Wednesday, February 22, 2017

Kisah Seram: Kisah di jalan felda

Assalammualaikum WBT…

Hi Forumers.... we met again...
alhamdulillah, dilanjutkan usia untuk aku share lagi tentang kisah2 silam aku…
kali ni aku nak citer pasal aku cube untuk selamatkan orang accident…
pada aku, ni salah satu pengalaman aku yang agak menarik…
aku fikir 2-3 kali gak nak thread kisah ni…
so, terpulang la pada penilaian korang…
aku dah cube rumus sehabis baik untuk share kat sini…

so,ape lg,amek popcorn ngan coke,kite chill……hek3…

Bismillahirahmanirahim…

Mase ni sekitar tahun 2003-2004… ade satu hari minggu tu, parents aku mintak tolong aku uruskan salah satu rumah sewa mereka...

sebab ade penyewa baru nak masuk... memandangkan aku sorang je yang free untuk hari tu…
so, mase aku gerak tu dah agak lewat patang gak time tu.. dalam pukul 5 lebih mcm tu..

dalam perjalanan ke rumah sewa tu, aku lalu satu kawasan felda.. lepas sikit dari gerbang felda tu, ade ‘fresh‘ accident… satu brother ni dah terbaring atas jalan, jarak motor ngan brother tu, ade la dalam 10 meter kat tepi jalan... mase aku hampir sampai kat area tu, aku Nampak ade lori 1 tan pecut laju.. so, aku assume, lori tu la yang langgar brother tu….

tiba kat brother tu, aku bentikan motor and angkat die ke tepi.. mase aku angkat tu, die tak sedar… aku cube gerak2 die, langsung takde respond… tapi aku tgk, takde gak pendarahan teruk.. helmet die pun still kat kepale… so, dengan nervous, aku pun tanggal la helmet die… pun takde darah ngalir gak.. cume aku Nampak luke calar kat tangan die.. tapi tu luaran la.. sbb die pakai jaket ala-ala Arai punye jaket

dalaman wallahualam.. aku tak berani bukak… takut kat luar tak nampak, bukak jaket, melimpah lak darah.. tengok darah kang, aku yang pengsan kat situ… dah lain plak citernye.. aku bukannye boleh tengok darah2 ni.. hati kecik… huhu…

so, aku fikir nak bawak die ke klinik, aku pulak bwk motor…

actually, aku saksi kedua selain ade sorang makcik yang jual goreng pisang seberang jalan dari tempat kejadian… so aku tinggal kan brother tu jap, aku lari dapatkan makcik tu yang nampak agak trauma, tgh kejung diri blakang gerai die... aku mintak tolong makcik tu call sape2 yg  makcik tu kenal kat kampung tu yg ade kereta, tolong bwk brother tu ke klinik atau hospital...

area tu memang agak sunyi… jenuh nak tunggu kenderaan lalu lalang.. nak call 999 mmg lambat r... die tanye itu tanye ini, elok-elok 50-50, blh jadi terus ‘gol’..  sorry to say la.. gua ade pengalaman…. takde niat nak boikot pasukan keselamatan kite.. ye, memang kalau dah ajal tak ke mane... tapi kalau respond cepat, tak la seksa sangat si mangsa… ye dak? lagi la hospital berpuluh batu dari tempat tu, nak tunggu ambulance lagi…. hmmm…

So, makcik tu call la suami die... sementare tunggu tu, aku tanye la makcik tu punca kejadian… makcik tu cerite, die nampak brother tu baru je behenti kat situ. die turun, tongkatkan motor die, pastu tertonggeng2 macam tgh check tayar… tak lame tu datang lori (yang aku nampak tadi), macam lost control, hentam kuat brother tu, motor die ke kiri, brother tu tercampak ke depan lori… lori tu reverse sikit, ingatkan nak tolong... rupenye die ketepi, terus pecut tinggalkan brother tu… tak lame lps tu aku sampai…. so, memang tepat la jangkaan aku…

Lebih kurang 10 minit kami borak, suami makcik tu pun sampai….  so, aku tolong la pickup brother tu masuk kereta… nak follow, aku nak kejar orang tengah tunggu nak masuk rumah… so, cara lain, aku keluarkan beberape duit kertas yang aku ade, selit kat dalam kocek seluar brother tu... itu tande stakat tu je aku dapat tolong die…

Balik pade niat asal, aku pun teruskan perjalanan menuju ke rumah sewa… kajadian tadi masih bermain kat dalam kepale aku… tak ingat bende2 lain dah… asyik terkenang ape la status brother tu... tibe2  ade sebijik motor 125Z biru pintas aku, die hon 2-3 kali sambil angkat tangan…. aku pun balas hon ngan angkat tangan… tak pasti aku siape… mamat tu terus pecut tinggal kan aku… dah beralih pulak memikir… sape plak yg ‘beri salam’ tu… tgh aku fikir2 owner 125Z tu tadi, baru aku prasan… motor kepunyaan brother accident tadi!! ye!! 125Z biru!!

itu jam kepale otak aku dah melayang…. nak patah balik jauh…  nak terus ke rumah sewa, balik kang jalan dah jadi gelap… mampusss… tak tau dah ape yang aku fikir time tu… so, aku istighfar banyak2, berdoa, mintak Allah tenangkan hati aku dan tunjukkan ke arah mane yang sepatutnye aku tuju...

alhamdulillah, tak lame tu baru rase lega sikit…. gelisah makin kurang, sedar tak sedar, aku sampai gak kat rumah sewa… janji dengan penyewa lepas maghrib… sementara aku tunggu penyewa sampai, aku cuci2 la rumah tu sket… masuk maghrib, aku solat kat surau belakang rumah tu…. lps solat tu baru aku dapat satu clue… mungkin brother tu dah ‘takde’… die pintas aku tu, mungkin sebab nak ucap terime kasih….  wallahualam…

malam tu, selasai dengan penyewa, aku gerak balik ikut highway… biar jauh sikit, asal aku sampai rumah dengan tenang dan lancar…  alhamdulillah, perjalanan aku lancar tanpa sebarang halangan...
itu lah kisahnye…  terpulang pade penilaian korang …. mungkin korang pun ade pengalaman yg same,  moh le kite share2 yek… ape yg terjadi haritu, ketentuan Allah SWT… setiap kejadian ade hikmahnye….  InsyaALLAH…..

salam sahabat….


========================================================

cerita saya lebih kurang lah dgn cerita kamu - tapi tak skeri hanya kepelikan sikit.

Saya satu masa dulu telah menyelamatkan seekor monyet dari dijual kpd seorang cina (cina tu beli dan akan bunuh dan makan monyet ini) baby lagi mcm setahun lebih kot umurnya. Saya bayar lah $30 ringgit pada encik yang tangkap monyet tersebut. Encik tersebut hantarlah monyet ini balik ke dalam hutan. Tak berapa lama (mcm sejam lebih) time saya tengah buat minuman petang saya nampak anak monyet ni dtg balik ke rumah saya. Saya keluar rumah dan halau balik dia masuk semak/hutan. Hairan saya mcmana anak monyet ni boleh dtg balik - sekarang baru lah saya terfikir mungkin dia dtg nak ucap terimakasih kpd saya, spt cerita mat motor ni.


========================================================

Aku pernah tolong ada budak accident meninggal betul2 kat jalan LDP antara curve dengan petronas kg penchala. Darah langsung xde. Bila polis ambulan suma datang diorang dah sahkan meninggal. Cedera dalaman.


========================================================

Salam uncle...

Dulu kat bod ni jugak, few years back, ada sorang forumer share salah satu story dia. Forumer ni kira takde hijab la, boleh nampak benda. Yang saya ingat, dia tengah tunggang motor, berhenti di traffic light, sebelah dengan sorang penunggang lain. Tetiba penunggang tu cakap pada forumer tu, "bang, nanti abang tolong saya, ye."

