Monday, March 20, 2017

Kisah Seram: CERMIN

Kisah ni adalah pengalaman aku sendiri.


Begini ceritanya..


Bilik aku tidaklah sebesar mana. Tapi muat untuk katil single, almari pakaian dan almari solek. Almari solek ni aku letakkan pomade, minyak rambut zam-zam, sikat, bedak dan celak. Sengaja aku beritahu apa yang ada di almari solek ni, taknak pembaca fikir yang bukan bukan.


Tapi aku cukup selesa dengan keadaan bilik aku.


Pada waktu itu aku keseorangan di rumah, kerana keluargaku pulang ke kampung. Dan, dalam jam 2pagi, tiba-tiba aku terjaga daripada tidur. Aku pelik kerana badan aku langsung tidak boleh bergerak. "Sudah lumpuh ke aku ni?" fikir aku kerisauan.


Dalam usaha untuk menggerakkan badan yang terkaku, mata aku tertumpu ke arah hujung katil aku yang dihadapannya adalah almari solek.


Sah! Inilah penyebab aku tak mampu bergerak.


'Seorang' perempuan yang berpakaian serba putih duduk di hujung katil aku dan badanya menghadap ke arah cermin meja solek.


Aku mula berpeluh, hatiku berdoa agar Tuhan menolong aku.


Perempuan itu tiba-tiba berdiri. Aku yang tidak mampu berbuat apa, cuma melihat.


"Nak tengok saya ke?" Tanya perempuan itu. Aku ingin menjawab taknak, tapi mulut aku terkunci.


Aku sangkakan perempuan itu akan berpusing menghadap aku.


Apa yang aku saksikan, badan perempuan itu membongkok ke belakang. Macam tulang patah ia membongkok. Seolah-olah terlipat dua!.


Bebola matanya yang putih, hidungnya yang rompong dan siungnya yang panjang. Walaupun mukanya tak berulat dan ber lobang, tapi cukup menyeramkan.


Dengan kepalanya yang terbalik, ia senyum dan berkata sambil mengilai. "Inilah aku... Hahahahahahahaha".


Pandangan aku menjadi gelap. Pengsan.



=============================================



entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik

dari forum cari ..

Sunday, March 19, 2017

Kisah Seram: PERHENTIAN



Kisah ini diceritakan oleh Yen, dua pupu aku.

Begini ceritanya. 

Yen adalah dua pupu aku yang sangat rapat dari kami kecil lagi. Dan kami juga sebaya, 28 tahun. Kacak orangnya, macam Mario Maurer.

Bezanya dia dengan aku, Yen memang nakal, setiap malam minggu mesti merempit dengan kawan-kawannya. Tapi kalau aku dalam masalah, dia yang akan jaga aku.

Berbalik kepada cerita..

Suatu malam, Yen melepak di perhentian bas di kawasan perumahannya. Ramai yang tidak berani berada di situ apabila tibanya malam hari, kerana di sebelah perhentian bas itu terdapat pokok beringin yang besar. Lagipun perhentian bas tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Sambil bersembang, mereka juga menyanyi.

"Lagu yang kitaorang nyanyi, semua lagu rock malam. Salah lirik takpe, asal suara sedap".

"Kira suara kau boleh dimakan ke? Sebab sedapkan", gurau aku.

"Hish kau ni". Yen geram dan mencubit pipi aku. Pedih.

"Aku sambung balik cerita aku ni".

Semasa mereka melepak, datang seorang yang cukup mereka kenali, Tebu, kawan mereka.

"Wei Tebu, kata balik kampung?" Tanya salah seorang kawan Yen.

"Tak jadi", jawab Tebu selamba.

Mereka terus bersembang. Begitu riuh sekali. Tebu cuma tersengih memerhatikan gelagat kawannya.

Tiba-tiba kawan Yen mencuit lengan Yen lalu berbisik "kau cuba tengok Tebu, apa yang lain?".

Yen memerhatikan Tebu. Baru Yen tahu kenapa Tebu sedari tadi tidak duduk, cuma berdiri. Tertanya-tanya juga, Tebu tidak penat ke.
Lalu Yen berbisik kepada yang lain apa yang berlaku. Mereka memandang Tebu yang sedang berdiri.

"Korang bisik apa tu?" Tanya Tebu sambil tersengih.

"Tebu, kitaorang balik dulu la".

