah pokok kelapa tu.. pastu pokok cili tu terpaksa diletakkan pencakar oleh encik afzan. harap2 ada lagi pokok tu balik keje nihhhh..

ehhh esok ada floria kat putrajaya, semalam aku sempat usha2 banyak pokok2 bunga n khemah2 pun dah siap pasang dah. jangan lupa ke sana esok kot2 ada pokok2 bunga yang bulih di bawa balik :D

Saturday, July 2, 2011

larian serentak 1murid 1sukan 1malaysia..

hadehhhhhh anis adam pun involved jugekss.. seb baik depa udah darjah 3 dan ke atas. kalau bebudak darjah 1 n 2, mak pak pun di jemput berlari bersama. harus akak yang pengsan nya nanti.. kekekekekekekek :D

sempat gak afzan pi intai2 budak 2 org itu..


adam penuh semangat, berlari je tak benti2. walaupun dia sempot, harap2 ok la si adam nih. semalam baru kena serang sempot. tapi semangat tu penting ek??


anis?? hadehhhhh, dia jalan2 je makan angin dengan kawan2 nya. sambil borak2 gossip2.. ekekekekkekekekkk :D

dalam 1.5km jugak depa berlari tu. ala2 merentas desa la time kita dolu2 kannnn :D sekarang takde desa nak merentas nya.

program nih diadakan oleh kementerian pelajaran, depa nih berlari serentak seluruh malaysia siap masuk dlm malayia's book of records pada hari ni 7:45pagi tadi. kami sokong je, menda baik kita sokong ek?