Memula forumer tu pelik juga, nak tolong apa? Tapi tak sempat nak tanya. Rupanya kat jalan depan tu, penunggang yang minta tolong tu eksiden, meninggal. Ada hajat penunggang tu tak lepas, rasanya nak sampaikan something pada parents nya kot 

Mujurlah forumer tu boleh nampak benda2 ghaib, maka dia tolong si mati seperti yang diminta, dan laksanakan hajat akhir arwah.

Wallahua'lam

========================================================

mintak maaf ye TT
just nak kongsi citer yang hampir sama

dulu kawan anis pernah kena umpat dengan seorang kawan, kita gelarkan dia miss A
hingga buatkan bos kawan anis marah dan warning kat kawan anis gara2 perbuatan miss A ni
Miss A ni ada sakit jantung dan terlnatar sakit yang lama kat hospital lah
ada satu malam dalam kul 4 pagi macam 2 lah, miss A datang dalam mimpi dan mengaku salah dia 
dan minta maff dengan kawan anis
Esok nya kami dapat berita yang miss A meninggal dunia waktu pukul 4 pagi macam 2 lah

========================================================

ai cucu peneroka. nenek ai org kg sg dusun felda seoharto tu jah. nak tau kat ne sila gugel sendiri  

ni nak citer pasal arwah nenek. arwah atuk dah lama meninggal sebelum ai lahir lg. so arwah nenek ni meninggal masa ai 16thn. nak dijadikan citer sebelum tu arwah sakit. sakit die disebabkan oleh 1 peristiwa mistik. rumah nenek kt felda tu sebelah ngan jiran die, duda kematian isteri, tp die dah kawen lg lah lepas tu. 

nama pakcik tu pak surip. ingat lg die duduk ngan cucu2 die kak esah n firdaus. kirenye dulu kalau balik kg mesti main ngan kak esah n firdaus tu la  eh terpesong plak... ok nak dijadikan citer, org dulu2 kan jamban kt luar, so jamban rumah nenek ni kt kawasan sempadan ngan rumah pak surip, 

pastu betul2 belakang jamban tu ade pokok ape ntah lupe plak tp pokok tu besar tinggi la. satu malam tu arwah nenek ni sakit perut nak memerut. dah selesai melepaskan hajat die nak masuk rumah, tergerak hati nk tgk atas. erk skali tu ternampakla arwah bini pak surip elok duduk bertenggek atas pokok tu. 

terperanjat arwah nenek smpi terjatuh kt situ. pastu arwah nenek terus melarat sakitnye.... ade byk lg kisah2 mistik kt felda tu, tp nk kene recall balik la. almaklumla dah lama tak balik kg sejak arwah nenek n arwah parents i meninggal 

========================================================
from fourm cari,  akak copy paste aje nihhhh
kat sana banyak borak2, banyak off topik, kat sini akak letak story aje

Tuesday, February 21, 2017

Kisah Seram: Bangunan Lama Jalan Liku, Bangsar

Buat yang tak pernah baca thread sebelah, aku kenalkan Fik. Fik neh merupakan kawan kepada Abby, sama-sama membesar di Bangsar. So, aku kenal dia thru Abby. Fik jugak merupakan bekas student silat yang digemari tok guru silat. Hijab untuk melihat dunia ghaib dia pernah dibuka masa kecik dulu. Al-kisahnya, tak tau lah benda-benda yang dia nampak ada kaitan ke tak dengan kisah hijab dibuka tu.

Kisah neh jadi masa dia Form 3. Macam kanak-kanak ribena yang lain, beliau tak ketinggalan untuk sama-sama menjadi bijak supaya satu hari nanti boleh jadi engineer. Tu cita-cita pilihan pertama Fik, cita-cita kedua nak jadi polis dan yang ketiga nak jadi bomba. Semua tu ditulis masa dia darjah 5, kantoi dengan aku masa aku terjumpa report kad dia.

Ok, bukan nak cerita pasal cita-cita tak tercapai dia tu, aku nak cakap yang dia neh gigih lah jugak gi tuisyen walaupun dalam keterpaksaan. Mak dia lah yang selalu paksa dia study rajin-rajin. Tiap kali ada kelas tuisyen mesti mak Fik akan ingatkan.

One day tu, mak Fik keluar then balik lewat sikit so mak dia just call Fik untuk ingatkan dia jangan lupa malam tu ada tuisyen. Fik pun ok je lah. Tuisyen pukul 8.30 malam, lepas maghrib Fik pun bersiap-siap nak ke tuisyen. Jarak rumah ke tuisyen selang beberapa lorong je so Fik cuma menggunakan kudrat dua batang kakinya untuk berjalan. Malam tu Fik agak bersemangat, rambut disikat rapi, beg digalas dengan seksi walaupun jalan mengepak.

Dia melulu berjalan masuk ke dalam kawasan tuisyen. Lalu menekan butang lif ke tingkat 3, tingkat teratas dalam bangunan. Kelas Bahasa Melayu berjalan macam biasa tapi malangnya pada saat-saat akhir sebelum kelas berakhir, Cikgu Aishah mintak nak tengok homework yang beliau bagi minggu lepas. Dalam banyak-banyak student dalam kelas tu, Fik sorang je yang tak siapkan homework. Sebagai denda, Cikgu Aishah suruh Fik habiskan homework tu malam tu jugak walaupun masa kelas dah tamat.

Student lain dah balik so tinggal lah Cikgu Aishah dan Fik berdua dalam kelas tu. Setiap kelas dipisahkan dengan dinding separuh cermin which is boleh nampak kelas belakang dan depan. Fik cuba jugak habiskan kerja tu walaupun tak tau jawapan, tulis je lah asalkan ada kesan dakwat pen. Dalam kepala Fik just nak balik rumah je, perut dah lapar.

Jam dah pukul 11 malam. Cikgu Aishah dah mula membebel sebab dah lewat malam. Sambil mulut potpetpotpet suruh Fik cepat siapkan kerja, sambil mata dia menjeling jam kat tangan. Fik dah start stress, dia cuba pujuk Cikgu Aishah bagi dia balik dan berjanji nanti dia siapkan kerja tu tapi Cikgu Aishah tetap suruh Fik siapkan.

Tengah dorang bernego tu, Cikgu Sham datang jenguk kat pintu. "Hai cikgu, nape tak balik lagi neh? Dah lewat. Jangan lupa cikgu, tempat neh", tegur Cikgu Sham sambil senyum meleret kat Cikgu Aishah, wanita dalam pertengahan 40an. Cikgu Aishah pun mengangguk faham.

"Cikgu, jom lah balik. Pukul berapa dah neh, perut saya dah lapar", tegur Fik. Lepas je Fik cakap macam tu, tiba-tiba bunyi bising kerusi jatuh kedengaran di kelas sebelah. Dorang terkejut, Cikgu Aishah dah mula gelabah. Dia tau, dia dah langgar perjanjian jam operasi tempat tu.

"Fik, awak pergi tengok bunyi apa tu?", arah Cikgu Aishah. Fik pun gi lah tengok, dia bukak lampu. Dorang terkejut, kerusi semua disusun macam nak bakar unggun api, disusun bertingkat dan dilonggokkan di tengah-tengah kelas. Fik tak syak benda-benda halus yang buat sebab dia ingatkan senior-senior nakal yang buat onar.

Muka Cikgu Aishah dah semakin berkerut dan gelisah. "Dah lak Fik, jom kita balik. Minggu depan awak tunjukkan saya kerja awak", kata Cikgu Aishah. "Jap lah cikgu, sikit je lagi neh. Kang dah balik saya malas dah nak buat. Alang-alang tu siapkan je lah", balas Fik.

Tiba-tiba Cikgu Aishah pandang belakang Fik, cermin kelas yang memisahkan antara kelas. "Allahuakbar! Allahuakbar!, sudah Fik, jom kita balik! Allah!", teriak Cikgu Aishah. Fik terkejut, dia pandang belakang. Takde apa yang dia nampak sedangkan Cikgu Aishah dah terkumat-kamit sambil kelam-kabut kemas-kemas barang atas meja.