"HAHAHAHA! KAWAN-KAWAN, DIAORANG BARU NAK TAHU LA.. HAHAHAHAHA", kata Tebu sambil ketawa besar.

Serentak dengan itu, tiba-tiba Yen dan kawan-kawan terdengar suara ketawa dan sorakan dari arah pokok beringin itu.

Mereka pun memandang ke atas.

Apa yang mereka nampak sangat menakutkan. Sekumpulan hantu yang ketawa sambil melompat-lompat mentertawakan mereka. Wajah-wajah hantu itu sangat menakutkan.

Melihat keadaan itu, Yen dan kawan-kawan lari bertempiaran meninggalkan tempat itu.

"Takut jugak kau ni Yen", kata aku.

"Memanglah, buatnya hantu-hantu tu turun ke bawah macam mana?" Jawab Yen sambil mencubit pipi aku lagi. Pedih yang tadi belum hilang, ditambah dengan cubitan yang baru.

"Sebenarnya, apa yang kau nampak dekat Tebu tu?"

"Ye, lupa nak bagitau kau. Aku nampak, badan tebu tu.. Meremang dah aku ni! Kepala dia ke depan, badan ke belakang. Sebab tu dia tak duduk dari awal dia datang", jawab Yen sambil menghirup air teh ais yang dipesannya tadi.

=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..


Saturday, March 18, 2017

Gym dengan adam..

sabtu nih biasa nya kami tak kemana2
sebab ayah kojo
jadik mari layan gym la dengan anis adam
tapi hari ni anis follow aje..

lepas lunch KFC tengah hari ni kami ke cyberjaya
wowwww gym dia dah baru ye
semua peralatan pun baru2


skrg dah ada leg press machine nih
akak suka menda nihhhhh
nak bagi kuat kaki lagi katanya

skrg adam pulak jadi coach akak ye
best bila dia rajin melayan

dia ajar buat tricep nih
pastu akak tak kuat sangat nak angkat sendiri
dia la tolong jaga kannnn

tengok lahhh my abang sado yang baru  :*

besau dia nih kannnn <3 p="">
macam2 laaaaa aksi nya

treadmill pun baru, boleh jalan dah skrg nihhhh
akak lari 5 minit aje nih, adam 3 menet je larat nya kik3

ini pulak machine kat gym opis akak
skrg akak dah start buat stepper nih
30 minit lepas lunch n 30 minit lagi lepas office hour

yang ni stepper yang baru
so akak suka guna yang nihhh
smooth ajo n syok lahhh sebab ada kipas skali
ekkekekekekekekke

caiyokkkk akakjamu, ukenduit!!


Kisah Seram: AKU SANGKAKAN.. RUPANYA..



Kisah ini terjadi kepada sepupu aku, Zul.

Begini ceritanya..

Zul adalah pekerja technician di sebuah bangunan yang begitu gah di Kuala Lumpur. Oleh kerana syarikat di bangunan itu beroperasi 24jam, maka Zul dan technician lain perlu bekerja shift.

Suatu malam, Zul diarahkan oleh ketua bahagian untuk membaiki lampu di bangunan sebelah timur.

Pada mulanya Zul mengelak kerana ada kerja lain yang perlu disiapkannya, tapi disebabkan tiada pekerja lain yang ingin mengambil tugas itu, Zul terpaksa akur.

Dengan berat langkah, Zul menuju ke bahagian timur bangunan. Tangga yang dimaksudkan adalah di tingkat 22. Setelah selesai membaiki lampu kalimatang di tangga itu, Zul mengambil keputusan untuk menuruni tangga sahaja.

"La.. Kenapa kau tak guna lif je Zul?" tanya aku menyampuk cerita Zul.

"Kau ni kacau jelah Pit", gumam Zul. Bukan aku taknak naik lif, tapi entah kenapa hati aku rasa tak kena masa tu", sambungnya lagi.

"Ok, sambung cerita kau.".

Sewaktu menuruni tangga, Zul terdengar bunyi tapak kaki berada di belakangnya. Dia berhenti.

Bunyi tapak kaki turut berhenti.

Dia meneruskan langkah, bunyi tapak kaki itu muncul semula.

"Ada yang ikut aku ke?" Getus hati Zul.


Zul mempercepatkan langkah. Kali ini bunyi tapak kaki itu mengikut rentak Zul.

Zul sempat menoleh sambil kakinya menuruni tangga. Tiada apa di belakangnya.

Apabila dia memandang ke hadapan semula..

"Pit, aku ingatkan ada yang ikut aku. Bila aku pandang depan balik, rupanya hantu tu dari depan. Laju dan besar langkah dia. Muka hantu tu berlobang sampai boleh nampak apa dekat belakang tu. Pakai baju technician jugak tapi koyak rabak.Bila dia sampai depan aku, muka dia yang berlobang tu tepat dekat muka aku ni. Sedar-sedar aku ada dekat opis aku". Kawan aku kata nampak aku terbaring dalam lif".

"Macam mana kau ada dalam lif?". Soal aku kehairanan.

"Entahlah..". Jawab Zul menamatkan ceritanya..

=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

Friday, March 17, 2017

Kisah Seram: Loker

Maaf sebab agak penat sehari dua ni.
Tapi sempat ambil dari Eda. Cerita yang awal aku ceritakan dekat benang ni. 

"Kau ni Epit, asyik paksa aku cerita je. RM100 untuk satu patah perkataan."

"Ala Da, cerita jelah.. Aku tau kau mesti banyak cerita punya!" Balas aku.

"Ye, nanti belanja aku dinner ni ok?" Kata Eda sambil melihat menu di hadapannya.

"Ok," jawab aku ringkas.

Begini ceritanya..

Kisah ini berdasarkan daripada zaman Eda menuntut ilmu di universiti.

Ketika zaman belajar, Eda adalah seorang pelajar yang aktif dengan aktiviti kolej, tak berpewatakan sedikit kasar.

Boleh dikatakan, setiap kali ada aktiviti di universitinya, pasti Eda tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti tersebut.

Dan apabila cuti semesta, Eda perlu datang di kolej kediaman untuk beberapa hari bagi menyediakan persiapan untuk menyambut pelajar junior. Apa tidaknya, Eda adalah Penolong Presiden Pelajar. Itu sudah menjadi tanggugjawabnya.

Pada cuti sem akhir, Eda terpaksa datang ke universiti lebih awal daripada tarikh perancangan untuk persiapan sambutan pelajar junior.

Mahu tidak mahu, Eda terpaksa tinggal di kolej kediaman seorang diri.

Pada malam pertama, setelah selesai mandi, Eda segera berjalan ke biliknya. Sejuknya malam itu, lain macam saja. Terketar-ketar badan Eda menahan sejuk.

Setelah masuk ke biliknya, dia pun membuka pintu loker miliknya.

Tiba-tiba ada suara yang berkata, "Alah.. Dah tak nampak......''.

Terkejut Eda! 

"Siapa pulak yang cakap tu?". Fikir Eda. Tidak mahu merunsingkan fikiran, dia membiarkan sahaja.

"Hihihihi"

Kedengaran suara halus yang ketawa. Bunyinya betul betul di sebalik pintu lokernya yang terbuka.

Eda merasakan sesuatu tidak kena.

Dia ingin mengintai di balik pintu yang terbuka...

Eda menjulurkan kepalanya, serentak dengan itu, ada wajah yang turut menjulur di balik pintu loker Eda, betul betul di hadapan muka Eda.

Dengan mata kiri yang terkeluar, muka yang menampakkan daging, menyeringai sehingga menampakkan siungnya dan gusinya yang pecah..

Dan lembaga itu berkata..

"TENGOK APA TU?"

................................................................

"Apa jadi lepas tu Da?" Tanya aku.

"Aku pengsanlah! Punya aku terperanjat bila benda tu tengok aku balik. Serentak pulak tu dia keluarkan kepala dia jugak. Betul-betul depan muka aku pulak tu!". Jawab Eda...


=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

Thursday, March 16, 2017

Kisah seram: PANDANGAN

Kisah ini diceritakan oleh kawan kolej aku, Anis.

Begini ceritanya..

Kolej kami adalah kolej yang cuma ada pengajian yang berkaitan dengan seni. Jadi kami lebih selesa untuk menyiapkan assignment di malam hari. Entahlah, bagi kami, waktu malam adalah waktu yang tenang untuk membuat assignment.

Ada pelajar yang membuat assignment di cafeteria. Ada juga yang berada di dalam bilik. Tetapi kami lebih gemar untuk berada di dalam studio jabatan masing-masing. Bukan apa, studio kami amat luas dan menyenangkan kami untuk bergerak, dan pada masa sama, kami boleh mendengar lagu sambil menyiapkan kerja kami.