Fik pun dah mula tak sedap hati. Sebelum kerusi jatuh lagi Cikgu Aishah suruh Fik cepat-cepat habiskan kerja sebab Fik tak tau tempat tu macam mana. Banyak kali dia ulang, "Awak tak tau pasal tempat neh". Sambil dorang kemas, Fik bertegas nak tau apa yang cikgu dia nampak.

Cikgu Aishah mengalah. "Saya nampak lembaga rambut panjang, muka dia melekap kat cermin sambil pandang kita", berdiri bulu hidung Fik bila dengar macam tu. "Ok, jom cikgu". Dorang pun gerak keluar. "Cikgu! cikgu! saya tertinggal beg. Tunggu jap, saya masuk ambik beg", Fik buat hal tertinggal beg. Nak tak nak, Fik terpaksa masuk semula dalam kelas.

Masa dia pusing nak keluar kelas lepas grab beg dia, lembaga yang melekap kat cermin tu dah berdiri di belakang pintu kelas. Rambutnya panjang tutup muka, kain yang dipakai lusuh dan berlumpur. Terus Fik lari keluar. Dorang tekan lif nak turun tapi lif langsung tak bergerak. Keadaan makin cemas bila Cikgu Aishah ternampak bayang-bayang dalam toilet berdekatan makin mendekati dorang.

"Cepat Fik, tekan lif tuuu. Dia makin dekat tu, cepat! cepat!", Cikgu Aishah makin cemas. Dari tingkap atas, Fik jerit mintak tolong dengan security guard kat bawah tapi takde respon. Cikgu Aishah dah mula nak menangis. Fik cuba tenangkan dan decide nak turun guna tangga. Terus Cikgu Aishah membantah, "Jangan, awak tak tau pasal tempat neh lagi".

"Cikgu, lif tak boleh guna kita kena turun guna tangga jugak". Cikgu Aishah still membantah sampai sanggup tak nak turun dan suruh Fik turun sorang dan panggil security guard bawak dia turun asalkan dia tak turun guna tangga tu.

Fik dah takde pilihan, dia terpaksa jugak turun sebab dah tak sanggup dengar macam-macam bunyian dalam kelas-kelas kat floor tu. Fik bukak pintu keluar ke tangga. Berbekalkan lampu skrin telefon, Fik terkejut tengok keadaan tangga kat situ. Kawasan tangga macam langsung tak pernah digunakan.

Dinding berlumut, ranting pokok berselirat. Struktur tangga pelik dan berbentuk bulat. Fik berdiri je kat situ, keadaan gelap sangat. Dia berfikir banyak kali sebelum turun, tapi tiba-tiba pintu ditolak kuat. Bagai nak luruh jantung Fik. Dalam keadaan gelap tu, sorang perempuan muncul.

Disuluhnya muka perempuan itu. “Hoi cikgu, terkejut saya. Asal tak sepak je pintu tu tadi? Biar sampai tertanggal?”, sindir Fik kerana terlalu terkejut dengan kemunculan Cikgu Aishah. “Fik, jom lah cikgu ikut awak sekali. Cikgu takut sangat, water cooler tu keluar air sendiri. Air dalam bilik air tu pun kejap tutup kejap bukak. Cikgu tak tahan seram, macam-macam bunyi ada. Lampu tak berhenti berkelip”.

Fik lega sebab dia tak perlu turun sorang-sorang. Cikgu Aishah pegang tangan Fik, follow Fik dari belakang. Terasa sejuk tangan cikgu, mungkin muka pun dah pucat. Fik cuba turun selangkah demi selangkah. Dari samar cahaya lampu skrin telefonnya, dia dapat lihat jubin lantai tangga tu. Bagi Fik, design so outdated. That spiral staircase memang menambahkan elemen seram.

Mereka berhati-hati membuang langkah, takut terpijak paku-paku tajam. Dalam keadaan sunyi dan gelap tu tiba-tiba Cikgu Aishah menjerit, “Arghhhhh! Tolong saya Fik, tolong! Ada tangan tarik kaki saya!”. Fik suluh kaki Cikgu Aishah, dia tak nampak tangan atau benda yang menarik kaki cikgunya tetapi ada kesan merah yang ditinggalkan. “Apa yang awak nampak Fik? Tolong buang tangan tu daripada kaki saya”, tersekat-sekat suara Cikgu Aishah menahan sakit dan takut.

“Takde pape lah cikgu, perasaan cikgu je tu”, balas Fik cuba menenangkan cikgunya. “Cikgu, bangunan neh ada berapa tingkat?”. Fik dah mula curiga. “Saya rasa dah lama kita turun tangga neh cikgu, tapi nape rasa jauh je? Sepatutnya tingkat bawah dah ada lampu. Kita masih kat tingkat sama neh ”. “Fik, awak tolong jangan main-main boleh tak? Cepat lah! Saya takut sangat neh”, Cikgu Aishah dah hilang rasa sabar walhal dia tau dan sedar apa yang Fik rasa. Mereka sama-sama dalam kesusahan.

Mereka masih di tingkat dua. Tingkat yang paling gelap dan tidak digunakan. Hanya ground floor dan tingkat tiga sahaja digunakan. Menurut Fik, tingkat dua bekas ofis lama yang ditinggalkan. Barang-barang kerusi meja masih ada. Kerusi kayu panjang dan berkusyen masih tersusun dalam ruangan pejabat lama tu. Fik dah hampir hilang pertimbangan. Nak je dia tutup mulut Cikgu Aishah, potpetpotpet salahkan Fik sebab belum sampai bawah.

“Cikgu, bukan cikgu sorang je tau kat sini. Saya pun tak nak lama-lama, saya lapar sangat dah neh. Dah pukul berapa dah sekarang”. Tegas Fik sebab tak tahan dengar Cikgu Aishah membebel walaupun dalam saat getir gitu.

Fik duduk atas tangga, cuba cari jalan keluar. Tiba-tiba PC dalam pejabat lama tu menyala. Menurut Fik, cermin pada pintu tu pun dah di spray hitam tapi still boleh nampak dalam cuma samar-samar. “Fik, kita turun Fik. Kita cuba tekan lif dari sini”, cadang Cikgu Aishah. Dorang pun berjalan ke arah lif dan menekan button.

Lega Cikgu Aishah bila nampak lampu lif menyala dan lif bergerak naik. “Ting!”, Pintu lif terbuka. “Allahuakbar! Allah!”, bagai nak terkeluar bijik halkum Fik menjerit sebab terlalu terkejut. Lari bertempiaran Fik dan Cikgu Aishah dalam gelap tu.  Jelmaan wanita berambut panjang kusut masai, baju lusuh berlumpur, muka bernanah dan berdarah menjadi tamu di dalam perut lif. Fik dan Cikgu Aishah dah terpisah.

“Cikgu! Cikgu! Cikgu kat mana?”, jerit Fik cuba mencari Cikgu Aishah. Keadaan sunyi, Cikgu Aishah tah kemana menghilang. Fik semakin cemas. Nak tak nak, dia kena jugak cari Cikgu Aishah.

Hampir lima minit mencari, Fik nampak susuk tubuh Cikgu Aishah atas kerusi di dalam pejabat lama tu. Cikgu Aishah diam membatu, sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulut. “Mampos, dirasuk pulak cikgu neh”, getus hati kecil Fik. Fik tarik tangan Cikgu Aishah keluar dari situ. Tah macam mana dia dapat masuk situ padahal pejabat tu dah lama dikunci.

Cikgu Aishah hanya membontoti Fik. Fik cuba turun lagi. “Cikgu, macam mana neh cikgu? Dah lama sangat kita kat sini”. Fik toleh belakang cuba pastikan yang Cikgu Aishah follow turun sekali. “Cikgu! Cikgu?!”, Fik terkejut tiba-tiba Cikgu Aishah dah hilang. Disuluhnya kiri dan kanan. Tiba-tiba..”Allah! Astaga cikgu, terkejut beruk saya.