Anis, kawan aku yang mengambil pengajian Seni Reka Industri Perabot. Studio jabatan Seni Reka Perabot bersebelahan dengan studio jabatan kami.

Tetapi studio jabatan Seni Teka Perabot amat sunyi berbanding studio kami yang riuh rendah dengan gelak ketawa. Mungkin studio mereka jauh berhadapan dengan ladang getah dan amat gelap di kawasan itu.

Berbalik kepada cerita, suatu malam, Anis dan kawan-kawan kelasnya melepak di dalam studio. Masing-masing sudah menyiapkan assignment yang diterima daripada pensyarah.

Dalam gelak ketawa mereka, suara Anis yang paling kuat. Apa tidaknya, sampai ke belakang tudung yang dipakai Anis. Berdekah-dekah mendengar celoteh kawan-kawannya.

Seperti biasa, tudung Anis ke belakang. Tidak kemas seperti. sebelumnya. Akibat tidak selesa, Anis memperbetulkan kedudukan tudung. Tidak yakin dengan kekemasan tudung, Anis mengambil keputusan untuk melihat di cermin tingkap yang boleh memantulkan bayang apabila melihatnya.

"Nis.. Berani kau tengok tingkap tu", kata Abe.

"Beranilah. Bukan ada apa pun", balas Anis selamba.

"Bukan apa Nis, Nanti ada hantu luar tingkap tu..."' gurau Atek pula.

Sesudah sampai depan tingkap, Anis mendekatkan mukanya dia depan cermin tingkap.

Tiba-tiba Anis berundur ke belakang.

"Jomlah balik", kata Anis dengan tiba-tiba.

"Kenapa Nis?" Soal Atek termanggu-manggu. Pelik mereka melihat keadaan Anis.

"Jom jelah". Gesa Anis sambil mengemaskan barangnya. Di ikuti oleh yang lain lain.

Di cafeteria, Anis membuka cerita sebenar.

"Sebenarnya masa aku tengok cermin tingkap tadi, aku nampak hantu. Bukan dekat luar. Tapi..."

"Tapi apa Nis??"

Sebenarnya bukan kita berlima dalam studio. Aku nampak dekat pantulan cermin tu, studio kita penuh dengan hantu. Hantu-hantu semua tu pandang arah aku...." Sambung Anis "Patutlah masa kita ketawa, dengar suara macam ramai..".





=============================================



entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik

dari forum cari ..

Wednesday, March 15, 2017

Kisah Seram: BADMINTON



Masih lagi cerita berkenaan kolej aku. Dialami oleh kawan aku, Wan dan Akmal.

Begini ceritanya..

Wan dan Akmal memang hobi mereka bermain badminton. Asal ada masa terluang, pasti mereka akan mengisikan masa itu dengan bermain badminton.

Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, aku akan terangkan keadaan dewan kolej aku.

Dewan kolej memang agak besar, jadi pihal kolej jadikan dewan itu dengan pelbagai kegunaan.

Di dalamnya ada court badminton, pentas, gym dan port jamming.

Di bahagian atas dewan, ada bilik kawalan untuk PA system, lampu, tirai dan lain-lain. Memang boleh nampak dari luar Kerala bilik lawalan tersebut cuma ditutupi dengan cermin kaca.

Berbalik kepada cerita.

Suatu malam, disebabkan terlalu bosan, Wan dan juga Akmal bermain badminton untuk menghiburkan diri. 

Sedang mereka leka bermain, tiba-tiba Akmal meminta untuk tukar posisi. Jadinya Wan akan mengambil posisi yang menghadap bilik kawalan.

Tanpa berlengah, Wan menuruti sahaja. Mungkin Akmal silau, fikir Wan.

Sewaktu, Wan hendak membalas pukulan Akmal, Wan terkejut!

Ada sekeluarga berada di dalam bilik kawalan!

Jelas di mata Wan, , keluarga itu terdiri daripada ayah, ibu dan anak perempuan mereka.

Mereka memandang tajam tepat ke arah Wan. Dengan mata terbeliak, merah bernyala mata mereka.
Mulut mereka terngaga dan mengeluarkan lidah yang terjelir panjang sehingga lantai. 

Keluarga hantu itu menekapkan wajah mereka ke cermin kaca bilik kawalan

Namun, tetap jua Wan dan Akmal meneruskan permainan walaupun  sedang diperhatikan oleh keluarga hantu.



=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..