Asal merangkak pulak neh cikgu? Bangun, bangun”. Cikgu Aishah diam, langsung tak bagi respon dengan Fik. “Lantak cikgu lah. Kalau larat merangkak , merangkak lah sampai bawah. Kalau sakit lutut jangan salahkan saya pulak”, Fik cuba bergurau dalam ketakutan.

Tiba-tiba, “Hmm~ hmm~hmm~hmm~....bulan bintang di angkasa~...hmm~ hmm~... . Mendayu-dayu suara Cikgu Aishah memecahkan kesunyian malam. Kepala Cikgu Aishah dihayunkan ke kiri dan kanan mengikut rentak lagu. Fik terperanjat, sampai sekarang dia ingat lenggok Cikgu Aishah humming lagu tu.

Bunyi macam lagu klasik Melayu lama. “Dah lah cikgu, jangan main pili bomba tu”, tegur Fik bila dia nampak bayang pili bomba di tangan Cikgu Aishah. Dicapainya pili bomba dari tangan Cikgu Aishah, dicampak ke lantai. “Krak!”, bunyi benda yang dicampak Fik. “Ya Allah! Mana cikgu dapat batu nisan neh? Jom cikgu kita turun!”.

Rupa-rupanya humming yang mendayu-dayu tu Cikgu Aishah sedang dodoikan batu nisan. Cikgu Aishah hanya tersenyum meleret menyeringai menunjukkan susunan giginya. Matanya bersilau tajam memandang Fik. Senyuman meleret tak lekang dari bibir. Perasaan Fik time tu jangan cakap lah, ada teman, dirasuk pulak. Fik mati akal, akhirnya dia laungkan azan.

Lepas je azan, dia cuba lagi turun. At last, dia sampai ke ground floor. Fik berlari ke pondok security guard, dalam hati dia nak tumbuk security guard tu dulu sebelum mintak tolong sebab dari tadi dia terjerit-jerit mintak tolong takde siapa pun yang datang. Sampai je kat pondok, pondok tu gelap. “Argh, mana pulak pak guard neh? Adoii time-time macam neh lah ko balik awal. Cikgu kat dalam tu..macam mana neh, aku tak sanggup lagi dah nak masuk”. Fik toleh belakang bila teringat Cikgu Aishah masih kat dalam.

“Gelap??” Fik berjalan semula ke pintu masuk bangunan. “Kunci siap berantai??” Fik tergamam. Dia cuba bukak kunci tu tapi tak boleh. “Cikgu? Cikgu?”. Diam. Fik pandang sekeliling. Gelap. Fik melangkah keluar dari kawasan situ. Nasib baik pintu pagar tak berkunci, hanya diselak.

Fik buntu, beberapa kali dia toleh ke belakang. Bangunan gelap, pintu berkunci. Dia cuba ingat semula dari awal dia datang. Semua dirasanya normal, kawan-kawan di dalam kelas, cikgu yang mengajar, kelas berjalan seperti biasa except for kawan-kawan semua balik awal tapi dia terpaksa stay untuk habiskan homework bersama Cikgu Aishah.

“Cikgu Aishah, kat mana dia?”, getus hati kecil Fik. Fik berhenti dan toleh semula tingkat tiga bangunan. “Aku rasa Cikgu Aishah tak ikut aku turun tadi. Yes, Cikgu Aishah cakap walau apa pun jadi dia takkan turun ikut tangga. So maknanya yang ikut aku tadi bukan Cikgu Aishah! Cikgu Aishah mungkin masih kat atas”. Fik berteka-teki sendirian.

Dia cuba kecilkan mata dan focus tingkap di mana dia dan Cikgu Aishah sama-sama menjerit tadi. Fik berpatah balik. Tinggal beberapa langkah sebelum pagar, dia cuba berfikir semula. “Tak boleh jadi neh, aku cuba call dia dulu. Kalau betul dia kat dalam, aku kena jugak masuk”. Di scroll nya nama-nama dalam contacts tapi malangnya, Cikgu Aishah bukanlah salah sorang daripada contact lists.

Setelah berfikir, Fik putuskan untuk pergi ke kedai makan berdekatan. Dicapainya menu makanan. Mata melihat senarai makanan tapi fikiran melayang. Fik tersandar termenung. Dia blur dan confuse.

Tiba-tiba lagu Tupac Shakur memecah lamunan Fik, dilihatnya di skrin telefon “Mama is calling”. Fik jawab. “Abang, abang ada mana? Dah pukul berapa neh. Si Fazli neh dari tadi tunggu neh haa. Dia kata abang janji nak bagi pinjam baju, esok dia nak guna”. “Mama, abang kat kedai makan neh”, jawab Fik. “Apa abang buat kat sana?” tanya mak Fik.

“Abang singgah makan jap, baru balik dari kelas tuisyen. Kan mama yang call ingatkan abang tadi suruh datang. Mama, bagi phone kat Fazli jap”. “Woi Fik, ko kat mana gile? Aku dari tadi tunggu ko, cepat lah balik!”, soal Fazli. “Li, ko buat apa kat rumah aku? Kan tadi aku cakap esok je aku bagi kat ko”. Fik cuba ingatkan Fazli yang dorang dah janji nak jumpa pagi esoknya. “Bila pulak ko cakap? Semalam ko gitau nak jumpa malam neh”. “Yelah yelah, jap lagi aku balik”, kata Fik.

Belum sempat order makan, Fik gerak pulang. Walaupun dah lewat malam, budak-budak moto dan kaki lepak masih ramai memandangkan cuti sekolah belum berakhir, masih berbaki seminggu. Sampai je depan pagar rumah, Fik nampak si Fazli sedang berbuai laju atas buaian. “Hoi, ko dari mana dengan beg bagai neh? Gi mengaji Quran ke? Hahaha”, gelak Fazli bila nampak kelibat Fik berpeluh-peluh berjalan balik rumah.

“Eh Li, ko asal tanya aku macam tu? Aku balik tuisyen lah!”, jawab Fik. “Dah ko kenapa pulak orang dah kasi cuti, ko rajin sangat gi tuisyen. Bila sekolah, asyik ponteng je!”, sindir Fazli. Fik terkejut dengar Fazli cakap macam tu. “Cuti? Bila pulak cuti? Aku masuk kelas tadi, ko pun ada. Elok je aku tengok ko kemain lagi serius muka tekun belajar, target straight A ke PMR?”, gurau Fik. Mak Fik keluar. “Abang, gi mana lewat malam baru balik neh?”, soal mak Fik.

“Lahh mama neh, gi tuisyen lah. Tadi mama call suruh pergi”. “Hari neh mana ada kelas malam, kan dorang cuti sampai sekolah bukak balik minggu depan”, jawab mak Fik. Fik semakin keliru, dilapnya peluh di dahi. Fik menghela nafas panjang. Dia pun ceritakan apa yang dialaminya dari mula sampai akhir. Tiba-tiba mak Fik bersuara, “Abang, mama tertinggal telefon kat rumah tadi masa mama keluar”. Dorang bertiga senyap, masing-masing tergamam. “Habis, sape yang call suruh aku gi tuisyen petang tadi?”, soal Fik dalam hati.

Esoknya, Fik dan Fazli ke tempat tuisyen tersebut. Dorang lihat keadaan sekeliling. Pintu pagar tertutup rapat walaupun hanya berselak, pintu masuk bangunan dirantai. Walaupun baru seminggu cuti, daun-daun banyak berguguran di dalam kawasan tersebut. Cuaca panas tapi kelihatan suram dan mendung. “Fik, apa kata kita tanya orang rumah sebelah neh nak tak?” soal Fazli. “Eh tak nak lah. Ko nak tanya apa? Tak payah lah, bukan dia ta...”, belum sempat Fik habis bercakap, Fazli melulu je pergi ke rumah sebelah bangunan.

Kebetulan ada sorang makcik sedang sapu sampah halaman rumahnya. “Assalamualaikum makcik. Tumpang tanya, semalam makcik ada nampak atau dengar benda-benda pelik tak?” soal Fazli. Fik datang mendekati sahabatnya. Pandangan makcik tu hanya pada Fik. Dipandangnya Fik dari atas ke bawah. “Nak, semalam makcik nampak anak melulu masuk kawasan sebelah neh. Buat apa? Makcik nampak banyak ‘benda’ putih ikut belakang. Semua masuk sana”, makcik tu bersuara sambil jari telunjuk diarahkan ke bangunan lama tu.

“Saya sorang je makcik semalam”, jawab Fik ringkas. “Makcik nak bagitau tapi laju sangat anak berjalan masuk. Lama makcik tunggu, tapi tak keluar-keluar”. Fik dan Fazli pun berlalu pergi lepas bersalaman dengan makcik tu. Sampai je rumah terus Fik luahkan hasrat nak cari pusat tuisyen lain. Mak dengan ayah Fik pun bersetuju.

Menurut urban legend, tingkat dua tu dulu memang pejabat. Ada sorang majikan neh dia sering dibuli dengan pekerja-pekerja dia. Mungkin terlalu berlembut sampaikan langsung tiada rasa hormat pekerja dengan majikan. Makin lama makin menjadi-jadi sehinggalah suatu hari tu, si majikan neh hilang sabar dan bercadang nak balas dendam.

Si majikan pun buatlah jamuan makan-makan untuk pekerja-pekerjanya di dalam pejabat mereka. Dalam diam, si majikan letakkan racun dalam makanan. Akhirnya semua pekerja meninggal termasuklah pak guard yang tak makan makanan beracun tu. Dia dibunuh sebab dia nampak apa majikan neh dah buat. Lepas semua mati, si majikan cepat-cepat keluar dan kunci pejabat tersebut. Selang dua, tiga hari kemudian pejabat tersebut “untuk dijual”.

Pasal Cikgu Aishah pulak, Fik dah call tanya. Memang dia tak pergi pun tuisyen malam tu sebab cuti. So semua tu adalah mainan syaitonnn.

Monday, February 20, 2017

let's spot the difference

haaaaaa akak memang suka amik gambar nih
untuk tatapan diri sendiri katanya
juga untuk motivasi
kalau takde gambar, tak nampak kannnn

ni beza akak masa berat 97kg (10 Jan)
dengan 95kg (9feb)
baju ni dah nampak loose sangat2
dan gambar 9 feb tu akak pakai jeans tu
jeans ni dah londehhh, takleh pakai dah

ni pulak beza masa berat 102kg (dec 2016)
dan dengan berat 95kg (feb 2017)
beza 2 bulan gitu, tapi montot udah kecik kannnnn
kekekekeek cuba perati betul2
memang kalau takde gambar2 gini tak nampak kannnnn

ohhh yang ni dengan gambar lama la nihhh
berat masa nih lebih 125kg nih akak rasa
dengan berat skrg 95kg

sekarang eh, makin susah nak turun nombo 95 tu cuolsss
akak hadapppppp aje la jugak2
terpaksa kannnnnn

caiyok3 akak jamu

Sunday, February 19, 2017

aktiviti ahad lagi

ini aktiviti ahad kami yang baru
berbasikal pusing tasik putrajaya tu

hari ni lepas brunch, kami pi beli beskal
akak prefer beskal lipat nih kecik n senang nak hangkut
pastu akak nak handle dia tinggi
boleh duduk tegak, bebudak ni punya beskal kena mengonggeng
letih aihhhhh!!   tak koso den

penuh beskal dalam nih
anis n adam share satu kerusi aje tu
seb baik la korang kecik2 kannnnn


hujan pulak masa nihhhhh
kami tumpang berteduh bawah jambatan putrajaya tu
kejap aje hujan nya
pastu sambung balik

kami dari Cyberjaya pusing tasik ni menghala ke Putrajaya
sronokkkkk, angin banyakkkkk, sejukkk aje



kami berempat dah skrg
beskal dah cukup..

pemandangan cantik, pastu jalan pun cantik
elokkkkk aje untuk berbasikal
hari ni kami dapat cycle sejauh 12km, dalam masa sejam

akak takde la cycle sejam tu terus menerus
mana nak larat deknonnnn
ini lepak2 nih lepaskan lelah kejap
pastu sambung balik

depa nih sronok sebab dok gelak2 kan akak
akak tak reti balancing sgt lagi
ke kiri ke kanan aje beskal akak

keekekkekekek nasib laaa anak2

caiyok3 akakjamu

aktiviti akak

meh tengok aktiviti akak sepanjang minggu nih

ni jalan2 hari jumaat nih

kami dapat 7.74km ye deknon
dengan anisa ni kan dia tiap2 hari challenge
makin hari makin banyak bejalan nya
lega sekarang dah ada kawan jalan2

ini jalan2 hari rabu pulak
dapat jugak 7km


ini pulak cycling hari petang ahad ..
cycle dengan semua skali sebab akak dah beli beskal baru kan
beskal ala2 kepala penyamun dalam ali baba bujang lapok..

caiyok2 kakjamu

Saturday, February 18, 2017

Kisah Seram: Misteri Perjalanan Jam 3 pagi.

Ok, ini cerita dari kawan saya yang merupakan anak jati Pontian.  Sedikit introduction fasal kes ni, kawan saya,  Mamat kena bawa moto adik dia dari Bandar Pontian ke rumah adik dia.  Ini sebab motor adik dia breakdown dekat bandar dan bila dah siap repair, adik dia letak motor dekat satu kedai mamak ni dan adik si Mamat ni pergi kerja dekat JB, dengan menumpang kawannya.  Kebetulan, malam tu Mamat memang nak melepak tengok EPL (bola) di Kedai Mamak tempat adik dia park moto tu.


Berikut adalah kisah beliau, dan saya nak maklumkan, semua nama tempat di bawah adalah benar.(siapa orang Johor/Pontian pergi la try ye)

Oh ye. Pt. di dalam cerita ni membawa maksud Parit.   Johor banyak parit woi !


=================================================

jalan parit patah

“Rahim,mana kunci Nouvo adik aku eh?” tanya Mat pada Rahim, cashier Restoran Aliff Pontian. Hubungan Mat dengan Rahim ni dah kira kamceng dah. Lepas SPM Mamat selalu la melepak tepi tambak, memancing sampai 3-4 pagi dan end up subuh dekat Restoran Aliff ni. Rahim mengangukkan kepalanya dan hulur anak kunci pada Mat.

“Ane, moto parking belakang tempat cuci pinggan tau” ujar Rahim dan Mat membalas dengan senyuman.

Jam 1200am. Ada bola malam ni.Manchester United main!!
Jam 230am.  Selesai bola.  Ternyata puas hati Mat malam ni, mana taknya, team kegemaran dia menang besar malam ni.  Sambil melepak makan dan mengisap rokok, Mamat teringat perihal moto Nouvo adiknya.


Sebabkan tu dia menumpang rakannya, Azli ke mamak ni.  Sebab mengikut kiraan Mamat, dia akan bawak balik motor adik dia ke Kampung Melayu Raya, rumah adik dan merangkap rumah Mak mereka. Mamat duduk di Pekan Nenas kalau korang nak tahu.

“Ngapa motor adik ko Mat?” tanya Azli semasa Mamat nak ke belakang untuk mengambil motor

“Skuter apa lagi bai. belting putus, adik aku tu tahu isi minyak je” ujar Mamat.

Jam hampir 3pagi,s elepas sebatang rokok, Mat dan Azli berjaji akan balik.  Azli rumahnya di area Hospital Pontian je.

Ikut hati malas Mamat nak ikut kehendak adik dia nak bawak balik bagai motor ke rumah Mak, padahal boleh je tunggu esok pagi.  Tapi bila teringat baiknya adik dia melayan kerenah semasa Mamat mintak tolong buat resume untuk kerja goverment (sampai dapat pun hahaha) terus Mamat rasa terhutang budi.  Lagipun apa la sangat, bawak balik motor, dapat jumpa Mak
Dan esok Sabtu, cuti!


Mamat start motor skuter Nouvo. Azli dah berlalu pergi.
Cantik.full tank, getus Mamat dalam hati takkala melihat meter minyak mencecah F.  Bukan apa. senang.. pulas je sampai !

Bismillah.ujar Mat dalam hati.
Dari simpang 4 trafic light Mcdonalds Pontian, Mamat go straight, melalui Econsave, KFC baru Pontian.

Teringat dalam hati beliau nak singgah di Restoran Bulan sebelum simpang masuk ke kiri ( menghala Balai Polis Baru). Tapi hampa, dah tutup! Dalam hati kempunan nak try Ciken Cop rm5.

Menyusuri Jalan Sekolah Arab, Mat tiba dia trafik light Pejabat Agama Johor, di kanannya SMK Penggawa Barat. Mat belok ke kanan via Pt Mesjid.

Vrooommm! Throttle di pulas semaksimum. 100kmj
Jalan sememangnya lengang dan sunyi.  Dalam hati Mamat.

“Pt Selangor ke Pt Patah eh nak lalu ni?
( ini adalah pilihan jalan nak ke Kampung Mat. kedua dua nya jalan kampung)

Mamat terus, tak jadi ikut Pt Patah.  Mamat ikut jalan Pt Selangor/Pt Kassim

Jalan ke Pt Selangor via Pt Kassim, ada satu tapak perkuburan dan ianya urban lejen di kalangan orang Pontian.

Mamat ni hati kering, tapi malam tu, hatinya jadi tisu.


Sedap Mamat memecut, tiba tiba cahaya lampu motor menyuluh satu objek atas jalan!

Allahuakbar!  Sempat Mamat mengelak!
Ular sawa sebesar peha tengah syok berlingkar atas jalan!

Mamat berhentikan motonya di tepi. Terkejut! Dalam hatinya,kalau dia langgar,  mahu terbabas ke kebun pisang sebelah jalan ni.

Hati Mamat tiba tiba jadi tak sedap. Dia menekan lampu di jamnya, 312am.
Tiba tiba tengkuk nya meremang, baru dia perasan dia betul betul di depan pintu masuk Kubur tu.
“Ah,U turn la!” getus dia dalam hati.

Masa Mamat U turn, Mamat perasan yang ular sawa tadi dah takda!
Dalam hati, dah ke dalam semak la tu.
Cepat cepat dia pulas minyak! Vrooommmm!!

Sempat Mamat check side mirror dan kelihatan ada objek putih sedang melayang layang di tengah jalan tempat ular sawa tadi kelihatan!

Cepat2 Mat toleh! Mengucap panjang Mamat takkala melihat ada lembaga sedang melayang layang sambil kelihatan ular sawa di leher nya
( kawasan tu gelap, tapi imbasan lampu jalan yang samar samar)


120kmj
Bergegar skuter adik nya time tu.
Sampai di simpang Pt Patah, terus Mat belok ke kanan!
Vrommmm! Jalan yang kecik tu Mamat bawak 100kmj
( jalan Pt Patah ni basically jalan kecik, kalau kereta bertembung dua hala memang sorang kene ketepi)

Kebetulan separuh jalan Pt Patah tu tengah nak di tar, so jalan nak keluar dari Pt Patah tu berbatu. Mamat memperlahankan motornya.  Dekat Pt Patah ada selekoh kecil tau....

Masa Mamat tiba di selekoh tu, agak gelap, walau ada lampu sebelum selekoh ( biasa la, transisi mata kita dari cerah ke gelap, dia akan take time nak adjust, tambah Mamat ni pakai spek)


Sreettt!! Mamat memberhentikan motor nya.
Di hadapan mamat ada lembaga tadi.  Duduk bersila atas jalan dan cahaya lampu motor mamat tepat ke wajah lembaga tu.

‘Seperti tengkorak di pakaikan rambut yang panjang’ (ini ulasan Mat pada saya tentang rupa makhluk tu)

Badan Mamat rasa panas dan seakan di serang strok!   Rasa macam nak pengsan, rasa macam nak cramp pun ada !

Wooooosssshhhhhh! Tiba tiba ada lintasan angin dari atas kepala Mamat!


Mulut Mamat dah terkumat kamit membaca ayat Kursi.

Dari satu.menjadi 3.
Ya. makhluk tu ada 3 ekor.  Lagi 2 ekor terbang dan betul betul duduk tepi yang pertama.
Elok bersila di depan Mamat (jarak dalam 50 meter)

“Allahuakbar, Ya Allah, Ya Rahim” Mamat tak putus2 bercakap dengan kuat, nak hilang takut!

Split second.  Bila Mamat tengok makhluk tu seakan terapung dari silanya...  terus Mamat pulas throttle!
Vrommmmmm!!! Mata mamat di pejamkan! Sedar je dah tiba di simpang nak keluar

Mamat terus membelok keras ke kanan!
Sekarang mamat menghala ke Pt Kudus.
Di simpang tadi ada Masjid.  Dalam hati Mamat nak tido je dalam Masjid tu, tapi macam takda penyudahnya nanti .
Dengan keadaan yang hampir nak pengsan, Mamat gagahkan memulas throttle menuju ke persimpangan Pt Kudus/Pt Selangor

Hatinya tak tenteram.Mulut nya kejap kejap baca ayat Kursi, kejap2 Azan !

Menyelusuri jalan Pt Basilam.

Kereta, motor atau orang langsung takda.  Yela.dah jam 330am. siapa yang ada pun?

Tiba tiba hati Mamat macam lega sebab nampak ada kereta dari arah bertentangan.
Selisih je kerta tu dan berlalu dengan Mamat,rasa takut tu muncul balik!

(Ok.  Gangguan paling teruk Mamat kena adalah di jalan yang ada Ladang Jagung di belah kiri dan beberapa pokok getah di belah kanan.!)


120kmj.Vroooommm.

Kaki Mamat rasa macam dah tak jejak tanah, side mirror mamat kepak ke bawah, takut takut ternampak benda yang pelik dari belakang!

Dooommmmm!!!!!   Mamat terlanggar sesuatu dan hilang kawalan.  Mujur dia sempat brek.  Motor hilang kawalan dan tersadai di tepi bahu jalan. sempat Mat lompat!
Kalau dia tak sempat brek mengejut, mahu dia terus masuk ladang jagung tu!

Cepat2 Mamat bangun nak mendapatkan motor nya!

Enjin terpadam, Mamat tekan starter, hidup!
Baru dia nak jalan.
Tap! Bahu Mamat di tepuk!

Segera dia paling.!

Terkejut besar Mamat
Makhluk tadi betul betul di belakang nya!

“hurrhhhhh” mendengus!


Adrenalin Rush.  Automatik tangan Mat memulas trottle!
Melompat skuter adiknya keluar dari bahu jalan!
Kedengaran bunyi orang ketawa dari arah belakang.  Mamat azan sekuat hati! (rasanya mungkin ada orang kampung yang perasan kot)


Area Pt Basilam ada 2 selekoh tajam

Selekoh pertama ok
Selekoh kedua,  Jembalang tu dah ada di bahu jalan!
Melambai lambai ke arah Mamat!!

(kata Mamat, ketika ni dia betul betul dah down. sampai terkencing dalam seluar, bila tanya dia tak sedar dah)


Motor di pulas sekuat hati!
Woooosshhh! Makhluk tu mengekori Mamat dari arah tepi.

(Bayangkan, korang bawak motor. ada hantu duk terbang kat sebelah!)

“Allah,Allah!” tak putus2 mulut Mat menyebut!

AHAHAHAHAHAHAHAAH di selang seli dengan ketawa makhluk tu!

Tiba di hujung simpang Pt Basilam

Kiri ke Pt Sikom
Kanan ke Seri Menanti/Melayu Raya!

“Ah.. lagi 5minit je ni!” getus Mat dalam hati!

Belok kanan! Dan Memecut laju!!
Kedengaran bunyi telefon dari dalam porschbeg!
Itu ringtone Family tu.Mat syak tu mesti adik dia!

Mat kerling jam.dan 428am! Patot adik nya kol pun!!

Tiba di pintu masuk Kg Melayu Raya, ada macam bukit sikit jalan nya selepas Pasaraya Family Store.


Tiba di atas bukit tu, benda tu terbang dari arah depan meluru ke arah Mamat !!

Sempat Mamat tunduk!! Mat tengok belakang. takda apa dah! Yang ada hanya ketawa!
HAHAHAHAHAHA


Mat memacu laju motornya!  Lepas pintu gerbang mat belok kanan!

Masa nak masuk ke simpang rumah.

Memang Mat nampak. benda tu bertenggek dekat tepi bahu jalan.
3 ekor.

Elok je cangkung tepi parit tu!

Tiba dia hadapan rumah, tanpa buang masa, terus Mat tarik kunci dan belum sempat Mat bagi salam, adiknya dah bukak pintu!

“arghhh!” terkejut Mat disapa adiknya macam tu!

“Uishh, lambatnya! Lencong ke mana tu” soal adiknya

Mat tak cakap banyak. terus meluru masuk menuju bilik air.
Adik Mat tutup pintu.
Usai mandi,

Mat tak boleh tidor sampai ke subuh
Esoknya Mat bercerita hal ni pada adiknya, itupun sebab adik dia tanya kenapa motor berlumpur.

Bagi Mat.ini pengalaman pertama beliau hadapi.  Padahal dia penah lalu jalan2 yang di lalu malam tadi, pakai moto mahupun kereta.  Tobat dah,lepas jadi benda ni, dia tak melepak mamak nak tengok bola dah.!

======================================
from author the flash cari forum

Friday, February 17, 2017

Kisah Seram: Rumah Sewa

Assalammualaikum WBT

HI All… Syib kembali menaip…. kali ni aku nak kongsikan kisah yang berlaku kat umah sewa yang aku duduk sekarang… mmg dari awal lagi aku dah rase ade ‘penghuni lain’ dalam rumah tu. Mcmmane aku boleh tau? Bace kisah2 kat bawah ni sampai habis… ending nanti aku story… don’t worry… Uncle Syib punye story takde sambung2…. skali jalan… jom chill

Bismillahirahmanirahim.

KES 1 : mase ni malam ke 3 aku duk umah ni.. waktu kejadian dalam pukul 12.30 malam… betul2 baru habis nightline kat TV3 malam tu… rumah tu aku sewa duduk 5 orang… mase hari kejadian ni, 2 orang keje malam, sorang lagi dah memang paling lambat pun pukul  11 malam naik bilik… yang lagi sorang ni memang kaki enjoy… 3-4 pagi baru Nampak pintu rumah tak hirau ape hari pun… aku ni bekerje sebagai IT support.. kadang ade gak aku support kawan2 yang mane kalau aku takde mase nak jumpa diorg aku support melalui skype atau Yahoo Messenger(YM) kalau diorang ade masalah dgn Pc atau Lappy diorang … nak jadi kan cerite, malam tu aku ade support satu member ni… budak opis aku gak… die mintak ajar untuk reinstall satu driver ni kat PC die… kami berhubung melalui skype malam tu.. kire buat video conference la aku dgn die ni.. aku panggil awek ni izan… sambil menunggu installation progress, aku borak2 la dengan dak izan ni, tibe2

Izan : issshhh!! bising laaa.. sape yang belum tido tu? tak clear ape yang syib cakap tadi..
(sedangkan aku sorang je kat bawah tu.. TV pun dah tutup… so, aku terus perhati keliling aku…confirm aku sorang! Ok,aku layankan izan..)

Aku : housemate saye… diorg 2 orang ni kalau borak memang macam 20 orang… dah zan, bebudak ni dah naik bilik.. (sedapkan hati)

aku mule rase ade yang memerhati malam tu… tinggal lagi bape persen nak abis install, tibe2 izan offline… ingat line internet die ade problem, aku tunggu ar.. dekat setengah jam aku tunggu, aku terus call hp die…

Aku  : zan,kenape offline?
Izan : semak la kawan syib kat blakang syib tu tadi… kalau hensem takpe gak  (aku terkedu jap…)
Aku : tu la… terperanjat saye tibe2 budak ni ade kat belakang… die turun minum la zan… haus katenye… takpe… die dah naik pun…. so,camne tadi?  
Izan: dah siap… tq syib... offline je la…. izan nak tido dah esok keje… nak bangun pagi…

abis perbualan aku dengan izan, aku pun ke bilik air,wuduk… risau kene rasuk pulak tengah tido malam tu… hahaha… nak kan kepastian, aku masuk bilik amek toto, bentang kat ruang tamu, aku tido kat situ… malam tu Alhamdulillah, takde ape yang menggangu…

Errrr….Siape yang izan Nampak tadi??

KES 2 : aku ingat mase ni ade la dalam 2-3 bulan lepas kes yang 1st tu.. ade sorang housemate aku ni, kitorang panggil die Adi… tiap kali aku dah siap nak gi opis, bukak je pintu bilik, die akan lalu depan bilik aku untuk ke bilik mandi.. boleh kate tiap hari la macam tu…  macam dah set time plak… kadang die usik aku.. aku bukak pintu bilik, tibe2 die tutup kepale dengan tuala terpacak depan pintu bilik laa… kadang die sergah aku la… kadang aku berbulu je… die ingat klakar die buat mcmtu??

Tapi die memang kaki menyakat lakat dalam rumah tu…
ade satu pagi ni, macam biasela, aku bukak pintu, Adi ni pun lalu la macam biase.. tapi kali ni die menonong je masuk bilik mandi… langsung tak toleh dan tak tegur aku.. nampak gaye kelam kabut die tu, macam dah lambat… kali ni aku pulak yang usik die “tu la, merayap lagi tak ingat dunie... kat luar tu dah nak terang baru ko Nampak pintu rumah kan??

”pammmm!! Die hempas pintu bilik mandi tu…

dalam hati aku, lantak ko la nak marah2… time die usik kite takpe… aku pun keluar la rumah…sebab aku tumpang sorang lagi housemate aku yang same office dengan aku,  Din… aku masuk kerete, Din tegur aku..

Din : nape ko biarkan je grill tu macam tu? Nape tak mangga?
aku : Adi kan ade  tengah mandi tu… biase kan memang kite biar je grill tu macam tu…
Din : mane ade… budak tu  balik kampung ar… ade emergency… aku yang hantar die gi bus stand malam tadi…
Aku : (erkkk)….ok….ingat die tengah mandi….

Sah aku kene game lagi… aku keluar kerete, terus kunci rumah dengan rapi…. aku tak cerite pun dengan Din dalam perjalanan ke opis pagi tu… hujung minggu tu lima2 ade kat rumah, mase makan tengahari tu baru aku bukak cerite pasal kejadian tu… terus benti makan sekejap masing2…hihihi

KES 3 : ini kes bilik mandi… sume budak rumah aku dah terkene pasal ni… first aku kene pasal bilik mandi,  ade satu pagi ni, aku bangun nak mandi…nak gi keje la… pulas tombol pintu bilik air, berkunci… tengok bawah pintu, ade Nampak la cahaye lampu terkeluar dari bilik mandi tu… so,aku assume ade la orang kat dalam… aku masuk balik bilik aku, nyala rokok, duduk kat meja makan…tunggu turn mandi…dengar la bunyi air baldi dah mula melimpah2…

tunggu punye tunggu,abis rokok sebatang…  makin lame plak…air yang aku dengar melimpah tu, xde respond langsung…. maksud aku,mcm xde orang cedok atau guna air tu… korang cube faham sendiri la ape maksud aku…. ehee…. dekat setengah jam aku tunggu, Din pun turun dari bilik die…die Nampak aku tunggu, die pun duduk depan aku… masing2 termenung… ye la,masing2 baru bangun pagi kan… mamai2 la… bape minit tu tibe2 Din bersuare

Din   : ko tunggu ape ni Syib? Ko taknak masuk, bagi aku mandi dulu la
Aku  : Adi ade kat dalam tu…
Din  : kat dalam ape, die membute lagi kat atas tu…
Aku : yeke??

Ape lagi, aku gi kat bilik mandi tu,aku try pulas tombol pintu, tak kunci!! hmm! aku bukak la pintu bilik mandi tu, memang air baldi tengah melimpah... haishhh… segar terus bijik mate aku.. aku buat tak reti, aku bedal je mandi macam biase….

Adehh… Eden tokono laie…

Kes 4 : salah sorang housemate aku ni,kitorang panggil die Lan… Lan ni consider Ketua dalam rumah tu…  sebab die yang mule2 masuk dan uruskan rumah tu… kakak si Lan ni slalu gak datang rumah kadang hantar makanan… atau amek adek bongsu die ni makan kat luar… memang kiorang rapat la ngan akak si Lan ni… kitorang panggil die kak J… Kak J pun duk bujang gak…. dalam daerah yg same… ade satu hari minggu ni, petang, aku baru balik dari mane ntah, aku tak ingat… aku masuk pagar, tengah bukak mangga grill, kak J pun datang… die mintak aku panggilkan Lan… aku tengok kereta Lan ade kat depan rumah,aku assume Lan ade kat bilik die la… aku pun naik atas…ketuk pintu bilik Lan…

Aku : Lan!! Akak ko datang ni
Lan : Hemmm!

lebih kurang camtu je la respon si Lan… aku turun,nak bagitau kak J, Nampak Kak J tengah bercakap dengan HP… maksud aku, Kak J tengah engage… ”hah ok…ok…bye”
Kak J pun datang kat aku,

kak J : takpe syib, Lan ade kat kedai mamak depan tu hah… die dah tunggu akak kat situ dari tadi….
Aku :  (erk)oooo….ok….. tolong pesan kat Lan, bungkuskan saye milo ais ye kak….time kasih

Errr…yang reply aku td sape??

Hmmm.. Lagi dan lagi… kitorang terus di ‘game’… takpe…. tapi kitorang layan je… sebab blm tahap extreme lagi ganguan die… ade lagi la beberape kes yang aku tak reti nak citerkan kat korang kat sini… kisah dari housemate aku lagi... kalau ade yang menarik lagi, nanti aku share kan kat benang ni… InsyaALLAH…

Lan citer, mase die masuk rumah tu mule2, lalang depan rumah tinggi… tuan rumah tak jage rumah tu betul2… rumah tu 6 tahun kosong sebelum Lan mula sewa dulu… dan rumah tu sewa paling murah Lan dapat kat area situ… Lan upah orang mesin rumput untuk tebas lalang tu, die mintak tuan rumah untuk matikan tanah tu dengan simen atas tanah tu… sebab malas nak jaga rumput sampai berlalang lagi.. tuan rumah setuju…. mase aku start masuk rumah tu memang dah simen lantai dalam pagar…

6 tahun?? Kenape 6 tahun? Sewa murah tu… Sedangkan tempat kitorang duduk tu kire Hot area jugak la… pantang ade kosong, laju je orang masuk … nak tanye jiran pasal rumah tu, area tu memang agak privacy... pintu rumah masing2 bertutup je… nak tanye tuan rumah, mampus die takkan citer... cume ade satu hari ni, ade satu apek ni lalu depan rumah… aku dengan Din nak keluar gi makan mase tu… slow je apek tu berjalan… tiba depan rumah aku, die benti depan rumah, die tengok rumah, pastu die tenung je kitorang… pastu apek tu terus datang kat kitorang…

Apek : lu olang balu duduk sini kaa??
Aku  : ye uncle…why??
Apek : sula blapa hali lu duduk sini? ini lumah ok ka lu duduk??
Aku : sudah dekat 2 bulan uncle… so far ok... kenape uncle? (nak kan kepastian)
Apek : talak… wa Tanya je…


Apek tu terus blah... hampa… tu lah first and last apek tu tegur kitorang… terserempak lepas tu, tiap kali aku greet, die reply dgn senyum je… hampeh punye apek… kitorang masih tak dapat jawapan sampai ke hari ni… skarang ni dah nak masuk 3 tahun aku duduk rumah tu... dah cuba mcm2 cara…panggil ustaz dah, panggil bomoh pun dah…. buat tu, buat ni, still ade gak lagi… ade orang cakap kalau gangguan tu dah buang pastu datang balik, sebab kes bunuh diri dalam rumah tu… kire yang berlegar tu, si polan yang bunuh diri tu... sebab tu tempat asal die… faham2 la sendiri… ntah laa…wallahualam… tak brani nak sentuh pasal tu… bukan bidang aku…


so,tu lah antare kisah misteri yang berlaku kat rumah sewa aku…kitorang masih mencari rahsia atau punca sebenar…kalau dah dapat jawapan nanti,aku share dengan korang yek…

sekian…

=================================================
from author uncle_syib cari forum



=================================================
cerita lain pulak
=================================================

ermmm...an ada sekali pernah kena juga..
haha tpi segan sikit nak cite...
senang cite nya..an berbedio call dengn sorang duda anak 2..
die duduk kat lantai bawah..anak dia lelaki dlam 10-11 tahun dah tido atas katil..
yang abgnya pulak main game kat katail sebelah..
kira ayahnya sibuk bedio call dgn an sambil duduk kat lantai..
tgh sedap2 sembang..an nampak ada perempuan..rambut pnjang sangat..dengan jubah hitam..tengah baring kat atas katil sebelah ank dia yang tido tuh.. an pun cakap la..."aihh bang..bawa pempuan masuk bilik..berani pulak bedio call saya.."

dia mati2 tak ngaku..lepas tu..dia tnya kat mana..an cakap la..kat blakag abg tu..sebelah adik tengah tido..
bila mamat ni toleh..die kata takda apa..
tapi perempuan atas katil tu..terus duduk bersimpuh..muka memang tak nampak..tpi rmbut dia berjurai smpai jatuh birai katil
bayangkan la..betapa rasa nk pengsan..
walopon tak nmpk muka dia..an tau dia tengah pndang an... 
cepat2 an off kan bedio call...

sejak tu..serik la nk bedio2 call ni..hehhe



=================================================
cerita lain pulak
=================================================


Pengalaman aku sendiri, sebulan sebelum abang ipar aku meninggal aku kerap mimpi didatangi lelaki berkain kapan... Tapi rupa berlainan... Sebulan aku hidup dalam tekanan... Asal tido malam je mimpi lelaki berkain kapan datang... Sampai aku tak leh nak tido... Risau siapakah yg akan meninggal? Aku jadi murung...

Dua minggu sebelum dia meninggal, aku sedang berehat di ruang tamu tiba tiba aku ternampak lintasan abang ipar aku kemalangan motor dan pakai baju biru nak pi keja.... Menggigil aku time tu...

Dua minggu kemudian memang dia kemalangan dgn motor nak pi keja, pakai kemeja biru.... Terduduk aku masa tu

Kisah lain, dua bulan sebelum mertua aku nak meninggal, badan aku kerap menggigil ketakutan... Perasaan macam aku akan kehilangan seseorang... Masa tu dua bulan hidup aku resah sebab aku takut siapa pulak nak meninggal... Masa tu aku terfikir mak aku kat kampung... Aku kerap nangis sampai menganggu aktiviti seharian aku...

Dua bulan kemudian mertua aku neninggal...

So bukan ke tu macam bala ke? Sampai menyebabkan aku tertekan... 


Itu baru dua kisah... Kisah lelain ada lagi... Tak ke haru aku rasa